Bukan Kerana Ku Tak Sudi
Kisah seorang remaja berkehidupan penuh cabaran, suka dan duka dari zaman kecilnya. Sering dibuli, antara kisah gelapnya.
"Aku akan buktikan satu hari nanti aku takkan kena buli lagi! "
- Dayana. Azamnya yang kuat turut membuatkan dirinya teguh berdiri diatas kakinya sendiri.
Tidak pernah mengenal erti mengalah, itulah Dayana yang cukup terkenal dengan ketabahan disaat satu persatu tunjang kehidupannya pergi menghadap Ilahi.
"Kau kena kuat Dayana. Kau tak boleh menangis je macam ni "
- Yans.
Cinta tidak lagi asing didalam kehidupan seorang remaja. Dayana juga bukan seorang wanita yang kalis dengan perkataan cinta. Walau berat, namun dia juga harus melepaskan.
"Maafkan aku, kita perlu hentikan semua ni. Kalau kau masih sayangkan aku, carilah aku bila semuanya dah bersedia ", kata-kata di pertemuan kali terakhir bersama Dayana membuatkan Syafiq menjuraikan air mata.
Tiada kata yang mampu dikeluarkan dari mulutnya, Syafiq menanam azam yang cukup kuat didalam hatinya.
Apakah azam yang ditanam didasar hati Syafiq? Adakah Dayana telah kalis dengan cinta?
nshae · Fantaisie