webnovel

Episode 63 : Dua Balang Gula-gula!

Dua balang kaca berisi gula-gula terletak di atas tempat duduk depan jendela. Sejambak bunga kemas tersimpan di dalam pasu sebelah balang kaca itu. Jendela tingkap pula tertutup rapat. Sementara api di perapian menyala marak. Memberi suhu hangat yang selesa di dalam bilik tidur tersebut.

Di sebelah perapian terdapat sebuah kerusi dimana sehelai mantel berwarna hitam dengan set memanah tergeletak. Di bawah kaki kerusi pula sepasang kasut boot hitam berada. Sebelah tegak berdiri, sebelah lagi boot tergolek ke tepi.

Dan di depan kerusi pula sebuah katil berada. Di situ satu susuk panjang sedang terbaring. Lena tidur di situ bersama buku terbuka di dada. Sebelah tangan di tepi kepala, sebelah lagi berada di atas perut.

Tidak lama kemudian, terbuka pintu bilik tersebut. Tuan punya bilik baru balik dari hadiri kelas terakhirnya. Dan bila masuk saja ke situ, orang yang sedang tertidur di atas katil terlebih dahulu yang dilihatnya.

Darra baffle dekat depan pintu tu.

Sejak bila pulaknya Alfareeze masuk ke bilik dia ni?

Pintu itu diselak kunci oleh Darra sebelum gadis itu jalan perlahan mendekati meja belajar. Begnya diletak terlebih dahulu sebelum menanggalkan mafela dan kot uniform dari badan. Setelah itu barulah dia berjalan mendekati katil.

Namun ketika Darra melewati tempat duduk depan jendela, dia Nampak balang gula-gula dengan jambangan bunga dalam pasu tadi. Tersengih dia lepas sedar yang Alfareeze masih juga sempat menyediakan semua itu.

Perlahan-lahan Darra mendekati katilnya.

Sesampainya di situ, dia duduk dengan berhati-hati supaya tidak mengejutkan Alfareeze. Melihat gaya tidur Alfareeze jelas memberitahu yang lelaki itu sudah lama berada di situ, kerana kelihatan lena sekali mata itu terpejam.

Sambil menanggalkan kasut di kaki, Darra diam memerhatikan rupa tenang yang lena itu. Janggal pula dia rasakan memandangkan sudah setelah sekian lama Alfareeze tidak ke situ tapi berasa teruja yang tersentuh pada masa yang sama setelah lihat Alfareeze di situ.

Tanpa melakukan apa-apa, Darra duduk diam menghadap Alfareeze hanya untuk merenung lelaki itu tidur. Hanya ada masa beberapa bulan saja untuk dia bersama Alfareeze. Selepas itu, lelaki ini tidak akan pernah dapat menjadi miliknya.

Alfareeze tiba-tiba terkutik dari lenanya. Mulanya kening lelaki itu berkerut, sekali tu kedua-dua belah mata itu pula yang bergerak-gerak hendak terbuka. Selepas itu barulah Alfareeze bergerak hendak mengiring menghadap Darra tanpa sedarnya.

Jatuh tergolek buku yang ada di atas dada lelaki itu kerananya.

Bila mata Alfareeze terpandang kelibat di sebelahnya dengan renungan mamainya, dia terus buka mata.

Mereka berdua pun bertentangan mata.

Darra dengan senyuman dibibir.

Alfareeze pandang dengan mata terkedip-kedip berat. Untuk beberapa saat dia diam tidak beri reaksi, sekadar pandang saja muka Darra untuk seketika sebelum dia angkat tangan dan pegang pinggang Darra.

         "Bila balik?"suara serak bangun tidur menyapa. Alfareeze gerak membawa kepalanya ke atas pangkuan Darra sebelum menyembamkan wajahnya ke perut itu.

         Kepala Darra menunduk ke bawah taktala dia angkat tangan dan direhatkan ke atas badan Alfareeze sebelum menepuk-nepuk lengan tersebut ingin mendodoi. "Baru je sampai...bila kau sampai sini?"

         Lengan kekar Alfareeze melingkar erat ke sekelilingan pinggang Darra. "Tak tahu la...lama dah rasanya...sejak kelas memanah aku selesai. Aku terus ke sini"beritahunya sebelum menggosok-gosokkan muka ke perut Darra kerana selesa.

         Geli kerana tindakan itu, Darra cuba tolak kepala Alfareeze. Perutnya seakan digeletek apabila Alfareeze buat begitu. Dia tertawa kecil. "Hentikannya Alfa!"

