Kisah perjalanan dua rakan, Maya dan Kausar yang mahu pulang dari bercuti tetapi tersadai di dunia separa fantasi. Mereka terpaksa membantu penduduk Blume sebelum boleh kembali ke dunia yang nyata. Selamat membaca!
Cinta yang hadir antara dua alam yang berbeza. tetapi tinggal di satu tanah yang sama iaitu bumi. Akankah Eden mampu menjalani hidup seperti seorang manusia biasa dan hidup bersama gadis yang dicintainya? Sementara mereka selalu diburu oleh manusia yang ingin menghapuskan mereka dari dunia manusia.
satu mitos terbuka.. mengenai ratu yang hancur kerana cinta dan putih yang hidup kerana benci. kerana durja...seluruh merah dibiar mati..seluruh putih disumpah berabad lamanya. dan mitos dilerai dengan al kisah seorang duke sedingin salju dan merah selembut bayu. adapun sakti melindungi mereka walaupun akhirnya al kisah itu berakhir dengan satu dentingan magis jarum jam sakti... dan tika jarum jam berdenting sakti... hikayat mereka bermula...
hidupku seperti permainan.
Ayve sendiri pun tidak pasti macam mana semua ini berlaku. Bangun² sahaja sudah berada di dunia yang selama ini diidamkan oleh nya. Bukan itu sahaja malah di dunia itu dia telah beralih masuk ke dalam tubuh seorang wanita yang mempuyai nama dan fisik yang sama persis dengan dirinya. Malah apa yang lebih mengejutkan lagi dia sudah punya suami. Bukan cuma seorang tetapi dua orang. Akan kah hidup Ayve kali ini di dunia itu lebih berwarna atau pun sebaliknya. Akan kah dia dapat mencari jalan pulang ke dunia nya atau apa kah sebaliknya.
ISTERI PARALLEL sinopsis Penulis novel terkenal Elin gadis muda saat usia 29 sudah menjadi jutawan dan di gelar penulis hot . Kali ini Elin menerbitkan novel terbaru berkesahkan tentang homeseks.Tanpa di duga Elin terjebak di dunia parallel di mana dunia itu sama seperti jalan cerita novel ciptaanya . Elin memainkan watak pembantu sebagai isteri yang suaminya adalah laki laki homo di saat yang sama Elin juga harus menghidupkan jalan cerita di dunia parallel seperti dalam novel agar dapat kembali ke dunianya . Elin berhadapan dengan tentangan diantara bertahan hidup sebagai isteri dan cerita novel nya.
Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.