webnovel

Jijik Bila Memikirkannya

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Su Qianci memang sedar yang dia bukanlah orang yang paling bijak. Tapi itu tak bermaksud dia bodoh. Bila berdepan Tang Mengying, Su Qianci menjadi sangat tenang dan berkata dengan penuh menyindir, "Betulkah?" Suaranya mendatar seolah-olah dia langsung tak peduli.

Tang Mengying tidak tahu apa yang dia jangkakan dan rasa agak keliru. Su Qianci sudah menjadi semakin pandai dan semakin susah untuk dikawal. Semestinya, itu satu berita buruk buat Tang Mengying.

Tiada sesiapa yang membuka mulut. Dua minit berlalu yang dirasakan sangat kekok. Tang Mengying tak boleh nak menahan diri lagi dan dia nampak bergelut dengan dirinya.

"Qianci, saya rasa saya perlu beritahu awak sesuatu."

"Apa dia?"

"Saya mengandung. Bayi ni… anak Abang Sicheng."

Su Qianci nampak agak terkejut. Dia meletakkan sudu dan memandang Tang Mengying.

Melihat yang Su Qianci akhirnya memberi reaksi, Tang Mengying meneruskan kata-katanya, "Sudah tiga bulan. Bayi ni bayi lelaki dan jantungnya dah berdegup. Keluarga Li sangat menginginkan seorang anak lelaki yang boleh membawa nama keluarga. Saya pasti mereka tak mahukan anak luar nikah. Jadi, Qianci, boleh tak awak berundur? Saya tahu awak marah tapi tolong jangan buat apa-apa yang tak patut. Abang Sicheng sayangkan bayi ni tapi dia tak nak awak marah. Sebab itulah dia suruh saya datang bercakap dengan awak. Dia harap awak dapat lepaskan dia."

Su Qianci tidak berkata apa-apa tapi berasa geli hati. Wanita ini sanggup berbuat apa saja untuk membuatkan dia rasa jijik.

Tang Mengying nampak wajah Su Qianci yang menyindir itu dan bertanya, "Awak tahu tak dia cakap yang dia tak pernah sentuh awak? Dan dia tak cintakan orang lain selain daripada saya?"

Selepas dia mengatakan sebegitu, Tang Mengying merenung Su Qianci. Matanya beralih pandangan bila mendengar kata-kata itu. Dengan rasa sangat gembira, terdetik dalam hati Tang Mengying, jadi memang betulkah? Satu-satunya masa Li Sicheng pernah membuat hubungan seks adalah dengan dia di Australia? Memeranjatkan! Bila teringatkan suara dan badannya pada malam itu, Tang Mengying terus berasa teruja.

Tang Mengying tidak dapat menahan dirinya dan berkata lagi, "Awak tahu tak posisi kegemaran dia ialah dari belakang? Pada awalnya, rasanya menyakitkan tapi dia berlembut dengan saya bila dapat tahu saya mengandung. Abang Sicheng ini memang lelaki yang hebat. Baru-baru ini, mak cik ada beritahu saya yang Abang Sicheng tak begitu menyukai awak dan tak menerima awak pun. Mungkin sebab itulah dia kembali kepada saya banyak kali..."

Setiap kata-kata itu dirasakan seperti penumbuk di wajah Su Qianci. Dia tak tahu pun tentang posisi kegemaran Li Sicheng… Tapi, dia tak akan percaya satu pun yang dikatakan oleh Tang Mengying. Dia sudah ditipu oleh Tang Mengying berjuta-juta kali sebelum ini. Sekurang-kurangnya, dia tahu yang Li Sicheng tak sanggup menipu kepada sesiapa. Sudah pasti Li Sicheng tak akan tipu dia, bukan?

Su Qianci memujuk hatinya dan memandang Tang Mengying dengan dingin sambil berkata, "Awak tahu tak apa itu obsesi patologi?" Dia mengatakan yang Tang Mengying itu berdelusi. "Dalam seluruh Bandar Kingstown, 80% wanita mahu mengandungkan anak suami saya. Awak sudah banyak kali cuba menggoda dia. Jadi, kalau dia sukakan awak walau sedikit pun, susah untuk dia tolak. Selain itu..." Su Qianci bangun dan menghampiri Tang Mengying, sambil berbisik, "gaya anjing ialah posisi yang dia paling benci."

Melihat air muka Tang Mengying yang berubah menjadi suram, Su Qianci rasa lebih senang hati dan menambah, "Disebabkan itu, dia akan rasa seperti main dengan perempuan jalang. Dan itu sangat menjijikkan, betul tak?"

Bulu roma Tang Mengying meremang dan dia terus berkata dengan marah, "Apa maksud awak?"

Su Qianci memanggil dia perempuan jalang! Su Qianci melangkah ke belakang dan tersenyum dengan elegan. Dia mengambil beg tangannya dan berkata, "Saya ada perkara lain yang perlu diselesaikan jadi saya minta diri dulu." Dia tak tahu sama ada Li Sicheng menyukai gaya anjing atau tidak. Tapi, Su Qianci sengaja berkata begitu.