webnovel

Perempuan Murahan Tetap Perempuan Murahan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Pembantu kedai mengangguk faham dan mengampu Liu Anan dengan berkata, "Jadi dia adalah perempuan simpanan. Tidak hairanlah. Saya tidak percaya dengan gayanya, dia boleh mempunyai kad seperti ini."

Liu Anan sangat berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh pembantu kedai tersebut. "Betul itu. Perempuan itu merupakan perempuan murahan sejak di sekolah menengah lagi. Semua orang mengatakan dia pernah tidur dengan pengetua. Jika tidak, bagaimana dia boleh memasuki universiti yang bagus?"

Kedengaran bunyi pintu bilik persalinan dibuka. Su Qianci berjalan keluar dan menarik perhatian semua orang yang melihatnya. Pakaian lamanya tadi membuatkan Su Qianci kelihatan cantik dan ringkas, seperti gadis sebelah rumah. Tetapi setelah memakai baju berjenama yang baru ini, Su Qianci kelihatan seperti golongan orang kaya. Baju yang tanpa lengan itu juga membuatkan kulitnya kelihatan lebih cerah. Semua wanita suka kelihatan cantik, dan Su Qianci juga tidak terkecuali. Dia tersenyum berpuas hati melihat dirinya di dalam cermin.

Pembantu-pembantu kedai di situ lebih lagi terkejut. Ia kelihatan sangat sempurna! Pakaian tersebut kelihatan seperti dibuat khas untuk Su Qianci. Bukan sahaja saiz, tetapi gaya baju tersebut juga amat sesuai dengannya. Malah Fu Lengbing yang telah biasa melihat ramai gadis cantik juga terpegun melihat Su Qianci.

Melihat reaksi Fu Lengbing, Liu Anan merasa cemburu. Sambil tersenyum sinis, dia berkata, "Boleh lihat kepentingan pakaian. Seekor ayam juga boleh bertukar menjadi burung merak. Walaubagaimanapun, tidak mungkin seekong burung kecil boleh menjadi phoenix."

Su Qianci tiba-tiba mengerutkan dahinya dan memandang ke arah pembantu kedai, lalu berkata, "Kamu sememangnya mempunyai pelbagai jenis pelanggan. Kamu tidak perasan? Tidak mahukah usir dia?"

Liu Anan berasa amat marah dan wajahnya bertukar merah padam. Dia menjerit, "Kau yang sepatutnya pergi!"

Su Qianci tidak menghiraukannya lalu pergi ke kaunter bersama kad hitamnya dan berkata, "Saya mahu beli ini."

Pembantu kedai berasa teruja kerana dia dapat menjual baju tersebut dengan mudah. Dia segera pergi ke kaunter bayaran dan melihat sekilas pandang beg Su Qianci. Walaupun tiada logo dan kelihatan ringkas, dia terkesima, "Itu beg tangan Dior edisi terhad untuk tahun ini!"

Sementara itu, seorang pembantu kedai yang lain juga menyedarinya. Dia menggumam, "Hanya sepuluh sahaja yang dijual di seluruh dunia, bukan?"

Kata-kata itu mengejutkan Liu Anan dan Fu Lengbing. Hanya sepuluh yang dijual di seluruh dunia dan Su Qianci sedang menggunakan satu daripadanya! Dia pasti mempunyai latar belakang yang lain, kerana beg tersebut tidak boleh dibeli dengan hanya duit.

Pembantu-pembantu kedai di situ menunjukkan riak wajah yang bercampur-baur. Siapa dapat menyangka Su Qianci yang hanya berpakaian murah membawa kad hitam dan beg tangan yang sangat jarang dijumpai bersamanya! Perkara itu seakan memberi tamparan kepada mereka.

Pembantu kedai yang menghina Su Qianci tadi merasa amat malu dan menguruskan pembayaran baju itu tanpa berkata apa-apa.

Liu Anan kelihatan amat marah. Dia mengejek dan berkata dengan benci, "Huh, wang hasil daripada menjual diri tidak perlu dibanggakan! Saya tertanya-tanya siapa penaung kamu. Adakah dia enam puluh atau tujuh puluh tahun? Saya dengar kamu sangat pandai beraksi di atas katil. Pengetua sekolah kita yang tua itu mesti sangat gembira dengannya, sebab itulah dia membantu kamu untuk masuk ke universiti itu."