webnovel

Perantau Malam

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Marvin tidak membalas. Sebaliknya dia terus pergi ke mayat duta plague dan menyelongkar badan tersebut.

Gordian berkerut kerana rasa pelik dengan tindakan Marvin.

Tetapi sebab duta plague dibunuh oleh Marvin, memang perkara logik dia menyelongkar untuk mencari harta di badan tersebut.

Marvin tidak menjumpai banyak barang. Cuma kantung yang mempunyai tiga emas ahli sihir dan juga tiga tongkat magik.

Walaupun tongkat magik ini taraf paling rendah tetapi ia masih sangat mahal. Dua daripadanya telah digunakan tetapi masih boleh diguna semula selepas dijana kembali.

Ketiga-tiga tongkat magik itu mempunyai lingkaran sihir pertama di dalamnya. Selepas melihat rune tersebut, Marvin menjumpai tongkat sakti itu ada jampi [Freezing Rain] yang berguna baginya.

Jampi (AOE) yang biasa tetapi sangat berguna untuk menakutkan kumpulan gnoll yang ramai.

Marvin tidak berani mengambil barang yang lain.

Ini kerana duta plague merupakan pengikut dewa. Agak melecehkan jika dia mengambil barang yang tidak patut dan menarik perhatian dewa plague ke dirinya.

Marvin berdiri semula selepas menyimpan item itu.

"Adakah kau percaya kata-kata pembunuh upahan lelabah bayang?"

Gordian merenung dalam ke Marvin.

Walaupun perlawanan dengan pembunuh gelap itu agak sengit, dia masih sempat lagi menyedari kemahiran Marvin yang menakjubkan.

Dia memang bukan orang biasa. Sebagai pemain pisau belati yang terkenal di Bandar River Shore baru-baru ini… Aku rasa hanya ada Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng sahaja yang ada.

Tetapi dia hanya menggeleng kepalanya dan bersandar.

Marvin terus beredar.

Tujuan utama Kesatria Silver Light, untuk menangkap atau membunuh duta plague. Disebabkan tujuan dia sudah tercapai, dia tidak akan mencari masalah lain.

Walaupun lelaki itu Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng, tetapi dia telah selamatkan nyawanya. Jika tidak kerana Marvin datang membantu, walau sekuat mana Gordian, dia pasti akan menghadapi keadaan yang teruk di bawah serangan bersama Black Jack dan duta plague. Sebab itu Gordian tutup sebelah mata dan biarkan Marvin beredar.

Walaupun dia telah hapuskan duta plague, tetapi krisis racun kemerduan malam di Bandar River Shore belum selesai sepenuhnya.

Ini disebabkan duta plague telah menyebarkan telur di tubuh mereka yang malang. Sebab itu racun kemerduan malam masih akan tersebar tetapi dalam skala yang lebih kecil dari permainan video. Ini akan memberikan impak kepada sejarah yang Marvin tahu. Dia tidak pasti perkara apa yang akan terjadi nanti.

3000 exp am sangat membantu Marvin dalam krisis ketika ini.

Untuk kelas lanjutan dia perlukan exp yang banyak. Walaupun hanya untuk meningkat level kepada renjer level 6, dia perlukan sekurang-kurangnya 4800 exp. Marvin telah merancang perjalanan kelasnya.

Renjer mempunyai banyak cabang kelas lanjutan yang meliputi semua cabang pilihan. Terdapat sekurang-kurangnya 15 kelas lanjutan. Ia merupakan kelas yang paling rumit kerana renjer merupakan kelas yang boleh buat pelbagai perkara.

Mereka mampu menyerang dari jauh, menyerang jarak dekat, mampu menjinakkan binatang dan berhubung dengan alam semulajadi. Sebab itu terdapat banyak cabang pilihan.

Tetapi hanya ada satu saja yang boleh sampai kepada peringkat terakhir Pemerintah Malam!

[Perantau Malam]

Kelas pangkat ke-2 yang nampak biasa ini tidak seganas [Pembunuh Gelap], atau mempunyai aura kejam [Penembak Elit]. Ia merupakan kelas lanjutan yang selalu dipandang remeh. Semua kemahiran yang ada terlalu biasa. Sekurang-kurangnya itu yang berlaku di permainan video. Hanya beberapa pemain renjer saja memilih untuk menjadi kelas Perantau Malam.

Bukan saja kelas lanjutan ini mempunyai abiliti yang biasa tetapi juga pemilhan untuk meningkat naik juga sangat rumit. Tiada siapa suka melakukan perkara yang susah dan melecehkan ini.

Tapi apabila kelebihan Perantau Malam diterokai. Terdapat renjer pelik yang mempunyai kekuatan berlawan yang sangat hebat pada waktu malam.

Ini kerana terdapat kemahiran istimewa kelas tersebunyi [Night Kill] untuk kelas Perantau Malam.

[Night Kill]:

Level 1: Kuasa Serangan +3%, Kelajuan Serangan +3%, Kelajuan Pergerakan +3%, Ledakan Kuasa +3%, Kepantasan Reaksi +3% ketika berlawan pada waktu malam.

Efek istimewa: Apabila membunuh pada waktu malam, anda akan menerima serpihan jiwa sasaran.

Dengan mengumpul serpihan jiwa secara terus-menerus akan dapat meningkatkan level [Night Kill].

Level 1 Night Kill hanya memberikan bonus 3% kepada status tertentu.

Tetapi ia akan jadi lebih menakutkan pada masa akan datang. Bonus yang lebih besar dan efek baru akan muncul!

