Simon telah tinggal bersama ibunya sejak ayahnya hilang dengan misteri sejak dia berumur 5 tahun .Simon William telah mempunyai sistem sejak lahir lagi. Simon diajarkan seni pertahankan diri dan pengetahuan yang ada di dunia ini oleh sistem . Ketika dia berumur 25 tahun, akhirnya Simon dapat menubuhkan syarikatnya sendiri dan menghasilkan wang yang banyak . Dengan adanya sistem yang menggandakan hasil wangnya selama setahun dia tidak perlu takut kehilangan banyak wang . Simon bercita-cita unyuk menjadi orang terkaya di dunia ini .
"Aku cintakan kau..dan aku takkan pernah lepaskan kau walau apapun yang terjadi.Itu janji aku."~Farell "Aku pegang janji kau.Tetaplah untukku."~Rayyan Kehilangan ,putus asa . Itu yang Farell rasakan sekarang.Diwaktu mereka hampir mengikat tali perhubungan dengan perkahwinan,Rayyan mengalami kecelakaan dan lebih teruk lagi disahkan meninggal walaupun jasadnya tak ditemui. Suatu hari ,tanpa sengaja .Farell terlanggar satu sosok manusia yang seiras Rayyan.Terkaku dan terdiam memandang sosok tersebut berlari pergi setelah bangun dari duduknya.Impak dari perlanggaran badan antara Farell dan sosok tubuh tersebut. Puas mencari tapi buntu sampai satu waktu.....
Ku terus menerus mencari cinta untuk merasai atau lebih mendalami ertinya.Tapi acap kali ku menghampirinya ia menjauhiku.Adakah ini ujian atau takdir.Jika ujian permudahkanla dan jika takdir kuatkan diri ini. "Kali pertama ku melihatmu,ku jatuh" "Kali kedua ku melihatmu,ku jatuh" "Kali ketiga ku melihatmu,ku jatuh" Walaupun berkali ku jatuh Ku tidak mahu bangun kerana Ku sudah jatuh cinta sama Kamu♡
Sekolah Elit Auster. Sebuah sekolah yang dibina oleh pihak kerajaan Malaysia bagi pelajar-pelajar tingkatan satu hingga lima menerima pendidikan berkualiti demi membawa nama negara ke peringkat tertinggi di masa hadapan. Qaz, seorang pelajar biasa yang menginginkan kehidupan yang tenang di sekolah itu sudah menjangkakan bahawa kehidupannya selepas ini tidak menjadi biasa lagi setelah dipasangkan bersama Kayra, pelajar perempuan paling popular dalam sebuah program sekolah dan secara tidak sengaja terlibat dalam masalah besar perempuan itu. Ketika hubungan Qaz dan Kayra semakin merapat, sebuah kejadian yang merenyukkan sepenuhnya hati Kayra terjadi dan begitulah permulaan kepada penderitaan Kayra selepas ini. Qaz membuat keputusan untuk menyelamatkan Kayra dan membantu Kayra menjadi lebih kuat. Perkara menjadi lebih menyukarkan apabila salah seorang pelajar yang tidak diketahui identitinya mula mengorak langkah dalam mencapai cita-citanya yang sekali gus mengganggu pelajar kehormat dan kesatuan pelajar elit auster (KPEA). Permainan minda kini akan bermula. Sesiapa yang berada di puncak rantai makanan, dialah yang akan menjadi pemenang kerana dalam dunia ini, kemenangan ialah segala-galanya. Qaz : “Kau mungkin tak sedar tapi sebenarnya kewujudan kau di sekolah ini semuanya disebabkan oleh kemahuan aku.” Kayriz : “Sejak aku datang ke sekolah ni, aku tidak pernah merasakan kekalahan.” Afkar : “Kalau kau di bawah sepasang kaki dan kaki itu ialah milik aku, benda tu pun dah cukup kan untuk buktikan segala-galanya?”