webnovel

BAB 3

Pada cuti hujung minggu...

"Assalamualaikum."seseorang memberi salam di hadapan rumah Amira.

"Waalaikumussalam.Anak nak apa datang rumah pakcik ni?"tanya Encik Hisham yang kebetulan sedang menyiram pokok-pokok bunga yang terdapat di halaman rumahnya.

"Nak meminang anak pakcik.Eh eh tak nak jumpa Amira."jawab Raziq sambil tergelak.

Encik Hisham pula memandangnya dengan pandangan yang tidak percaya.Tak sangka pulak Amira ni laku.Eh fikir lain pulak.Sebab selama ni Amira memang tiada kawan lelaki.

"Dia ada kat rumah tak pakcik."tanya Raziq.

"Oh...dia takda.Dia keluar dengan kawan dia."jawab Encik Hisham."Takkan nak duduk luar aje.Meh lah masuk rumah pakcik.Tunggu anak pakcik kat dalam."

Raziq berfikir ingin masuk ke dalam atau tidak.

"Hmm...boleh lah pakcik."Raziq menerima pelawaan Encik Hisham lalu masuk ke dalam rumah teres itu.

"Oh cinta hatiku💕."

.

Hmm...nampak sangat si Raziq ni tergila-gilakan Amira.-Ikha

.

Amira sudah pulang kerumah dihantar oleh Maisarah.Dia melambai-lambai Maisarah.Selepas itu dia membuka pagar rumahnya.

Dia ternampak kelibat seseorang yang sedang melihat bunga yang berada di halaman rumahnya.Dia menyangka itu ayahnya kerana sebelum dia keluar tadi ayahnya ingin menyiram pokok-pokok di situ.Jadi Amira menegur orang yang disangkakan ayahnya.

"Assalamualaikum , ayah."

Sangkaannya meleset sama sekali.Yang ditegurnya bukanlah Ayahnya tetapi Raziq!Macam mana dia tahu rumah aku ni.

"Mesti awak tertanya kan macam mana saya dekat sini."kata Raziq masih tidak tidak melihat muka Amira.masih ralit dengan melihat bunga yang berada di situ.

"Maisarah yang bagitau."sambungnya lagi.

Dia sudah mengagak.Maisarah ni tak reti senyap betul.

Raziq mengutip bunga di situ.

"Hei suka hati je kutip bunga orang.Dah lah tak mintak izin."kata Amira.

Raziq meletakkan jari di bibir Amira.Amira tergamam.Raziq menunjukkan bunga tersebut kepada Amira.

"Cantik kan bunga ni?Macam awak."kata Raziq lalu meletakkan bunga tersebut di rambut Amira.

Amira malu."Hish...dah lah."

Amira terus berlari masuk ke dalam rumahnya.Ayahnya yang hanya melihat hanya menggeleng kepala.

*  *  *

Amira keluar dari biliknya.Dia melihat ayahnya sedang membaca surat khabar.

"Ayah Raziq dah pergi ke?"tanya Amira

"Dah lama dah balik."jawab Ayahnya yang tekun membaca surat khabar

Tiba-tiba dia mendapat panggilan.

Raziq:Haluuu~

Amira:Hai.Awalnya balik.

Raziq:Alahai rindu ke nak tengok saya.

Amira:Mana ada!

Raziq:Ok fine...ni sebelum saya pergi tadi lupa nak cakap.

Amira:cakap apa?

Raziq:Just nak cakap....

Talian berhenti di situ apabila dia terdengar bunyi hentakan.Serta merta telefon yang dipegang dan tadi jatuh ke lantai.Lututnya menggigil.

Encik Hisham yang melihat anaknya sebegitu rupa datang ke arahnya."Kenapa ni?"

"Raziq ayah...dia kemalangan."kata Amira.Tiba-tiba air matanya menitis.

Dia menyesal.Dia sudah tahu yang Raziq menyukai nya.Kenapa dia bertindak terlalu mahal.

Kenapa terjadi begini?

TO BE CONTINUED ✨