4 Bab 3

Gadis itu bersedia untuk menghayunkan penumbuknya; ke arah muka Rita; tapi terhenti betul-betul dihadapannya apabila di sedari Rita tak memberikan sebarang reaksi. Hani terhenti selepas sedar akan sesuatu.

"Kau memang berani, Rita…"Aku perlahan-lahan membuka mata; Hani memandangku tepat sambil tersenyum sinis.

"Apa yang kau cakap ni?"

"Kau tak gentar walaupun tahu aku akan serang kau, malah kau tak elak ataupun rayu aku supaya berhenti." Aku terdiam mendengar kata-katanya.

Aku tak buat begitu kerana aku tahu; kalau aku elak, mahupun rayu, aku tetap akan kena dengan Hani ni… mungkin lebih teruk lagi! Lagipun, aku tahu aku memang bersalah kerana bercakap mengenainya pada Dani; tapi, aku hanya berterus-terang…

"Rita..." dia merenungku dengan nada tegas. Dia senyap sebentar; membuatkan aku semakin gemuruh.

'Apa pula yang dia nak buat ni?'

"Kau tahu, apa yang paling aku tak suka?" aku menggeleng selari tunduk.

"Aku paling benci orang hipokrit... dan aku tahu, kau bukan orang yang macam tu, kan?" dia berhenti seketika sebelum melepaskan satu keluhan.

"Aku lepaskan kau kali ni; sebab aku nampak sesuatu dalam diri kau…" Aku keliru dengan kata-katanya. Hani berundur dari situ sebelum mula melangkah untuk beredar dari situ. Aku mulai menghela nafas lega.

"Rita…"

"Ya?" aku berdiri tegak dengan serta-merta; bagai seorang askar dipanggil komandornya.

"Kau begitu sukakan Dani?" Gadis itu berpaling padaku tanpa sebarang reaksi.

"Hah?" Aku yang tak tahu hendak menjawab apa; berlagak tak faham dengan soalannya. Serba salah jadinya; andai aku menipu, dan katakan tidak, aku akan menjadi seorang hipokrit. Jika aku mengaku, tak pasal-pasal sekali lagi aku kena dengan perempuan ni!

"Tak apalah… kalau kau segan nak jawab… aku pergi dulu, ya?" Hani memberikanku senyuman lembut; membuatkan aku makin keliru.

"Ah… ya…"

"Rita.."

"Ya?"Aku berdiri tegak sekali lagi.

"Aku minta maaf… terima kasih sebab buatkan aku sedar tentang sesuatu…"

"Hah? Ah… ya…" Walaupun sejujurnya aku tak faham dengan apa yang dikatakannya; aku tetap mengiyakan supaya perbualan kami mati secepat mungkin. Mataku melekap padanya sehingga dia hilang dari pandanganku; aku menghela nafas lega.

'Nasib baik tak ada apa-apa tadi!' Aku terduduk disitu buat seketika untuk mengambil nafas dan menenangkan diri kembali.

'Tapi… Hani dah tahu? Siapa pula yang beritahu pasal perasaan aku pada Dani? Dia boleh teka? Nampak sangatkah?' Aku menggaru kepalaku yang tak terasa gatal sambil melepaskan keluhan.

Aku berjalan perlahan menuju ke bilik stor semula untuk meneruskan tugasku sambil mataku memandang ke lantai simen; fikiranku melayang memikirkan apa yang baru saja terjadi tadi.

'Apa pula yang dia merepek tadi? Nampak?Apa yang dia nampak agaknya? Kenapa pula dia terima kasih dengan aku? Apa pula yang aku buat dia sedar?' berbagai persoalan dalam fikiranku membuatkan aku makin pening dan keliru dengan keadaan itu.

Satu bunyi tapak kaki kedengaran makin dekat; tanpa memikirkan apa-apa, aku mengangkat kepalaku perlahan-lahan; ingin tahu siapa yang berlari ke arahku itu. Terbeliak mataku apabila terus dapat mengecam lelaki itu.

"D… Dani?" Aku terpaku disitu.

"Rita, awak tak apa-apa?" Aku yang masih terkejut dengan kehadirannya terpaku sebentar;

"Rita, awak pergi mana tadi? Puas kami cari satu sekolah, tak jumpa!" Suara Tai Min menyedarkan aku.

