webnovel

Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey

Fantasy FairTania For Are Lost Journey mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang pemuda yang bernama Ryunosuke Nishimura yang merupakan seorang pemimpin academy FairyTaniah dan jugak calon raja di Kingdom Rull Magic. Namun pada malam Oktober, semua keindahan dan keindahan kerajaan Rull Magic musnah bersama Academy FairyTaniah atas serangan dari pihak musuh. Malam itu, dia kehilangan semuanya. Pangkat, kekayaan, kerajaan, academy, anggota pelajar, para rakyat, serta anggota keluarganya yang turut terkorban pada malam berdarah yang pada akhirnya hanya tinggal dia berdua bersama adik bongsunya yang masih bayi pada masa itu. Bukan itu sahaja, pada malam itu jugak sosok yang dikenali sebagai seorang yang dingin, tegas, percaya diri serta bertanggungjawab hilang bersama kematian para anggota keluarganya yang memilih berjuang bersama anggota pelajar sehingga akhir hayat mereka. Dia merasa malu, sedih dan kecewa kepada dirinya sendiri kerana pada malam itu dia tidak mampu melakukan apapun untuk menyelamatkan mereka. Malah saat akhir sebelum dia di pindahkan ke kerajaan lain mengunakan portal sihir. Air matanya gugur bila melihat satu persatu anggotanya gugur akibat melindunginya bersama para rakyat yang akan di bawa pergi. Kini sudah 10 tahun berlalu tapi ingatan tentang malam berdarah itu masih kekal dalam ingatannya. Dia meneruskan hidup bersama adik pompuannya tanpa menggunakan nama keluarganya. Sehingga suatu hari seorang wanita mengambil dia dan adiknya untuk dijadikan keluarga. Hidupnya aman dan damai bersama anggota keluarganya yang baru. Walaupun pada suatu hari hatinya kembali menangis pilu bila tanpa sengaja berjumpa seseorang yang cukup disayanginya. Tapi setelah itu dia kembali menjalani hidupnya tanpa dibayangi oleh sosok itu yang hingga ke hari ini masih tidak menerima keputusannya untuk memutuskan hubungan mereka. Namun apakah daya! Dia tidak mampu melawan takdir. Mereka akhirkan kembali ditemukan di Academy WhiteFairy dengan status dan keadaan yang berbeda. Sosok itu merupakan seorang ketua pelajar yang disegani serta diminati oleh semua pelajar di academy. Manakala dirinya hanya orang biasa yang menumpang hidup. Kehidupan aman dan damainya bertukar berantakan bila gadis itu mengunakan kekuasaannya dalam menentukan sesuatu perkara yang berkaitan dengannya. Dan semestinya, semua itu dilakukan dengan maksud yang tersendiri dan dia sendiri sedar akan maksud gadisnya itu. Persoalannya mampukah dia bertahan dengan segala godaan dari sosok yang cukup menggilainya. Dan jugak dengan masa silamnya! Apakah dia akan selamanya jatuh dan merelakan kematiannya orang-orang yang dia sayangi tanpa niat menuntut keadilan untuk mereka yang sanggup mengorbankan nyawa mereka?

AisukiShah · Autres
Pas assez d’évaluations
31 Chs

Chapter 23

Di Bahagian Utara (Pintu Masuk Academy)

Terlihat satu sosok misteri berjubah hitam yang telah di kelilingi oleh beberapa guru dari Academy WhiteFairy.

Salah seorang dari mereka adalah  Sakura Sensei. Sakura memerhatikan gerak geri musuh mereka yang sedari tadi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menyerang.

Seakan sosok itu sengaja membuang masa bersama mereka berlima.

"Sakura-San! Bukan ke kita dimaklumkan ada tiga orang! Tapi kenapa sorang sahaja yang jadi lawan kita?" Soal salah  seorang guru bertanya pada Sakura dengan ragu.

"Tiga! Maksudnya ada tiga orang!?" Sakura mula berfikir. Nampaknya mereka telah masuk perangkap. Pihak musuh telah pun berjaya masuk tanpa mereka berlima sedar.

Pelajar lain dan keluarga kerajaan dalam bahasa apatahlagi sosok yang sedang mereka cari turut berada di academy ini.

"Tak guna! Musuh dah masuk! Korang berjaga disini. Saya nak pantau dalam!?" Sakura bersuara pada salah seorang rakannya.

Tetapi niatnya dapat dihidu oleh sosok misteri itu. Seketika satu serangan mendadak datang kepadanya. Nasib baik dia dapat menghindari dengan cepat. Kalau tidak mungkin dia telah mengalami luka yang cukup serius daripada luka calar yang dia alami kini.

"where do you want to go ladies? It's still too early to leave!" Sosok lelaki misteri berjubah hitam itu berbicara sambil mendepakan kedua tangannya.

"Does that hurt my beauty?Sorry if that hurts, I didn't mean to hurt you ladies." Sambung sosok itu lalu tertawa kecil.

"Cis! Siapa korang sebenarnya!?

Apa tujuan korang datang ke sini?

Siapa yang arahkan korang?" Sakura melontarkan soalan satu persatu. Tetapi sosok itu hanya memiringkan kepalanya kearah kanan sambil menatap kearah Sakura yang tidak tahu akan riak wajah yang sedang dipamerkan oleh sosok itu kerana wajah itu ditutupi oleh sarung kepala.

