webnovel

Episode 42 : Lupa

Nany Clara meletakkan buku teks yang telah siap dirujuk oleh Darra ke atas rak sebelum berpusing ke meja belajar semula. Sekali tu dia melihat Darra sedang tunduk memegang hidung. Sedar apa yang telah terjadi, Nanny Clara terus bergegas ke situ.

       "Hidung cik muda berdarah lagi ke?" soalnya sambil mengeluarkan sapu tangan dari poket apron.

Seakan ianya tiada apa-apa buatnya, Darra pandang Nanny Clara semasa tangannya sedang menadah darah yang sedang mengalir deras dari lubang hidung kiri.

         "Saya tak apa-apa.."

         Kening Nany Clara berkerut. Wanita berusia 57 tahun itu pandang penuh kerisauan sewaktu bantu menekup hidung Darra yang berdarah. "Sekiranya cik muda letih, kita boleh berehat seketika."

         Sapu tangan dari Nanny Clara itu Darra pegang sebelum dia kesat sendiri kesan darah yang mengenai bibir serta dagunya. "Dah nak siap pun. Nanti boleh Anthony serahkannya kepada Marvin terus.." tunduknya semasa mengelap sisa darah pada tapak tangan. "Saya kena kejar semua pelajaran yang tertinggal. Mulai bulan depan saya ada peperiksaan yang perlu diambil."jelasnya.

        "Tapi kan masih ada sisa lima hari lagi untuk tempoh pergantungan cik muda. Kenapa cik muda perlu siapkan semua tugasan ini dalam masa yang singkat?"Nanny Clara bersihkan kesan darah yang tertitis pada kemeja putih lengan panjang yang dipakai Darra perlahan-lahan.

         "Sebab itu la saya kena lakukan semua ini dengan segera..."Darra meletakkan sapu tangan yang kotor tadi ke tepi dan mencapai semula pena pelepah dia untuk kembali menulis di atas kertas kulit.

Keluhan panjang tanpa sengaja lepas dari Nanny Clara apabila Wanita itu tunduk memandang Darra kembali tekun menelaah. Hatinya berasa sakit melihat anak jagaan sejak bayi yang telah dia tatang bagai minyak yang penuh membesar dalam keadaan sebegini rupa.

          "Kenapa cik muda bersungguh hendak menyenangkan hati Duke Elijah walaupun Duke Elijah tidak akan pernah melayani cik muda dengan baik sebagai anak perempuannya?"belakang kepala itu di usap lembut.

          Darra selak helaian buku teks di depannya lalu di baca seketika sebelum menulis ke atas kertas kulit apa yang dibacanya tadi. "Saya tak tahu. Saya hidup sebab ayah saya nak saya hidup. Saya tak tahu kenapa saya lakukan semua ni.."ujarnya dengan rasa lucu. Mungkin kerana dia ini seorang people pleaser.

Mata Nanny Clara berkaca. Wanita itu kemudiannya tunduk mengucup mahkota Darra dengan mata terpejam. Bila semua ini akan berakhir?

         "Apa saya perlu lakukan untuk cik muda?"

         Tersenyum nipis dengannya, Darra angkat tangan kiri lalu memegang tangan Nanny Clara yang hinggap di bahunya. "Nanny Clara ada bersama dengan saya pun dah mencukupi..."

        "Bukan salah cik muda, puan besar meninggalkan Duke Elijah...ianya keputusan mereka sendiri untuk berpisah.."tutur Nanny Clara tidak semena.

Kenyataan tersebut membuatkan Darra berkerut kening lantas dongak ke atas memandang Nanny Clara. Apa dia tadi?

Nanny Clara dia katakan apa?

         "Apa nanny cakap tadi?"soalnya. "Berpisah?"

Terkedu terus Nanny Clara dibuatnya. Wanita itu baru tersedar yang dia sudah terlepas cakap. Matanya terbutang kaku. Oh sh!t!Itu yang amat jelas diwajahnya.

          "Bukan ke ibu meninggal dunia kerana melahirkan saya....datang dari mana kenyataan mereka berpisah pula ni?"Darra pandang kening berkerut tidak faham.

Nanny Clara begitu kelu kerana dia sendiri terkejut yang dia sudah terlepas kata. Aduh!Apa nak cakap ni.

