webnovel

Unforgivable ( Melayu Sabahan )

Auteur: Enma2_1
Sports, voyage et activités
Actuel · 76K Affichage
  • 22 Shc
    Contenu
  • audimat
  • N/A
    SOUTIEN
Synopsis

Dia gadis yang polos dan sangat pendiam. Dia dihina, dicaci dan diperlakukan dengan kejam. apa yang terjadi hingga merubah dia kepada seseorang yang ceria dan nakal ? kenakalannya senantiasa dirindui cikgu dan sahabatnya hingga dinantikan oleh mereka.

Étiquettes
3 étiquettes
Chapter 1Chapter 1

CHAPTER 1~

Eve Nur Afrina.

Nama aku Eve Nur Afrina , pelajar jurusan

sains sukan dan perdagangan. Sebagai

seorang pelajar tingkatan 5,aku akui bahawa

tekanan daripada alam persekolahan membuatkan aku memahami bagaimana seorang manusia mampu bertukar menjadi orang yang berlainan dari sifat asalnya.

Pada tahun ini, kami menerima banyak adik-adik tingkatan 4 yang datang dari sekolah berlainan. Sudah tentu , orang lain teruja namun tidak bagi aku kerana aku mengganggapnya sebagai hal remeh-temeh dan hal kematian adik kembar aku yang menjadi anak angkat sepasang suami isteri di Labuan jauh lebih penting berbanding hal lain.

Aku membebani perasaan aku dengan perkara itu kerana aku tidak berada di saat-saat kematiannya. Hanya satu hal yang aku ketahui, adik aku bunuh diri kerana dikecewakan oleh seorang lelaki. Kami dua adik-beradik dipisahkan setelah berlakunya perceraian diantara ibu bapa kami dan sejak itu aku tidak berjumpa dengan adik kembar aku, Evni Eviana.

Aku pula diambil oleh sepasang suami isteri beragama Islam namun tidak pernah mengajar aku akan erti sebenar Islam itu hingga memaksa aku untuk mencarinya sendiri. Hidup aku menjadi suram tanpa gelak ketawa adik aku, walaupun kami berjauhan namun kami sentiasa berhubung melalui telefon dan laman sosial, khususnya Facebook.

Selama 13 tahun kami terpisah, aku pernah berjanji untuk menemuinya pada cuti selepas SPM kelak. Apa yang aku boleh buat? Tuhan telah membuatkan apa yang kami rancang itu tidak akan berlaku.

Aku memasuki bilik ceramah berseorangan dan mengambil satu sudut yang agak jauh daripada orang lain. Di dalam bilik ceramah ini, terdapat pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengikuti ceramah motivasi berkaitan Sains Sukan.

Tiba-tiba aku didatangi oleh seseorang, iaitu Adrian Danish, pelajar tingkatan 4 Ixora. Adrian merupakan salah seorang pelajar cemerlang PMR dan menjadi pelajar kesukaan guru dengan rekod akademik yang baik disamping menjadi wakil sekolah dalam pelbagai acara sukan di sekolah terdahulu sebelum berpindah ke sini.

Melihat dirinya membuatkan aku teringat adik kembar aku kerana mereka memiliki persamaan iaitu ceria dan disukai oleh semua orang sedangkan aku kurang disukai orang sekeliling aku meskipun telah lama kenal aku dan aku juga tidak selalu tersenyum. Ramai oran yang lama kenal aku tak pernah melihatku tersenyum. Kata kawan ku Sheila, senyumanku sangat buruk dan jangan cuba untuk senyum.

Eve: `Kenapa dengan kau ni?"

Adrian: `Saja. Kenapa Senpai duduk seorang diri lagi? Marilah, nanti hantu yang akan kacau Senpai nanti ooh.."

Eve: `Yalah tu."(selamba).

Adrian:`Betullah, jom."(hulurkan tangan).

Eve:`Kau ni? Oklah.."(malu,pipi merah merona).

