webnovel

To My Dear Ryu

Auteur: nssan_
Urbain
Actuel · 4.2K Affichage
  • 2 Shc
    Contenu
  • audimat
  • N/A
    SOUTIEN
Synopsis

"No matter what happen, I will always protect you until my heart no longer beats." Siapa sangka di sebalik kejayaan dan kemasyhuran penulis yang bergelar Nako, tersembunyi realiti duka kehidupannya. Nana Akiko, seorang penulis terkenal yang hidup sebatang kara. Apa yang dia inginkan hanyalah kehidupan yang tenang setelah sekian lama dia menjadi seorang penulis. Tapi apakan daya, manusia hanya mampu merancang. Apa yang dia impikan tidak kesampaian sejak dia bertemu dengan Ryu, lelaki misteri dingin yang menyelamatkan dia dari penculik yang cuba menggunakannya sebagai 'umpan' untuk mencari Haruto, taiko terkenal yang menjadi buruan. "Jauhkan diri kau dari aku. Atau maut akan sentiasa ada di mana-mana kau pergi." - Ryu "Siapa Haruto?" - Nana Akiko Pelbagai persoalan bermain di fikirannya sejak insiden penculikan itu berlaku. Siapa Haruto? Apa identiti sebenar dirinya? Tanpa mengedahkan amaran lelaki misteri itu, Nana Akiko tetap mencari dan mengikut lelaki itu dengan harapan lelaki itu dapat membantunya mencari jawapan kepada semua persoalan. Sehinggalah dia sedar yang lelaki itu benar-benar bermaksudkan dengan amaran yang diberikan.....

Chapter 1Prolog

DUM! DUM!

Bunyi dentuman kilat yang kuat menghiasi langit di malam hari. Perlahan-lahan, hujan mulai turun membasahi bumi. Kedengaran samar-samar bunyi percikan air serta tapak kasut yang diselangi dengan bunyi dentuman kilat yang menyambar di ruangan langit. Dari jauh, kelihatan seorang pemuda berbaju t-shirt putih dan seluar hitam berjalan di tengah hujan menuju ke arah rumah agam besar yang dikelilingi pokok-pokok besar. Pemuda tersebut mengemaskan pegangan katana yang berada di tangannya dengan erat.

Bila dilihat dari jauh, dia tidak ubah seperti taiko gangster yang sedang menuju ke rumah musuhnya. Lagi-lagi dengan darah yang dilihat menitik di hujung katana yang dipegang. Siapa sahaja yang melihatnya pasti akan berasa takut dan segera lari menyembunyikan diri agar tidak menjadi mangsa pemuda itu.

Lelaki itu menghentikan langkahnya tatkala dia tiba di hadapan rumah agam itu.

KREAK!

Pintu rumah agam itu dibuka perlahan sebaik sahaja dia tiba. Dengan langkah perlahan, pemuda itu melangkah masuk ke dalam rumah agam yang gelap gelita itu dan berjalan menuju ke tingkat atas.

DUM!

Sekali lagi kilat menyambar. Kali ini kilat menyambar di atas rumah agam itu. Cahaya kilat yang memancar ke dalam rumah agam yang gelap itu menampakkan dengan jelas darah yang bertompok pada baju t-shirt putih yang tersarung di tubuh pemuda itu. Langkah pemuda itu terhenti. Dia memusingkan tubuhnya menghadap pintu yang berada di sebelah kanannya. Dia perlahan-lahan memulas tombol pintu itu sehingga pintu itu terbuka dengan luas. Di sebalik pintu itu, jelas kelihatan seorang lelaki tua berbaju sut hitam sedang duduk di meja pejabat.

"Masuk." Perintah lelaki tua itu tatkala dia menyedari kehadiran pemuda itu.

TUK!

Katana yang berada di tangan pemuda itu sebentar tadi kini terpacak di atas meja. Lelaki tua itu tetap dengan wajah tenang tanpa merasa takut dengan tindakan pemuda itu. Pemuda itu mengorak langkah dengan riak muka dingin sehingga dia berada 5 sentimeter dari meja pejabat itu. Dia kemudian, menundukkan kepalanya sambil berlutut seakan-akan seperti seorang panglima yang sedang menghadap raja.

