webnovel

MY IDEAL ITALIAN GUY

NENY ROBIN, pekerja di sebuah syarikat yang terkenal. Sangat lama tempoh si gadis berkhidmat di syarikat itu sehinggakan majikannya memintanya berkhidmat di sebuah syarikat maju iaitu El Qiansilouki Sdn. Bhd. selama empat bulan. Dia setuju. Tidak sangka pula pengurus syarikat itu adalah lelaki dari Itali! KIM ROSSIN STUART, sebaris nama yang Robin membuatkan dia tersenyum. Tambahan lagi, lelaki idamannya jejaka itali. Walau bagaimanapun, mengetahui lelaki itu tiada agama, Robin melupakan hasratnya.            "Why you didn't hand shake with me?"-Kim Rossin Stuart.            "My religion said forbidden for touching who's I don't married with. Including hand shake or whatever."- Neny Robin. Pada mulanya, semuanya baik-baik dan menjaga jurang hati agar tidak terjatuh hati. Tiada siapa tahu, apabila hati berubah rentak. Robin terperangkap. Terperangkap dengan hati celarunya. Bait-bait yang dia sendiri tutur memakan dirinya semula. Love trap? Mata mereka bertaut.            "Then, will you be my imperfect's perfection?" - Stuart            "Hold tight, mia amore." - Stuart Segalanya berubah tatkala dugaan menimpa Neny Robin dan dia terpaksa menahan diri kemudian mengingati dirinya bahawa dia tidak boleh sesuka hati mengurangkan jurang di antara mereka. Mereka di antara dunia yang berbeza.            "You're just my boss, Stuart... and no one to me." - Robin. Wajah lelaki itu jelas terluka. Namun wajah terluka itu pantas berubah riak menjadi kosong. Dingin.            "No one to you? Then, if you say so." Lelaki itu melangkah pergi. Bergenang air mata si gadis. Betulkah perkenalan mereka hanya sebuah memori kenangan? Mampukah mereka mengubati duka lara hati yang dibawa pergi? Benarkah takdir mereka sampai di situ sahaja? Note. Buku ini mengangdungi banyak kesalahan tatabahasa dan grammar mistake. © 2021 Raenees. All Right Reserved. Dilarang plagiat karya saya

raenees · Politique et sciences sociales
Pas assez d’évaluations
8 Chs

Chapter Two | Benard

SELEPAS habis waktu kerja, tepat pada pukul lapan malam. Robin terus bergegas keluar mencari surau untuk menunaikan solat maghrib yang masih tidak ditunaikan lagi. Dalam hatinya, dia tidak berhenti beristighfar banyak-banyak kerana solat maghrib di akhir akhir waktunya. Ini sebab kerjanya yang berlambak itu.

Langkahnya dilajukan sebaik sahaja jumpa pintu bilik surau bahagian perempuan, terus dia memulas tombol pintu surau kecil tersebut. Dia memberi salam. Adab di dalam surau mestilah patuhi. Kasut ditanggalkan lalu dia masuk ke dalam surau dengan langkah kaki kanan dan meletakkan kasut di tempat yang disediakan.

Dia melihat beberapa orang sedang menunaikan solat. Beg tangan diletakkan ditepi dinding. Tudung bawal yang dipakai, ditanggalkan kerongsang lalu disangkutkan elok elok menggunakan hanger. Robin pantas mengambil wudhuk takut tidak sempat nak tunaikan solat maghrib pada masa yang ditetapkan.

                      ~~~~~

ROBIN memberi salam selepas membaca tahiyat akhir.

           "Assalamualaikumwarahmatullah." Mukanya berpaling ke bahu kanan lalu menghadap semula ke arah kiblat sekejap.

           "Assalamualaikumwarahmatullah." Mukanya berpaling ke bahu kiri. Robin mengusap mukanya dengan tangan kanan. Dia membaca Al-Fatihah. Seterusnya melengkapkan doanya dan kesejahteraan keluarganya.

           "Aaminn..." Robin mengaminkan doanya agar dimakbul Allah.