"OH MY GOD!! Too many questions ladies. You know! I don't like to be asked a lot of questions That is very troublesome not to mention very tiring. I very don't like that!" Kata sosok itu sambil memegang kepalanya seakan dia stress dengan semua soalan yang di lontarkan oleh Sakura.

"Strange!He is really strange." Soal salah seorang sensei kepada Sakura. Sakura hanya mendiamkan diri. Otaknya fokus memikirkan tindakan yang perlu diambil.

"Ouhh ya! At this academy! The royal family goes to school here, right?" Soal sosok itu yang kini mula kembali seperti semula.

"Untuk apa kau tahu!?" Tanya kembali seorang guru lelaki. Dan pertanyaan itu tidak disukai oleh sosok tersebut.

"Ahhh!! Korang ni leceh ah!! It seems I need to let you all know what I like and what I don't like!

What I don't like is..don't ask me a lot of questions...don't make me upset, angry and bored.

And what I like!!

I love to hear your screams of pain.What has to do with all the suffering you experience is so much fun.

Aku bagi nasihat! Jangan buat aku bosan dan marah! Maka KORANG akan tahu ERTI KEPUASAN dalam DERITA!" Katanya dengan aura membunuh.

Di bahagian pertahanan pelajar.

Di bahagian pertahanan terakhir, berdiri sosok Akira Hayashi bersama orang kanannya Yoshihiro  Nagasaki.

Yoshihiro memerintah pasukan untuk memperkukuhkan lapisan perlindungan sihir manakala Akira meminta pelajar lain untuk bersiap sedia.

BUSH!!! BOOM!!

Akira mahupun Yoshihiro bersama anggota pelajar lain terkejut bila mendengar bunyi letusan dari arah pintu gerbang. Dimana lokasi tersebut dijaga oleh barisan para guru di academy.

Akira dan Yoshihiro seakan mendapat firasat yang tidak enak. Mereka seakan dapat merasakan bahawa para guru telah pun gagal mempertahankan barisan utama.

Apatahlagi mereka berdua dapat merasakan mana gelap yang cukup kuat dan pekat dari arah hadapan. Aura mana suci murni tidak sekuat mana gelap yang kini dirasai oleh mereka berdua.

"Akira baik kau berundur! Barisan utama dah tumbang. Mereka akan datang ke sini bila-bila masa!" Kata Yoshihiro yang mula merisaukan keselamatan Akira selaku majikan nya.

"Jangan buat aku nampak pengecut! Aku tidak akan mundur tanpa korang semua. Buat malu aku sebagai seorang presiden pelajar kalau aku tidak dapat menjaga keselamatan pelajar aku." Kata Akira yang tidak ingin mengikuti keinginan sahabatnya.

"Tapi..Don't you forget that now you're just an ordinary student? You have resigned and given all your responsibilities to Aiko-Sama!" Kata Yoshihiro dengan pandangan kosong.

Aiko tercekik liur bila mendengar bicara Yoshihiro yang tidak mengira tempat untuk menegurnya. Apatahlagi membocor rahsianya.

"Only one day! Can't  you been nice to me Yoshihiro. I don't ask for much, just one day!" Pinta Akira tetapi ditatap kosong oleh Yoshihiro.

"It is very difficult for me to fulfill your request!

I can fulfill but with conditions!

Please use your brain for good and not always bad.The most important thing is...please don't be SO STUPID!

I'm tired of seeing your stupidity all year. Please be smarter like Nishimura-Sama.

So you won't always give me trouble." Bicara Yoshihiro tanpa menghiraukan sahabatnya yang telahpun berkecai derai.

"Malang nasib aku dapat bawahan yang tak ada berperasaan macam kau ni!" Keluh Akira tetapi di balas senis oleh Yoshihiro "Begitu jugak dengan aku yang malang dapat bos yang suka berbuat tindakan yang tidak masuk akal dan sering menyusahkan kakitangannya sendiri!"

Itulah mereka berdua, miskipun mereka sedang bekerja akan tetapi itu tidak menjadi punca untuk hubungan pertemanan mereka canggung atau sebaliknya.

Kerana bagi mereka, status itu tidak penting akan tetapi pertalian persaudaraan yang penting dalam melaksanakan segala perkara.

"Ohhh cakap pasal Ryunosuke! Dia tak datang balik ke sini. Adakah sesuatu telah terjadi di dalam?" Akira mula menyedari tentang ketiadaan sosok sahabat masa kecilnya.

"Betul jugak! Nishimura - Sama tak muncul sedari tadi. Apalah kita perlu tengok dan pantau keadaan di dalam?" Tanya Yoshihiro kepada Akira. Sekiranya pemuda itu mengizinkan maka dia terpaksa meninggalkan posisi depan untuk meninjau keadaan di dalam.

"Tidak perlu! Kita fokus dekat sini. Aku yakin, kalau ada masalah sekalipun. Dia boleh selesaikan masalah itu sendiri.

Mungkin patner dia akan turut serta membantunya. Jadi dia tidak perlu bantuan.

Tapi sebaliknya kita yang memerlukan bantuan dia. Aku tak yakin dengan kemampuan pihak lawan. Sepertinya mereka tidak boleh diremehkan." Putus Akira lalu melangkah kebarisan utama.

