webnovel

"Apa dia kata!"

"Menolak? , kamu ini betul ke tidak?"

Shang Bin, Cao Xiong dan Shen Bi Ru rasa ingin mahu menarik rambut mereka, setiap satu daripada mereka seakan ingin naik gila.

Mereka terkejut lebih banyak kali dalam hari ini daripada seluruh hidup mereka.

Siapa itu Wang Tao? Dia seorang daripada sepuluh pelajar terpandai dalam akademi ini. Tidak ada seorang guru di akademi yang tidak mahu dia berguru di bawah mereka. Sebelum ini, tetua Shang Chen hanya mampu menariknya ke bawah keguruannya ialah dengan menggunakan identitinya selaku ketua Biro Pendidikan…

Seorang yang berbakat seperti itu, tambah dengan permintaan khas daripada ketua suku Wang tersendiri… bagaimana mungkin dia menolaknya?

Shang Bin dan yang lain merasa mereka baru dikenakan 10000 jumlah kerosakan dan mendapatinya sukar untuk bernafas.

Hanya sebentar tadi, dia mengejek Zhang Xuan tidak dapat mendapat pelajar untuk berguru dengannya. Namun, sejurus kemudian... ketua suku Wang sendiri menghantar anaknya kepadanya! Tetapi, paling mengejutkan sekali ialah…. Dia menolak pula!

"Aduh hati dan jantungku…"

Tetua Shang Chen berasa darah mula terkumpul pada tekaknya, hanya menunggu masa untuk muntah keluar.

Di mana perginya keadilan dalam dunia ini? Di mana perginya peraturan?

Saya ini seorang tetua, lebih-lebih lagi ketua Biro Pendidikan. Ia sudah memberi kesan kepada saya untuk kamu menarik diri daripada perguruan saya dan berguru di bawah seorang yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru. Tetapi, lebih teruk ialah apabila dia enggan menerima pula….

Tetua Shang Chen berasa seakan mukanya telah dikoyakkan terus dari kepalanya, lalu dicincang dan dibiarkan untuk angin mengundang ia ke merata. Pada saat ini, dia berhasrat untuk mencari sesebuah lubang untuk bersembunyi di dalamnya. Ini terlalu memalukan!

Dia berasa seakan maruahnya telah terhumban sehinggalah ke rumah neneknya!

Berdiri di sebelahnya, biji mata tetua Mo Xiang juga seakan ingin jatuh dari lubang matanya.

Baru seketika tadi, pendapatnya tentang cikgu Zhang Xuan telah bertambah baik, nampaknya, ia masih tidak memadai!

"Menolak?" Jelas ketua suku Wang terasa kekok dalam ketika itu. Dengan segera dia menjeling anak sulungnya.

"Saya merayu cikgu Zhang untuk menerima saya sebagai anak murid!"

Wang Tao dengan segera melangkah ke hadapan, melutut ke lantai dan melihat Zhang Xuan dengan muka ikhlas. Ia memang benar dia telah memandang rendah pada Zhang Xuan untuk sesuatu ketika dahulu. Namun, selepas melihat kaki adik perempuannya sembuh dan mengalami peningkatan mendadak dari segi kekuatannya, serta bagaimana pedangnya terpaku dengannya hanya menggunakan dua jari, dia sudah cukup terkagum terhadapnya daripada firasat hatinya.

"Saya menolak!" Zhang Xuan melambaikan tangannya,

Seorang pelajar boleh memilih guru. Sama juga, seorang guru juga boleh memilih anak murid mereka juga!

Semalam, Wang Tao ini telah meluru masuk ke kelasnya. Bukan sahaja dia kurang ajar, dia telah menghunus pedangnya ke arah Zhang Xuan. Bagaimana mungkin dia boleh menerima pelajar sebegini?

Dahulu, walaupun Zhao Ya hanya bertengkar dengannya, dia tetap dihukum untuk membersihkan tandas!

Jika seorang guru tidak mempunyai maruah, anak muridnya hanya akan memandang rendahnya. Jika demikian, bagaimana mungkin dia akan dapat mengajar mereka?

"Saya tahu saya telah bertindak kurang ajar dan lanjutan itu menyinggung Cikgu Zhang sebelum ini. Namun, pada masa itu, saya masih bodoh dan mentah lagi. Saya harap kamu tidak simpan dendam terhadap saya!" mengetahui sebab di sebalik penolakannya, Wang Tao berkata dengan cepat.

Maruah seorang guru tidak boleh dipijak. Selepas dia menyerang Zhang Xuan dengan pedangnya, sudah cukup Zhang Xuan tidak mengambil tindakan. Namun, pada saat ini, dia masih berharap dapat berguru di bawahnya. Tidak hairan permintaan tersebut akan ditolak!

"Memang, anak saya ini jahil terhadap kearifan cikgu, masa itu dia masih bodoh. Saya harap kamu boleh memaafkannya.." Tetua Suku Wang Hong membalas dengan segera.