"Jadi kau buat keputusan untuk bunuh aku dan kembali pada keluarga kau?" Soal lelaki tua itu. Pemuda itu hanya mendiamkan diri, tidak membalas pertanyaan lelaki tua. Lelaki tua itu cuba membaca air muka lelaki itu tetapi lelaki itu tetap dengan riak wajahnya yang dingin.

"Aku anggap kau maksudkan ya." Lelaki tua itu bersuara.

"Tetapi, sebagai ganti nyawa aku, mulai dari hari ini, aku mahu kau jaga anak aku, sehingga akhir hayat dia. Dan aku arahkan kau untuk sembunyikan latar belakang keluarga aku dari pengetahuan dia. Rahsiakan asal usul dia." Perintah lelaki tua itu.

"Kalau kau gagal menurut perintah aku, aku perintahkan kau untuk mati." Tambah lelaki tua itu.

Pemuda itu mendongakkan kepalanya perlahan-lahan memandang lelaki tua itu.

"Wakatta (Saya faham)." Pemuda itu bangun lalu mengeluarkan pistol yang diselitkan di pinggangnya. Dia kemudian mengacukan pistol itu ke arah lelaki tua itu. Ibu jarinya digerakkan untuk menarik picu pistol.

BAM! TUM!

Bunyi tembakan kuat diikuti dengan bunyi kilat yang menyambar menyembunyikan bunyi kuat tembakan itu. Kilat yang memancarkan cahaya ke dalam bilik pejabat itu menampakkan separuh wajah pemuda itu yang dikotori dengan percikan darah. Apa yang lebih mengejutkan, wajah dingin pemuda itu masih kekal walaupun dia baru sahaja membunuh seseorang. Tidak ubah seperti seorang psikopat yang membunuh tanpa rasa bersalah. Pada malam itu, hujan dan kilat menjadi saksi kejadian yang berlaku dan saksi perjanjian yang dibuat antara mereka.

Dan tiada siapa yang tahu sejauh mana pemuda itu mampu memikul perjanjian yang dibuat antara dia dan lelaki tua itu. Adakah dia akan mengikut sahaja perintah lelaki tua itu atau anak lelaki tua itu akan terima nasib yang sama seperti bapanya?

Vous aimerez aussi

MR Q DAN MR V

Ruth seorang gadis yang comel dan nakal,sifatnya agak sedikit tulus sehingga nampak kebodohan yang menlucukan,dari keluarga pertengahan,bapaknya memiliki sebuah kedai runcit separuh abad.Ruth tidak mempunyai ibu,tapi mempunyai papa dan dua orang abang yang sangat menyayanggi Ruth dengan sepenuh hati mereka.Aboy abang sulung yang bersifat lembut dan Ate yang sisi tidak pasti baik atau jahat,papa mereka seorang yang kedekut,tapi keluarganya tetap utama. Quan jiran sebelah rumah dan juga teman masa kecil Ruth yang bercita² tinggi,dia sangat pintar dan bergaya,dia seorang anak tunggal di dalam keluarga,jadi dialah harapan ibu bapanya,bapaknya menpunyai sebuah kilang makanan. Villiam seorang chef terkenal yang hemsem berkerja di sebuah restoran lima bintang di kuala lumpur bandar raya yang sibuk,bukan saja hemsem tapi juga pandai masak,satu suka bersaing dan agak romantik. Diana sahabat talam dua muka yang selalu merasakan dia lagi bagus dari Ruth,dari alam persekolahan lagi dia menanggap Ruth sebagai persaingnya dalam diam,tampa Ruth sedari Diana bermain kotor di belakangnya. Ruth dan Quan pernah bercinta,karna salah faham,mereka akhirnya berpisah dan menjalankan kehidupan masing²,di saat Ruth mengenali Villiam.Quan muncul kembali ingin bersama,pada masa yang sama Diana juga muncul sebagai penghalang untuk Quan kembali kepada Ruth.Villiam juga tidak mahu mengalah untuk memiliki Ruth,bagaimana pengakhirannya di antara mereka nanti...