Yoshihiro tersenyum kecil lalu menganggukkan kepalanya patuh. Ini lah sifat yang dia suka oleh seorang Akira Hayashi. Tegas, bertanggungjawab,cekap dan serius ataupun fokus dalam menjalankan tugasnya. Apatahlagi membuat keputusan dalam masa yang singkat.

Akan tetapi sosok seperti itu jarang ditemui pada Akira Hayashi.Sebaliknya sosok itu sering dinampak seakan bodoh dan mudah lalai menjalankan tanggungjawabnya.

"Semuanya bersiap sedia. Kita akan halang berdebah tak guna itu!

Berani dia buat kecoh dekat Academy WhiteFairy. Mari kita tunjukkan siapa kita yang sebenarnya!?" Kata Akira yang kini mula terlihat bersemangat. Begitulah jugak demgan Yoshihiro dan beberapa pelajar dari Academy FairyTaniah.

"Bergambung semua! Mohon bantuan FairyTaniah. Pinjam kan kekuatan kalian untuk lindungi academy ini!" Jerit Akira bersama sahutan dari pelajar yang berlainan academy.

Di Bahagian Utara (Pintu Masuk Academy)

Sosok lelaki misteri berdiri di tengah-tengah timbunan beberapa angota pengajar yang tidak lagi mampu bertarung. Malah ada diantara mereka yang mengalami luka yang sukup serius.

Sakura cuba bangkit dari baringannya akan tetapi sakit diseluruh badannya menghalang untuk dia kembali bangkit.

Kekuatan mana pemulihannya kian berkurangan. Dia tidak mampu memulihkan dirinya sendiri dalam masa yang singkat.

Dia perlu mengambil masa yang cukup lama untuk menyembuhkan dirinya sendiri. Belum lagi masa yang akan di ambil untuk mengorbati rakan-rakannya yang lain.

"Seriously!!  This is the only strength you all have?

What a shame for a magic instructor who was respected by thousands of students!

This is very funny and must be very boring.

I think I will meet a strong opponent! But you all are so DISAPPOINTING! WEAK AND FAILED!

Ahhh...apa lah nasib anak didik korang ya! Dapat pengajar yang lemah macam korang semua ni!

Hanya satu serangan korang dah tumbang.

Bukannya bangkit! Tapi ada diantara korang sampai pengsan terus. Ni baru sikit aku tunjukkan kekuatan aku. Belum full lagi!?

It feels like if I use all my power, maybe you and go to the realm of death. Maybe!" Sosok itu berbicara panjang lebar sambil mendudukan punggung di salah seorang guru yang kini telah tumpas dia kalahkan. Pengsan dan tidak bermaya.

"Baiklah! Cukup sini kita bermain. Aku ada tugas yang perlu dilaksanakan." Kata sosok itu lalu melangkah meninggalkan tempat tersebut.

Shuuu!!! Zapp!!

Sosok itu menyering ketepi lalu di sebuah pohon tertancap sebilah pisau kecil. Senyuman misteri hadir di sebalik tudung tersebut. Tapi malangnya senyuman itu tidak dapat dilihat oleh sesiapapun.

"Nice try! Very nice. But too late." Kata sosok itu yang kini telah berada di hadapan Sakura yang terkedu melihat sosok itu yang muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Buuk!  Satu pukulan kuat tepat mengenai perut Sakura sehingga bibir merah itu terbatuk mengeluarkan darah yang cukup banyak. Pandangan Sakura mula berkunang. Dia mula merasa gelap.

"Ahh!! Aku akan jadikan kau sandaran pada diaorang. Mungkin dengan bantuan kau akan memudahkan kerja aku. Mohon bantuannya ladies."

Seketika pandangan Sakura gelap sepenuhnya kini tubuhnya telah pun layu dan rebah ke dalam dakapan pemuda misteri itu. Dia hanya mengingati kata-kata akhir yang diucapkan oleh musuhnya sebelum kesadaranya hilang sepenuhnya.

Kembali di bahagian pertahanan pelajar.

Akira berdiri sambil kedua tangannya berada di saku seluarnya. Pandangan lurus kehadapan. Tidak ada sebarang pergerakan yang dilakukan sehingga dia dapat melihat satu sosok yang kian menghampiri kearah tempat yang sedang dijaganya.

" Yoshihiro dia dah datang!" Kata Akira kepada orang kanannya. Yoshihiro menganggukkan kepalanya lalu memerintahkan pelajar lain untuk bersiap sedia.

"Pasang posisi bersiap siaga?

Jangan hilang fokus. Tumpukan perhatian pernuh pada posisi masing-masing!

Jangan lakukan sebarang tindakan selagi tidak diberi arahan! FAHAM SEMUA!?" Terang Yoshihiro dengan suara yang lantang dan disambut dengan kuat oleh anggota pelajar yang bertugas di barisan hadapan hingga akhir.

"Seorang je! Bukan bertiga?" Yoshihiro pelik bila melihat satu sosok manusia yang berjubah yang kini sedang santai berjalan kearah mereka.

"Kemungkinan kedua rakan diaorang dah masuk!

Dan sebabkan itu jugak menjadi punca mengapa Ryu lambat datang ke sini!

Dia dah jumpa kesenangan kat belakang. Kita je yang baru menerima kedatangan musuh ni.

Ahh! Nampaknya dia bawak sandaran! Cukup biadap." Kata Akira yang kini sedang tersenyum senis.