           "Keluar dengan aku jom...esok hari minggu."Alfareeze terus berhenti. Dia talakan wajahnya ke atas hendak memandang Darra.

            "Tak boleh. Aku perlu berjumpa dengan ayah."

           "Kalau macam tu kita keluar esoknya.."

           "Tak boleh jugak sebab aku dah janji dengan Pearl untuk keluar dengan dia.."

           "Fine...malamnya kalau macam tu..."

           "Hahaha...aku perlu hadiri majlis hari lahir Ricardo.."

            Berdesing telinga Alfareeze kerana nama itu. Elok dia mahu bermanja lama, terus bangun tegak dari baringnya. "Apa kau cakap?"rambut bangun tidurnya kelihatan bersepah sana sini.

             Mata Darra berkedip satu kali kerana terkejut melihat reaksi Alfareeze. "Apa dia?"

             "Kau nak ke majlis hari lahir Ricardo?"berkerut marah kening Alfareeze saat itu. "Sejak bila budak tu rapat dengan kau?Eh bukan...kenapa kau bersama dengan dia!?"

             Dah kenapa dengan Alfareeze ni?Darra pandang funny kerana wajah bangun tidur dan rambut bersepah lelaki itu tidak sepadan dengan reaksi marah Alfareeze. "Yalah...kau tak dijemput sekali ke?Aku ingatkan Ricardo jemput semua orang di akademi ini?"

Alfareeze berdengus kasar. Panas pula hati dia bila dengar nama tu. Kalau Marvin tu masih boleh tahan kerana masih budak lagi. Ini Ricardo. Lelaki seusia dengannya. Kacak lagi tu orangnya. Buatkan dia berasa tercabar tiba-tiba. Macam mana kalau Darra suka pada Ricardo!

            "Memanglah dia jemput semua...tapi kenapa kau kena pergi jugak. Siapa yang lebih penting dekat sini sekarang?Aku atau Ricardo tu?"Alfareeze tanya sambil tunjuk dada sendiri kemudian ke pintu.

            Apa masalah lelaki-lelaki sekelilingnya satu hari ni?Masing-masing nak tunjuk perangai mereka. Serius!Dia tak boleh handle mereka semua ni. "Bawa bertenang Alfa...yang kau nak marah sangat ni kenapa?Bukannya kita tak boleh keluar di lain masa..."

             "Memanglah...tapi masa kita tak lama nak dibandingkan dengan orang lain. Jadi kau kena lebihkan aku dari dia orang semua...dua bulan Darrius..dua bulan aku bazirkan masa menjauhkan diri dari kau...sekarang kau beritahu kau nak luangkan masa dengan lelaki lain tapi bukan aku...lelaki mana aje yang tak marah kalau orang yang dia suka luangkan masa dengan lelaki lain...rasanya tak ada...lainlah kalau orang tu tak ada perasaan langsung..."bebel Alfareeze tanpa henti kerana sedang panik tanpa sedar.

Sampaikan Darra yang dengar terkebil-kebil dan hampir hendak ketawa.

           "Hei...hei...bawa bertenang Alfa-"

           "Macam mana aku nak bertenang...kau tak tahu aku bersungguh susun jadual aku supaya tak padat dan ada masa yang banyak untuk diluangkan bersama dengan kau, tak makan tak apa terus ke sini sebab nak jumpa kau..dan sekarang kau pilih Ricardo dari aku-"

Kelam kabut Darra panjat katil dan mengesot ke Alfareeze. Dia terus pegang kedua belah kepala Alfareeze sebelum mengucup bibir yang sedang bercakap tanpa henti itu tanpa amaran.

Chup!

Terdiam terus dibuatnya.

Alfareeze pandang kejung ke Darra yang sedang memegang kedua belah pipinya.

          "Dah belum??"tanya Darra tersenyum menilik wajah cemas bangun tidur Alfareeze.

           "Ini bukan masa untuk kiss aku la!Beritahu aku!Kau suka dekat Ricardo ya!?"bercemberut muka Alfareeze semasa menolak tangan Darra mukanya kerana merajuk.

            Tidak menjangka akan reaksi Alfareeze, Darra benar-benar tergamam. Dia cuba proses apa yang sebenarnya yang sedang berlaku? "Kau cemburu ke Alfa?"soalnya kerana ingin tahu.

           "Serius?Kau tanya aku?Memangnya aku tengah buat apa sekarang?Mestilah aku cemburu!"menjegil bulat matanya.