FOX12 · Urbain
Pas assez d’évaluations
43 Chs

TERGANTUNG SEPI

"PAPA TAK KIRA WALAU MACAM MANA PUN PAPA NAK KAMU KAWIN DENGAN PILIHAN PAPA JUGAK" TEGAS TAN SRI MALEK "NO PAPA DANIAL TAK KAN KAWIN DENGAN PILIHAN PAPA SEBAB DANIAL ADA PILIHAN SENDIRI!!!" TEGAS DANIAL FIRDAUS "YANG ABANG SIBUK SANGAT NAK ANAK KITA KAWIN DENGAN BUDAK TU DAH KENAPA" SAMPUK PUAN SRI KATRINA "NAK TAK NAK KAMU TETAP KENA KAWIN DENGAN BUDAK TU JUGAK PAPA TAK KIRA PAPA HANYA AKAN TERIMA CUCU DARIPADA RAHIM PEREMPUAN BERNAMA HANAN SOFEA SAHAJA MUKTAMAT, JIKA DANIAL INGKAR ARAHAN PAPA SATU SEN HARTA PAPA PUN DANIAL TAK AKAN RASA SEMUANYA PAPA AKAN SERAHKAN KEPADA ADIK KAMU AIRA ERDINA" KATA MALEK KEPUTUSAN MALEK KALI INI MUKTAMAT "SAMPAI MACAM TU SEKALI PAPA BUAT DANIAL OKY FINE DANIAL KAWIN DENGAN PEREMPUAN TU!!" KATA DANIAL SUARA DAH NAIK SENOKTAH "MAMA TAK SETUJU YANG DANIAL KAWIN DENGAN PEREMPUAN KAMPUNG TU, ABANG PLEASE LAH WARAS SIKIT BUDAK KAMPUNG AWAK NAK KAWINKAN ANAK KITA" KATA KATRINA GERAM "AWAK SETUJU ATAU PUN TAK SETUJU ITU BUKAN MASALAH SAYA YANG SAYA TAHU DANIAL DAH SETUJU UNTUK KAWIN DENGAN HANAN" KATA MALEK TEGAS PADA ISTERINYA KATRINA **** "KAU DENGAR SINI YE PEREMPUAN AKU KAWIN DENGAN KAU CUMA NAK ANAK DARIPADA RAHIM KAU DAN DAPAT SEMUA HARTA PAPA AKU, AKU NAK KAU SEDAR DARIPADA MIMPI JANGAN SESEKALI INGAT NAK HIDUP BAHAGIA BILA KAU KAWIN DENGAN AKU, SEBAB ORANG MACAM KAU TAK AKAN PERNAH ADA TEMPAT DALAM HATI AKU WALAUPUN SEBESAR ZARAH KAU TU JIJIK AKU TENGOK, AKU PUN PELIK APALAH YANG PAPA TU PANDNAG SANGAT DEKAT KAU NI" SANGAT HINA KATA² DANIAL FIRDAUS TERHADAP HANAN SOFEA "BAIKLAH ENCIK DANIAL SAYA SEDAR DIRI SAYA NI SIAPA, SAYA TAHU SAYA TAK LAYAK PUN NAK MENDAPINGI ORANG MACAM ENCIK DANIAL APA PULAK NAK BERTAHTA DI HATI ORANG MACAM ENCIK DANIAL UNTUK SIMPAN ANGAN² HIDUP BAHAGIA DENGAN ENCIK DANIAL PUN JAUH SEKALI SEBAB SAYA SEDAR DIRI SAYA NI SIAPA CUMA PEREMPUAN KAMPUNG!!" PERLI HANAN SOFEA

AINAKHAILEEDA · Urbain
Pas assez d’évaluations
17 Chs

audimat

  • Tarif global
  • Qualité de l’écriture
  • Mise à jour de la stabilité
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte mondial
Critiques
Pleurage! Vous seriez le premier commentateur si vous laissez vos commentaires dès maintenant !

SOUTIEN