"Ya! Kalau tak biadap bukan musuh namanya!" Balas Yoshihiro dengan tersenyum.

"Hahaha mari kita lihat sehebat mana dia!" Kata Akira kepada Yoshihiro dengan niat bertarungan yang mula hadir.

"Yaa!! Mari kita tengok kekuatan mereka!" Kata Yoshihiro sambil merenggangkan badan dan jari-jemarinya. Dia telah bersiap untuk bertempur.

Apatahlagi mereka berdua sudah lama tidak melakukan aktiviti olah raga. Jadi ini lah saatnya. Mereka akan melakukan aktiviti sukan yang cukup mereka minat.

"Korang semua fokus pada posisi masing-masing." Arah Akira lalu melangkah santai kearah hadapan bersama Yoshihiro di sampingnya.

Kini sosok yang dinantikan oleh mereka semua tiba di hadapan mereka yang jauh hanya 1 meter dari tempat mereka berdiri.

"Wahh!! Ramainya. Ada apa-apa ke ni?" Soal sosok itu yang kedengaran teruja dan tidak lupa satu tubuh yang dipikul di bahu kanannya.

Tubuh seorang wanita yang mereka yakini adalah sandaran diantara para pengajar. Sosok itu menjatuhkan tubuh itu disampingnya.

Maka terlihatlah keadaan Sakura yang telah pingsan sepenuhnya.

Melihat guru mereka yang berada di level 2 telah ditumpaskan membuat kan beberapa pelajar dari WhiteFairy mula merasa ketakutan.

Manakala bagi pelajar dari FairyTaniah, mereka hanya mempamerkan riak biasa begitu jugak dengan Akira dan Yoshihiro. Sedikit pun tidak terusik dengan keadaan sandaran yang merupakan salah seorang top pengajar yang kuat di academy.

"Pengajar kau ni lemah sangat! Aku tak tahu macam mana dia boleh lulus menjadi guru disini? Sangat mengecewakan. Kata sosok itu dengan nada sedih.

"Setiap orang ada kebolehan dan bakat tersendiri! Tidak semestinya perlu fokus dengan satu bidang untuk diterima masuk sebagai guru di academy." Bicara Akira dengan penuh sopan dan beribawa. Badannya turut di tegakkan.

"Boleh aku tahu! Apa tujuan kau ke mari?" Soal Akira yang terus ke tajuk utama. Dia tidak suka berbasi-basi dengan orang lain. Apatahlagi dengan musuh!

"Ermm tujuan ke sini hanya untuk membawa keluarga kerajaan pergi bersama kami." Kata sosok itu dengan nada yang santai.

Akira mahupun Yoshihiro memandang diantara satu sama lain. Mereka cuba memahami niat musuhnya itu.

"Untuk apa kau nak bawak mereka! Kau tahu kan dengan sape yang kau nak bawak!?" Kini Yoshihiro yang bersuara. Akira hanya menunggu balasan dari sosok itu.

"Erm yang itu aku tak boleh bagi tahu! Itu rahsia. Tapi aku nasihatkan korang semua. Kalau nak hidup lama! Jangan jadi penghalang." Kata sosok itu kearah mereka semua.

"Ahhh malangnya aku jenis tak dengar nasihat! Kalau kau tidak ada alasan yang munasabah untuk bawak pemimpin kami. Maka hentikan niat kau. Kalau tak nak kene hukuman dari agensi pelajar!" Kata Yoshihiro.

"Ahh! Kalau macam tu. Jangan salah kan aku bertindak kasar." Sosok itu melemparkan sebilah pisau kearah Akira tetapi dapat di tangkis oleh Yoshihiro.

Kini pemuda itu menatap tajam ke sosok itu. Amarahnya kian muncul bila sosok itu dengan tidak sopannya melemparkan senjata tajam kearah majikannya.

"LANGKAH MAYAT AKU DULU KALAU KAU NAK USIK DIA!" bicara Yoshihiro dengan dingin.

"Hihihihihi! Marilah dan jangan mengecewakan kan aku seperti guru bodoh ni."

Di istana kerajaan WhiteFairy (Kediaman Hayashi)

"APA! ACADEMY DI SERANG!?" Jerkah Ayato dengan suara yang keras kepada orang kanannya.

"Betul yang  mulia, saya baru sahaja mendapat informasi dari pihak academy bahawa mereka meminta bantuan!" Kata sosok itu dengan hormat sambil menundukkan tubuhnya kelantai. Kepalanya pun tidak lepas menunduk kebawah.

Ayato terduduk di kerusi kerjanya. Hati tuanya mula bimbang dengan keselamatan para pelajar dan jugak anak-anak dan calon menantunya yang berada di tempat yang sama.

"Adakah Menara Sihir sudah diberi tahu?" Soal Ayato kepada orang kanannya kembali.

"Sudah yang mulia. Mereka dalam perjalanan menuju ke academy." Balas sosok itu yang masih sama dengan posisi tadi.

"Hmm baguslah, siapkan beberapa orang kita untuk turun ke academy. Hantar perajurit di kelas 3 dan 2. Kita tidak boleh padang remeh pada musuh!" Perintah Ayato pada orang kanannya. Orang kanannya menganggukkan kepalanya lalu beredar untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan.

Ayato menghela nafas perlahan, dia membawa pandangan kearah tingkap besar yang berada di bilik kerjanya.