"Ah… ya… aku tak pergi mana-manalah! Ada tadi… kamu berdualah! Siapa suruh balik lambat sangat? Aku bosan duduk sini seorang diri… itu yang aku pergi merayau sekejap." Bohongku.

"Sorrylah… tadi cikgu tu suruh kami jadi pengadil… itu yang lambat…"

"Merayau? Tapi, aku nampak Hani tarik kau pergi kantin tadi, kau merayau dengan Hani kah?" giliran Zaid menyampuk; sibuklah Zaid ni!

"Ah, tengok, dah pukul berapa ni? Kamu tak laparkah? Jom pergi kantin, aku belanja!" Aku mencari akal untuk menukar topik terutamanya bila kami masih dihadapan Dani.

"Betul kau nak belanja?" Zaid yang pantang bila menyebut soal makan ligat apabila mendengar tawaran aku tadi.

"Jom!" Tai Min yang nampaknya dah terlupa akan sakit perutnya tadi juga ikut sekali.

"Kamu berdua pergilah dulu, nanti aku datang… aku nak tutup stor ni kejap." Arahku selari menuju ke pintu stor; langkahku terhenti apabila menyedari Dani masih disitu.

"Awak pun pergilah kantin dulu… nanti saya datang…" seperti biasa; aku merendahkan nadaku apabila berhadapan dengannya.

"Hani jumpa awakkah tadi? Dia cakap apa?" aku terhenti.

'Eh? Macam mana pula dia boleh tahu ni? Mesti sebab Zaid tadi...'

"Hani? Er… ta.." entah kenapa aku tak berdaya hendak menipu padanya; lantas aku menakup mulut sebelum terlepas cakap.

"Rita? Kenapa ni?"

"Tak ada apa-apa…"

"Betul tak ada apa-apa?"

"Ya… tak ada apa-apa…" sekali lagi aku menekankan nadaku; berharap dia akan putus asa untuk terus bertanya.

"Baiklah kalau awak dah cakap macam tu… saya percayakan awak… tapi, kalau ada apa-apa masalah atau Hani buat apa-apa pada awak, beritahu saya, ya?" Aku mengangguk; dengan tak semena-menanya aku berasa terharu dengan kata-katanya.

'Sweetnya dia! Caring pula tu! Kau buat aku jatuh cinta pada kau sekali lagi, Dani!' Sekali lagi aku terbuai dengan perasaan sendiri; memang aku akui aku mudah cair dan lemah apabila berhadapan dengan Dani. Terutamanya sejak menyedari dia telah menjadi semakin segak bila kami memasuki alam sekolah menengah.

Aku memeriksa sekali lagi keadaan dalam stor sebelum menutup pintu bilik itu;

"Ah!" dengan tak semena-mena, tiba-tiba aku terasa senak; mungkinkah disebabkan aku lambat makan tadi?

"Rita? Awak kenapa ni?" Suaranya yang kedengaran dekat sekali membuatkan jantungku makin berdebar.

"Tak… tak ada apa-apa... mungkin lapar…" jawabku sambil menahan senak perutku.

"Betul ni? Awak nampak pucat saja."

'Hah? Pucat?' Aku mulai panik dengan kenyataannya.

"Ah! Saya memang akan pucat kalau menahan lapar… awak janganlah risau… nanti lepas makan, baiklah ni…"

'Takkan aku kena gastrik masa-masa macam ni? Ke sebab hal pagi tadi? Adoi, kenapa masa ini jugalah dia nak sakit?' Aku masih cuba menyembunyikan wajahku sambil menahan sakit. Semakin aku tahan, semakin terasa pula senaknya.

"Rita?" Suaranya menarik perhatianku; dia kelihatan bimbang.

'Eh? Dia risaukan akukah?' sekali lagi aku terbuai dengan perasaanku sendiri. Dengan tak semena-mena; mataku tiba-tiba terasa berpinar sebelum segalanya menjadi gelap.

Sedar-sedar saja aku telah pun berada dikatil bilik rawatan sekolah. Aku tak nampak sesiapapun disitu ketika itu; lantas aku bangun menuju ke pintu keluar.

'Macam mana aku boleh pengsan?'

