Childhood Sweetheart:He's Mine
Tengku Adam Naufal dan Tengku Farah Hana merupakan sahabat baik sedari kecil. Sikap Adam yang sering mengambil berat terhadap Farah telah mencetuskan bibit-bibit cinta dalam hatinya buat Adam. Sikap Adam yang tidak membenarkan mana-mana lelaki untuk berkawan dengannya menyebabkan Farah menyangka bahawa Adam mempunyai perasaan yang sama.
Disangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari. Kehadiran Tengku Amelia menyebabkan Adam semakin jauh dari Farah. Fitnah yang dilemparkan Amelia kepada Farah telah memusnahkan kepercayaan Adam.
Boy, percayalah Farah Cuba nak bunuh Lia sebab boy tolak cinta dia. -Amelia
Aku tak pernah ada kawan macam kau.Cermin diri kau tu dulu. Ingat aku akan suka perempuan murah macam kau ni. -Adam
Saat kebenaran terbongkar, aku harap kau tak jilat ludah kau balik. -Farah
10 tahun berlalu, takdir mempertemukan semula Adam dan Farah. Adam yang menyedari bahawa dia mencintai Farah berusaha untuk mengejar semula gadis itu. Namun Farah yang dikenali sudah tiada. Yang tinggal hanyalah Farah yang dingin dan berhati batu. Mampukah Adam memiliki Farah semula?Akankah Farah memberi peluang kepada Adam?Semuanya bakal terjawab dalam ' Childhood Sweetheart: He's Mine'
fthhghn · Urbain