Reena Darniella
Reena Darniella binti Shaari seorang gadis berusia 16 tahun. Mempunyai kisah hidup sebagai seorang pelajar sekolah. Namun, tidaklah mudah baginya untuk mengendalikan emosi ketika meningkat dunia remaja. Tetapi, dia agak matang apabila pelbagai masalah timbul berkenaan sekolah dan rakan-rakannya yang 'toxic'. Sikap prihatin, penyayang dan baik hati tiada had menyebabkan orang sekeliling naik tocang. Gadis yang memiliki kulit yang cerah, mata sepet ala ala korea gituw hanya diam dan memerhati gelagat mereka. Dia tidak mengetahui sebab dan alasan diperlakukan sedemikian oleh orang yang tidak menyukainya. Mempunyai 'haters' dalam hidup akan memberi impak yang negatif. Tekanan yang dirasai juga bukan kehendak dirinya. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk memilih positif side dengan membalas segala kejahatan melalui kejayaan yang akan dikecapi dalam hidupnya. Secara tiba-tiba, takdir menemukannya dengan seorang lelaki merupakan guru di sekolahnya. Namun, apakah yang berlaku dan dilakukan untuk terus tabah menghadapi ujian dalam kehidupannya?
ellyrk · Sports, voyage et activités