Vous aimerez aussi

Tunang Paling Sweet

Apa yang korang akan buat bila ditunangkan dengan orang yang tidak dikenali ? Lebih-lebih lagi time korang baru break dan hati masih hancur kebaboom? Begitula nasib si Iliya Humairah.Sudahla bakal tunang poyo semacam! "kenapa awak setuju nak tunang dengan saya? Saya rasa boleh je awak tolak?"-Iliya Humairah "ada nampak muka saya ni macam kaunter pertanyaan ke?"-Tengku Harraz Arshad Semenjak bertunang si encik tunang sering buat hati cair tak henti! Oh tuhan, makin lama makin jatuh sayang! "orang suap pun comot. Nasib muka comel" "aik? Tadi kata muka saya cam monyet?" "yela monyet yang comel" Siapa sangka dulunya dingin sekarang pandai bermain kata? "kahwin lari la jom?" "pala bana,kalau ya pun orang kahwin lari kat siam. Awak bawa saya kat tepi curam,ni nak terjun sama-sama ke acaner?" Hal yang merunsingkan adalah,kenapa Encik tunang kacak sangat!? "lain kali tukar tinted cermin kereta, saya nak semua cermin kereta awak warna hitam biar orang tak nampak awak dalam kereta ni" "aik kenapa pulak?" "menyampah tau time awak jemput saya balik mesti ada budak sekolah saya puji awak lebih-lebih, saya pun tak pernah puji awak macamtu" "Alaaa firstime tunang saya jealous,happy pulak saya" "asal lak?" "yela, saya baru sedar awak sayang saya" "tunang saya kot..gi-gila tak sayang" Orang ketiga? Haha never ,tiada lansung konflik orang ketiga antara mereka. "Jangan berhenti sayangkan saya. Jangan berhenti cintakan saya. Jangan..tinggalkan saya" Tetapi dalam setiap kebahagiaan pasti ada cabaran,so jom baca kisah diorang!

qasha_lova · Sports, voyage et activités
Pas assez d’évaluations
22 Chs

Game Over, Mr. Panther!

“Kalau kita dapat bunga yang pengantin lambung, tu maknanya jodoh kita dah dekat. Hahaha! What a nonsensical fact is that?” – IZZ HANA Dia bagaikan air. Dan air selalu menang jika berlawan dengan api. Mempermainkan lelaki adalah satu hobi untuk Izz Hana. Seorang gadis periang dan selamba. Luarannya kelihatan ‘innocent’ tapi hakikatnya ‘killer’ dalam permainan cinta. Tapi, apa yang akan terjadi apabila ‘air’ tidak dapat mengalahkan ‘api’ itu? Dialah Shah Danish, seorang pemuda yang dingin dan senang naik angin. Juga digelar ‘Mr. Panther’ oleh Izz Hana. Dia bukanlah lelaki sempurna yang menjadi dambaan wanita. Tidak lagi sejak dia ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kakinya lumpuh. Namun begitu, Izz Hana bukanlah gadis yang mudah bersimpati dengan orang lain. Shah Danish dijadikan peserta seterusnya. Peserta yang dijemput tanpa diundang ke dalam permainan cintanya. Setiap bait yang diucapkan gadis itu hanyalah poin untuk mendapat ganjaran. “Kau ni pekak ke apa? Aku dah cakap, aku tak ada selera nak makan. Itu pun susah sangat ke kau nak faham?” – SHAH DANISH “Encik Shah, tak payah nak berdalih sangatlah. Aku tahu kau suka kek ni kan? Sebab tulah aku buatkan khas untuk kau. Barulah manis sikit senyuman tu. Sejuk mata aku memandang.” – IZZ HANA Setiap kali gadis itu berkata-kata, kali itu jugalah lidahnya kelu. Walau sekeras mana hatinya, akhirnya Shah Danish kalah dalam permainan cinta Izz Hana. Kehadiran gadis itu sudah meniup semangatnya untuk berubah. Tapi, apa yang akan terjadi apabila rahsia gadis itu terbongkar? Selepas enam bulan berlalu, mereka berjumpa semula sebagai pesakit dan doktornya. “Kenapa Encik Shah pandang saya macam tu? Kalau awak tenung saya lagi, nanti saya suruh nurse siapkan pembedahan untuk awak. Daripada kaki tu baru nak elok, baik tak ada kaki terus.”

Sariel_Y · Sports, voyage et activités
Pas assez d’évaluations
6 Chs

audimat

  • Tarif global
  • Qualité de l’écriture
  • Mise à jour de la stabilité
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte mondial
Critiques
Aimé
Nouveau

SOUTIEN

empty img

À venir