Mengisahkan tentang seorang gadis yang masih bersekolah yang bernama arnis yang sudah move on daripada bekas kekasihnya iaitu amin tetapi bekas kekasihnya masih belum move on dan suatu hari datang jejaka kacak yang bernama aiman menyukainya, jejaka kacak itu juga merupakan kawan baik kepada bekas kekasihnya .Adakah Arnis mahu menerima aiman sebagai kekasihnya barunya?
" Neera.. saya ada hal nak cakap sikit!" Kata Arisa lepas kami balik dari meraikan harijadinya. Ariman entah ke mana. " hal apa?" " Tentang Ariman.." " Kenapa dengan dia.." " Aku tengok kau macam ada hati dengan dia.. Kau ada hati dengan dia ke?" Pertanyaan Arisa buat aku menelan air liur. Aku terdiam. Tak tahu macam mana nak mengaku atau tidak. " Aku cuma nak warning kau.. Kalau kau betul-betul sukakan dia. Lebih baik kau putus dengan Adam.. jangan bagi harapan dengan Ariman. Aku tak mahu kau main-mainkan perasaan dia. Aku tahu kau sendiri boleh rasa yang Ariman tu sukakan kau. Kau tahu.. semua apa yang dia tulis dalam buku terbarunya tu adalah isi hatinya yang sebenar tau tak? Selama ni dia jarang berada di Pustaka Biru. Tapi sejak kau ada.. hari-hari muka dia lepak di sini. Aku tahu aku tak ada hak nak suruh kau break dengan Adam.. tapi kalau kau tak ada hati dengan Ariman baik kau tolak dia sekarang.. aku sakit hatilah tiap kali tengok mata dia tersiksa bila nampak kau dengan Adam!" Aku ternganga. Panjang lebar kata-kata Risa tak dapat aku menyampuk.
Eizriena merupakan pelajar jurusan undang-undang di sebuah universiti tempatan. Oleh kerana menurut kehendak keluarganya, dia rela melepaskan cita-citanya dan mengambil bidang yang lain. Namun siapa sangka, di sebalik dirinya yang kelihatan sempurna, dia mempunyai sisi 'liar' yang lain. "Rien dah besar Uncle Aidan. Rien boleh buat keputusan sendiri." "Buat keputusan sendiri? Uncle tahu ape Rien buat. Jangan sampai uncle bagitahu mommy." "Please uncle, anything but not mommy." "Good. You should obey me missy." Aidan Imran. Seorang jejaka yang baru menamatkan pelajaran di luar negara. Kini, dia ditugaskan menjadi seorang pensyarah di sebuah universiti berdekatan tempat tinggalnya. Selain menjadi pensyarah, dia juga mempunyai tugasan lain iaitu menjaga anak buahnya, Eizriena. Mampulah Eizriena menyakinkan Aidan untuk percaya kepadanya? Adakah Aidan mampu menghalang dirinya daripada jatuh cinta dengan anak kepada sepupunya?
Tengku Fahmi selalu berada dalam keadaan bahaya. Kadang-kadang, dia hampir dibunuh oleh orang yang tidak puas hati akan kekayaan yang dimiliki olehnya. Disebabkan itu, dia memerlukan seorang bodyguard yang boleh menjaganya. Aisy ialah seorang gadis yang mempunyai kerjaya yang banyak dugaannya. Dia selalu dipilih untuk menjaga orang yang dijangka akan dalam keadaan berbahaya. "Aisy?" soal Tengku Fahmi terkejut dengan kehadiran gadis yang sudah lama tidak dijumpainya. "Tengku Fahmi." Aisy menyebut nama lelaki itu dengan dingin. Dia sememangnya sudah tahu identiti kliennya itu. Disebabkan itu, dia mengenalkan dirinya seolah-olah baru pertama kali berjumpa. "Saya Aisy. Saya ialah bodyguard yang diarahkan untuk menjaga Tengku buat masa ini.Tolong kerjasama nya, Tengku" sambung Aisy dengan wajah dingin. "Ha?" Bolehkah Aisy bekerjasama dengan Tengku Fahmi setelah peristiwa yang tidak mahu Aisy ingati? Adakah Tengku Fahmi menurunkan egonya demi Aisy yang pernah dibulinya satu tika dahulu? Ikuti kisah cinta Aisy dan juga Tengku Fahmi dalam novel 'My Girlfriend Bodyguard'.
Aaisyah Amanda Abdullah anak luar nikah yang dilahirkan oleh Nora Husna, dan sejak lahir Nora sudah membuang Aaisyah. Aaisyah dibesarkan oleh Puan Sri Faridah ibu kepada Nora. Semakin Aaisyah besar, semakin banyak dugaan dalam hidup Aaisyah. Bertemu dengan Irfan, Aaisyah harap yang Irfan adalah untuk diriniya. Namun bila ada yang menjadi batu api, sanggupkah Irfan berada disamping Aaisyah? Dalam susah mahupun senang?