"Hah, Surita... kamu dah bangun?" Satu suara datang dari arah tirai yang diselak; Misi Julia muncul dari situ dengan senyuman.

"Ah, ya... misi, maaflah saya ingat tak ada orang tadi... itu yang saya nak balik kelas tu..." Aku melangkah menuju ke arah dalam bilik itu semula.

"Oh, tak mengapa. Bagaimana kamu rasa sekarang? Dah makin baik?"

"Ah, ya... dah tak senak dah. Terima kasih, Misi."

"Kamu patut berterima kasih pada pelajar yang bawa kamu ke sini, bukan pada saya."

"Pelajar?" aku mula cuba mengingati saat sebelum aku pengsan tadi.

'D... Dani? Diakah? Takkanlah... tapi, dia yang ada dengan aku tadi.' aku hanya membatu seketika sambil diperhatikan Misi itu.

"Surita? Awak tak apa-apakah?"

"Ah, tak... saya tak apa-apa. Tapi misi.... siapa pelajar yang tolong saya tadi?" Misi itu mengangguk sambil tersenyum.

"Dan kalau tak salah saya, nama pelajar itu... Danial..." Berbunga-bunga hatiku apabila nama Dani yang disebut misi itu.

"Da... ni... al?" sekali lagi misi itu mengangguk sambil tersenyum.

"Kamu bernasib baik ada kawan seperti Danial tu... tapi, boleh saya bertanyakan sesuatu?" Aku yang masih leka dengan perasaan sendiri kiniberalih perhatian padanya.

"Ya? Ada apa, misi?"

"Kamu ada bergaduhkah sebelum ni? Ataupun dipukul?" Aku tersentak dengan pertanyaan misi itu.

'Eh? Dia tahu? Mestilah dia tahu, dia kan nurse!' aku tunduk sambil cuba memikirkan alasan yang paling munasabah.

"Ma! Jangan buat macam tu... nanti mama cedera!" aku bergegas mendapatkan mama yang ingin mencapai pisau di dapur; sekali lagi dia cuba untuk mencederakan dirinya sendiri.

"Bagi aku pisau tu! Aku yang salah! Kalau tak, dia takkan mati!" sempat aku memeluk mama sebelum sempat dia mencapai pisau tu.

"Mama, kan saya dah cakap... papa meninggal bukan sebab mama! Papa meninggal sebab sakit!" Aku cuba sedaya upayaku untuk menahan mama untuk tidak mencederakan dirinya sendiri lagi.

"Aku yang salah! Lepaskan aku!" aku jadi kaget apabila mama tiba-tiba bangun dari situ dan menolakku sekuat hati; aku terduduk di sudut dapur itu.

"Mama, jangan!" lantas aku menggapai tangannya sekali lagi.

"Ah!" ketika ingin melepaskan diri dari genggamanku, mama dengan tak sengaja telah menyiku perutku dengan agak kuat; membuatkan aku terduduk sekali lagi.

"Eh? Rita?" riaksiku membuatkan mama berhenti dalam cubaan untuk mencederakan dirinya dan kini menumpukan perhatian padaku.

"Rita? Rita tak apa-apakah?" Mama yang kelihatan bimbang merapatiku untuk melihat keadaanku.

"T.. tak ada apa-apa... mama ok?" aku lebih risaukan mama tika ini.

"Rita sakitkah? Maafkan mama... mama dah sakitkan Rita..." Aku menggeleng-gelengkan kepalaku sambil tersenyum; mama menggenggam tanganku erat.

"Tak... mama jangan risau, Rita tak sakit pun... mama janji jangan buat macam tu lagi, ya? Janji dengan Rita, mama takkan cuba cederakan diri lagi." Aku membalas genggaman mama selari mama mengangguk dengan reaksi rasa bersalah diwajahnya. Aku masih rasa bimbang akan keadaan mama; tapi dalam masa yang sama, aku lega kerana mama kelihatan masih ambil peduli tentang diriku.

Sejak papa meninggal, mama jadi hilang arah dan selalu dalam keadaan tertekan. Lebih teruk lagi apabila dia sering cuba untuk mencederakan dirinya; semuanya kerana mama menganggap kematian papa berpunca darinya.

avataravatar
Chapitre suivant