Ketika itulah pintu bilik belajar terbuka. Menyelamatkan Nanny Clara dari situasi genting tersebut.

Pandang saja ke arah pintu, Darra di sapa dengan kemunculan Alfareeze yang segak dengan uniform master akademi.

Datang dah!

Kenapa masa ni jugak!?

          "Tuan Alfareeze.."senyum Nanny Clara, berterima kasih dalam diam dengan kehadiran lelaki itu. Memang penyelamat betul tuan muda yang satu ini.

Alfareeze agak terkejut dengan sapaan gembira Nanny Clara saat itu. Dia sempat pandang aneh yang janggal ke Wanita tersebut. Dah kenapa tu?Bukan ke biasanya nak pandang dia pun tak berani...ini sapa dia dengan gembira?Lain macam aje gayanya. Ada sesuatu ke!?

         Bila Nanny Clara bergerak hendak pergi, Darra cepat-cepat berdiri. Dia mahu mendapatkan Wanita tersebut semula. "Ke mana nanny nak pergi?Kita belum habis bercakap lagi.."Darra mendekat tetapi tidak sempat dia mahu memegang lengan itu, muncul Alfareeze di depannya. Menghadang dia dari berjalan.

         "Saya akan arahkan maid untuk hantar snek buat tuan nanti."beritahu Nanny Clara saat menutup pintu.

          "Nanny Clara...tunggu."Darra jengah kepala ke tepi lengan Alfareeze waktu itu, terdesak hendak dapatkan nanny dia, tapi lelaki lampai dihadapannya enggan ke tepi. "Apa kau buat dekat sini Alfa!Ke tepi!"dia cuba menolak tangan yang sedang memegang bahunya.

          "Kenapa baju kau kotor?Darah ke ni?"dalih Alfareeze.

          "Nosebleed..."

          "Kau dah okay belum?"

Kerimasan dengan sentuhan itu, Darra terus mengundur ke belakang. Dia pandang muka yang sedang tersenyum senang itu dengan kening mencerun. Kenapa lelaki ni ada di sini lagi?Bukan ke lelaki ini beritahu ada kerja yang perlu diuruskan?

 

         "Kau ni tuli ke atau memang tak faham bahasa terus?"

         "Hei...aku baru aje sampai...kau dah terus nak marah?Tanya la aku dah makan ke belum, hari aku macam mana ke...okay tak aku hari ni...ini tidak terusnya di maki?" Alfareeze menanggalkan mantel dari bahu kirinya lalu di letakkan atas lengan sofa di bilik belajar depannya.

         "Habis kau tu...nak dikatakan dungu seorang master, nak dikatakan lembab, seorang komando perang kelas pertama... tapi kenapa apa yang aku kata kau tak pernah nak dengar?"Darra perhatikan pergerakkan bersahaja Alfareeze yang kelihatan selesa seperti berada di rumah sendiri.

         Alfareeze pandang funny ke Darra saat membuka butang kot cekak leher uniformnya. Kenapa marah sangat ni?"Dengan kau aje aku buat-buat bodoh..dengan orang lain tak adanya. Hujung pedang aku dia orang dapat kalau ada yang cakap macam tu dekat aku..."jelasnya.

Serius la? Rasanya dia baru saja menghina lelaki ini, tapi sedikit pun tidak beri kesan sama sekali?Darra berasa tercengang dan tidak terkata. Adakah Alfareeze lakukan semua ini hanya ingin menggangu dan menyeksa hari dia sepanjang ayahnya tiada?Adakah itu tujuan Alfareeze menghantar ayahnya ke luar daerah?Hanya untuk ini?

         "Sini..."tepuk Alfareeze di tempat kosong kerusi yang dia duduki.

          Mata Darra pandang tangan yang menepuk itu sebelum ke muka berlagak Alfareeze. "Kau nak apa lagi?Aku masih berdendam dengan kau kiss aku malam hari tu ya! Jangan datang sini tayang muka tak bersalah kau tersengih-sengih macam tu. Aku tak suka. Menyampah tahu tak."

         Alfareeze letakkan tangan atas headrest sofa lalu menyilang kakinya. "Ke sini la..."ajaknya lagi. "Sebab itu aku suruh dekat pada aku. Ada sesuatu yang aku nak bincang dengan kau, Darrius."senyumnya selepas itu.

