webnovel

Teknik Meditasi

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Saya terima!" Leylin menjawab dengan pantas.

"Bagus! Oleh kerana ia merupakan persetujuan daripada pihak sekolah, saya akan terima kamu sebagai anak murid saya!" Berkata lelaki umur pertengahan itu sambil mengusap janggutnya.

"Walaupun suasana di sini kelihatan biasa, ia cukup sempurna untuk kamu menjalani proses permulaan!" Kroft luncurkan pandangannya ke arah bilik pemeriksaan. "Sekurang-kurangnya keadaan di sini senyap dan kita tidak akan diganggu!"

"Proses permulaan apa?" Tanya Leylin dengan keraguan.

"Proses permulaan Magus!" Jawab Kroft.

"Pada pandangan kamu, apa itu Magus, wahai Leylin?"

"Seorang yang penuh dengan misteri dan mempunyai kebolehan memanggil guruh dan ribut, memanipulasi api dan kuasa alam semulajadi yang lain!" Leylin beritahu definisi yang dia pelajari di Pulau Chernobyl.

"En! Namun demikian, ia agak berbeza sikit!" Kroft membetulkan fahaman si Leylin itu.

"Pada masa dahulu, Magus itu sebenarnya suatu gelaran yang diberi kepada mereka yang ada kuasa ajaib. Golongan Magi ini akan berlatih prinsip dan cara pengawalan serta memanipulasi kuasa dalaman. Mereka sentiasa mengejar ilmu dan kebenaran!"

Kroft menerangkan definisi Magi kepada Leylin.

"Maksudnya, gelaran Magus bukan untuk manusia sahaja!" Leylin lebih memahami sekarang.

"Betul! Ada juga Magi di kalangan hidupan lain seperti makhluk separuh manusia, dan makhluk cerdik, contohnya, Magus puak laut, dan juga Magus puak Naga!"

Kroft berkata, "Okay! Mari kita mulakan upacara ini! Jangan takut, ia sangat mudah!"

*Tepuk!* Lantai di sekitar Kroft menjadi lembut, dan berubah menjadi suatu formasi sihir, dan satu kuasa pelik merebak keluar darinya.

Persekitaran menjadi gelap, dan hanya ada nyalaan api di tengah-tengah formasi itu.

"Sekarang, hulurkan tangan kamu!" Leylin memanjangkan tangannya dan kemudian ianya digenggam kuat oleh satu tapak tangan yang besar.

"Dengan mematuhi upacara zaman dahulu, saya akan memimpin kamu dari saat ini, Leylin Farlier, ke haluan Magus!"

"Sila lafazkan selepas saya!"

"Saya bersumpah! Saya akan kejar kebenaran untuk selama-lamanya!" Kroft menggunakan bahasa asing, tetapi Leylin masih faham, dan mulutnya tidak dapat bertahan dan mengulangi suara yang sama.

"Saya bersumpah! Saya akan kejar kebenaran untuk selama-lamanya!" Suaranya seperti suara seorang pemuda berumur tiga belas atau empat belas tahun, masih mengandungi sedikit ketidakmatangan dalam suaranya.

"Tanpa kebenaran mentor saya, saya bersumpah tidak akan mendedahkan sebarang maklumat yang mentor saya serahkan kepada saya..."

Kroft menyambung lafaz dan Leylin mengikutinya, kedua-dua suara kemudian perlahan-lahan bergabung menjadi satu.

Di tengah-tengah formasi, api itu tiba-tiba menyala dengan lebih terang dan marak dengan kuat…

"Tahniah kerana telah menjadi seorang pembantu paderi secara rasminya!"

Selepas upacara itu, Kroft mengucapkan tahniah kepada Leylin.

Leylin melihat kedua-dua tangannya. Selepas upacara rahsia itu, ia kelihatan seperti dia telah melihat dunia dari sudut yang berlainan, tetapi pada masa yang sama, dia tidak dapat mengenalpasti perbezaannya.

"Nampaknya terdapat perubahan dari segi daya rohaniah, tetapi aku tidak mempunyai maklumat lanjut berkenaan bidang ini, jadi sekarang aku hanya mampu mengasimilasi maklumat itu pada masa hadapan!" Leylin berkata dengan redha.

"Teknik meditasi di dalam bola kristal itu telah diserah kepada kamu, betul? Sila lihat bola Kristal itu apabila kamu pulang nanti, kamu sudah boleh menyerap maklumat di dalamnya sekarang!"

"Esok, datang balik ke sini pada pukul enam pagi!"

"Kamu boleh pulang sekarang, tetapi ingat! Jangan merayau-rayau!" Kroft memberi amaran.

"Saya akan menurut perintah! Mentor!" Leylin menundukkan dirinya, dan berjalan keluar dari makmal eksperimen itu.

"Nasib baik aku lalu dormitori tadi, kalau tidak, aku tidak tahu di mana lokasi dormitori!" Ketika dia mengikut hamba bayangan tadi, Leylin telah mengarah Cip A.I. untuk memulakan pemetaan kawasan itu. Sekarang, hanya sebahagian kecil daripada kawasan itu yang selesai, dan dia tahu tempat-tempat yang dia telah lalui awal tadi.

