Tanpa sedar,dia mengukir senyuman. Tetapi hanya seketika cuma. Kemudian, matanya kembali berkaca. Titis ii air mata mula membasahi pipi mulus nya. Wajah ii penghuni memori yang tidak jelas sering muncul di ingatannya kian bertambah kelam dan kabur. Wajah ii itu kemudiannya gelap. Gelap seperti mana suatu peristiwa yang seakan-akan masa lalu yang juga tidak jelas bermain di ingatannya. Mengapa semuanya harus tidak jelas? Apa yang sebenarnya sudah berlaku dengan ingatannya. Kenapa dia langsung tidak mampu mengingat walau satu pun? Hatinya juga terluka. Tetapi kenapa harus terluka? Siapa yg sudah melukainya. Namun jika semuanya akan benar ii jelas suatu saat nanti. Akankah dirinya mampu menerima kenyataan yang sebenarnya? Akankah dirinya mampu menerima semua kejutan besar dalam sekaligus nanti? . . . Sertai cerita ini jika anda ingin mengetahui kelanjutan cerita nya ya ______________________________________________________________________________________________________________ Bacalah jika berminat. Kalau rasa best teruskan baca kalau tak ha tinggalkan aje.
Nava Camille, seorang Malaikat yang tinggal di Kerajaan Langit telah diturunkan ke bumi untuk menjadi manusia sekaligus menjalankan hukumannya disebabkan oleh sikapnya itu. Hukumannya senang: iaitu mengumpulkan 5 air mata keikhlasan dalam masa yang ditetapkan. Jika gagal, maka dia akan menjadi manusia selamanya. Meskipun Nava sudah menjadi manusia, namun kuasanya masih dapat dia miliki tapi kuasanya juga ada had masanya. Nava mengenali seorang lelaki yang dingin dan sangat kasar. Namanya ialah Harrison Theo Finley, seorang CEO dalam industri pelancongan. Kerana satu insiden, Nava terpaksa tinggal di rumah Harrison Theo. Berbagai kejadian lucu, sedih dan mendebarkan ketika mereka berada di satu rumah. Walaupun begitu, masa lalu Nava yang terungkap menyukarkan Nava untuk meneruskan misinya. Terlebih lagi, dia sudah mula menyayangi Harrison Theo.. Namun jika dia berkeras untuk tinggal bersama lelaki yang dia sayangi itu, mereka akan dikenakan hukuman berat dari Kerajaan Langit dan Nava tahu Harrison Theo tidak akan dapat bertahan dengan hukuman itu. Haruskah dia melepaskan Harrison Theo dan kembali menjadi malaikat... Atau terus menjadi manusia dan hidup bersama Harrison Theo... ------ Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr
Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.
Ayve sendiri pun tidak pasti macam mana semua ini berlaku. Bangun² sahaja sudah berada di dunia yang selama ini diidamkan oleh nya. Bukan itu sahaja malah di dunia itu dia telah beralih masuk ke dalam tubuh seorang wanita yang mempuyai nama dan fisik yang sama persis dengan dirinya. Malah apa yang lebih mengejutkan lagi dia sudah punya suami. Bukan cuma seorang tetapi dua orang. Akan kah hidup Ayve kali ini di dunia itu lebih berwarna atau pun sebaliknya. Akan kah dia dapat mencari jalan pulang ke dunia nya atau apa kah sebaliknya.
Atas desakan wang, Ayra Affia nekad menerima tawaran menjadi isteri kontrak kepada Ashraf Daniel, seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Enam bulan Ayra Affia bersabar dengan karenah dan tingkah cerewet lelaki itu. Tanpa dia sedari, ada cinta di hatinya buat lelaki cerewet itu meskipun cuba dinafikan. "Aku sendiri pun tak tahu bila aku jatuh cinta. Yang aku tahu, dialah satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati aku ini." Ayra Affia Di mata Ashraf Daniel, Ayra Affia cuma sekadar hamba. Tanggapan itu berubah tatkala dia sedar, gadis cantik itulah yang terbaik buat dirinya. Demi cinta yang menguasai hatinya, dia nekad untuk berubah. "Kali ini, aku bayar kau tiga kali ganda daripada apa yang kau dapat sekarang. Aku anggap kau setuju dan tak ada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan. Okey?" Ashraf Daniel Satu demi satu kejadian ditempuhi Ayra Affia, menjadikan dia sedar hidup bersama Ashraf Daniel perlu ada kekuatan selain pengorbanan. Dia harus sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Kerana lelaki yang disangka biasa-biasa itu sebenarnya seorang ketua mafia!