"Ketua suku Wang, kamu tidak perlu berkata demikian. Saya rasa itu bukan sebabnya cikgu Zhang enggan menerima anak kamu!"

Pada saat ini, kedengaran sesebuah bunyi bergema melangkau bilik.

Suara itu datang daripada orang yang baru sahaja kalah dalam Ujian pencerahan Niat beberapa ketika sebelum ini, Cao Xiong.

Baru sebentar tadi, dengan pertolongan tetua Shang Chen, sudah tentu dia akan dapat membatalkan hukuman tersebut. Jika itu gagal, dia masih boleh berfikir tentang beberapa cara untuk melengahkan masa hukuman tersebut, lanjutan daripada itu membiarkan sahaja perjanjian itu sehingga ia dilupakan. Namun, sekarang, ketua suku Wang, Wang Hong, sendiri datang untuk merayu Zhang Xuan. Kemungkinan besar dia tidak akan dapat melarikan diri daripada hukuman Ujian Pencerahan Niat lagi jika ini berterusan.

Oleh kerana situasi tidak lagi dapat dibaik pulih, tidak ada sebab lagi untuknya menjaga hubungannya dengan Zhang Xuan lagi.

"Un?" Mendengar seseorang mencelahnya, muka Ketua Suku Wang Hong menunjukkan kemarahan.

"Zhang Xuan ini hanya mempunyai kekuatan seorang Peninju 3-Dan alam Zhenqi manakala tuan muda Wang Tao seorang Peninju 4-Dan alam Pigu. Memandangkan kekuatannya tidak memadai, bagaimana mungkin dia mengajarnya? Ini sebab kenapa dia enggan menerimanya sebagai anak muridnya! Dia sendiri pun tahu!"

Dengan muka keji, Cao Xiong berteriak.

"Memang, kekuatannya tidak setanding tuan muda Wang Tao. Untuknya berfikir menerima Zhang Xuan selaku gurunya, ini mesti gurauan!" Shang Bin dengan segera membalas.

"Ketua suku Wang, tolong fikir balik keputusan kamu. Ia tidak menjadi masalah jika Wang Tao menarik diri daripada perguruan saya, namun, jika dia menerima seorang yang pertapaannya kurang daripadanya sebagai guru, ia mungkin susah untuknya meningkatkan lagi tahap pertapaannya pada masa hadapan!" Melihat peluangnya, tetua Shang membalas dengan segera.

Betul tu, Zhang Xuan hanya mempunyai kekuatan seorang peninju 3-Dan alam Zhenqi. Ini fakta yang diketahui semua orang dalam akademi.

Untuk seorang Peninju 4-dan pakar memperakui seorang yang lebih lemah daripadanya menjadi gurunya, ini seakan mendengar lawak bodoh!

"Ini…."

Gedang, hati Ketua Suku Wang Hong berdegup.

Dia telah dengar teori menakjubkannya daripada Wang Ying sendiri, namun dia tidak tahu tahap pertapaannya.

Walaupun Wang Tao pernah menyerangnya dahulu, dia tidak pernah memberitahu orang lain, oleh itu, Wang Hong tidak mengetahui tentangnya juga.

Jika apa dikatakan mereka benar, dan Zhang Xuan ini hanya mempunyai kekuatan Peninju 3-Dan alam Zhenqi, semestinya dia tidak berkemampuan untuk mengajar Wang Tao!

Memang benar seorang guru yang arif dalam teori boleh mengajarnya kepada anak muridnya, namun, hanya daripada pertapaan dan mencubanya sendiri, dia akan mengetahui dengan lebih mendalam. Jika guru sendiri belum lagi mencapainya, kemungkinan dia tidak akan dapat mengajarnya.

Sama juga seperti hidup Zhang Xuan lepas. Jika guru sendiri tidak mampu menjawab soalan, bagaimana mungkin dia dapat mengajar anak muridnya menjawab soalan tersebut?

Terdapat ramai faktor seorang guru perlu tahu untuk mengajar anak muridnya dalam pertapaan mereka dengan berjaya.

Jika tidak, tidak kira berapa hebat teori guru itu pun, ia hanya akan seperti bayangan bulan atas permukaan tasik, cantik dilihat tetapi tidak berguna.

"Zhang Xuan, jika kamu ingin mengajar tuan muda Wang pun, kamu berkemampuan tak? Jika tidak, hentikan sahaja lakonan kamu itu. Dengan kekuatan Peninju 3-dan, kamu mungkin dapat menipu pelajar baru tetapi jangan harap dapat berbuat demikian kepada pelajar senior!" Melihat Zhang Xuan terdiam, Cao Xiong sambung dengan penuh teruja.