Imej kedua anak daranya terpampang jelas di mindanya. Hati tuanya risau akan keselamatan kedua anak gadisnya yang kini sedang berada di academy. Harapannya satu! Ryunosuke Nishimura. Pemuda itu lah harapan terakhirnya.

"Ayah merayu pada kamu nak! Tolong lindungi kedua puteri ayah dan sahabat kamu nak. Hanya pada kau sahaja ayah berharap!" Bisik hatinya. Lalu beredar meninggalkan bilik kerjanya.

Di academy

Yashihiro bersama Akira kini terlihat kelelahan. Mereka mula merasa lelah dalam pertarungan mereka bertiga.

'Boleh tahan kebal jugak mamat ni!' bisik hati Akira

'Apa kelemahan dia! Tak akan satu pun tak ada kelemahan?' Bisik hati Yoshihiro.

Mereka berdua terdiam cukup lama sambil mengatur pernafasan yang kian lelah. Mana serta stamina mereka pun kian melemah.

BUSHH!! Semua yang ada terkejut bila mendengar suara letusan dari arah belakang.

Sosok misteri itu turut terganggu bila mendengar suara ledakan yang dia tahu dari salah satu temannya. Dia tertawa sehingga menarik perhatian orang yang berada disekitarnya.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Nampaknya salah seorang dari teman aku dah jumpa sesuatu yang menyeronokkan!

Kemungkinan apa yang kami cari telah pun dijumpai! Jadi aku tidak perlu buang masa lagi disini." Kata sosok itu dengan penuh angkuh.

Akira dan Yoshihiro memasang wajah yang tidak berpuas hati. Tetapi mereka tetap berwaspada dengan kemungkinan yang akan berlaku.

"Baiklah! Cukup di sini sahaja. Mari aku hantar korang ke!!" Bicaranya terhenti bila secara tiba-tiba satu sosok tubuh menghamtam kuat pada dirinya sehingga dia menghentam dinding batu academy.

Busshhhh!! Argk!! Serentak mereka berdua menjerit kesakitan bersama dengan bunyi runtuhan dari tembok pagar academy yang dibina menggunakan batu-bata yang cukup kuat, kukuh dan tinggi.

Akira dan Yoshihiro terdiam seribu bahasa bila melihat pemandangan yang cukup cepat dan mengejutkan. Sehingga satu suara milik perempuan memecahkan kesunyian yang melanda.

"JANGAN PERNAH BERMIMPI! 

RYUNOSUKE NISHIMURA HANYA AKAN MENJADI MILIK AKU SEORANG. SAMPAI BILA-BILA!

TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG BOLEH RAMPAS DIA DARI GENGGAMAN AKU!" Kata sosok itu dengan nada yang cukup kelam beserta aura mananya yang meledak.

Miskipun mana atau cahaya yang dikeluarkan merupakan enegi murni tetapi orang sekeliling menatap kearahnya dengan pandangan horror.

Sama jugak pada Akira yang meneguknya ludah bila melihat sikap gelap adik keduanya yang jarang dilihat kini tampil kembali.

Dia tahu punca adik keduanya merubah ke sosok yang cukup mengerikan itu. Seakan sosok yang dimiliki oleh adiknya itu di copy paste oleh sosok sahabat masa kecilnya Ryunosuke Nishimura.

Ni tak lain musuh itu telah mengatakan keinginan yang menjadi pantang larang bagi seorang Aiko Hayashi. Ya gadis itu adalah Aiko Hayashi, puteri kedua dari keluarga kerajaan WhiteFairy dan merupakan puteri mahkota di kerajaan Rull Magic.

Kembali pada sikap gelap yang dimiliki oleh Aiko, gadis yang terkenal dengan sikap manis, manja, penyayang dan lembut akan berubah menjadi sosok yang tidak berperikemanusiaan.

Seandainya seseorang itu melakukan sesuatu yang mampu mencetuskan kemarahan yang jarang ditunjukkan oleh Aiko dan perkara itu sudah pasti terkait dengan tunangnya.

Pantang bagi Aiko, kalau seseorang itu tidak mengira lawan jenis mengatakan hasrat untuk merampas kebahagiaannya bersama pujaan hatinya.

Kalau orang itu berani mengatakan Ryunosuke Nishimura akan jadi milik aku? Maka bersiap sedia menghadapi sosok kelam Aiko yang dimana sosok tersebut jugak ditakuti oleh pujaan hatinya sendiri, Ryunosuke Nishimura.

"BERANI KAU CAKAP! RYUNOSUKE HANYA LAYAK DENGAN ORANG YANG MACAM KAU!

RYUNOSUKE HANYA AKAN DIRUGIKAN KALAU TERUS BERSAMA ORANG YANG MACAM AKU!? 

APA KAU KATA! TIDAK ADA MASA DEPAN? MASA DEPAN DIA KELAM KALAU HIDUP BERDAMPINGAN DENGAN AKU!

Ahhh...kau betul-betul buat aku rasa sangat KESAL!!

DENGAR SINI DAN HADAM BAIK-BAIK!! TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG BOLEH RAMPAS POSISI AKU! HATI RYUNOSUKE HANYA MILIK AKU SORANG! TUBUH DIA PUN HAK AKU SORANG! SEGALA PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA HANYA AKU SAHAJA YANG LAYAK! 

