Ketangkasan Marvin agak tinggi sebab itu kepantasan larian dia agak laju.
Tetapi dia tidak menyangka lelaki bermuka pucat ini dapat lari dengan laju juga.
Dan dari cara dia melarikan diri, nampak dia sudah biasa.
Marvin melihat ke arahnya seketika. Tiba-tiba dia perasan pemuda itu menggunakan [Haste] ke atas diri sendiri.
Ahli sihir sangat hebat ketika ini sehingga era kemusnahan Kolam Magik Alam Semesta… Meraka boleh menyihir diri sendiri untuk menutup kelemahan kelajuan mereka. Ini membuatkan mereka agak laju seperti kelas pelawan.
Terdapat banyak kuda perang tulang mengejar di belakang mereka. Kuda perang tulang ini sangat menakutkan dan tapak mereka menyebabkan bukit ini bergegar!
Di udara atas kepala kuda perang itu terdapat banyak hantu gila yang mengejar.
Melihat hantu ini, muka Marvin terus bertukar hijau.
Hantu ini memiliki kecerdasan dan level tinggi dan bukan seperti hantu level rendah yang dia jumpa waktu awal ini! Jika dia berlawan seorang diri, Marvin hanya mampu menghapuskan dalam sedozen menggunakan air suci, tetapi jika seramai ini… Marvin hanya mampu untuk melarikan diri saja!
"Apa yang telah kau lakukan? Bagaimana kau boleh buat hantu sebanyak ini memberontak?"
Marvin menjerit marah kepada pemuda itu.
Keadaan seperti ini sangat jarang berlaku di bukit despair.
Necromancer mempunyai naluri untuk mengawal yang tinggi. Jarang ada pemberontakan hantu seperti ini ketika mengawal hantu mereka.
Pemuda itu terus lelah ketika mengikut Marvin.
"Ah?Aku tak buat apa-apa?"
"Aku hanya melamar saja!"
…
Melamar?
Marvin terkejut.
Biasanya dia seorang yang pantas berfikir dan meneka, tetapi bukankah melamar dan pemberontakan hantu mempunyai kaitan di antara satu sama lain?!
Kuda perang tulang itu sangat pantas dan dua manusia itu mempunyai stamina yang terhad. Jika mereka terus lari seperti ini, mereka akan dapat dikejar tidak lama lagi!
"Apa yang boleh aku buat?" Marvin menggaru kepala.
Sebanyak mana nilai pengalaman dia ada, dia tidak sangka boleh terserempak dengan pemberontakan hantu di bukit despair!
Menyorok?
Di bukit yang luas ini, di mana dia boleh menyorok? Tambahan lagi terlalu banyak kuda perang tulang. Jika dia menyorok, mungkin dia akan dipijak nanti.
Berpecah?
Lagi mustahil? Hantu yang di udara memang perhatikan mereka berdua. Memang sukar untuk melepaskan diri dari hantu terbang itu!
"Tidak mungkin tragik seperti ini kan."
"Masih ada baki lagi ubat kekuatan naga selepas dia gunakan untuk melawan pembunuh gelap. Patut aku minum sekarang?"
Marvin mencarut kepada pemuda tidak berguna itu. Dia tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil ubat kekuatan naga untuk meningkatkan ketangkasan diri supaya boleh menggunakan keistimewaan [Flicker].
Tetapi perkara ini terlalu membazir!
Dia rasa tidak sanggup untuk keluarkan botol itu dari konc kosongnya.
Tetapi tiba-tiba, pemuda itu menarik Marvin. "Ikut aku!"
Pemuda yang kepenatan itu menunjukkan kubur tidak jauh dari situ. "Rumah aku."
"Mereka tidak boleh masuk."
"Aku ikut, lebih selamat."
Dia tidak berkata lagi dan terus menarik Marvin masuk ke dalam kuburnya.
