Ricardo meletakkan gulungan skrol yang terisi dengan esei tugasan rakan sekelasnya di atas meja master sebelum lelaki itu gerak keluar dari pejabat sendirian. Masih bertopeng mulut, orang yang lalu lintas akannya seperti biasa tidak menghiraukan kehadiran Ricardo. Pandang tidak, tegur pun tidak walaupun Ricardo merupakan Ketua Majlis Pelajar di akademi tersebut.
Hal ini kerana semua orang sudah faham dengan sikap pendiam dan misteri Ricardo. Jadi dari mereka bazirkan masa bercakap dengan seseorang yang memang tidak berminat hendak bercakap banyak, baiknya mereka buat tidak hiraukan saja.
Setibanya Ricardo ditangga berpusar, dia hendak turun ke bawah,sekali bila dia baru sampai ke pertengahan anak tangga, boleh pulanya dia bertembung dengan orang terakhir yang dia mahu temui!
Tidak sengaja menghadang laluan masing-masing, Ricardo berdiri kaku di situ menghadap Darra.
Mereka berdua saling bertentang mata tanpa mengatakan apa-apa.
Oleh kerana tiada siapa yang mahu berganjak terlebih dahulu, Ricardo yang bergerak ke tepi, dia tunduk memandang ke bawah sewaktu mahu jalan melepasi Darra. Namun belum sampai dua anak tangga yang dituruni, satu tangan muncul depan muka. Buatkan Ricardo berhenti dari melangkah.
"Berapa lama kau nak larikan diri hah?"Darra palingkan kepalanya ke tepi. Memandang Ricardo.
Masih membisu Ricardo berdiri kaku memandang ke depan tidak menoleh. Dia bukan melarikan. Dia cuma tak nak buatkan Darra rasa serba salah.
"Tiada apa-apa yang perlu kita bincangkan."
"Tiada?Kau pasti?Tiada langsung!?"Darra gerak di hadapan Ricardo. Berdiri dua anak tangan ke bawah di depannya. Lantas dia dongak memandang wajah yang tersembunyi di balik topeng mulut itu. "Lepas kau buatkan aku macam manusia paling bodoh dekat sini, kau larikan diri?Lepas apa yang terjadi pada aku?Macam tu je?Tak ada rasa serba salah langsung ke?"
Rahang Ricardo berketik. Mata itu menatap tepat ke mata bundar Darra. Membuatkan dia semakin yakin yang dia tidak silap kenal. Tatapan sama yang dia lihat sekiranya menatap ibunya. "Saya tak tahu apa yang awak mahu saya katakan lagi memandangkan awak sudahpun tahu segalanya mengenai saya?"
"Sekurang-kurangnya kau jelaskan pada aku dari awal. Susah sangat ke?Dari awal lagi kau boleh beritahu aku siapa kau sebenarnya. Tapi tak...kau rahsiakannya sebab kau kawan baik kepada Putera Eilian yang waktu tu cuba nak susahkan hidup aku dekat akademi ni...seronok ya tengok aku struggle?"
Dalam diam Ricardo mengepal penumbuk selepas dengar kata-kata Darra.
"Saya hanya lakukan seperti mana Duke Elijah arahkan. Awasi dan menjaga rahsia awak dari terdedah. Itu saja."jawab Ricardo dengan mendatar. Bukan salah dia semua ini terjadi. Dia dah cuba yang terbaik untuk Darra. Tapi Balik-balik dirinya yang disalahkan. Nak dia jelaskan apa lagi.
"Oh...itu aje?Okay. Aku terima. Dari awal semuanya memang salah ayah aku. Salah aku jugak sebab letakkan kau dalam situasi ni. Tapi beritahu aku...kenapa kau terima semua ni dari awal kalau kau lebih prefer untuk setia pada kawan baik diraja kau Putera Eilian tu dan biarkan dia susahkan hidup aku tanpa lakukan apa-apa. Kau boleh aje tolak kan?"
Ricardo melepaskan keluhan letih. "Saya tak tahu."pandangnya ke Darra. " Dan saya nak tahu. Kenapa awak lakukan semua ni?Kenapa Duke Elijah lakukan semua ni pada awak. Dan kenapa saya pedulikan awak...saya tak tahu pada masa yang sama saya nak tahu sebab itu saya terima permintaan Duke Elijah."luahnya. "Memang salah saya sebab tak jujur dari awal, tapi awak nak saya buat apa?Beritahu awak siapa saya sebenarnya?Yang saya ni Shadow, kawan baik Putera Eilian, lelaki yang diarahkan untuk awasi awak kerana ayah dia mahukan kuasa dan pengaruh dari Duke Elijah?Macam tu?"
Darra pandang tidak berkedip.
"Saya cuba lakukan yang terbaik dekat sini...jadi kawan baik Putera Eilian sekalipun saya dipaksa bertopeng selama bertahun lamanya. Menjadi pengawal awak dalam masa yang sama kerana tak nak susahkan ayah saya...tapi apa yang saya dapat?Semua orang letakkan salah mereka pada saya. Semua orang buang saya selepas gunakan saya. Beritahu saya...awak nak saya buat apa lagi?"berkerut-kerut kening Ricardo semasa berkata. "Saya hanya buat apa yang disuruh...kalau saya buat lebih dari tu, bukan setakat saya yang dalam masalah tapi awak juga akan cedera.Itu adalah perkara terakhir yang saya nak dari terjadi. " selepas itu Ricardo gerak ke kiri pula. Hendak pergi dari situ.