Kawasan-kawasan yang terdapat Magi agak berbahaya, dan Leylin tidak berniat untuk menerima apa-apa kecederaan sampingan daripada mereka.

Setelah tiba di dormitori, Leylin mengeluarkan kunci dari karung yang diberi oleh lelaki tua itu.

Ia ialah kunci tembaga berwarna hitam yang berat, dan dilabel '783'. Sekarang, ia kelihatan sejuk dan kosong di dalam dormitori itu, Leylin berjalan melalui koridor yang sunyi, dan bulu romanya berdiri tegak sebaik sahaja dia mendengar gema tapak kakinya.

Melihat nombor-nombor bilik itu, akhirnya dia jumpa biliknya, "Di sini!"

Leylin masukkan kunci ke dalam lubang kunci, dan logam berat itu mengeluarkan satu klik.

Sebaik sahaja pintu besar itu terbuka, bilik gelap itu secara automatik menghasilkan api, "Mereka gunakan prinsip-prinsip Magi untuk mencipta satu sistem pengaktifan suara yang serupa?"

Leylin meletakkan barang kepunyaannya dan meneliti tempat di mana dia akan tinggal untuk beberapa tahun.

Dormitori itu agak kecil dan terbahagi kepada tiga, ruang bilik tidur, ruang tamu, dan bilik mandi. Ia sebenarnya ialah tempat kediaman persendirian, dan terdapat sehelai selimut baru di atas katil, dan ia kelihatan kemas dan tersusun.

"Suasana di sini agak bagus!" Leylin duduk di atas katil dan mengeluarkan barang-barang yang diberi oleh akademi.

"Satu set jubah pembantu paderi. Cip A.I. telah mengesan beberapa ilmu sihir pada jubah ini, dan pertahanannya agak sama dengan beberapa perisai kulit yang berkualiti!" Leylin dengan efisien menukar baju kepada jubah itu dan mencucuk lencana pembantu paderi pada dadanya.

Dia kelihatan seperti beberapa pembantu paderi berjubah kelabu yang dia nampak awal tadi.

Apa yang Leylin buat seterusnya ialah mengemas barang, dan membersih biliknya.

Apabila dia berjalan keluar, pintu di sebelah bilik dormitorinya terbuka, dan seorang pembantu paderi berambut coklat berjalan keluar, "Hello! Awak ini pembantu paderi baru ke? Saya Bill!"

"Hello! Saya Leylin, dan saya baru sampai hari ini!" Jawab si Leylin, dan dia sebenarnya mempunyai beberapa soalan, "Maafkan saya, bagaimana saya boleh pergi ke dewan makan?"

Mendengar suara Leylin, riak muka Bill berubah seperti dia telah menjangka soalan itu, "Sekarang sudah agak lewat, dan saya pun ingin ke sana. Jom pergi bersama-sama?"

"Baiklah, jom!" Leylin sambut dengan lembut, dan menutup pintu biliknya.

"Dewan makan berada di tingkat 3, bawah tanah, dan semuanya percuma di situ. Yang pasti, kamu juga boleh beri upah duit dan minta mereka membuat hidangan yang kamu ingin makan!"

Bill menunjukkan jalan sambil beri penerangan.

"Saya dari Kerajaan Poolfield, kamu pula?"

"Pulau Chernobyl!"

"Owhhhh! Sangat jauh! Kamu mesti menderita semasa perjalanan ke sini, huh?" Bill kelihatan seperti seseorang yang suka berbual, dan Leylin telah berjaya mendapat beberapa maklumat daripadanya.

Seperti Leylin, Bill ialah seorang pembantu paderi yang baru, dan tiba lima hari awal sebelumnya. Manakala dalam seluruh Akademi Abyssal Bone Forest, bilangan profesor adalah lebih kurang seratus, manakala bilangan pembantu paderi lebih daripada satu ribu orang.

"Oh ye! Siapa mentor kamu?" Bill bertanya.

"Kroft, seorang profesor alkimia!" Leylin menjawab.

"Alkimia? Kamu sangat pandai!" Bill agak terkejut.

"Susah ke nak belajar alkimia?" Leylin tampak kerisauan sedikit sekarang.

"Bukan sahaja susah, pengajaran alkimia memerlukan sumber-sumber dan bahan-bahan yang banyak. Sesiapa yang bukan datang daripada latar belakang keluarga yang bagus jarang memilih alkimia! Namun, ahli alkimia ini boleh buat duit yang banyak apabila mereka disahkan secara rasmi!" Bill memberi pandangan yang menyesal kepada Leylin.

"Mesti seorang mentor telah ditetap untuk kamu secara rawak ketika pemilihan, dan terpedaya dengan ular sawa Spotty itu!"

"Ye ke?" Leylin menggosok hidungnya.

"Baiklah! Kita telah sampai di dewan makan sekarang, ambil sahaja apa yang kamu ingin makan!"

Dewan makan itu sangat berlebih-lebihan dan makanan di sini lebih sedap daripada apa yang dia makan semasa menaiki kapal udara. Semua yang duduk di sini ialah pembantu paderi juga, dan tiada seorang Magus pun kelihatan.

