webnovel

Di mana aku sekarang?

Rin sorang remaja misteri telah tekandas di sebuah bandar di Jepun. Apabila dia tersedar dia berada di sebuah lorong dan mengalami kesan tikaman di bahagian perutnya. Namun memori tentang kejadian yang telah menimpanya agak samar. Tanpa diduga dia telah diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan itu. Apakah dia menyelamatkan Rin atas rasa simpati atau adakah motif lain di sebaliknya? Ketahuinya dalam novel ringan Where am I now.

FrostHunter · Bandes dessinées et romans graphiques
Pas assez d’évaluations
44 Chs

Kebenaran

Pagi itu, Rin datang ke sekolah seperti biasa. Perasaan risau semakin membuak dalam hati Rin. Memori silamnya hampir pulih. Dia tahu akan situasi semasa dan dia tidak mahu kawan-kawannya terjebak. Pada masa yang sama dia tidak mahu rakan-rakannya tahu tentang situasi sebenar.

"Ohayo, Rin-kun." sapa Kazuo seperti sambil membuat aksi lucu untuk menceriakan suasana pagi.

"Ohayo." balas Rin. Dia nampak muram.

"Rin, kenapa ni?" tanya Minori.

"Hehe takdelah." kata Rin cuba menyembunyikan perasaan resahnya.

"Kalau dia ada masalah pun dia takkan beritahu punya." ujar Akira.

Kedengaran seseorang sedang menghampiri tempat mereka berkumpul.

"Ohayo, semua." sapa Orihara.

"O..Oha...Ohayo ... Oo..Orihara-kun." kata Akira-chan gemuruh.

"Hihi, Orihara-kun,,, ada orang kirim salam." kata Kazuo dengan nada separuh berbisik.

Sebuah kamus melayang ke muka Kazuo. Mereka tertawa apabila melihat gelagat Kazuo dengan Akira. Ia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan yang sedang dihadapi oleh Rin.

Masa rehat bermula, Rin menuju ke bumbung untuk mengambil udara segar. Dia terkejut apabila mendapati Tsumiki juga berada di sana.

"Eh, Rin." kata Tsumiki.

"Konichiwa, senpai." sapa Rin.

"Konichiwa. Apa kamu buat kat sini?"

"Saya nak ambil udara segar." jawab Rin.

"Sejak kebelakangan ni awak berkelakuan agak peliklah. Ada apa-apa yang awak sembunyikan dari saya ke?" tanya Tsumiki. Dia ingin tahu apa masalah yang sedang dihadapi oleh Rin.

"Takde apalah senpai saya cuma sedikit penat. Itu je." kata Rin cuba untuk tidak membuatkan senpai kesayangannya itu risau.

Mereka berdua sedang menikmati pemandangan bandar dari atas bumbung tersebut.

"Rin, kalau awak ada masalah beritahu saya ye."

Rin mengangguk tanda setuju. Tiba-tiba telefon Rin berbunyi. Dia menjawab panggilan tersebut.

"Ye, siapa ni?"

"Kamu perlu ke bilik kelab hobi sekarang." arah Cik Kagamine.

"Okey sensei." kata Rin. "Senpai, saya pergi dulu."

"Ok."

Rin bergegas pergi ke bilik kelab hobi. Kesemua tester dalam sekolah tersebut berkumpul di sana. Cik Kagamine membuka laptopnya.

Connecting....

Sidang video bermula.

"Hello. Nazrin dan tester yang lain. Saya Eliana bekas pekerja ESCOM. Saya takde banyak masa."

"Dia guna secured connection. JSF langsung tak dapat kesan di mana kedudukan tepat dia." kata Kagamine.

"Boleh percaya ke dia ni?" tanya Takanashi.

"Korang .... perlu balik ke. Putrajaya. Jangan percaya sesiapa." kata Eliana dengan sidang video yang semakin kabur. Suaranya sayup-sayup kedengaran.

Bunyi tembakan kedengaran.

"Ingat Rin. Korang je boleh selamatkan parents awak."

"Eliana kita kena pergi dari sini!" arah rakannya yang sedang menahan pintu bilik.

Sidang video tamat.

"Apa yang sedang berlaku ni?" kata Okumura.

"Mungkin video ni boleh jelaskan semuanya." kata Kagamine sebelum membuka sebuah fail yang diterima dari Eliana.

Video CCTV tersebut menunjukkan ibu bapa Rin sedang bergelut dengan pengawal ESCOM dan kemudian ditolak ke dalam PORTAL.

"Kenapa ESCOM buat macam ni." kata Orihara.

"Mungkin ada sebab diorang cuba kumpulkan tester di Jepun." ujar Takanashi.

"Sebenarnya ESCOM dan kerajaan Jepun ada buat satu kontrak kerjasama untuk bangunkan teknologi ni." kata Kagamine. "Besar kemungkinan ESCOM nak bunuh semua tester dan salahkan pihak Jepun. Mereka nak cari sebab nak keluarkan Jepun dari kontrak. Satu lagi, kebanyakan tester berasal dari Jepun."

"ESCOM dah tahu ke pasal video ni?" tanya Orihara.

"Rasanya tak." kata Kagamine.

"Kita boleh guna ni untuk sebagai kelebihan kita." kata Orihara. "Kita kena masuk ke dalam PORTAL.." belum sempat Orihara menghabiskan ayat Rin menumbuk meja sekuat hati. Tangannya berdarah.

"Rin, kami faham perasaan awak." kata Orihara.

"Diamlah!" rasa marah tidak dapat dipendam lagi. Dari awal dia dan keluarganya dipermainkan oleh pihak ESCOM untuk kepentingan sendiri. "Korang tau tak betapa parents saya bekerja keras untuk siapkan projek ni?"