Marvin tidak dapat membuat apa-apa. Lelaki yang nampak lemah ini rupanya mempunyai kekuatan yang menakjubkan dan Marvin tidak dapat melepaskan diri!
Dua orang ini melompat di dalam kubur yang sempit. Satu perintang hitam terus menutup kubur itu!
"Tu tu tu!"
"Tu tu tu!"
Bunyi tapak kaki kuda boleh dengan di atas perintang hitam itu, dengan kelibat kuda perang tulang berkumpul di atas mereka.
Makin lama makin banyak hantu level tinggi menyerang perintang hitam itu.
Walaupun nampak perintang hitam ini seperti sangat lemah tetapi sebenarnya ia sangat tahan lasak.
"Aduh, terkejut aku!" Pemuda itu duduk bersila di tanah. "Penat sungguh aku…"
"…"
Marvin terus senyap.
Dia masih tidak tahu apa yang terjadi.
"Adakah kubur ini rumah kau?"
"Dan apa kena dengan hantu-hantu itu?" Marvin bertanya.
Pemuda itu menepuk kepala dan membaca jampi. Marvin terasa seperti badannya lebih tenang ketika ini.
…
Pemuda yang menyebabkan pemberontakan hantu itu bernama Fidel. Walaupun dia nampak muda tetapi sebenarnya dia berumur empat puluh tahun.
Rumahnya di bawah kubur, merupakan gua yang sangat luas.
Seseorang yang hidup dalam tempat seperti ini pasti seorang necromancer. Tetapi lelaki ini… memang pelik.
Secara umum, necromancer tidak mempunyai pandangan yang bagus kepada orang biasa. Tetapi Marvin tidak dapat rasa sebarang niat jahat dari Fidel. Lelaki ini memang necromancer pelik. Bukan saja dia rasa seperti orang yang tidak asing ketika berjumpa, dia juga kuat berceloteh… Sehingga sampai tahap mulut murai.
Ketika menyorok dari pemberontakan hantu yang berada di atas mereka, Marvin terpaksa menahan diri dengan mendengar Fidel merungut tanpa henti.
Tetapi perkara sebenar yang diberitahu membuatkan Marvin terkejut beruk.
"Kau cakap kau dah jatuh cinta dengan lich? Tunggu kejap… Bukan ke lich tiada jantina?"
"Sebenarnya dia dulu seorang gadis cantik? Aku faham… Sebab itu kau melamar?"
"Nampaknya lamaran kau ditolak. Menyebabkan dia marah dan menyerang kau dengan askar hantu? Rupanya bukan pemberontakan hantu tetapi seseorang yang mengawal mereka?"
Marvin rasa semua ini sangat merepek.
Pasangan necromancer dan lich… Memang jarang ada pasangan seperti ini di Feinan, betul?
Tunggu sekejap…
Marvin mula teringat sesuatu!
"Necromancer… Fidel… Lich!"
Mungkin lelaki ini akan jadi Lich Gila Fidel dari bukit despair yang terkenal di masa akan datang?
Lelaki gila ini akan membuatkan semua pemain yang masuk ke bukit despair sengsara?
Memang berbeza betul.
Marvin mula membandingkan sifat Lich Gila Fidel yang diberitahu oleh pemain. Tak nampak seperti necromancer mulut murai ini… Tunggu, ada seseorang yang kata dia memang mulut murai.
Walaupun Marvin muncul pertama kali di Teluk Jewel, tetapi dia selalu berada di sekitar kawasan utara Teluk Jewel dan jarang sekali melangkah kaki ke selatan bukit despair.
Mengenai cerita Lich Gila ini, dia hanya tahu serba sedikit saja.
…
"Celaka… Jika aku gagal kali ini, aku yakin lain kali pasti berjaya!" Fidel cakap seorang diri.
Dia membuat teh untuk Marvin tetapi Marvin tidak berani untuk minum. Manalah tahu apa yang necromancer letak di dalam tehnya ini.
"Aku telah menghabiskan banyak duit untuk membeli 999 bunga ros dari pedagang dari utara… Kenapa Sasha masih tak suka lagi?"