ORANG LAIN JANGAN BERMIMPI DI SIANG HARI. KALAU ADA YANG BERANI! MAKA ORANG TU KENE BERDEPAN DENGAN AKU.

Dan kau antara orang yang sangat BERANI. LANCANG! TAK BERADAB! Malah TATASUSILA pun TAK ADA!

Jadi mari aku ajar cara untuk menjadi seorang yang SOPAN, BERADAP. OH YA! TIDAK LUPA DENGAN TATACARA ATAU PERILAKU YANG BAIK!!" Bicara Aiko dengan mood iblisnya.

"SIAL!!! BERANI KAU HINA AKU JALANG!! KAU MEMANG CARI MATI!!" Jerit Haibara dengan lantang dan penuh emosi kemarahan.

Aiko tersenyum senis sambil memeluk tubuh menghadap secara langsung kearah Haibara yang kini sedang menatap kesal kearahnya.

"Ahh! Nampaknya kau kene bercermin kan diri. Bukan aku yang JALANG!

I'm not the Bitch here. But, you're the CHEAP BITCH I'm not the Bitch here.

But, you're the CHEAP BITCH!! So please be aware of this matter!

Don't want to call people a bitch before looking at yourself." Bicara Aiko dengan penuh sinis.

"Kau fikir aku takut dengan kau budak manja!" Haibara cuba melawan gentar yang tiba-tiba menyerang hatinya. Dia cuba mengawal riak wajahnya dari pandangan umum.

"Arghk! Sakit Ai!! Kau ni kenapa muncul cara tak bertamadun!?" Suara sosok lelaki yang sama berpakaian seperti Haibara.

Bukan ingin menolong, Haibara hanya mencebikkan bibirnya. Dia langsung tidak mempunyai niat untuk membantu pemuda itu bangkit.

"Kau memang tak geti menolong!" Kata pemuda itu dengan kesal.

"Lambat kau buat kerja! Tak akan diaorang pun menyusahkan kau?" Kata Haibara dengan dingin. Pemuda itu hanya tersenyum kecil.

"Kau cakap tak tengok cermin ek! Bukan kau pun sama ke?

Tak akan sorang je kut kau dah kesusahan! Lain lah aku ramai yang aku kene hadap" bicara sosok itu yang tidak kalah dingin.

Haibara diam, hatinya kian marah bila teman seperjuangannya turut mengata dirinya.

"Masa kita tak banyak! Jangan buang masa. Aku akan selesai pompuan ni. Kau settle kan semua yang ada. Tinggal kan sosok lelaki yg berdiri sebelah perempuan tu." Arah Haibara kepada pemuda itu.

"Untuk apa?" Haibara menjulingkan matanya keatas lalu menghela nafas. Ini lah bila malas nak pergi perjumpaan sampai tidak tahu rupa angota keluarga Hayashi.

"Sebab jantan tu AKIRA HAYASHI! Seorang PUTERA MAHKOTA di KERAJAAN WHITEFAIRY!" Pemuda itu hanya menganggukkan kepalanya patuh.

Rupanya target sudah pun berada di depan mata tanpa dia sedari. Nasib Haibara datang kalau tak sudah pasti sosok yang mereka cari sudah tidak bernyawa dia buat.

"Eh! Mana Sakurai-Sama?" Kata pemuda itu kepada Haibara. "Dia settle kan urusan dengan pengawal pompuam tu!" Haibara sengaja tidak membongkar tentang keberadaan Ryunosuke Nishimura yang turut berada di lokasi yang sama.

Dia masih dengan niatnya yang ingin memiliki sosok itu seutuhnya. Tetapi dia terpaksa berhadapan terlebih dahulu dengan Aiko sebelum menjadikan sosok itu miliknya.

"Ouhh ada yang degil ek!" Sambung pemuda itu sambil bercekak pinggang manakala Haibara telah melangkah kedepan.

"Budak manja! Pertarungan kita belum selesai." Ucap Haibara kepada Aiko yang menatap kearahnya dengan pandangan bermusuhan.

"Aku tahu pertarungan kita belum berakhir! Aku cuma tunggu kau bangkit semula.

Tidak adil kalau aku BERLAKU CURANG dalam PERTARUNGAN KITA. Miskipun KAU SERING MELAKUKAN TINDAKAN ITU!

Aku MEMPUNYAI PRINSIP tidak seperti mu yang HANYA MEMIKIRKAN NAFSU SERTA KETAMAKAN lagi menyedihkan jadi PERAMPAS PULAK TU!" Kata Aiko panjang lebar. Malah dia telah pun mengeluarkan pedang sucinya yang berwarna silver serta dihiasa dengan kilauan emas.

"Tuan puteri macam kau ni memang suka cakap panjang ek!" Kata Haibara bersama aura hitamnya.

"Pembetulan untuk panggilan itu lady! Aku bukan lagi puteri yang single tetapi aku puteri mahkota.

Kau kene sedar bahawasanya. Aku milik dia dan dia milik aku!" Kata Aiko lalu menghunuskan pedangnya kearah Haibara yang kini telah mula melancarkan serangan.

"Aku akan bantu kau Ai!" Ucap pemuda misteri itu yang kini telah pun melangkah kearah Aiko.

BUSH!!  Pemuda itu melompat kearah kanan bagi mengelak serangan yang dilontarkan oleh Akira.

