webnovel

Di mana aku sekarang?

Rin sorang remaja misteri telah tekandas di sebuah bandar di Jepun. Apabila dia tersedar dia berada di sebuah lorong dan mengalami kesan tikaman di bahagian perutnya. Namun memori tentang kejadian yang telah menimpanya agak samar. Tanpa diduga dia telah diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan itu. Apakah dia menyelamatkan Rin atas rasa simpati atau adakah motif lain di sebaliknya? Ketahuinya dalam novel ringan Where am I now.

FrostHunter · Bandes dessinées et romans graphiques
Pas assez d’évaluations
44 Chs

Seteru

"Rin.. Bangun.. Dah pagi ni.. ala. Bangunlah .. Hari ni awak kena bekerja."

Suara yang lembut itu membangunkan Rin. Dia Mengenali suara tersebut.

"Senpai!! Apa awak buat kat dalam bilik saya?" kata Rin. Dia sangat terkejut dangan apa yang dia nampak.

"Nak bangunkan awaklah apa lagi. Awak tak pernah bangun selambat ni tau." kata Tsumiki.

"Ehehe yelah-yelah, tt..tapi .. tak perlulah sampai naik atas katil saya!"

"Gome-gome, awak marah ke?" kata Tsumiki sambil memberikan muka sepuluh sen.

Rin menoleh ke arah lain untuk menyembunyikan mukanya yang merah. "Tt..taklah." kata Rin.

Tsumiki memberikan ciuman di pipi Rin sebelum bergegas keluar. Semasa berada di pintu bilik, dia menoleh semula ke arah Rin."Jangan lambat tau." katanya.

Setelah bersiap, Rin menuju ke Kafe dangan pakaian seragamnya iaitu pakaian butler. Kelihatan Akiba dan Josh sedang membersihkan Kafe sebelum dibuka.

"Ohayo, Rin-kun."

"Good morning Mr. Rin."

"Ehehe, ohayo.. morning.. Eh, mana Tsumiki-senpai?"

"Oh, dia berada kat dapur, katanya dia nak bersarapan dulu." kata Akiba.

"Go for it!" kata Josh.

Rin kemudian menuju ke dapur. Tsumiki sedang memasak sesuatu. Ia ialah omelet.

"Eh Rin! Gome, saya tak berapa pandai memasak." kataTsumiki, malu.

Rin mendekati Tsumiki. Dia memegang tangan Tsumiki yangsedang memegang sudip.

"Begini caranya." kata Rin sambil memberikan tunjuk ajar kepada Tsumiki.

Sweetnya Rin.. dia .. memang seorang yang baik..

"Senpai, awak dengar tak ni?"

Kata-kata Rin menghentikan lamunan Tsumiki. "Gome."

Akhirnya, omelet mereka siap dimasak. Akiba dan Josh memerhatikan sahaja gelagat mereka berdua dari tadi.

"Sweet mother of love." kata Josh.

"Wahh.. kamu berdua memang serasi bersama kan." kata Akiba.

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain danketawa. Mereka kemudian bersarapan di tempat kegemaran Rin. Rinmemandang ke luar. Dia masih belum menyentuh sarapannya.

"Rin-kun, makanlah.. nanti makanan awak sejuk." kataTsumiki.

"Er, gome-gome.." kata Rin sebelum menjamah sarapannya.

Selesai sahaja bersarapan, Tsumiki membawa pinggan mereka ke dapur untuk dicuci. Rin masih duduk di meja tersebut sambil memikirkan kata-kata kepten pasukan 2-A semalam.

"Dia tu boyfriend Tsumiki ke?"

Pelanggan pertama mereka pada hari itu ialah Kazuo.

"Eh, Kazuo sorang je? Mana Akira-chan?" kata Rin.

"Ala, faham-faham la. Dia tu dah ada boyfriend. Aku jeni." kata Kazuo. Dia nampak sangat kecewa.

Rin menepuk belakang kawan baiknya Kazuo untuk menenangkan dia.

"Baiklah, saya belanja awak hari ni." kata Rin.

"Eh, betul ke ni Rin?" kata Kazuo. Dia macam tidak mempercayai apa yang dia dengar.

"Ye.. order la apa yang awak suka." kata Rin. Dia gembira yang semangat rakannya itu pulih.

"Kalau begitu saya nak kopi Latte buatanTsumiki-senpai."

"Kalau saya yang buat macam mana?" kata Rin bergurau.

