webnovel

Episode 98 : Salah Orang!

Flashbacks

       "Kami setuju."beritahu Raja Aryyan.

        "Setuju apa ya?Berperang ke?"Alfareeze tanya.

        "Kamu minta untuk disatukan bersama anak Duke Elijah bukan?"Putera Malik yang tanya.

         "Kenapa?Takkan dah diberi restu?" Alfareeze kerling Duke Elijah. Dia dah penat nak ulamg alik ke istana semata nak dengar janji kosong mereka ni.

          Duke Elijah balas renungan Alfareeze sebelum melepaskan hela nafas pendek. "Iya...benar. Saya merestukan permintaan kamu Alfareeze. Sekiranya niat kamu baik untuk mengahwini anak perempuan saya, saya tidak membantah. Tapi dengan syarat, jaga Darra sebaik mungkin dan jangan sesekali sakiti dia..."

          "Apa yang buatkan tuan berubah fikiran?"pandang Alfareeze ke Duke Elijah.

          "Kerana beta yang mengarahkannya." beritahu Raja Aryyan.

           Hujung bibir Alfareeze terjungkit kerana hendak ketawa. "Kerana saya ugut untuk berperang jika perkahwinan ini tidak terjadi?Kerana itu tuanku buat keputusan sendiri...dengan menitahkan Duke Elijah supaya setuju?"

           "Hei...apa lagi yang kamu tak puas hatikan?Untung-untung Duke Elijah setuju.."sampuk Putera Malik kejengkelan.

           Alfareeze mengangguk kepala. "Baiklah kalau begitu. Memandangkan tuanku raja, putera mahkota dan Duke Elijah sendiri telah memberi kata putus, mulai detik ini, Darra Emerson adalah hak milik saya. Keputusan tidak boleh ditarik semula. Sekiranya ada yang berubah fikiran, saya tidak ragu-ragu memulakan peperangan."pesannya dengan senyuman penuh kemenangan.

          "Sebelum tu, boleh beta tahu apakah kisah silam kamu di antara Duke Elijah?"Raja Aryyan bertanya.

          "Ahh...itu. Sebenarnya saya adalah kekasih Darra. Yang mana tidak direstui oleh Duke Elijah sejak 10 tahun yang lalu. Sebolehnya Duke Elijah ingin memisahkan saya dari Darra kerana dendam Duke Elijah terhadap ayah saya. Tapi itulah...kesabaran manusia ni ada tahapnya. Disebabkan Duke Elijah larikan Darra dari saya...saya terpaksa buru dia...sampailah ke sini.."cerita Alfareeze.

Pada masa itulah kening Putera Malik terangkat tinggi. Realiti menyentaknya. Perbualannya bersama Darra memberi jawapan akan soalan dia hari itu.

            Sementara Raja Aryyan pandang ke Duke Elijah dengan muka tak percaya. La...tak pasal-pasal dia terjerut sekali dengan pertengkaran dua orang ini. "Semata itu kamu declare perang?Dengan negeri saya?"

             "Untuk Duke Elijah sebenarnya...tapi tuanku jangan risau. Selepas termetrainya perjanjian ini saya akan arahkan para tentera berudur."beritahu Alfareeze.

Putera Malik memandang diam selepas itu. Dia tidak boleh nak cakap apa-apa. Memandangkan lelaki yang Darra kata sukakan itu adalah Alfareeze sendiri. Tidak hairanlah kenapa Darra sikit pun tidak pernah cuba hendak tarik perhatian dia. Rupa-rupanya sudah mempunyai kekasih sendiri.

             "Terima kasih Duke Elijah. Kerjasama tuan amat saya hargai."tunduk Alfareeze dengan hormat. "Saya harapa selepas ini tuan tidak akan melarikan Darra dari saya lagi."

              Duke Elijah ketawa kecil. "Saya ni dah tua...tak larat nak main kejar-kejar lagi dengan kamu Alfa..."dia sedar. Dia enggan ulang kesilapan yang sama seperti mana dia dan Agnes. Demi kebahagian Darra, dia yang akan mengalah dan memaafkan dulu walaupun Duke Marcel tidak pernah minta maaf kepadanya.

