webnovel

Girls Of Leaders

Auteur: _DarksChoo
Adolescent
Actuel · 93.9K Affichage
  • 31 Shc
    Contenu
  • audimat
  • NO.200+
    SOUTIEN
Synopsis

Mengisahkan 8 pelajar perempuan dari sekolah Hyper High School iaitu Fiza, Dee, Nad, Fiee, Sya, Yuni, Eqah dan Reen. Mereka sangat di kenali sebagai 'Devil's Roses' oleh disebabkan kenakalan dan sikap dingin mereka yang membuatkan pelajar lain merasa gerun terhadap mereka. 8 pengawas lelaki yang merupakan pelajar baru sekolah Hyper High School iaitu Mirul, Rie, Raif, Ziq, Ash, Aril, Ewan dan Rayn. Mereka di kenali sebagai 'Dark's Knight' dan mereka ditugaskan untuk mengawasi 'Devil's Roses' atas perintah pengetua sekolah. Takde siapa tahu yang 'Devil's Roses' adalah sepupu dan cucu kepada pengetua Hyper High School, Tengku Amiruddin. Devil's Roses sendiri yang meminta atuknya untuk merahsiakan identiti sebenar mereka dari pengetahuan orang ramai. "Beb..aku dengar ada pelajar baru masuk kat kelas kita ni" - Eqah "Aku dah tau dah..atuk bagi tau semalam" - Fiza "Habis tu apa kita nak buat dekat pelajar baru tu?" - Fiee "Macam biasa lh" - Fiza&Dee Ahli Devil's Roses yang lain hanya tersenyum sinis. "Hoii!! Apa korang dah buat ni ahh?!" - Mirul "Korang ingat ni sekolah atuk korang ke?!" - Ewan "korang ni mema....." - Ash P/S: kalau nak tahu lebih lanjut cerita ni dipersilakan baca..okey?

Étiquettes
4 étiquettes
Chapter 1Bab 1

BANGLO D'R (DEVIL'S ROSES)

Krinnggg!! Krinngggg!!

Terpisat2 gadis itu bangun selepas mendengar jam lonceng yang memekak telinga tu. Tangan tetap mencari di mana terletaknya jam tersebut bagi mematikan bunyi bising itu.

"Uwaarrgghh!" Gadis itu bangun lalu duduk di tepi katil dan menguap kecil. Mata di pejam seketika dan dia masih lagi duduk di tepi katil, takde niat nak berganjak dari situ lagi.

"Dah pukul brapa ni?" Gadis itu menoleh melihat jam lonceng yang terletak di atas laci kecil di sebelah kanan katil sebelum....

"Aaarrgghhhh!!" Terjerit gadis itu sebelum bergegas masuk ke bilik air tapi sebelum tu sempat dia mencapai tuala mandi yang disidai di penyidaian tuala.

15 minit kemudian..

Selesai sahaja mandi gadis itu terus menunaikan solat subuh sebelum bersiap hendak ke sekolah.

Dia menuju ke arah tangga dengan tergesa2 dan menuruni anak2 tangga hingga ketingkat bawah. Sesampai saja di tingkat bawah kaki terus melangkah ke arah pintu utama kerana dia dah terlambat hendak ke sekolah.

"Weii..kau nak pegi mana?" Sergah Dee. Dia memandang pelik ke arah Fiza yang nampak tergesa2 hendak keluar dengan memakai seragam sekolah itu.

"Nak pegi kebun.." mata di juling ke atas sebelum menyambung percakapannya

"..nak pegi sekolah lh tak nampak ke aku pakai seragam sekolah ni?" Dah mula dah dengan loyar buruk dia tu.

"Nak pegi sekolah apa benda? Hari ni hari minggu lh..sekolah cuti!" Terang Nad yang baru muncul dari mana entah dia ni.

"Iyeke? Jadi hari ini tak sekolah ehh?" Fiza bertanya dengan wajah blur.

"Ya Allah..kan Nad dah kata hari ni hari minggu, sekolah tak buka lh" Dee menepuk dahi melihat tingkah sepupu dia yang tengah blur tu.

"Hehehe.." tersengih2 Fiza dibuatnya, sedar akan kesilapan yang dia telah buat tadi.