Pada waktu malam, Perantau Malam dengan level 3 Night Kill mampu berlawan dengan tiga pakar level yang sama.

Disebabkan itu, kelas Perantau Malam juga dikenali dengan nama [Syaitan Malam]!

Di waktu malam, pisau mereka bersedia untuk digunakan. Mereka seperti iblis yang sembunyi dalam kegelapan malam.

Walaupun kelebihan istimewa ini tidak dapat menutup kelemahan kekurangan kemahiran yang biasa, ia masih mampu membuat ramai pakar timbul.

Boleh dikatakan kelas ini sangat tidak seimbang. Lemah pada waktu siang dan sangat kuat pada waktu malam.

Ketidak seimbangan seperti ini menjadikan kestabilan kelas ini sangat teruk.

Tetapi!

Marvin terkecuali!

Dia mempunyai kemahiran membunuh. Dia mahir dalam semua kemahiran pembunuh hendap bayang. Dia mampu gunakan gerakan ini ketika berlawan dan gunakan exp pertempuran untuk mempelajari kemahiran itu. Dia mempunyai cara untuk menutup kelemahan yang ada oleh [Perantau Malam].

"Tambahan lagi, kemusnahan kolam magik alam semesta akan menarik perhatian binatang syurga kuno ke Benua Feinan."

"Walaupun semua dewa telah bekerjasama untuk membunuh binatang syurga itu, tetapi mayatnya telah melitupi banyak kawasan langit Feinan menyebabkan banyak kawasan yang gelap."

'Sejak waktu itu, malam di Feinan lebih panjang dari waktu siang. Waktu malam selama 14 jam manakala waktu siang hanya selama 10 jam."

Ini antara salah satu sebab Marvin memilih cabang kelas lanjutan ke Pemerintah Malam.

Perantau Malam merupakan salah satu kelas paling sesuai dengan situasi Feinan nanti.

Tetap jika dia mahu menjadi Penguasa Malam, Marvin perlu mencari guru.

Kelas rahsia seperti ini tidak semudah kelas renjer yang hanya perlu surat cadangan sahaja.

Penguasa Malam mempunyai organisasi beberapa ahli sahaja. Tetapi jika ingin sertai organisasi mereka, seseorang itu perlu melepasi ujian ketat mereka.

Marvin tahu kedudukan salah seorang ahli dari organisasi Penguasa Malam dan secara kebetulan berada di daerah Menara Three Ring ini!

Tetapi lelaki itu sedikit aneh.

Namun, selepas berlawan dengan pembunuh malam, Marvin rasa dia masih banyak kekurangan!

Walaupun level dia telah meningkat naik dengan cepat, tetapi ia masih tidak cukup. Jika dia tidak dapat pertahankan diri, bagaimana dia ingin mempertahankan orang yang dia sayangi nanti?

Cabang untuk lanjutan telah dirancang. Bagi kekuatan pula, dia ada beberapa pilihan.

Sebagai contoh, ini masa yang sesuai untuk dia mencari kerambit kembar berkualiti tinggi. Terdapat satu tempat yang dia boleh dapatkan senjata tersebut.

Mungkin dia patut tingkatkan penguasaan pisau belati semasa dalam perjalanan.

Masih berada di level [Beginner] untuk bekas Pemerintah Malam… Ini tidak boleh!

Namun dia masih perlu lakukan sesuatu sebelum tinggalkan Bandar River Shore.

Satu kelibat mula datang ke pintu bandar.

Pembunuh hendap bayang pangkat ke-2!

Marvin menyorok di belakang dinding bandar melihat dia datang dan keluar menyambut.

"Lord!"

Kyle Amber yang perasan kehadiran Marvin terus memberikan tabik hormat.

Sebagai elf yang dicipta oleh dewa elven kuno, kekuatan Amber tidak dapat ditingkatkan lagi. Tetapi anak buah Marvin ini pembunuh hendap pangkat ke-2, satu kuasa yang agak ditakuti.

Untuk membunuh orang gasar itu, Amber dan Agate terpaksa menggunakan desperate strike. Sudah lama masa berlalu dan mereka sepatutnya telah pulih sedikit.

Kekuatan mereka masih belum berada di puncak menunjukkan betapa kejamnya kemahiran itu.

Ia bukan saja kejam kepada pihak lawan tetapi juga kepada diri sendiri.

Kehadiran Amber di Bandar River Shore telah dirancang lebih awal oleh Marvin.

Dia membiarkan pasukan Lynx beredar dengan selamat hanya untuk mengesan jejak mereka dan siapa dalang disebaliknya.

Sebenarnya ketika mereka pergi, mereka telah diekori oleh Amber sepanjang waktu.

"Adakah kau jumpa apa-apa?" Marvin bertanya.

Pasukan Lynx ialah kumpulan pengembara. Marvin tidak kisah mengenai mereka.

Dia hanya tahu siapa dalang tersebut.

"Aku ada." Amber membalas. "Aku telah jumpa jejak siapa yang mengupah Verne untuk membuat masalah."

"Nama dia Toshiroya, anak kepada lord bandar kawasan utara yang baru balik."

"Dia agak kaya dan mempunyai kaitan dengan datuk bandar sekarang."

"Aku curi dengar perbualan dia dengan Verne. Dia mahukan sesuatu di dalam Lembah White River. Tetapi daripada apa yang dia katakan, sesuatu berlaku dan rancangan untuk merampas Lembah White River terpaksa ditangguhkan."