          Tersengih Alfareeze lepas dengar. "Kalau begitu saya akan temui tuan semula untuk membincangkan hal selanjut nanti."

          "Jemputlah datang ke Kediaman Kirk nanti...saya pasti Darra akan senang menemui kamu."

End of flashbacks

           "Mereka beritahu yang Kerajaan Rambus mahu merampas semula daerah Plutas di sempadan Negeri Cameron tu..disebabkan dulu ianya adalah daerah kuasaan mereka. Dan juga Plutas adalah pusat perlombongan yang kaya dengan bijih timah...jadi mereka mahukannya semula.."beritahu Tolan saat menunjuk garisan putus-putus warna merah di atas lembaran peta di meja kerja Alfareeze.

           "Bagaimana dengan peronda yang bertugas?Mereka dah beri maklumat lanjut mengenai pergerakkan tentera Rambus?"Alfareeze garu kening dengan jari telunjuk sambil tu.

          "Masih belum tiada khabar lagi.." beritahu Tolan.

          Alfareeze mengangguk faham. "Kalau begitu hantarkan 8 ketua plantun ke pasukan masing-masing untuk mula bergerak ke daerah Plutas. Sementara baki yang lain balik semula ke Coravia."beritahunya.

          "Baik tuan..."Tolan tunduk menggulung skrol yang terisi dengan maklumat penting dari pengintip mereka."Memandangkan tuan sudahpun mengikat perjanjian. Apa langkah tuan yang seterusnya?Adakah tuan akan membawa Cik Muda Darra sekali mengikut tuan balik ke Coravia?"

          Alfareeze menggeleng kepala. "Belum lagi. Ada beberapa urusan lagi yang aku kena selesaikan. Perebutan kuasa diantara Coravia dan Negeri Luthania pun belum selesai. Mungkin selepas selesai semuanya baru aku berjumpa dengan Darra."

Tolan tenung wajah tenang Alfareeze untuk seketika. Dia tidak tahu bagaimana komandonya ini boleh kawal diri dengan baik dan professional selepas pertembungan tidak sengaja tempoh hari. kalau dia berada di tempat Alfareeze mungkin dia akan bawa Darra pergi terus dari sini.

           "Saya tidak faham..selama tiga tahun ini tuan sentiasa bercakap tentang Cik Muda Darra. Namun hari itu, sewaktu kita bertembung dengan Cik Muda Darra, tuan seakan tidak mengenalinya?Kenapa?"

Ditanya lagi?

          Alfareeze silangkan tangan ke Tolan. "Sebab aku masih sakit hati dengan dia. Jadi biarkan dia belajar rasa tidak dihiraukan lepas lari dari aku...kalau aku dapatkan dia jugak masa tu, Nampak sangat la betapa besarnya efek Darra pada aku..aku pun ada ego nak dijaga."

             Ceh!Menyampah!Tolan hanya mengetap garis nipis di bibir. Tak jumpa meroyan cari, dah jumpa bolehnya buat merajuk. Ada-ada sajalah. "Tuan nak makan tengah hari sekali ke?Saya arahkan tukang masak sediakan makanan.."

            Alfareeze menggeleng kepala. Dia tiada selera untuk makan. Jadi beri sajalah apa makanan, memang tidak mahu ditelan. "Tak perlu. Hanya arahkan semua orang untuk tidak menganggu aku."arahnya. "Jangan benarkan sesiapa masuk ke dalam khemah ni melainkan ianya hal penting..."

            "Faham tuan."sambut Tolan sebelum berpusing ke arah pintu keluar khemah itu.

Tinggal Alfareeze sendirian di situ tidak lama kemudian. Buatkan suasana khemahnya lengang dan sepi. Yang mana amat disenangi olehnya.