"Ehh..yang korang bertiga tercegat kat depan pintu ni dah kenapa?" Soal Eqah yang baru turun dengan Sya, Yuni dan Reen.

"Ni ha..dia nak pergi sekolah di hari minggu ni" terang Nad sambil menunjuk Fiza yang masih tersengih.

"Ehh..kau dah knapa nak pegi ke sekolah ni?" Soal Reen dengan muka hairan. Siapa tak hairan pergi sekolah waktu hari cuti ni? Iye tak?

"Alaa..korang ni, aku terlupa yang hari ni hari minggu. Aku ingat hari ni hari isnin sebab tu aku bergegas nak pegi sekolah" terang Fiza satu persatu.

Yang lain apa lagi bantai gelak lh dengan perangai sepupu diorang yang sorang ni. Mudah sangat lupa..dah nyanyuk kot. Fiza hanya mencebik dan memasam kan muka dia.

"Dah2..buruk muka kau buat camtu..pegi naik atas tukar baju tu terus, lepas tu jangan lupa turun bawah pulak" arah Sya dengan sisa tawanya.

"Yelah..aku pegi tukar baju dulu okey?" Langkah dihalakan menuju ke tingkat 3 di mana terletaknya bilik mereka semua.

"Hah! Sebelum turun tu jangan lupa kejut Fiee, suruh dia mandi then turin makan" sempat Sya berpesan kepada Fiza dari tingkat bawah.

"Yelah!" Jerit Fiza dari tingkat atas.

Usai dia menukar pakaian dari seragam sekolah ke pakaian santai, dia terus keluar bilik dan menuju ke bilik Fiee yang ada di sebelah kanan biliknya.

Tok! Tok! Tok!

"Fiee..bangun! Diorang suruh turun bawah untuk sarapan sama2" laung Fiza dari luar.

Tiada sahutan dari dalam bilik Fiee. Fiza mengetuk lagi sekali, tetap takde sahutan. Dia ketuk lagi sekali tapi kali ni lagi kuat dari tadi. Tetap takde tindak balas dari dalam.

So, dia memutuskan untuk masuk dalam bilik tu dan tengok keadaan Fiee tu. Mana lh tau ada benda buruk terjadi dekat sepupu dia sorang ni. Dia pun memulas tombol pintu yang tidak berkunci itu lalu memboloskan diri dalam bilik tu.

"Ya Allah..Ya Rabbi!!!" Terkejut dia tengok Fiee yang masih lagi lena dibuai mimpi indah di atas katil dia tu.

"Fiee bangun lh!! Dah pagi dah ni!" Fiza menggerakkan Fiee untuk bangun.

"Mmm...kejap lagi aku bangun" Fiee berkata dalam keadaan mamai dan sambung tidur balik.

"Anak dara apa ni? Pemalas nak bangun pagi2" Fiza mengeleng2 kepala dia sebelum satu idea jahat muncul dalam otaknya.

Dia bangun dari katil Fiee dan berjalan menuju ke bilik air yang ada dalam bilik Fiee dengan senyuman sinis.

Untuk pengetahuan korang, banglo ni ada 3 tingkat. Tingkat 1 ialah untuk ruang makan, ruang tamu dan satu ruang tamu khas untuk semua ahli keluarga D'R. Tingkat 2 pula untuk bilik bacaan, perpustakaan kecil dan bilik belajar. Tingkat 3 pula terdapat 8 buah bilik iaitu bilik semua ahli D'R yang di lengkapi dengan bilik air dan walk-in closets.

Banglo ini juga terdapat ruangan rahsia iaitu ruangan bawah tanah yang hanya diketahui oleh ahli D'R je. Banglo ini diberikan khas untuk semua ahli D'R daripada atok mereka, Tengku Amiruddin.

Kembali pada cerita asal. Fiza keluar dari bilik air dengan sebaldi air. Dia berjalan perlahan2 ke arah Fiee yang masih lena dengan senyuman jahat.

"Kau tak nak bangun kn? Mari sini aku mandi kn kau ehh?" Kata Fiza dengan perlahan sebelum baldi yang di penuhi dengan air itu disimbah ke arah Fiee.

"Mummy!! Hujan mummy!" Jerit Fiee dan badan yang basah kuyup dan benda itu menyebabkan Fiza tergelak2 tak ingat dunia sampai tergolek2 atas lantai.