             "Aku ingatkan kau panik?"balas Darra dengan dengusan kecil hendak ketawa. Cemburu ke!?Kenapa kelakar sangat?Dia tidak sangka yang komando seorang ni boleh panik kalau cemburu. "hahaha...."

             Alfareeze pandang Darra dengan mulut ternganga kerana tak percaya. "Kau ketawa?Ada yang kelakar ke dekat sini?"

             "Ya...ya...maaflah."Darra cuba lingkarkan tangan ke sekeliling tulang rusuk Alfareeze. Mahu menarik lelaki itu ke dalam pelukan.

             "Aku tanya kau tadi kan..kenapa tak jawab?"Alfareeze diam di situ memandang tidak puas hati ke pintu. Dadanya waktu itu sudah berombak kencang kerana mahu melenting. Tidak terbayang dia nanti andai satu hari mereka tidak dapat bersama lagi dan Darra bersama dengan lelaki lain. Sekarang juga naik tekanan darah dia!

Darra pun sandarkan pipinya ke atas bahu Alfareeze.

          "Kalau aku sukakan Ricardo, aku takkan ada dekat sini bersama kau Alfa..."beritahunya. "Tadi Ricardo sempat ajak aku makan bersama dengan diam, tapi sebaliknya aku terus ke sini...masih nak tanya lagi aku suka siapa sekarang ni?"dia dongak sedikit ke atas untuk pandang muka tu.

Kening Alfareeze mencerun. Dia pandang tak puas hati ke arah perapian.

Iya-iya la tu.

Sekarang kata boleh la...nanti bila mereka tidak bersama lagi, apa-apa boleh jadi!

Haish!Buat dia jadi tidak tentu arah aje la!

           Kerana geram memikirkan semua itu, deru nafas Alfareeze menjadi kencang dan tanpa sedar dia mengepal penumbuk. "Tak boleh jadi betul la!"rungutnya.

            "Kenapa?"Darra angkat kepala dari bahu Alfareeze. Tangannya masih memeluk sekeliling tulang rusuk tu.

             Marah-marah Alfareeze pun memalingkan      kepala ke Darra. Buatkan hidung mereka saling bersentuhan. "Aku tak boleh biarkan kau bersama dengan mana-mana lelaki...aku bayangkannya dah buat kepala aku sakit...kalau jadi betul-betul aku rasa kena heart attack terus.."kerutnya memandang susah hati ke muka tu.

Tersenyum sedih Darra bila dengar. Kalau begitu, dia pun tidak mahu melihat Alfareeze bersama dengan sesiapa kecuali dirinya saja. Tapi masalahnya sekarang mereka berdua sudah jelas tentang hal ni.

             "Dah..dah...jangan marah lagi...haahaha.."Darra memegang tepi kanan Alfareeze sebelum mengucup pipi kiri dan tepi bibir lelaki itu beberapa kali.

             Bersungguh Alfareeze cuba mengelak. "Hentikanya Darrius!!Aku tengah marah ni!"

             "Ya..aku tahu. Marah la kau puas-puas...aku tak halang.."ketawa Darra lagi sewaktu menyeluk tangan ke balik vest Alfareeze lalu menggeletek tepi perut lelaki itu.

              Terkemut-kemut muka Alfareeze menahan diri dari ketawa. Dia ketap gigi sambil buat muka marah. Tapi tak jadi bila Darra tidak berhenti dari menggeleteknya. "Geli la!Apa masalah kau ni!"mereka tumbang ke katil sesaat kemudian.

               Darra ketawa terkekek-kekek saat cuba menggeletek Alfareeze lagi. Cuba mengalihkan perhatian lelaki itu dari berfikir yang bukan-bukan lagi. Ini bukan masa nak sedih-sedih! "Kata tadi kau marah...kenapa kau ketawa?"

              "Ugh!Geli la!Bangun dari aku!"ngerang Alfareeze sambil ketawa kecil menahan geli hingga merah mukanya.

              "Dekat mana?Dekat tulang rusuk kau ni geli sekali tak?"Darra menyeluk lebih dalam tangannya ke vest dan menggeletek lagi badan tu.

              "Darrius!Aku beri amaran pada kau ni!"

Darra tidak berhenti kerana suka mendengar suara ketawa Alfareeze.

              "Okay!Cukup!"Alfareeze pusingkan badannya menumbangkan Darra ke tepi sebelum menghempap tubuh kecil itu dibawahnya dan sekelip mata kedua belah tangan Darra dipegang dengan tangan kanannya ke atas kepala gadis itu.