Untuk seketika Darra termenung memandang ke depan. Tidak terkata dengan pengakuan Ricardo sebentar tadi. Memang sepatutnya yang bersalah adalah ayahnya. Bukan sesiapa. Lagi-lagi Ricardo. Lelaki ini tidak tahu apa-apa, tapi kena libatkan diri semata dia berada dalam akademi ini. Sepatutnya dia yang minta maaf pada Ricardo! Bukannya Ricardo minta maaf kepada dia!
Haish!
"Ricardo tunggu!"panggil Darra semasa berpusing mengejar langkah lelaki itu. Bersalah pula dia pada lelaki itu.
Mujurlah Ricardo belum jauh. Lelaki itu baru sahaja tiba di bawah sewaktu Darra mahu menuruni tangga mengejarnya di belakang.
Entah silap dimana, semasa Darra menuruni tangga, kaki belakangnya tersalah pijak anak tangga. Tangannya tidak sempat hendak memegang tembok tangga semasa badannya terjunam hendak jatuh ke depan.
"Ahh!"Darra menahan nafas taktala dia hampir hendak bertemu muka dengan tangga di bawahnya.
"Darra!"suara cemas kedengaran sebelum Ricardo muncul di atas anak tangga sesaat kemudian dan menyambut Darra tepat sebelum gadis itu jatuh terhumban ke bawah.
Muka Darra tersembam ke dada Ricardo sebelum tangan lelaki itu memeluk tubuh kecil itu dan mereka jatuh terduduk di anak tangga itu dengan selamat.
"Damn it Darra!Apa yang awak fikir kan!"ngerang Ricardo menahan sakit kerana tulang punggung terhentak kuat kerana jatuh mereka itu.
Cepat-cepat Darra tolak dirinya dari badan Ricardo dengan cemas. "Maafkan aku..."ucapnya saat dongak memandang muka Ricardo.
Apabila Ricardo membuka matanya dari menahan sakitnya, dia terus terpandang bibir Darra serta merta.
"Boleh bangun tak ni?"Darra betulkan kakinya yang bersimpuh di celah kaki Ricardo sebelum bercangkung tepi kaki itu untuk membantu Ricardo bangun saat memegang lengan Ricardo.
"Kenapa awak lari tadi?"keluh Ricardo dengan hela nafas lega selepas sedar dari terkejutnya. Dia pegang dinding di belakang untuk sokong badannya supaya bangun dari situ. "Mujur saya sempat sambut."
"Kejar kau la.."lafaz Darra semasa erat memegang lengan Ricardo. Buat terkejut dia aje.
Kening Ricardo mencerlung tidak faham. "Kenapa?"
"Nak minta maaf?"jawab Darra saat pandang bingung ke Ricardo.
Reaksi itu membuatkan hati Ricardo terkutik. "Untuk apa?Sepatutnya saya yang minta maaf kan?"punggung yang sakit di gosok perlahan.
"Untuk pihak ayah aku. Aku nak minta maaf sebab libatkan kau dalam masalah aku sampaikan aku tak sedar semua ni berpunca dari siapa dan marahkan kau."Darra tunduk memandang keadaan Ricardo setelah itu. "Sakit sangat ke?"niat nak minta maaf..jadi masalah pulak!
"Tak. Sakit sikit je."geleng Ricardo sambil tarik tangan yang dipegang Darra perlahan-lahan.
Darra melepaskan hela nafas yang panjang. "Haih...Kau patut hati-hati masa panggil nama aku tadi. Mujur tiada siapa dekat sini.."beritahunya selepas berdiri tegak semula.
"Dah terkejut nak buat macam mana. Awak tak apa-apa ke?"
"Um. Aku okay."angguk Darra masih berasa serba salah pada Ricardo. "Jadi...kau tak marah lagi?"
Mana la dia sampai nak marahkan Darra lama-lama. "Tak."
"Kalau macam tu kita berbaik. Aku pun tak suka sebenarnya kumpul ramai-ramai musuh ni.."Darra hulur tangan ke Ricardo. "Nak hadap seorang pun dah pening...inikan ramai."
Tidak dapat mengawal reaksi di wajahnya, Ricardo tersenyum lalu capai tangan yang dihulur Darra itu dan digenggam kemas. Kecil saja tangan Darra semasa digenggam dengannya. Buatkan hatinya berbunga riang.
"Saya juga mahu minta maaf kerana gagal lindungi awak."
"Bukan salah kau pun. Kalau bukan kau, memang aku akan tumbuk Alex dan tahu apa akibatnya kalau aku buat macam tu. Jangan salahkan diri kau lagi dah." dengus Darra saat melepaskan genggaman mereka berdua.
Ricardo dongak memandang ke tingkat atas semula. "Oh ya...Awak perlu ke mana tadi sebelum kita bertembung?Tak lewat ke kita berborak lagi di sini?"
Tersentak Darra!Ya tak ya!Dia hampir terlupa mengenai tujuan sebenarnya dia ke situ.
"Ah ya tak ya."Darra pandang kekok ke Ricardo bila teringatkan muka handsome lelaki menjengkelkannya!
"Perlukan bantuan ke?"Ricardo tawarkan diri.
Cepat-cepat Darra menggeleng kepala. Tak perlu. Tiada siapa boleh bantu dia sekarang kecuali lelaki tak guna tu!"Aku nak jumpa master je."
Ricardo mengangguk kepala.
"Aku pergi dulu kalau macam tu. Kita borak lagi kalau ada masa."beritahu Darra.
"Baik."sambut Ricardo dengan anggukan kecil.
Darra pun berpaling naik semula ke tingkat atas. Meninggalkan Ricardo yang perhatikan langkah kecilnya dari belakang.