"Kau!!..tak guna punya sepupu!" Bergema jeritan Fiee itu sehingga bergegar satu banglo. Fiza terus lari keluar dari bilik itu sebelum dikerjakan oleh Fiee.

"Tu lah kau..dah pergi mandi semua dah tunggu kita kat meja makan" jerit Fiza dari luar pintu dan dia terus turun ke bawah dan menyertai sepupunya yang lain di ruang tamu.

"Apa dah jadi kat tingkat atas tadi?" Soal Dee hairan. Yang lain hanya memandang ke arah Fiza yang tengah tersengih.

"Hehehe..takde pape jadi lh" nafi Fiza sambil mata tengok siaran yang bermain dalam tv.

"Iyeke takde pape? Ke kau..."

"Takde pape lh..dah sambung tengok drama ni sambil tunggu Fiee turun" potong Fiza sebelum Dee habis cakap.

Mereka pun sambung tengok drama dan melupakan soal tadi sehingga Fiee turun tangga dengan muka cemberut.

TBC..

Vous aimerez aussi

MISI VEE

VEE CLARISSA yang lebih dikenali sebagai Vee.Seorang gadis comel yang lahir di Malaysia tapi di besarkan di America.Walaupun mempunyai wajah comel tapi siapa sangka dia telah lalui pelbagai cabaran sehingga dirinya hampir terkorban akibat satu peristiwa hitam yang telah terjadi sehingga dirinya menjadi seorang yang berjiwa dingin,berani,bijak dalam melakukan sesuatu perkara tidak seperti wanita lain.. **** Setelah masuk umurnya yang ke18tahun telah terjadi satu peristiwa sehingga dia terpaksa pergi ke Malaysia untuk mencari adek kembarnya yang terpisah ketika mereka baru dilahirkan..Tapi dalam misi mencari adek kembarnya dia telah lalui masalah kedua yang mengganggu hidupnya setelah muncul seorang lelaki bernama Kris yang dingin,panas baran,berlagak,kasar dan digilai oleh semua gadis gadis..Akibat satu peristiwa yang terjadi antara Vee dan Kris membuatkan mereka sentiasa bertengkar,bila berjumpa seperti anjing dan kucing,ada saja yang tidak kena bila berjumpa atau terserempak.. ***** Mungkin ramai tertanya tanya.. -Siapakah Vee sebenarnya dan apa peristiwa buruk yang telah terjadi pada dirinya??? -Kenapa Vee berusaha mencari adek kembarnya dan kenapa baru sekarang dia berusaha mencari kembarnya itu sedangkan mereka sudah berpisah bertahun tahun?? -Punca mereka dipisahkan sejak lahir lagi???? -Dapatkah dia menemukan kembarnya itu??? -Kenapa Vee tinggal di America sedangkan kembarnya di Malaysia??? -Bagaimanakah Vee boleh kenal Kris dan punca mereka selalu bergaduh bila berjumpa??? -Apakah dalam pentengkaran antara Vee dan Kris akan muncul perasaan CINTA?? Macam orang tua tua pernah pesan (Jangan selalu bergaduh nanti lama lama berjodoh) TANPA DIA SEDAR ADA ORANG YANG MENGAWASINYA -SIAPA ORANG ITU???APA YANG ORANG ITU PERLUKAN??? BANYAK TEKA TEKI YANG YANG TERJADI DALAM HIDUP VEE...BOLEHKAN DIA MEMECAHKAN TEKA TEKI TERSEBUT..DARI SITU..SATU PERSATU RAHSIA MENGENAI DIRINYA AKAN TERUNGKAP... (KALAU KORANG NAK TAHU APA YANG TERJADI,TERUSKAN MEMBACA..) (BERKISAHKAN TENTANG) -CINTA -KELUARGA -PENGORBANAN -PERSAHABATAN

ppena4642 · Adolescent
Pas assez d’évaluations
14 Chs

audimat

  • Tarif global
  • Qualité de l’écriture
  • Mise à jour de la stabilité
  • Développement de l’histoire
  • Conception des personnages
  • Contexte mondial
Critiques
Pleurage! Vous seriez le premier commentateur si vous laissez vos commentaires dès maintenant !

SOUTIEN