Banyak orang yang membenci Elita kerana sikapnya yang sangat sombong dan berlagak.Suatu hari,ketika dia balik dari Amerika Syarikat,dia bertemu dengan Gavin.Disebabkan Elita mempunyai ramai musuh,ayahnya meminta pertolongan daripada Gavin untuk menjadi pengawal peribadi Elita dan dapat mengubah sikap Elita.Elita sentiasa menghina Gavin sehingga mereka selalu bergaduh.Tanpa disangka Elita telah jatuh cinta terhadap Gavin secara tiba-tiba.Kerana Gavin juga,dia telah berubah.
Kehidupan seorang anak yatim yang kehilangan keluarganya sejak kecil lagi bukanlah suatu yang mudah. Dia terpaksa menagih kasih daripada keluarga mak ciknya yang tidak pernah dia kenal sebelum ini. Terpaksa belajar apa itu peritnya kehidupan dan mengenal realiti hidup yang tidak pernah dia tempuhi selama ini. Hidup yang ibu bapanya berikan merupakan satu kehidupan yang sempurna, sempurna dari segi kasih sayang dan sempurna dari semua segi keperluan. Kini, sempurna itu tidak lagi wujud dalam hidupnya. Sempurna itu hanya ada di dalam cerita dongeng yang selalu papanya ceritakan dahulu. Kehadiran seorang lelaki membuatkannya menaruh harapan kembali. Mungkin deritanya akan berakhir tidak lama lagi, mungkin hidupnya akan menjadi sempurna semula. Lelaki yang berjaya mencuri hati dan perhatiannya itu mungkin lelaki yang akan membawakan kesempurnaan itu datang kembali. Namun, benar kata pepatah panas tidak akan berterusan hingga ke petang. Sekali lagi, kebahagiaan yang sepatutnya menjadi miliknya diragut oleh sepupunya sendiri. Membuatkan dia semakin jauh terjatuh dan akhirnya tidak lagi mahu menaruh harapan kepada kesempurnaan. Dia berserah kepada takdir yang membimbingnya. Takdir hidupnya bersama lelaki yang tidak mengenal erti kasih dan sayang, lelaki yang menganggap hidup adalah satu permainan. Sheena Heather Edward - Sempurna itu tidak pernah wujud dalam hidup manusia. Sempurna hanya wujud dalam hidup syaitan bertopengkan manusia. Mike Jacob - Jangan menaruh harapan untuk dibahagiakan oleh orang lain kerana setiap orang terlalu sibuk untuk membahagiakan diri sendiri. Adam Daniel - Hidup ditentukan oleh pilihan manusia dan cinta tidak menjanjikan kebahagiaan kerana cinta tanpa wang membawa kepada derita selamanya.
"Pardon, ken ik u?" - Harris Rynold "I just love you the way you smile." - Airish Humaira Mengisahkan tentang seorang gadis muda polos yang bernama Nur Airish Humaira mahu mencari apa erti kehidupan padanya. Airish ingin mengharungi liku-liku kehidupan demi mencari cinta sejatinya. Namun dia memiliki personaliti Introvert, iaitu seorang yang pendiam menyebabkan dia sulit mencari kawan apatah lagi teman istimewa. Tetapi, adakah benar lelaki sejati wujud? Adakah benar-benar ada lelaki yang akan mencintainya seadanya? Tengku Harris Rynold, seorang jejaka tampan kacukan Belanda, pulang ke Malaysia selepas sekian lama berada di Amsterdam. Harris bertemu dengan Airish secara tidak sengaja di lapangan terbang dan terjadi suatu insiden yang memalukan di antara mereka. Airish terus berusaha melarikan diri daripadanya. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Takdir mempertemukan mereka lagi dalam keadaan tidak diduga, namun entah mengapa semakin Airish mengelak, semakin Harris mendekat. "You have to marry me, but this is the contracted marriage only." - Harris Rynold Disebalik sikap dingin Harris, terselit sifat prihatin yang mendalam terhadap Airish namun dia tidak menyedarinya. "Sebab aku dah jatuh cinta dekat kau, baka!" - Airish Humaira "Airish, verlaat mij niet..." - Harris Rynold Namun, adakah kebahagiaan menjadi milik mereka? Pelbagai cabaran dan halangan terus menanti mereka. Mengapa Airish berasa seolah dia seperti seorang 'Cinderella' yang dicari oleh sang putera untuk memulangkan kembali kasutnya? Apakah Airish berjaya menemui cinta sejatinya? Temui jawapan kamu dalam bacalah novel ini :)
Hidup diteruskan dengan membuat pelbagai pilihan yang secara tidak langsung mempengaruhi takdir yang kita jalani. Begitu juga Aisyah yang kehilangan tunangnya dan perlu berhadap dengan duka yang tidak terhingga. (Update Isnin hingga Jumaat, 20:00MYT)
kemarahan pada ayahnya mungkin akan reda setelah terungkai sebuah rahsia,dan juga konflik dendam nantikan sehingga episod 10
Malam sebelum perkahwinan mereka, tunangnya lari bersama-sama perempuan simpanannya. Dengan perasaan kecewa, dia terus memilih lelaki yang berada di hadapan Pejabat Urusan Awam. “Presiden Mo, pengantin perempuan kamu tidak datang dan pengantin lelaki saya sudah lari. Boleh saya cadangkan kita berkahwin?” Sebelum berkahwin, dia berkata, “Kalau kita berkongsi katil yang sama sekalipun, tiada apa-apa yang akan berlaku antara kita!” Selepas berkahwin, si lelaki berkata, “Kalau kita tidak cuba, bagaimana kita mahu tahu?”
Perkenalan Shadrina dengan majikannya, Shafiz telah memutikan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Hari demi hari, hubungannya dengan Shafiz semakin erat dan telah mengundang sekeping hati milik seseorang kehancuran! Tanpa sedar, Zenia, juru akaun merangkap kawan baik Shafiz di pejabat itu telah berdendam pada Shadrina. Sejak wanita itu bekerja di Shaf Engineering Sdn Bhd, perhatian Shafiz terus terarah pada wanita itu sahaja. Dia yang selama ini sudah memendam perasaan pada Shafiz terasa telah diabaikan. Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana. Segala rancangan Puan Hanifah untuk memisahkan Shafiz dan Shadrina tidak berjaya. Sudahnya, dia terpaksa mengunakan cara kotor untuk menyatukan anaknya, Zenia dengan Shafiz. Bagai cacing kepanasan Puan Hanifah bila mendapat tahu yang Shadrina sudah mengandung. Pelabagai cara dia gunakan untuk mengugurkan kandungan Shadrina. Walau pun sudah bekerjasama dengan besannya sendiri, Puan Zainab, namun rancangannya tetap tidak berjaya. Seolah, ada takdir indah yang selalu menyebelahi Shadrina dan Shafiz. Adakah hubungan tanpa restu Shadrina dan Shafiz akan terus berpanjangan sehingga ke syurga? Atau hubungan mereka sekadar terputus di tengah jalan? Mampukah Zenia memiliki cinta Shafiz sepenuhnya?