          Darra tidak termakan dengan helah itu. "Jangan gunakan semua tu untuk pancing aku Alfa."dia pandang dengan kening mencerun tidak suka. Malam hari tu bukan main lagi rapat dengan Puteri Eiliana kan...pandang dia pun tidak sepanjang malam tu. Berkepit sepanjang masa dengan Puteri Eiliana.Inikan tegur jauh sama sekali. Sekarang sibuk suruh dekat la apa la. Ingat dia ni apa!? "Beritahu aje aku apa kau nak sekarang. Kalau kau nak buang masa, baik kau balik. Aku ada banyak kerja nak buat."ujarnya dengan grumpy.

           Hilang terus senyuman dan kemesraan di wajah Alfareeze setelah Darra berkata begitu. "Kau memang lupa ya dengan siapa kau sedang bercakap sekarang kan?"

           "Dan kau pun nampaknya dah lupa bahawa keluarga kita merupakan musuh terbesar antara satu sama lain..."Darra balas renungan itu dengan dingin. "Apapun yang berlaku antara kita selama beberapa hari ni, aku harap kau boleh lupakan. Sebab selepas ni semua tu takkan berlaku lagi."beritahu Darra. Dia dekati meja belajarnya dan mula mengemas sepah yang ada di situ sebagai distraction untuk tidak terus berhadapan dengan Alfareeze.

          Excuse me you little lady!Apa tadi?Berketik rahang Alfareeze bila dengar. Dia jeling ke Darra dengan marah. "Kenapa?Kenapa aku kena lupakan apa yang berlaku?"sakitnya hati dia bila dengar.

Selesai mengemas kertas, bekas ink dan pena pelepahnya di letakkan ke dalam bekas alat tulis khas dalam laci dimeja itu.

           "Sebab kita berdua lelaki. Mana mungkin kita dapat bersama. Lagipun kalau aku nak kita bersama, tak bermakna hubungan kita akan berkekalan. Jadi baik kau berhenti sebelum mulakan sesuatu yang kau sendiri tahu bagaimana penamatnya."

           "Sebab kita berdua lelaki?Kau pasti hanya itu alasannya?!"Alfareeze berdiri. "Jangan nak bergurau boleh tak?"soalnya sedikit jengkel dan mula hendak meninggikan suara.

          Yakin sepahnya sudah dikemaskan, kerusi di tolak ke bawah meja. "Terpulang. Apa kau nak cakap, cakap la...apa aku nak kau tahu, mulai hari ni berhenti keluar masuk kediaman aku lagi. Fokus aje pada kehidupan kau. Kalau di akademi, hubungan kita tak lebih sebagai master dan pelajar saja. Selain tu aku takkan hiraukan kau."Darra berjalan ke arah pintu untuk keluar.

Klik!

Tombol pintu di tolak ke bawah.

Darra sudah menarik pintu itu ke dalam semasa Alfareeze di belakang beritahu kepadanya yang buatkan dia menutupi semula pintu.

         "Macam mana kalau aku beritahu kau yang aku sukakan kau...aku nakkan kau jadi milik aku!Patut ke aku lupakan sekali perasaan aku pada kau macam tu aje?"

Kaku Darra dekat situ menghadap pintu. Nafasnya tertahan-tahan kerana kenyataan itu. Alfareeze apa?Suka pada dia?

           "Perlu ke aku lupakan alasan kenapa aku sukakan lelaki..atau lebih tepat lagi suka kepada seseorang bernama Darrius Emmerson ni?"tambah Alfareeze lagi.

           Tak mungkinlah!Alfareeze suka kepada lelaki?Kalau begitu, Alfareeze dah silap. Dirinya ini bukan lelaki sebaliknya perempuan yang berpakaian seperti lelaki saja! "Kau bergurau ke?Kalau kau bergurau ianya tak kelakar kau tahu.."balasnya masih memandang pintu.

           Dengan renungan kecewanya, Alfareeze bangun dari situ. Dia capai mantelnya tadi dan berjalan ke arah pintu sambil berkata. "Ke sebab kau dekat hati kau tu dah ada seseorang?"

           Apa dia tadi?Hairan dengan kata-kata   Alfareeze, Darra terpaksa juga berpusing semula ke dalam. Seseorang yang dia suka?Memangnya apa yang buatkan Alfareeze beranggapan begini. "Apa yang kau cakap-"kata Darra terhenti apabila mukanya bertemu dengan sepasang bibir tepat di depan matanya. Terbuka sedikit mulut dia kerana terkejut.

