416 Menentang Hero yang Kuat

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

Sebagai pasukan yang telah menyingkirkan Ye Qiu, Excellent Era tidak senang duduk dibuatnya. Sewaktu mesyuarat kelab yang pertama untuk tahun baru, masalah ini dibentangkan.

Memandangkan ini adalah mesyuarat kelab, ketua kesemua bahagian telah hadir. Bagi pihak pasukan, mereka diwakili oleh kapten serta timbalan kapten, Sun Xiang dan Liu Hao. Bagi pihak persatuan, Chen Yehui telah hadir. Selain dari mereka, ketua bahagian penyelidikan, bahagian logistik, bahagian pencarian bakat, bahagian perhubungan awam turut hadir juga. Sebagai kelab yang kuat dalam sejarah E-Sukan Glory, Excellent Era memiliki infrastruktur yang teratur.

Masalah ini bukan satu-satunya yang dibincangkan. Memandangkan tahun baru telah tiba, mereka membicarakan perkara-perkara baik tentang perniagaan mereka dan hanya berbincang tentang masalah Lord Grim di akhir mesyuarat.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com

avataravatar
Chapitre suivant