webnovel

bab 1 : impian yang terpaksa hapuskan

nama aku ialah kirana dan umur aku 18 tahun.aku selalu impikan untuk jadi cikgu tadika kerana aku suka kanak-kanak dan selalu nak bermain dengan mereka. tapi aku terpaksa lupakan impian aku untuk memenuhi permintaan mak. itulah awal nya aku sangat stress dan tekanan. aku dimasukkan ke kolej Giatmara bidang teknologi sistem komputer.bidang ini aku tidak pernah berminat. aku bertemu dengan sahabat yang baik salah satu daripada mereka ialah seha. aku sangat suka berkawan dengan dia ni kerana baik dan suka tolong orang. dia ni seorang yang sangat kelakar dan mudah gelak,suka hiburkan hati orang lain.aku pernah ada seorang kawan perempuan ni selalu buat aku tersenyum dan keluar kan aku dari bilik paling kegelapan hatiku. aku berkawan banyak orang lagi di Giatmara.

walaupun aku sebenarnya pemalu dan pendiam.aku mahu berubah menjadi orang berani dan tidak malu dengan orang lain.aku bertemu dengan orang lain seperti pika,Adila,Farah dan yaya.aku cuba untuk berkawan dengan mereka dan terpaksa sesuaikan diri dengan bidang komputer. aku selalu cari peluang untuk berkawan dengan orang lain lagi. tanpa aku sedari aku semakin tersiksa dalam bidang tu.balik rumah aku kemaskan rumah dan bersihkan diri. aku tatap dinding bilik dan tanya kat diri sendiri "kenapa aku perlu paksa diri.ni kan masa depan aku bukan orang lain. kenapa aku perlu buat semua ni.untuk bayar jasa mak ke.hmm". tak lama lagi kelas nak bermula. dari situ lah aku sangat terseksa dihati dan mental.

esoknya, di kelas.

hmm, susahnya nak buat kerja ni. tapi nasib baik ada seha dengan orang lain ajarkan aku benda yang aku tak faham.aku tak dapat nak berehat di Kuala Kurau (kk) kerana sakit perut itulah alasan aku berikan kepada seha bila diajak untuk makan tengah hari.kerana aku nak kumpul kan duit untuk tahun depan. aku tahu semua diorang nak cakap dengan aku. mungkin diorang takut kalau aku sakit hati dengan mereka.aku boleh dibawa berbincang dengan mereka kalau benda yang dibincangkan ada kaitan dengan aku.

dari situ lah masalah bermula.. kerana salah faham.

Chapitre suivant