1) Sediakan makanan dan tengok dia makan. (Potong)
2) Teman dia dalam perjalanan ke tempat yang tak terlalu bahaya. (Potong)
3) Selamatkan dia sekali. (Baru sahaja dipotong)
4) Baca banyak buku bersama-sama.
5) ...
Tiga baris pertama telah dipotong. Nampaknya buku nota ini penuh dengan senarai perkara yang Sembilan Tanglung ingin buat.
Selepas meletakkan buku notanya ke tepi, dia bergerak satu langkah ke hadapan dan meregangkan tangannya, kemudian dengan lembut dia menangkap Song Shuhang yang sekarang ini bersaiz separuh tapak tangan.
Song Shuhang terus menghela nafas lega. "Terima kasih, Cik Sembilan Tanglung."
"Sama-sama. Lagipun, awak nampak comel apabila minta tolong. Bukan senang nak tengok awak macam ini." Sembilan Tanglung mengangkat satu ibu jarinya dan tersenyum.
"..." Song Shuhang.
'Cik, agak pelik cara awak hargai sesuatu! Awak buat saya rasa malu!'
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com