webnovel

'Boffel? Dia ini 'Sayap Kilauan Kayangan' ke? Dan memanggilnya 'Yang Dihormati'? Bukan ke itu gelaran yang digunakan pada zaman kuno untuk para Morning Star? Dan Monarki Langit juga? Oh Tuhan. Magus ini seorang Morning Star juga ke?'

Magus wanita yang memakai sepasang cermin mata yang tebal menjeling ke arah Leylin, merasakan Leylin seorang yang luar biasa seperti gunung dan lautan. Dia tidak dapat menahan dirinya dari menunduk, merasa malu di atas ramalannya sebelum ini.

Boffel sedikit pun tidak ambil peduli wanita itu. Disebabkan keganasan tidak boleh digunakan di perpustakaan, penggunaan domain-domain Morning Star telah dikekang. Wanita itu dapat mendengar beberapa perkara yang Leylin dan Boffel bincangkan tetapi disebabkan perbualan ini adalah sesuatu yang terus-terang menyebabkan ​​tiada apa-apa yang tersembunyi.

"Oh, maafkan saya. Maklumat di sini sangat banyak sehingga saya terleka!" Leylin berdiri, ekspresinya menunjukkan dia betul-betul memohon maaf.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com