"Taknak, nak Tsumiki-senpai juga." Kata Kazuo. Diaber perangai seperti budak-budak.

Rin ketawa kecil.

"Apa yang kamu tengah bincangkan tu?" kata Tsumiki.

"Eh, takdelah senpai." kata Kazuo.

"Kazuo order kopi Latte buatan awak." kata Rin.

Tsumiki terus menuju ke dapur untuk menyiapkan pesanan Kazuo.

Kopi Latte buatan Tsumiki-senpai lah.. tak sabar rasanya.

"Pesanan sampai. Nikmati minuman awak."

"Ehh!!! Banyaknya!!" kata Kazuo terkejut.

"Memandangkan awak pelanggan pertama kami. Awak dapat Grand Latte." kata Rin. Rin mendekati Kazuo. "Kalau tak habis awak bayar." kata Rin bergurau.

"Ehh!" Kazuo menelan air liur.

"Gurau je lah." kata Rin.

Tidak lama kemudian, berberapa orang pelajar memasuki kafe. Mereka mengenakan pakaian formal seperti hendak pergi ke majlis rasmi.

"Wah-wah, di sini pula awak bekerja ye."

"Bukankah dia tu ketua pasukan bola keranjang 2-A tempoh hari?" bisik hati Rin.

"Kazuki.." kata Tsumiki sebelum mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Akiha-chan, janganlah begitu. Saya datang ni cuma nak.. tengok awak bekerja." kata Kazuki sebelum menyentuh pipi Tsumiki.

Rin menepis tangan Kazuki.

"Oh, Rin.. tak perasan pula awak berada kat sini."kata Kazuki menyindir. Dua lagi rakannya ketawa kecil apabila mendengar kata-kata Kazuki. "Saya rasa awak tak kenal saya lagikan. Nama saya Kazuki Issei. Dan saya ialah bakal suami Tsumiki." katanya sambil memberikan senyuman yang menjengkelkan.

Rin tidak terkejut dengan kata-kata Kazuki. Rin tidak memberi respon.

"Boss, dia cuba tunjuk lagak tu. Biar saya ajar dia."kata salah seorang rakan Kazuki.

Kazuki memberi lampu hijau. Rakannya itu bertindak meluru kearah Rin. Belum sempat penumbuk mendarat di muka Rin, Akiba sempat menghalangnya.

"Kalau kamu nak cari masalah ini bukan tempatnya."kata Akiba.

"Wanna taste my fist kids?" kata Josh yang menyertai Akiba mempertahankan Rin.

"Hmph, mari geng.. kita pergi kafe lain je lah." kata Kazuki. Dia menoleh ke arah Tsumiki semula. "Saya pasti mak ayah awak tak suka dengar ni dari saya." katanya dengan nada mengugut.

Keadaan kembali reda.

"Tsumiki-senpai, apa yang sedang berlaku ni?" tanya Rin.

"Ye, siapa dia tu?" kata Kazuo yang diam sahaja dari tadi.

"Dia tu sebenarnya.."

Tsumiki menceritakan tentang syarikat keluarganya yang dibelanggu hutang. Mereka akhirnya dibantu oleh Syarikat keluarga Kazuki dan sebagai tanda terima kasih, Ibu bapa Tsumiki ingin mengahwinkannya dengan Kazuki.

"Cis, orang macam tu tak layak untuk khawin dengan awak." kata Akiba.

"Ye, saya pun tak setuju dengan keputusan yang dibuatoleh parents saya." kata Tsumiki.

Kerisauan jelas terpampang pada wajah Rin. Dia risau sekiranya senpainya itu ditakdirkan untuk bersama dengan budak kaya samseng itu.

"Rin-kun, awak janganlah risau. Nanti saya bincang dengan parents saya." kata Tsumiki cuba menenangkan Rin.

Rin membalas dengan senyuman.

"Er, Rin. Saya minta diri dulu. Arigato sebab belanja hari ini." kata Kazuo sebelum pergi dari situ.

"Baiklah, saya sambung kerja dulu." kata Rin.

Mereka pun kembali membuat kerja masing-masing. Sedang Rin mengemop lantai, Tsumiki asyik memerhatikannya.

"Rin, jangan risau tentang saya. Saya akan cuba yang terbaik. Saya cuma cintakan awak seorang." Itulah kata-kata yang hendak diungkapkan oleh Tsumiki kepada Rin pada masa itu tapi apakan daya dia tidak mampu meluahkannya.