Sebenarnya Marvin sudah tahu ini merupakan perkara terpenting bagi bahagian kedua rancangannya itu.
Kenapa Diggles tidak bergerak dari takhtanya?
Ini kerana dia akan mendedahkan kelemahan paling besar jika dia buat begitu!
Jika Marvin mengambil kesempatan ke atas kelemahan ini, Diggles dan Dataran Decaying pasti akan musnah.
Tetapi untuk buat begitu, Diggles perlu tinggalkan takhtanya atau sekurang-kurangnya bergerak sedikit.
Walaupun bergerak sedikit sahaja, ia telah membuka ruang kesempatan untuk Marvin bertindak.
…
Jantung Legenda umpama gugur apabila mendengar kata Marvin.
Marvin telah memberi amaran kepada mereka supaya menjangkakan kemunculan Putera Bayang. Tetapi mereka tidak bersedia untuk berlawan dewa yang lain!
Terutama sekali Dewa Plague yang merupakan Dewa Kuno. Walaupun kekuatan dia agak lemah tetapi dia masih mempunyai banyak Sihir Divine kuno.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com