Sementara menunggu waktu solat isyak. Robin berzikir dan bertasbih banyak-banyak. Tidak lupa juga berselawat sebanyak yang boleh agar mendapat syafaat Rasulullah di padang mahsyar nanti. Berselawat ke atas Nabi Muhammad perlu dilakukan setiap hari dan setiap saat agar disyurga nanti kita berada dekat dengan Rasulullah. Selain daripada itu, Robin juga membaca Al-Quran.

Sedang berzikir, telinganya menangkap laungan azan solat isyak, dia berhenti sekejap dan menjawab panggilan azan. Sudah habis azan dilaungkan, Robin bangun pergi ke tempat wuduk untuk mengambil wuduk semula bagi menerangkan nur dimukanya.

Selesai sahaja mengambil wudhuk, doa selepas mengambil wuduk dibaca perlahan sambil berjalan ke ruang solat. Robin menyarung telekung di badannya. Robin berdiri di saf depan untuk menambahkan pahalanya lagi. Kejarlah pahala selagi boleh, sebelum tidak sempat untuk mengerjakannya.

Minda dikosongkan.

Dua puluh minit terlalu, Robin mengemas apa yang patut dan menggantungkan semula telekung yang dipinjamkan tadi. Tudung dipakai semula lalu memakai kasutnya.

Robin berjalan keluar dari surau untuk pulang ke rumah dengan senang hati kerana telah mengejarkan kerja akhiratnya tadi.

Robin menunggu teksi di perhentian bas sambil bermain dengan telefonnya. Pemandangannya menjadi silau apabila cahaya memancar dari sebuah kenderaan menyebabkan Robin menutup mata menggunakan tangan kanannya.

           "Hey..." Robin menurunkan tangannya perlahan untuk melihat gerangan yang memanggilnya.

Terbeliak mata Robin.

Beni?

Kenapa dia tak balik lagi?

           "Ya?" sahutnya.

           "Jomlah naik aku... Aku hantar kau balik," tawar Beni.

           "Eh. Takpelah. Saya naik bas aje."

Nak naik kereta lelaki dengan dia? Orang yang tak berapa kenal, memang taklah. Tak pasal pasal dia ada pasang niat lain nanti.

           "Kau jangan risau... Aku bukan macam lelaki lain." Sebaik melihat reaksi Robin yang ragu ragu itu Beni terus berkata begitu.

           "Aku lelaki baik, kau tak nampak ke muka aku yang suci ni. Muka aku ni tak akan pernah sama dengan penyangak. So I'll give you safety ride. Don't worry. Just trust me," taburnya dengan janji.

Matanya dikenyit sekali.

Beni sememangnya orang baik juga. Dia anak emak, mestilah manja. Robin mula percaya Beni sedikit sahaja.

           "Nak ke taknak? Kalau taknak aku jalan. Lagipun malam malam macam ni selalunya ada Kak Pon." Sengaja Benard menakutkan si gadis. Dia cuma mahu memastikan keselamatan gadis itu terjamin. Apatah lagi malam buta ni. Macam macam boleh terjadi.

           "Kak Pon?" gumamnya.

Memang tak nak lah dia duduk sini seorang diri. Muka Robin sudah menunjukkan reaksi takut bercampur cemas.

Beni tergelak kecil. Ada sahaja reaksi daripada Robin.

           "Okey... Saya terima tawaran awak." Sebaik sahaja Robin berkata setuju.

Beni terus keluar dari kereta lalu membuka seat penumpang sebelah drive untuk Robin. Robin mejungkitkan kening sebelah kanannya.

           "Masuklah," ajaknya.

           "Saya boleh bukak lah. Tak payah tolong pun tak apa," Ujar Robin selamba sambil masuk ke dalam kereta sempat dia menjeling Benard sekilas.

           "Kira okey apa aku tolong. Like my mom said treat a woman like princess. Aku anak baik sebab itu mendengar cakap mak aku," bebelnya lalu mengangkat bahu. Robin tergelak kecil mendengar celoteh Beni rakan sekerjanya. Sebelum Beni pergi ke tempat pemandu, sempat dia mengenyit mata kearah Robin.