Keadaan senyap seketika.

"Gome." kata Rin.

"Takpe sensei. Kami faham." kata Takanashi sambil menepuk bahu Rin.

"Rin. JSF akan bantu apa yang termampu." kata Kagamine.

"Arigato neesan."

Okumura membawa Rin ke bilik kesihatan. Dia membalut luka di tangan Rin.

"Saya tak patut buat macam tu tadi." kata Rin.

"Daijobu. Lagipun awak yang paling terkesan."

"Awak tau.. tak pernah saya bayangkan sekolah seronok macam ni. Saya selalu duduk sorang-sorang. Even dekat rumah takde orang temankan."

"Parents awak?" tanya Okumura.

"Sejak tingkatan satu ibu bapa saya jarang balik rumah. Peneman saya di rumah game Elguard Online yang parents saya belikan. Dekat situlah saya jumpa Orihara." jelas Rin. "Ingatkan lepas projek PORTAL siap, semua kembali macam biasa. Boleh luang masa dengan diorang tapi ni pula jadi. Sebab PORTAL kita semua dalam bahaya." sambungnya.

"Jangan risau Rin." Okumura memegang tangan Rin. "Awak dah tak berseorangan. Awak ada kami. Kita semua akan lalui ni bersama. Saya yakin Kagamine dan JSF akan cari jalan untuk selamatkan parents awak."

"Arigato, Okumura-san."

Sementara itu, di bilik kelab hobi.

"Sensei berapa orang lagi tester yang belum sampai sini?" tanya Orihara.

"Ritchell, Rachell dan Zack." jawab Kagamine.

"Kita mesti berjaga-jaga. Rin dah kena serang. Siapa tau siapa jadi sasaran seterusnya." ujar Takanashi.

"Tengok modus operandi musuh diorang macam tak nak libatkan orang awam. So, korang semua elakkan pergi tempat yang tak ramai orang." nasihat Kagamine. "Saya kena pergi ke HQ malam ni ada mesyuarat penting. Jangan risau keselamatan kamu semua terjamin. Saya dah tempatkan orang-orang saya untuk jaga kamu semua."

"Sensei, apa kata kitaorang kumpul dekat rumah sensei. Lagipun kami ada benda yang nak dibincangkan." cadang Takanashi.

"Bagus juga cadangan awak tu. Lagipun Rin perlukan korang sekarang." kata Kagamine. "Have fun." sambungnya sebelum berlalu pergi.

"Have fun eh. Macam mana nak have fun kalau tau diri dalam bahaya." kata Orihara.

Malam itu, Rin, Takanashi dan Orihara sudah berkumpul di rumah Kagamine. Jennifer, Sarah dan adik beradik Okumura sedang dalam perjalanan ke sana.

"Rin tangan awak okey tak?" soal Orihara.

"Hehe okey je." balas Rin sambil memegang tangannya yang berbalut.

"Sensei saya ada bawa snek. Jomla sembang-sembang sementara girls on the way tu." ajak Takanashi.

Takanashi menceritakan pengalamannya menyertai pertandingan Kendo bulan lepas. Semasa perlawanan terakhir dia tidak sengaja mengaktifkan PORTAL. Dia disingkirkan dari pertandingan kerana menggunakan senjata.

"Woah kendo but with shield and sword." kata Orihara sambil tergelak.

Rin pula menceritakan pengalaman dia diserang masa hari kedua di Jepun. Itu merupakan kali pertama dia guna PORTAL.

"Pedang yang saya pegang macam real tapi bila kena badan musuh ia tembus. Macam pedang hologram." kata Rin. "Lepastu diorang pengsan."

"Haha mesti first time pakai ni. Dia memang macam tu. Benda tu bukan real pun." kata Orihara.

Orihara memunculkan sebilah pedang.

"Ni nampak je real. Tak tahu macam mana hukum fizik nak terangkan ni. Weh Takaito nak try sesuatu tak?" soal Orihara.

"Try apa?"

"Keluarkan senjata awak. Jom duel." ajak Orihara.

"Weh dalam rumah ni." kata Rin.

"Jangan risau Rin kita duel kat luar."

Mereka bertiga pergi ke luar. Takanashi yang bersenjatakan pedang dan perisai dalam posisi bersedia. Orihara meluru ke arah Takanashi dan melibas pedangnya sekuat hati. Takanashi berjaya menahan serangan tadi. Satu gelombang susulan mengegarkan kawasan belakang rumah Kagamine.

"Bila sentuh senjata PORTAL lain dia jadi solid eh." kata Orihara.

"Apa jadi kalau sentuh badan manusia?" tanya Rin.

"Tu kau je yang tau." balas Orihara. Dia melepaskan genggaman dan pedang tadi hilang. "Ni sangat berguna untuk pertahankan diri. Guna bila terpaksa je."

"Oi, korang!" panggil Sarah.

"Tu diorang dah sampai dah." kata Takanashi.

"Apa yang korang tengah buat ni?" tanya Jennifer.

"Duel." balas Orihara.

"Eh? Pakai PORTAL?" soal Okumura.

"Yep."

"Ceh duel tak ajak." kata Kinra.

"Cis, budak hingusan ni datang juga ke." kata Takanashi.

"Apa kau cakap? Orang tua perisai."

"Diorang tak pernah berubah kan." kata Jennifer.

Gelagat Kinra dan Takanashi sedikit sebanyak menceriakan suasana.

Remake in progress for this chapter. Thanks for reading! Kalau suka cerita ni silalah tambah ke collection *thumbs up

FrostHuntercreators' thoughts