Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️
Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.Cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan tiada kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya,ketuanya,Tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau.Memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi.... 'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja..'. Dia baru berkhidmat tidak sampai tempoh sebulan untuk sang ketua. Sebelumnya dia berkhidmat dengan Puan Kasmah.Andaian diri bila berubah ketua hidupnya lebih aman kerana selalunya ketua perempuan yang lebih cerewet namun dia silap kerana ketua yang baru ini walau nampak sebaik malaikat, bak kata orang tua-tua pijak semut pun tak mati. Mampu kah Lyn untuk terus menjadi setiausaha kepada Tuan Arman Shah, CEO muda yang berkaliber dan gila bekerja?
Setelah sekian lama berhijrah ke negara luar,akhirnya seorang model yang terkenal diseluruh negara pulang ke malaysia semula.Pertemuan pertama,diantara Tengku Aryana dengan Tengku Aryan banyak menimbulkan pergaduhan.Pergaduhan yang tercipta disebabkan perangai kebudak-budakkan mereka berdua. " Auchhh!! Kau dah apahal pijak kaki aku " - Tengku Aryan " Macam kau cakap 'suka hati akulah' padan muka ! Lain kali kalau dah buat salah reti mintak maaf " - Tengku Aryana Namun,lama kelamaan satu demi satu terungkap.Disaat itu,mampukah Tengku Aryana menerima bahawa realitinya dia sudah menjadi hak milik orang. " Takpe,aku redho kalau isya pilih dia.Sebab aku tahu,aku dengan dia takkan dapat bersama.Dapat rasa cinta dia sementara pun takpe " - Tengku Irfan " TAK!!!TAK!!! ISYA TAK PERCAYA!!!MAMA TIPU!!! " - Tengku Aryana " AKU NAK KORANG SEMUA CARI DAN BUNUH BETINA NI!!!AKU TAK KESAH KORANG GUNA CARA APA SEKALIPUN,ASALKAN BETINA NI TAK WUJUD LAGI!!!FAHAM!!! " - Tengku Arsya Adakah cinta itu masih berpihak kepada mereka?ataupun berpihak pada yang lain?
Nabila, gadis biasa yang tidak punya apa-apa, hanya mempunyai perwatakan yang lembut dan kesabaran yang tinggi. Dia tidak pernah merasakan kasih sayang yang secukupnya daripada keluarganya sendiri, hanya pernah merasakan kasih sayang daripada rakan baiknya sahaja. Ingin mencuba nasib, dirinya mencuba untuk bermain dan berkenalan dengan orang baru di alam maya. Bermulalah satu babak baharu dalam hidup Nabila apabila mengenali seorang lelaki bernama Irman. Perkenalan tersebut merubah hidup dan pengetahuannya tentang hubungan percintaan. Namun, seorang manusia.....sehebat mana merancang, tapi tetap tiada kekuatan untuk mengubah apa yang telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Esa. Percintaan Nabila hanya sampai di tengah jalan, tanpa kesudahannya. Perkenalan demi perkenalan, namun tiada yang mampu memberi Nabila secebis kebahagiaan. Pencarian demi pencarian, namun tiada jawapan sehingga Nabila keliru erti sebenar kebahagiaan dan cinta. Apakah erti cinta jika perit yang dirasakan di hati? Apakah erti kebahagiaan jika derita melanda? Kembalikanlah sinaran cahya di hati , Jika benar daku yang dikau cintai.
Tengku Zara Arianaa/Zara pernah digelar sebagai "Wanita pujaan hati" kerana paras rupanya, adabnya terhadap orang lebih tua dan juga mudah menarik perhatian ramai lelaki walaupun Zara masih 13 tahun. Murid contoh di sekolah. (13 tahun) Tuan Amirul Mikael/Amirul pula digelar sebagai "Lelaki Idaman" kerana paras rupanya juga.. Tidak kira dimana dia berada, perempuan mesti tertarik akan penampilannya. Adabnya pun OK. Agak mengejutkan juga sebab dia ni jenis yang tak suka bercinta waktu sekolah.. Amat tegas orangnya, tetapi manja dan penyayang (pencinta kucing) and tak pernah fall in love pada seseorang pun kerana kejadian yang pernah berlaku. (14 tahun) --------------------------------- Zara terfikir jika dia telah 'ter'jatuh hati pada Amirul.. tapi dia hanya mendiamkan diri sehingga dia bersuara. Amirul sejak sekian lama memendamkan perasaan terhadap Zara, dia terpaksa meluahkan segalanya.. segala isi hatinya kepada Zara. --------------------------------- Semestinya, mereka berdua meluahkan perasaan yang sama pada akhirnya. Adakah Si Heroin betul-betul meluahkan perasaan yang sama? ataupun perasaan yang menyakitkan hati Si Hero? *Selamat membaca!*❤