"Betul tu, ketua suku Wang. Apa cikgu Cao Xiong cakap itu masuk akal. Zhang Xuan sendiri belum mencapai Peninju 4-Dan, oleh itu, dia sendiri tidak tahu tentang pertapaan pada tahap itu. Bagaimana mungkin dia akan dapat mengajar seorang pelajar di alam Pigu jika demikian!" Tetua Shang Chen menyikat janggutnya dan berkata dengan penuh keyakinan.

"Tidak, kamu semua salah!" Mendengar mereka mengejek Zhang Xuan, Wang Tao dengan segera berdiri dan menjelaskan. "Siapa kata kekuatan Zhang Xuan tidak menandingi saya? Semalam, atas kebodohan saya sendiri, saya telah menyerangnnya dengan penuh tenaga menggunakan pedang saya. Namun, dia berjaya menangkap pedang saya dengan senang dan memakunya di situ juga dengan hanya dua jari. Perkara ini mustahil jika dia hanya di alam Zhenqi!"

"Menangkap dengan dua jari? Hahahaha, Tuan muda Wang Tao, jika kamu mahu menjaga air mukanya pun, kamu perlu mencari alasan yang lebih masuk akal"

Cao Xiong mengejek, "Kamu ini Peninju 4-dan alam Pigu tahap pakar dan kekuatan kamu mencecah 700kg. Lagipun, daripada berat dan ketangkasan pedang kamu, seorang pakar alam Pixue asas pun akan sukar menangkapnya dengan tangannya, apatah lagi dua jari.... Kamu ingin saya percaya cikgu Zhang Xuan ini, orang yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan kelayakan Guru, telah mencapai alam Pixue, sama seperti tetua sekolah kami!"

Teknik pedang itu ringan dan pergerakannya senang dilentur, serangan kekuatan penuh seorang di alam Pigu pula tangkas seakan kilat. Jika pihak lawannya tidak arif tentang teknik pedangnya dan tepat tempat yang akan diserang, seorang pakar alam Pixue pun akan mendapatinya susah untuk menangkap serangan tersebut…. Namun, Wang Tao ini berkata guru tersampah di akademi ini telah berjaya berbuat demikian dengan hanya dua jari…. Kamu mesti sedang buat lawak bodoh ini!

"Saya juga di situ, cikgu menggunakan dua jarinya untuk memaku pedang Wang Tao!" Liu Yang cuba menjelaskan dengan cepat.

Dia sendiri telah melihat kejadian pada hari itu dengan matanya tersendiri dan tahu semuanya benar.

Namun, kerana tahap kepercayaannya terhadap Zhang Xuan begitu tinggi, saat dia berkata demikian, ia dilihat oleh semua seakan dia cuba menolong Zhang Xuan menipu.

"Ketua Suku Wang Hong, kamu datang daripada suku yang dipenuhi pertapa yang hebat!" tanpa menghiraukan penjelasan kedua-dua budak tersebut, Tetua Shang Chen mengejek. "Adakah kamu berasa seorang yang belum lagi mencapai alam Pixue mampu menangkap serangan berkuasa penuh tuan muda Wang Tao?"

"Ini…." Ketua Suku Wang Hong beragu-ragu untuk seketika.

Aksi menangkap serang berkuasa penuh Wang Tao dengan hanya dua jari merupakan sesuatu yang susah dilakukan walaupun pihak lawannya pakar alam Pixue!

Zhang Xuan ini mungkin mempunyai teori menakjubkan, tetapi untuk mencapai tahap alam Pixue pada usia begitu muda… dia sendiri mendapatinya sukar dipercayai.

Semua ini terlalu mengejutkan!

"Tuan muda Wang Tao, saya tahu niat kamu sengaja menaikkan air muka Zhang Xuan kerana kamu inginnya menerima kamu sebagai anak muridnya. Namun, terdapat batas untuk segalanya. Kadang kala, kita tidak boleh keterlaluan…." Melihat Wang Hong terpaku, tetua Shang Chen mula berlakon seakan dia serba arif dan serba tahu. Tetapi, sebelum sempat dia bercakap kepada Ketua Suku Wang Hong dan menjelaskan teorinya untuk membuktikan Wang Tao itu menipu, dia mendengar suara guru bertugas mengetuk pintu sekali lagi.

"Tetua Shang!"

"Apa hal kali ini?" Tetua Shang berkerut dengan marah.

[Kamu tidak boleh nampak apa yang saya sedang buat ke?

Bagaimana mungkin kamu ini buta sangat membaca situasi!]

"Ada orang di luar ingin bertemu dengan cikgu Zhang Xuan…" guru bertugas bercakap dengan cemas.

"Mencari Zhang Xuan? Siapa?"

[Apa yang sedang berlaku hari ini?

Kenapa semua orang ingin berjumpa dengan Zhang Xuan?]

"Dia... anak Zhennan Wang, Bai Xun xiao wangye!" Guru bertugas berkata.

Bab berikutnya