             "Kenapa diam?Teruskan la bercakap??" Alfareeze menyengetkan sedikit kepalanya ke kanan sewaktu tunduk mendekatkan mukanya ke Darra. Tangan kanan ada di pintu, tangan kiri memegang mantel.

             Gulp!Darra telan air liur tanpa sedar setelah matanya terarah di bibir Alfareeze. Terbayang terus yang dia kucup bibir ini sekarang!Kenapa dekat sangat Alfa ni? "Apa yang buatkan kau fikir aku sukakan seseorang?"sambung dia pertanyaan tadi.

            "Manalah aku tahu...kalau kau tak boleh terima perasaan suka aku, itu bermakna kau sukakan orang lain...tak begitu?"bisik Alfareeze di depan bibir Darra. "Kalau tidak kau takkan dengan mudah menyuruh aku untuk lupakan semuanya. Selama 7 tahun perkenalan kita...sekalipun aku tak pernah terlintas untuk lupakan semuanya...dan kau...dengan mudahnya suruh aku lupakan apa yang terjadi antara kita?"

Terdiam Darra. Matanya bergerak kanan dan kiri melihat bibir Alfareeze bergerak setiap kali bercakap. Dan untuk kali kedua air liur ditelan. Betapa berdebarnya dia rasakan kerana jarak rapat mereka saat itu.

           "Sebab itu yang aku nak..."beritahu Darra tidak lama selepas itu.

           "Walaupun aku buat macam ni?"soal Alfareeze sebelum gerak mengucup telinga kiri Darra.

            Menahan nafas terkejut Darra kerananya. Badannya kejung seakan direnjat arus eletrik. Tetapi dia kekal tenang di situ, air mukanya sedikitpun tidak berubah walaupun nafasnya mula tidak menentu. "Ya.."

           "Macam mana kalau aku buat macam ni, kau masih nak aku lupakan jugak?"Alfareeze tunduk sedikit untuk mengucup rahang Darra dengan perlahan dan lembut.

           Terpejam seketika mata Darra dibuatnya. Namun dia gagahkan juga untuk berkata. "Ya. Lupakan semuanya."tuturnya hampir tersekat-sekat.

            Semakin tidak puas hati, Alfareeze terus berdesis keras depan bibir Darra. "Jangan cabar aku Darrius!"

            Darra balas tatapan maut Alfareeze dengan dengusan mengejeknya. "Ya. Aku cabar kau!"bisiknya perlahan.

Untuk beberapa saat Alfareeze diam mandang Darra dengan kening mencerun. Cuba mencabar Darra tetapi gadis itu enggan juga mengalah.

            "Okay...kalau itu yang kau nak. Tapi dengan satu syarat..."Alfareeze menjauhkan dirinya dari Darra dan berdiri di situ dengan muka berlagak tidak puas hatinya.

Bersyarat la pulak.

Setuju terus aje kan senang.

           "Syarat apa lagi?"keluh Darra bernada letih.

           "Kiss aku sebanyak 100 kali. Dan selepas kiss ke-100 aku akan lupakan kau termasuk perasaan aku pada kau. Tapi ingat kalau dalam tempoh sebelum kiss tu selesai, kau paksa aku untuk kiss kau, semua hitungan tu takkan valid..dan perlu diulang hitung semula. Deal?"pandang Alfareeze dengan berang ke Darra.

           "Hah?Kau dah hilang akal ke?!"

          "Deal atau tidak?"Alfareeze tidak peduli untuk menghiraukan apa yang dikatakan oleh Darra.

          Tak percaya betul la dia dengan Alfareeze ni. Ada aje tau idea lelaki ni. Panjang akal sangat kenapa!? "Okay. Deal."

          "Dan kiss tu mesti direct di bibir bukan di tempat lain. Kalau kau tak terima. Jangan suruh aku apa-apa lagi."tidak menunggu jawapan dari Darra, Alfareeze tolak Darra ketepi dan buka pintu sebelum keluar dari situ begitu saja.

Apa yang-

Darra pandang ke belakang badan Alfareeze semasa lelaki tersebut berjalan pergi. Serius la!?

Chapitre suivant