" Jason.. dengar kau cakap begini.. saya rasa tepat betul keputusan saya kasi tinggal kau dulu.. saya langsung tidak menyesal.. tengok perangai kau yang sesedap rasa saja hina orang.. ngam lah keputusan saya tu dulu.. yalah suda jadi kaya tapi makin teruk tu gaya bila kaya.. busuk hati pui!" aku kasi kena dia. geram ba " kalau ko hina aku dulu nda apa lah? Sekarang giliran sia hina ko.. tiba-tiba aku busuk hati? Lara! Among ppl dlm dunia ni aku paling layak marah dan hina ko! Ko yang curang! Mulut sial ko tu yang cakap sia lelaki teda guna? Mana sudah lelaki kaya dan berguna yang ko kejar2 tu?" Bidas Jason berapi-api. "Jadi.. apa sebenarnya yang ko mau?! Ko mau hina-hina sia? Hina ja la bah.. sepuas hati.. sia ok ja ni.. cakap ja tu sumpah seranah yang ko mo kasi sia.. sia terima ja ni" balas ku dengan gaya tenang. Mata Jason berubah garang dengar cakap ku. Tiba-tiba dia mendekat dan tekan aku ke dinding. Aku tersentak. Terkejut. Tidak sangka Jason bertindak macam ni. "ui!" aku try lepaskan diri. "You made me who I am today Lara. Semua pasal kau.. saya jadi begini.. you to blame!!" Suaranya pertahan tapi penuh geram. " Then you should thank me and let me go.. kau sudah jadi orang kaya.. hidup senang.. ada segala-galanya.. boleh dapat mana-mana perempuan cantik pun yang kau mau.. apa lagi yang kau nda puas hati? " aku jawab dengan berani. Jarinya menarik dagu ku sampai betul-betul dekat dengan mukanya sampai aku boleh rasa nafasnya di muka ku. " kau tidak tau apa yang saya lalui sebab apa yang kau buat dengan saya.. tiap hari saya fikir mau jadi kaya saja sebab kau hina saya miskin.. tiap saat saya terbayang-bayang kau curang dan tidur dengan ramai lelaki.. kau tidak tau betapa hancurnya hati saya bila kau cakap saya lelaki tidak berguna.. tiap hari tiap saat saya mau kasi bukti dengan kau yang saya bukan sehina yang kau cakap.." dia stop kijap. Aku nampak matanya macam ada dendam dan luka yang dalam. "Kau tau Lara? Saya sanggup guna jalan kotor untuk berjaya macam sekarang. Kau la racun yang sampai sekarang masih berbisa dalam hati saya.. selagi bisa dalam hati saya ni tidak hilang.. saya tidak akan kasi lepas kau.. saya tidur banyak perempuan.. saya kasi sakit hati ramai perempuan.. semuanya pasal kau!! Saya nda boleh percaya dengan perempuan pun sebab kau curang dengan saya.. kau memang racun Lara!" Jason cakap berapi-api. " Kau tidur dengan banyak perempuan bukan sebab saya, Jason. Buduh punya alasan oh.. Itu sebab kau gatal miang. Mau rasa semua perempuan. Fuck banyak perempuan. Kau sendiri getek mau kasi blame saya pula..." balasku berani. Marah. Geram. Palui betul ba si Jason ni! "Diam! Lara mulut kau kan.. dari dulu memang mulut puaka.. mulut kurang ajar.. " jari Jason cubit bibir ku dengan kasar sambil matanya terbeliak macam mau menelan aku hidup-hidup. " Kau mesti bayar satu persatu.. saya akan pastikan kau Lara.. tidak akan hidup aman.." habis saja cakap itu tiba-tiba bibirnya dengan pantas dan kasar gigit bibir ku. "Ahhh" Aku terkejut dan meronta. Aku tolak dia sepenuh hati. Tapi makin aku meronta makin kasar dan bertubi-tubi Jason cium. Kedua pahu ku dicengkam kuat. Aku rasa bibirku luka digigit dan di hisap Jason. Dia betul-betul gila. Last-last aku mengalah. Aku biar dia terus cium. Bila dia perasan aku tidak lagi melawan. Jason berhenti. Dia tatap mata ku dengan pandangan yang aku tidak faham. " Napa kau buat begini Jason?" Aku tanya perlahan. Sakit hati. Terkejut. segala macam perasaan bercampur. " Aku hukum kau.. " Jason balas selamba. hukum? " by kissing me dengan paksa?" Tanya ku geram. " ada banyak lagi saya mau buat sama kau.. kau tunggu saja.." jawab Jason sambil ketawa ringan. Dia kasi lepas tangannya dari tubuh ku.
Dalam dunia fantasi di mana ahli seni mempertahankan diri berupaya membelah gunung dan anak sungai dengan hayunan tangan dan memecahkan sungai dengan tendangan, terdapat satu restoran yang sama hebat. Restorannya kecil tapi di situ, anda boleh merasai pelbagai kewujudan puncak. Di situ, anda dapat menikmati rasa nasi goreng telur yang diperbuat daripada telur burung phoenix dan beras darah naga. Di situ, anda boleh menikmati wain kuat diperbuat daripada buah merah merona dan air dari air terjun kehidupan. Di situ, anda dapat menikmati daging barbeku yang diambil daripada Binatang Teragung Kelas Kesembilan dan ditabur lada hitam. Apa? Anda nak culik cef? Itu tak akan berlaku kerana Binatang Kudus Kelas Kesepuluh, sedang berbaring di pintu masuk. Oh, cef itu pun ada pembantu robotik yang membunuh Daulat Pertempuran Kelas Kesembilan dengan sebelah tangan dan selera sekumpulan wanita yang sudah tertawan.