Sudah pasti Zhang Xuan bukan sekadar ingin membuat tayangan.
Dia telah membaca beribu-ribu buku berkaitan racun dalam Bilik Koleksi Buku Empayar. Walaupun buku-buku ini semua cuma hanya menceritakan asas tentang racun, namun ia masih memadai.
Dia tidak mahu menjadi pakar racun. Dia hanya ingin mencari cara untuk mengimbangkan kesan kesemua bahan-bahan itu untuk mencipta tonik supaya boleh sembuhkan Shen Hong.
Dia tidak perlu menjadi pakar racun yang sebenar untuk membancuh ubat ini.
Ia sama seperti bagaimana susahnya seseorang untuk menjadi pakar perubatan rasmi, tetapi seorang perantis pun sudah mampu untuk membuat ubat.
Hualala!
Dia telah teringat kembali kesemua buku yang dia telah baca di Bilik Kebal Koleksi Buku Empayar yang berkaitan dengan racun.
"Betul!!"
Bahagian daripada setiap buku yang berkenaan dengan racun mula dirumuskan menjadi sesebuah buku di depannya apabila dia memberikan perhatian yang penuh.
Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com