"Ah,ah,ah! Kau tahu agak tidak sopan kalau kita sebagai seorang lelaki masuk campur dalam urusan para gadis." Kata Akira yang kini telah pun mengeluarkan pedang kebanggaannya. Pedang rasmi bagi semua pewaris takhta kerajaan WhiteFairy, pedang silver berjalur emas serta kilaun emas permata biru di bahagian pemegang pedang.

"Lawan kau adalah aku! Bukan adik aku." Sambung Akira yang kini telah kembali bersemangat.

"Baiklah kalau itu yang kau ingin kau wahai calon raja!" Kata sosok itu dengan penuh sombong.

"Hehehe! Aku dah lama tak serius. Yoshihiro suruh yang lain mundur ke kebelakang. Aku arahkan kau untuk jaga mereka. Biar mamat ni jadi urusan aku." Kata Akira dengan penuh ketegasan. "Baiklah dan jangan paksa diri anda yang mulia." Kata terakhir Yoshihiro sebelum melaksanakan perintah tuannya.

"Baiklah! Mari kita bersenang-senang." Kata Akira yang kini telah bersiap untuk bertempur.

"Hahahahahaha! Aku suka keberanian kau ni. Tapi sayangnya mungkin kau akan terlantar lepas ni." Kata sosok itu dengan penuh keangkuhan.

"Malangnya bukan aku! Tapi kau yang akan terlantar. Aku tidak akan berlembut. Dan perlu kau tahu.

Aku hanya akan tunduk pada beberapa orang yang aku rasa perlu dan hanya seorang sahaja yang boleh mengalahkan aku. Malangnya kau bukan dalam list tersebut." Bicara Akira sambil menatap tajam kearah lawannya.

Hari ini akan jadi suatu pentujukkan yang cukup hebat bagi semua angota pelajar yang berada di barisan pertahanan. Dimana, mereka dapat melihat pertarungan 2 orang  yang merupakan pelajar di tingkat 3.

Belum lagi kalau diorang semua melihat pertarungan Ryunosuke yang merupakan idola bagi semua pelajar di Academy FairyTaniah.

Tanpa pelajar Academy WhiteFairy sedari, sosok yang dibanggakan oleh pelajar FairyTaniah merupakan pelajar pertama yang mencapai tingkat 1.

Tetapi kekuatan itu sering ditutupi dengan penampilan sederhana. Apatahlagi keberadaan mananya yang turut disembunyikan dari semua orang.

Dibahagian Bawah Tanah/Tempat Rahsia.

"Yang mulia puteri Auni!" Nanami tersenyum malu kearah Auni yang menatapnya sambil tersenyum manis.

"Nanami saya mahu tengok di barisan utama!" Lontar hasrat Auni pada orang kanannya itu. Nanami terpegun bila mendengar hasrat dari tuannya dan pasti hasrat itu sangat sukar untuk ditunaikan. Apatahlagi kini abang sulungnya telah kembali. Silap langkah yang diambil maka hukuman lah yang akan dia perolehi.

"Maaf yang mulia puteri. Itu agak sukar untuk saya tunaikan." Kata Nanami dengan perlahan.

Jawapan yang diberi oleh orang kanannya tidak memuaskan hati Auni yang sedari tadi tertanya-tanya akan keadaan keluarganya yang memilih bertempur.

"Kenapa? Apakah kau meragukan kekuatan aku? Aku mampu jaga diri aku sendiri!" Kata Auni dengan hati yang tidak berpuas hati.

Fikirnya dia telah pun dewasa dan telah mencapai tingkat 3 untuk baru-baru ini.

Miskipun tidak begitu lama seperti kakak dan abangnya yang telah 5 tahun berada di tingkat 3, tidak sepertinya yang baru sahaja genap setahun dalam tingkat 3.

Akan tetapi, itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah. Serta dia yakin, bahawa dia tidak akan menjadi beban pada sesiapa pun, terutama pada keluarganya. Itu lah apa yang difikirkan olehnya.

Sikap egois yang ada pada diri Auni tanpa dia sedari bahawa sikap itu akan memakan dirinya sendiri. Cepat ataupun lambat.

"Bukan begitu yang mulia puteri! Tapi disana situasinya cukup bahaya dan itu akan menjadi larangan untuk yang mulia!" Nanami cuba untuk menerangkan situasi yang sedang berlaku pada Auni dan berharap gadis manis itu akan memahami serta patuh pada arahan yang telah diberi oleh yang mulia puteri mahkota.

"Nanami tolong lindungi adik saya! Jangan benarkan dia melakukan sesuatu tindakan yang diluar jangkaan. Situasi sekarang bukan boleh dipandang remeh! Jadi tolonglah lindungi Auni dan jangan biarkan dia dalam situasi yang bahaya!" 

Nanami ingat dengan jelas pesanan yang diberikan oleh Aiko padanya sebelum gadis itu mengikut seseorang yang dia tidak kenali akan tetapi dia yakin pemuda itu merupakan seseorang yang mempunyai hubungan dengan Aiko.

"Kalau kau tak nak teman aku! It's okey. Aku sendiri yang pergi." Putus Auni lalu bangkit dari kerusinya.

Gadis itu melolong terus ke arah belakang yang terlihat tidak berapa ramai pelajar yang berkumpul tanpa menghiraukan orang kanannya yang mula kalut.