Selepas makan malam, Leylin mengucap selamat tinggal kepada Bill dan pulang ke bilik. Dia duduk di atas katil sambil menggenggam bola kristal itu.

"Akhirnya aku boleh mulakan latihan sebagai seorang Magus!"

Leylin mengusap bola kristal itu, dan matanya perlahan-lahan kabur, dan lubang hidungnya mengembang.

"Mula!" Dengan arahan Leylin, satu kesakitan yang tajam menusuk otaknya, seolah-olah seperti seseorang memenuhinya dengan plumbum.

"Ini ialah..." Leylin memegang kepalanya, dan banyak imej dan perkataan muncul di dalam otaknya berikutan dengan kesakitan itu, dan barisan yang pertama ialah: "Teknik Meditasi Asas!"

Maklumat ini muncul secara tiba-tiba dan ditanam ke dalam minda Leylin.

Selepas seketika, Leylin pulih daripada kesakitan yang dialaminya itu, tetapi dia masih berasa sedikit goyah.

"Cip A.I., defragmentasikan data untuk teknik meditasi asas itu!"

Permukaan biru mula berpancar di hadapan mata Leylin.

"Hantarkan!" Leylin mengarahkannya.

Dengan penghantaran maklumat yang berterusan daripada Cip A.I., Leylin mula memahami teknik meditasi asas pembantu paderi.

Teknik meditasi asas, seperti nama yang diberi, adalah sebuah teknik meditasi khas yang diberi kepada pembantu-pembantu paderi, dan ia adalah teknik paling asas sekali. Selepas beberapa tahun diubah suai, mereka hampir mencapai tahap yang sempurna, dan kandungan teknik meditasi asas ini datang daripada pelbagai akademi yang tidak jauh beza.

Lebih khusus lagi, teknik ini lebih kurang sama dengan teknik-teknik visualisasi dari dunianya sebelum ini. Seorang pembantu paderi menarik rune minda ke dalam mindanya untuk meningkatkan daya rohani, dan lagi kuat dan banyak seseorang pembantu paderi menarik rune minda, lagi kuat dan cepat daya rohaninya berkembang.

Setiap Magi suka mencatat butiran-butiran yang tepat dan menghafal proses-proses itu.

Berkenaan dengan pembantu paderi, mereka telah terbahagi kepada tiga tahap: pembantu paderi tahap 1, pembantu paderi tahap dua dan pembantu paderi tahap 3.

Manakala untuk pembahagian tahap-tahap itu, ia dikesan melalui perkembangan teknik meditasi asas masing-masing.

Apabila seseorang mempunyai kebolehan untuk bermeditasi dengan 8 rune, mereka telah lulus kriteria untuk pembantu paderi tahap 1. Mampu untuk bermeditasi dengan 24 rune ialah tanda seorang pembantu paderi tahap 2. Manakala untuk pembantu paderi tahap tiga, terdapat syarat-syarat lain.

Manakala untuk perkembangan meditasi, iaberkait rapat dengan bakat seorang Magus.

"Berkenaan dengan latihan meditasi pula, kelebihan besar seorang pembantu paderi kelas kelima adalah sangat jelas; mereka boleh menjadi pembantu paderi tahap 1 dalam masa 5 ke 6 hari sahaja. Patutlah Jayden, seorang manusia biasa sebelum menaiki kapal udara itu, mampu guna suatu artifak ajaib dalam masa setengah bulan sahaja."

Manakala untuk pembantu paderi kelas keempat pula, ia memerlukan masa sebanyak lima belas hingga dua puluh hari untuk menjadi tahap 1.. Pembantu paderi kelas ketiga pula memerlukan satu bulan, pembantu paderi kelas kedua memerlukan setengah tahun, dan untuk pembantu paderi kelas pertama pula memerlukan beberapa tahun!"

"Kesukaran untuk kemajuan ini hanya akan bertambah apabila naik ke pembantu paderi tahap 2 dan pembantu paderi tahap 3 kerana profesor-profesor hanya akan memilih pembantu-pembantu paderi yang berbakat tinggi sahaja. Lagipun, seseorang itu akan menerima bayaran sebagai seorang Magus sebenar dalam masa dua belas tahun akan datang, dengan hanya usaha yang sikit!"

"Satu fail bebas telah dibuka untuk data teknik meditasi, perlu dianalisa?" Cip A.I bertanya.

"Mulakan analisa!"

"Di dalam proses analisa! Bergerak 0.11%". Cip A.I. menunjukkan keadaan semasa.

"Bola kristal ini nampaknya memberi maklumat terus ke otak pembantu paderi, tetapi kaedah ini agak kasar sedikit dan ia tidak kira jika kau ingat sepenuhnya atau tidak. Tetapi Cip A.I. mempunyai kebolehan defragmentasi dan menyimpan terus ke dalam bank memori, dan mampu membantu menganalisa proses-proses yang dimasukkan!"

Leylin berfikir sambil membandingkan perbezaan di antara dua benda itu.