Sudah hendak masuk seminggu Alfareeze dan para tenteranya berkhemah di kawasan lapang bersempadankan tembok di antara Marlowe. Dari hari pertama mereka tiba sehingga ke hari ini mereka camping di kawasan tersebut.

Seusai menanggalkan suit armor dari badan, Alfareeze gerak ke atas katil hendak berehat. Dua malam dia tidak tidur gara-gara bertemu dengan Darra tau tak. Masakan tidak, tiga tahun dia tidak bersua muka dengan Darra. Memang goyah jiwa dia sebaik mereka bertentang mata masa tu. Hampir saja dia terkam Darra di situ. Kesudahannya, dia tidak tidur lena kerana terlalu angau membayangkan Darra.

Minum nampak muka Darra,

makan nampak muka Darra,

Pejam aje mata, terbayangkan muka Darra.

Pendek cerita semuanya Darra.

Mana taknya dia hilang selera!

Keluhan lepas dari Alfareeze taktala dia baru merebahkan badan di atas tilam. Penat satu hari ini kerana kena ulang alik ke istana kemudian arahkan para tentera mengemas tapak camping untuk berundur, kemudian bersidang dengan Pembesar perang yang lain untuk isu negeri mereka. Ini baru sempat dia nak berehat.

Namun, belum sempat Alfareeze mahu memejamkan mata, tiba-tiba langsir di laluan masuk khemah diselak dengan kasar. menghasilkan bunyi kuat yang menyebabkan Alfareeze tersentak.

         "Kan aku dah-"

         "Tuan...!"Tolan berdiri dekat situ dengan muka gelabah. Pandang Alfareeze seperti baru melihat hantu.

         Berkerut terus kening Alfareeze bila dia pandang. "Kau dah kenapa?"tanya dia kejengkelan.

         "Masalah..."

Perlahan-lahan Alfareeze duduk tegak semula di katil itu. Dia butangkan kemeja yang dia biarkan terbuka tadi sebab berasa panas.

         "Ada apa?"

         "Mungkin tuan nak tengok sendiri.."tunjuk Tolan ke belakang bahu.

Hish!

Apa masalah budak ni!

         "Cakap aje pun susah ke?"renggus Alfareeze sewaktu bangun dengan marah dari katil.

Tolan selakkan kain langsir yang sama sewaktu Alfareeze hendak keluar dari situ. Dia pandang belakang kepala tu dengan sengih meleret. Well...nampaknya orang yang Alfareeze cuba elak dari berjumpa...ambil keputusan untuk datang sendiri!

           Sambil berkerut dek kesilauan cahaya matahari pada tengah hari itu, Alfareeze angkat tangan memayungi atas dahinya. "Ada apa kau suruh aku keluar ni?"

           "Situ tuan...depan laluan ni.."Tolan tunding jarinya ke sebuah pedati siap diparkir. Dan diluar pedati itu berdirinya seorang gadis berjubah biru langit sedang berdiri. Dari jauh pun dah Nampak siapakah gadis tersebut.

Alfareeze kejung. Tangannya perlahan-lahan turun ke bawah kerana begitu terkejut. Reaksi diwajah jelas dia kelihatan terkejut.

          "Serius la?"lafaznya di balik nafas.

Berjalan la Darra merentasi laluan kecil menuju ke petak khemah Alfareeze dengan langkah kecilnya.

Dan sepanjang perjalanannya para tentera yang ada di sekitar perhati dengan riak ingin tahu dan tertarik. Ada yang jenguk kepala dari dalam khemah, ada yang sedang duduk di atas rumput ternganga dongak saat memandang, ada juga yang memandang dengan tangan tergaru-garu di belakang kepala.

Tolan di belakang terus berpusing. Dia pandang dua pengawal yang menjaga khemah Alfareeze di situ. Tanpa mengatakan apa-apa dia beri isyarat kepada dua pengawal tersebut supaya beredar. Yang mana dituruti oleh mereka tanpa berlengah. Selepas itu barulah dia yang pergi dari situ.

Chapitre suivant