"Yang Mulia!! Tolong Berhenti!" Panggil Nanami tetapi tidak dihiraukan oleh Auni malah gadis itu dengan sengaja memekakkan telinganya.

"Tunggu dulu yang mulia! Baiklah saya akan ikut yang mulia. Jadi saya mohon tunggu saya. Keselamatan awak merupakan perkara utama saya yang mulia!" Akhirnya Nanami mengalah dengan kehendak tuannya yang cukul terkenal dengan sikap kepala batu.

"Hmm! Cepatlah sebelum yang lain lihat kearah kita." Pinta Auni dengan tergesa-gesa pada Nanami.

Nanami hanya menganggukkan kepalanya tanda dia patuh dengan arahan dari tuannya itu. Dengan cepat dan berwaspada, Nanami mengaktifkan mentera sihir teleportasi di tempat itu.

Pada mulanya aksi mereka dibuat secara bersembunyi akan tetapi aksi mereka dilihat oleh tiga orang pelajar yang kebetulan berada di hampiran situ.

Kaito, Shinji dan Mieko berpandangan diantara satu sama lain. Mereka mula merasakan sesuatu yang mungkin tidak akan baik setelah melihat kedua pelajar itu meninggalkan kawasan ini dengan keadaan terburu-buru.

"Mana Yang Mulia puteri kedua bersama Nanami-San mahu pergi Mieko - san?" Soal Kaito pada Meiko yang hanya mengangkat kedua bahunya.

"Kemungkinan dia akan mendatangkan masalah pada yang Mulia putera mahkota dan yang mulia Aiko." Kata Mieko sambil memeluk tubuhnya. Dia pening bila mengingatkan sikap Auni yang cukup degil dan suka melakukan sesuatu tindakan yang sering menyusahkan orang lain.

"Apa yang perlu kita lakukan Mieko-San? Tak akan kita mahu tengok sahaja yang mulia puteri ke 2 dalam bahasa!" Tanya Shinji pulak sambil terlihat gelisah.

Mieko hanya mendiamkan diri seketika lalu melangkah meninggalkan kedua pemuda itu yang salah satu dari mereka merupakan anak didiknya.

Langkah kakinya dibawa ke seorang guru yang bertugas menjaga mereka di kawasan rahsia ini. Langkahnya di ikuti oleh kedua pemuda tersebut dengan tanda tanya.

Seselang beberapa minit, Mieko beredar bersama Shinji dan Kaito menuju ke kawasan yang dilihat akan sosok kedua pelajar yang pergi meninggalkan kawasan ini tanpa pengawasan guru.

"Saya akan pergi melihat keadaan academy. Kalian berdua tolong tengok kan yang lain di sini. 

Mintak tolong salah seorang dari kalian berdua untuk berkomunikasi kepada Kesatria kerajaan serta orang dari menara sihir menggantikan tempat saya." Kata Mieko dan disambut dengan penuh patuh oleh Shinji dan Kaito.

Lalu Mieko menghilangkan diri menggunakan sihir teleportasi dan muncul di suatu tempat yang cukup jauh dari dewan yang menjadi tempat penyerangan. Mieko berada di kantin kelas bangsawan.

"Keluar lah! Tak perlu sorokkan diri kau Shinichi." Kata Mieko tanpa menoleh kearah sosok Shinichi yang sedang bersembunyi disebalik tembok yang berada di kantin.

"Ma..macam kau tahu aku ada dekat sini?" Kata Shinichi tanpa niat berselindung. Mieko menjeling sekilas lalu beredar. Langsung tidak menghiraukan kewujudan Shinichi yang sangat kesal padanya.

"Hei aku cakap dengan kau ni!" Kata Shinichi yang masih dengan lagaknya yang sombong. Tetapi tidak dihiraukan oleh Mieko.

"Oii kau de" Shinichi terdiam bila melihat jelingan tajam yang dihadiahkan oleh Mieko.

"Baik kau diam dan sedar posisi kau sekarang! Aku tak tahu kesalahan apa yang telah kau buat sampai orang berkuasa itu marah pada kau. 

Tapi sebagai satu team. Aku nasihatkan kau untuk berubah dan mengaku salah. Jangan sampai tindakan bodoh kau tu akan merugikan diri kau sendiri pada masa akan datang." Terang Mieko dengan suara dingin lalu melangkah meninggalkan Shinichi yang diam seribu bahasa.

"Teruskan mengata aku! Satu hari aku akan pastikan semua ini akan berbalik pada korang semua.

Dan kau Aiko! Satu hari kau akan rasa menyesal bila tolak lamaran aku! Masa tu aku hanya akan anggap kau sebagai mainan sahaja!" Bisik hati Shinichi dengan dendam yang mula muncul di hatinya. 

Tanpa ia sadar dendam yang dia pendam, hanya merapatkan dirinya dengan jurang kegelapan yang penuh dengan hasrat dengki dan ketamakan keatas dunia fana ini. 

Dengan dendam yang tanpa kesudahan ini membuatkanya sisi kemanusiaannya memudar sedikit demi sedikit hinggalah sisi kemanusiaannya hilang dan pada waktu itu hasrat dendamnyalah yang akan mengawal tubuhnya berserta aura kegelapan yang ada didalam badannya itu.

maaf klau ada salah ejaan atau pengguna ayat yang tidak cantik.

AisukiShahcreators' thoughts