webnovel

Mendapatkan Bantuan

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Tang Rou pergi berehat. Ye Xiu pula tidak ada apa-apa untuk dilakukan. Sudah hampir pukul 6 pagi dan tidak ada pelanggan yang memerlukan bantuan. Separuh daripada mereka sudah pun meletakkan kepala di meja dan tidur.

Ye Xiu bangun dan berjalan-jalan. Dia kemudian kembali ke meja dan menonton video dan panduan untuk Lembah Garisan.

Dalam sekelip mata, sudah tiba waktu bertukar syif. Dia menyerahkan tempat duduknya, makan sarapan dan pergi berehat seperti biasa.

Namun bagi 7 persatuan besar di server kesepuluh, mereka sudah tidak tahan lagi. Selepas perbalahan besar, akhirnya mereka bersetuju akan satu rancangan: mengawal pintu masuk Lembah Garisan.

Mereka akan menjaga pintu masuk Lembah Garisan, tetapi tidak akan mengarahkan 100 pemain seperti sebelum ini, sebaliknya hanya beberapa orang sahaja. Ketujuh-tujuh persatuan mengatur syif. Mereka akan bertukar setiap jam. Asalkan mereka melaporkan bila pasukan Lord Grim muncul sudah cukup baik.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com