Bersama nafas kemengahan banyak ketawa. Darra pandang Alfareeze di atasnya dengan sengih meleret.

               "Aku dah beri amaran pada kau tadi kan?"kerut Alfareeze membuka butang vest dengan tangan sebelah lagi saat memandang Darra. Panas pulak dia tiba-tiba! "Kau memang degil kan?"

               "Baru tahu ke?"Darra pandang kagum akan Alfareeze apabila dengan sebelah tangan saja Alfareeze menanggalkan vest dari badan begitu saja.

Selesai menanggalkan vestnya, Alfareeze tarik neck tie dari kolar Darra pula.

Swoosh!

Sekali tarik lepas ikatan tali leher tersebut sebelum ia di campak ke tepi lantas jatuh di atas lantai.

               "Beritahu aku...kau keluar dengan aku atau jangan keluar dengan aku langsung!?"ujar Alfareeze semasa membuka dua butang kolar kemeja Darra.

               Disebabkan tangan dan kakinya terperangkap, Darra hanya mampu terbaring di situ memandang muka serius Alfareeze. Tidak takut malah turn on kerananya. "Kan aku dah beritahu...tak boleh?"

Lantas Alfareeze tunduk ke ceruk leher Darra, mengucup kulit leher itu berkali-kali sambil berkata.

              "Jadi kau pilih untuk tak keluar dengan aku?Kalau macam tu kenapa kau minta aku temui kau?Sengaja nak permainkan aku!"

             "Kita ada banyak masa Alfa...bukan setakat hari tu je...jangan risau..aku akan luangkan masa dengan kau sebanyak yang kau mahukan selepas ni.."beritahunya sambil memandang siling bilik. Dia terfikir aje...apa yang terjadi pada ibu kandungnya?Kalau benar ibu kandungnya masih hidup dimana Wanita itu?Boleh ke dia menemui ibu kandungnya nanti?

             "Tak cukup Darrius..."keluh Alfareeze apabila dia baring ke atas badan Darra dan melingkarkan tangan sekeliling badan kecil itu dan merehatkan kepala ke atas dada tu. Matanya dipejam saat berkerut kening.

             Darra tidak mengatakan apa-apa lagi. Dia termenung sambil menggosok-gosok belakang badan Alfareeze. membiarkan lelaki itu tenangkan diri dahulu. "Alfa..."

             "Hm?"

             "Ada sesuatu yang aku nak beritahu pada kau ni.."

             "Apa lagi?"

             Untuk seketika Darra diam. Dia masih berkira-kira. Patut ke dia beritahu? "Sebenarnya kan Darrius bukan nama sebenar aku.."mulanya.

Mata Alfareeze terbuka perlahan apabila dia boleh dengar betapa lajunya degupan jantung Darra saat itu kerana telinga dia betul-betul di bawah degupan jantung Darra.

            "Nama aku yang sebenarnya-"

            "Darra Emerson..."jawab Alfareeze perlahan.

           Terangkat kepala Darra., dia tunduk pandang ke kepala Alfareeze. "Kau tahu?"membutang matanya kerana terkejut.

            Mahu tak mahu Alfareeze angkat kepala, dia pandang ke muka Darra dengan muka terkilan. "Ya.."

            "Sejak bila?"soal Darra dengan terkejut yang amat sangat.

             "Beberapa bulan yang lepas...tapi mula curiga masa kita jumpa dengan bilik kau first time.."beritahu Alfareeze.

             "Dan kau tak cakap apa-apa lepas tu?"

             Lalu Alfareeze mengangguk kepala. "Dah kau nak diamkan diri, aku pun tak ada niat nak tanya la.."

            "Maksudnya kau dari awal lagi dah tahu aku ni perempuan?"

Alfareeze mengangguk lagi.

Slap!

            Satu tamparan hinggap di belakang badan tu. "Kenapa kau tak cakap apa-apa. Kau tahu tak aku risau bagai nak apa!"

            "Itu bukan masalah kita Darra!Kau tahu tu?"kerut Alfareeze.

Terdiam terus Darra lepas tu.

Alfareeze pula kembali meletakkan kepala ke dada semula. Dia eratkan pelukannya ke badan tu.

Diam yang selesa, mereka berdua tenggelam dalam menung masing-masing sehinggalah mereka tertidur tanpa sedar.

Chapitre suivant