Segan Robin dibuatnya.

           "Buckle up, Robin," arah Beni sebaik sahaja punggunnya melabuh di driver seat. Utamakan keselamatan di jalan raya.

Kereta Beni laju meluncur ke rumah Robin selepas memastikan Robin memakai seatbelt. Suasana di dalam kereta amat sunyi dan awkward. Robin rasa nak terjun aje dari tingkap kereta ni. Sunyi sangat. Tanpa bunyi radio.

Tangan Robin mula gatal bergerak membuka radio. Sekali buka terkejut Robin. Lagu kuat berdetum detam macam lagu di club malam seperti mana club di dalam tv dengan volumenya yang kuat. Pantas Robin perlahankan.

           "Ya Allah... Beni, lagu apa ni?" soal Robin sedikit marah. Beni pun malu. Dia lupa nak keluarkan CD dari tempat radio itu. Dalam masa yang sama juga Beni terkelu. Tak tau nak kata apa.

           "Ni bukan aku punya lagu," nafinya.

           "Kalau bukan awak punya kenapa ada dlaam kereta ni? " Kening sebelah diungkit, wajah Benard dipandang tajam. Soalan ini membuatkan lelaki itu tidak senang duduk.

Dengan sekelip mata Robin tersedar atas kesilapannya. Ni bukan hak dia. Kenapa dia nak sibuk. Dia tidak berhak untuk bersuara tentang kehidupan orang lain. Rasa bersalah mula timbul di dalam hati. Pasti lelaki itu berasa segan kerana ditegur perempuan.

           "Beni saya minta maaf sebab sibuk pasal hidup awak." Benard pantas menggeleng.

           "Tak apa. Biasalah tu. People can be curious sometimes."

Selepas sahaja perbualan mereka tadi, Robin dan Beni terus berdiam diri. Biar lagu sahaja yang bunyi antara mereka berdua.

           "Dah sampai." Tanpa Robin sedar .Dia sudah sampai ke destinasinya. Robin memandang keluar tingkap. Cepatnya.

           "Macam mana awak tahu rumah saya? Awak stalk saya eh..." Robin memandang Benard dengan senyuman penuh makna.

           "Takde mananya aku nak stalk kau. Kebetulan aku duduk kawan perumahan ni. Aku duduk selang tiga dari rumah kau." Membulat matanya mendengar.

           "MashaAllah. Dekatnya, tak perasan pulak." Benard menjuling mata ke atas.

           "Kau memang... Gempa bumi pun kau masih tak perasan." Kata-kata Benard mengundang jelingan maut dari Robin. Benard hanya gelak.

           "Okeylah saya pergi dulu. Terima kasih sebab hantar saya balik. Assalamualaikum." Sejurus itu Robin keluar dari kereta lelali itu lalu melambai ke arahnya. Benard membalas dengan senyuman. Tanpa membuang masa, Benard terus balik ke rumahnya yang dekat itu.

           "Fuyo... Kak long dah ada pakwe." Terus Robin memandang ke arah empunya suara tersebut.

           "Lisha? Kenapa tak tidur lagi? Esok kan sekolah." Robin mendekatinya adiknya yang berumur sembilan tahun bersamaan darjah tiga bersama kunci mangga ditangan.

           "Nanti ngantuk dalam kelas macam mana?" Sambungnya lagi.

           "Sekejap lagi adik tidur," Jawabnya sambil menenyeh mata yang terasa mahu terkatup.

Robin mengangguk.

           "Dah jom masuk." Mereka bedua masuk dalam. Sebelum masuk Robin sempat memberi salam. Sekeliling dia memandang rumahnya, mencari kelibat umi. Umi di ruang tamu. Cepat sahaja dia bergerak mendekati umi.

           "Umi... Kak long dah balik." Robin menyalam uminya yang sedang menonton tv. Uminya tersenyum.

           "Welcome home." Umi berkata.

Robin tergelak.

Bersambung.

I'm really hoping for you guys to love this story by support me. That's mean a lot to me. Don't forget to have a nice day too.

raeneescreators' thoughts