Tiga tahun Leylin berada di Suku Ouroboros, bukannya Leylin tidak buat apa-apa selain membancuh posyen.
Melalui sokongan Robin dan beberapa senior yang lain, dia telah mengumpulkan beberapa konco dan organisasi di bawahnya.
Ia adalah tradisi yang ditetapkan untuk para Warlock keturunan darah yang lebih rendah untuk menyokong pakar-pakar yang mempunyai keturunan darah berpangkat tinggi di dalam Suku Ouroboros.
Leylin adalah seorang Warlock Ular Syaitan Kemoyin Gergasi berdarah tulen dan juga mempunyai mentor Morning Star. Dia boleh dikatakan mempunyai potensi yang tidak terbatas dan jelas kenapa beberapa Warlock ingin berpihak kepadanya.
Sudah tentu kerana dia masih belum kuat dan tidak melakukan apa-apa untuk meningkatkan reputasi dirinya, tidak ada pihak yang berkuasa yang akan memihak kepadanya. Parker di hadapannya adalah keuntungan terbesar Leylin!
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com