Fidel duduk di situ dengan perasaan gundah gulana. Termenung dan mengabaikan kehadiran Marvin.
Sasha?
Marvin seperti nampak sinar.
Dia ingat akhirnya!
Sasha nama lich itu. Dengar khabar sebelum dia merupakan gadis cantik sebelum bertukar kepada lich.
Beberapa memori silam mula terpancar di dalam ingatan Marvin dan dia dapat ingat semula kisah mengenai Lich Gila ini.
Cuma, dia terus rasa sedikit sedih.
Dia terus berdiri dan menepuk bahu Fidel. "Hei, jangan risau. Mungkin akan berjaya selepas ini?"
…
Kisah Lich Gila ini sedikit kelakar tetapi menyedihkan.
Fidel dan Sasha merupakan kawan rapat. Mereka penuntut ahli sihir yang saling suka sesama mereka.
Tetapi disebabkan satu kemalangan, Sasha bertukar kepada lich.
Gadis yang cantik ini terus menjadi tulang belulang. Tiada siapa yang dapat menahan diri jika jadi seperti ini menyebabkan perangai dia terus bertukar.
Walaupun dia telah mempunyai kuasa magik yang besar tetapi dia telah kehilangan tubuh badan manusia. Dia menjadi seorang yang ganas, cepat marah dan kera sumbang.
Tetapi ada seorang yang tidak meninggalkan dia. Orang itu adalah Fidel.
Fidel mengikut Sasha ke bukit despair dan menjadi necromancer semasa dalam perjalanan.
Buat masa yang lama, Sasha cuba abaikan Fidel. Setiap kali Fidel cuba datang dekat, dia akan gunakan kuasa magiknya yang kuat untuk menghalau Fidel dari situ.
Tetapi dia tiada niat untuk cederakan Fidel.
Disebabkan ini kuda perang tulang yang sangat pantas yang sepatutnya boleh mengejar mereka tertinggal di belakang.
Ini disebabkan lich yang mengawal mereka.
Dia tidak mahu lelaki kesayangan dia melihat keadaan dia yang teruk ini. Sebab itu dia menghalau lelaki itu.
Di dalam permainan video, Fidel tidak berputus asa untuk mendapatkan Sasha walaupun setelah Sasha menjadi Lich.
Selepas salah satu kegagalan lamaran dia, dia berfikir sebab Sasha tidak mahu berjumpanya kerana Fidel masih bertubuh manusia dan Sasha sudah menjadi Lich.
Sebab itu dia telah meminta Lich level tinggi untuk menukarnya menjadi Lich. Dengan ini, dia dapat bersama dengan Sasha.
Upacara itu berjaya.
Tetapi kisah akhir agak menyedihkan. Selepas dia menjadi lich, Fidel mencari Sasha tetapi dia terjumpa Sasha yang bertubuh manusia seperti dalam ingatannya.
Fidel telah berusaha keras untuk menjadi lich manakala Sasha pula berusaha keras untuk mendapatkan tubuh manusianya.
Dia berjaya dan Sasha berjaya. Sasha berjaya mendapatkan tubuh badan manusia menggunakan kemahiran revival.
Tetapi Fidel bukan manusia lagi ketika ini.
Mereka sangat rindukan sesama sendiri.
Tetapi takdir telah mempermainkan mereka.
Mereka berdua akhirnya berjumpa satu hari dan menyebabkan Fidel terus jadi gila.
Cukup sudah bab ke 60 kali ini. Cerita ini semakin rancak dan akan bermula banyak aksi yang mendebarkan. Diharap para membaca terus menyokong kami. Minggu ini keluarga aku semua tidak sihat termasuk aku sendiri. Di harap para pembaca semua menjaga kesihatan juga. Teruskan memberi sokongan dan harap dapat membaca semua novel yang telah dialih bahasa kepada bahasa melayu. Sekian terima kasih.