Satu kelibat melintas laju di dalam laluan rumit gua yang gelap ini.
Ini merupakan bahagian yang terletak paling selatan di Underdark. Seseorang itu akan tiba di tempat paling terpencil di Underdark selepas meninggalkan Kubu Kuat Rosen dan menuju ke selatan.
Bentuk muka bumi di sini lebih rumit, gua yang bersepah dan tiada ruang bawah tanah yang luas seperti di kawasan tengah.
Marvin dapat meneruskan perjalanan dengan pantas atas jasa dari peta tidak lengkap Raven dan juga memorinya itu.
Dia dapat merasakan tanah ini menjadi semakin lembap.
Dia ada ternampak beberapa Pelawan Elven Gelap semasa di dalam perjalanan tetapi dia mengelak dari bertembung dengan mereka.
Darksight yang merupakan salah satu kelebihan terbesar Perantau Malam telah digunakan dengan sepenuhnya. Dia memang raja sebenar di kegelapan yang hitam legam ini!
Dia ada membunuh beberapa raksasa yang cuai selain dari sedikit Elves sambil meneruskan perjalanan.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com