webnovel

Episode 39 : Temankan

Alfareeze pandang dengan renungan dingin ke arah Putera Eilian dan Puteri Eiliana apabila dua beradik itu menuruni tangga dengan serentak berbual akan sesuatu. Dan perhatiannya jatuh pada lelaki yang biasa dia lihat bertopeng tapi tidak lagi di belakang adik beradik diraja.

        "Kenapa kau kena ikut sekali?"tanya Putera Eilian kepada Puteri Eiliana selepas tiba di bawah tangga dan mendekat ke arah Alfareeze yang sedang berdiri depan pintu keluar istana sejak tadi.

        "Kenapa tak boleh?Semua orang akan turun ke dataran untuk saksikan pelepasan lampu malam nanti. Kalau kau nak tengok, aku pun..."beritahu Puteri Eiliana.

Sambil membuat muka mengalah, Putera Eilian kemudiannya terpandang akan Alfareeze. Bingung sekejap dia hendak bagaimana kerana lelaki itu bukan sahaja menyandang sebagai ketua keselamatan diraja, malah juga master dia. Kalau tak di sapa kurang sopan, kalau disapa hendak gelar yang mana?

         "Master Alfareeze...."sapa Putera Eilian akhirnya.

Dengan satu tundukkan kecil, Alfareeze menyambut sapaan itu.

Dan Ricardo mengerling serius ke Alfareeze tanpa mengatakan apa-apa. Dengarnya,disebabkan Alfareeze, Duke Elijah dihantar keluar daerah. Dan Alfareeze yang memantau Darra. Tak tahulah apa yang berlaku sepanjang masa tu.

         "Maaf kerana terpaksa menggunakan waktu cuti master untuk menemani Eiliana ke pekan pada hari ini. Saya yakin master pun ada rancangan master sendiri."beritahu Putera Eilian.

        Tahu tak apa!Dia ingat nak ajak Darra keluar ke pesta bersama. Tapi raja pula minta untuk dia temani Puteri Eiliana."Tidak mengapa tuanku. Tugas saya."beritahu Alfareeze.

         "Saya dah beritahu pada ayahanda yang Ricardo akan menemani kami berdua, tapi ayahanda bertegas juga untuk menghantar master untuk mengawasi kami bertiga pula.."tambah Putera Eilian lagi.

Puteri Eiliana memandang dengan minat akan jejaka beza tiga tahun depannya itu bersama senyuman manis di bibir. Dia cuba tonjolkan sedikit dirinya yang sudah berdandan indah dan cantik demi mendapatkan pujian Alfareeze. Namun Alfareeze seperti tidak tergerak hendak memandangnya langsung.

       "Tak menganggu tuan kan?"sampuk Puteri Eiliana disamping Putera Eilian.

Ricardo melemparkan pandangan ke kanan tidak berminat dengan perbualan mereka. Fikirannya sejak kebelakangan ini hanyalah mengenai Darra. Sejak kes di akademi itu dia tidak dapat melawat mahupun mengetahui khabar Darra. Entah tak apa-apa ke, sihat ke tidak..apa yang gadis itu lakukan dalam rumah agam sendirian...semuanya bermain dalam fikiran Ricardo beberapa hari yang lepas. Sampaikan sepanjang hari dia tiada mood. Kemudian kena ikut dua beradik ni keluar pulak. Makin moody la jawabnya.

        "Jangan risau. Ianya tidak menganggu saya sama sekali. Sudah menjadi tanggungjawab saya.."beritahu Alfareeze memandang ke lantai.

         Puteri Eiliana menarik muncung kerana Alfareeze sedikit pun tidak peduli hendak memandangnya atau memberi kata pujian. "Ricardo..."pandangnya ke kawan baik abangnya pula. Selama ini dia sering lihat    Ricardo bertopeng, Namun apabila Ricardo menanggalkan topeng mulut dari wajah, dia terus merasakan, Ricardo lebih kacak dibandingkan dengan abangnya sendiri.

         "Ya tuan puteri."sambut Ricardo dengan perlahan memandang wajah ceria itu.

         "Bagaimana dengan penampilan saya hari ni?"Puteri Eiliana menyelak anak rambut ke    belakang telinga dengan ayu.

          Bersama renungan tidak berminat dan tiada perasaannya, Ricardo mengangguk kepala. "Seperti selalu. Tuan puteri kelihatan cantik."

          "Kamu pun apa kurangnya...kan elok kalau tak bertopeng mulut macam ni. Lepas ni tak perlu pakai dah. Orang kacak macam awak ni rugi kalau disimpan"seloroh Puteri Eiliana saat memberi side eyes kepada abangnya. "Tak macam seorang tu...pantang kalau orang nampak lebih dari dia tu.."

          Putera Eilian lirik adiknya dari atas ke bawah. "Kenapa?Nak orang puji macam mana kau lagi?"sakatnya. "Kau nak perli aku sebab buatkan Ricardo pakai topeng tak payah nak berlapik.."

           Sengaja betul la abangnya ini!Rosak mood dia. Puteri Eiliana pandang menyampah sebelum menyelak rambutnya ke belakang bahu. "Apa-apa aje la. Jom kita gerak sekarang. Lewat sampai nanti terlepas pula..."ajaknya.

Alfareeze hulur tangan kepada Puteri Eiliana untuk memimpin naik ke dalam pedati. Yang mana disambut Puteri Eiliana dengan senang hati.

           "Terima kasih.."Puteri Eiliana meramas sedikit kuat tangan berglove Alfareeze sewaktu berkata.

Tidak terkutik dengan tindakan itu, Alfareeze hanya diam tidak membalas.

Kemudian diikuti Putera Eilian dan Ricardo masuk ke dalam pedati. Barulah pintu kenderaan tersebut di tutup dengan Alfareeze dan lelaki itu menunggang kuda persendirian mengekori pedati yang membawa mereka bersama dengan dua lagi tentera pengawal atas tunggangan tersebut.

Di atas kuda itu, Alfareeze diam termenung sambil tersenyum nipis kerana asyik terbayangkan satu wajah ini. Kan seronok kalau harinya dapat dihabiskan bersama Darra.

Sudah hampir beberapa hari berlalu sejak kali terakhir dia menemui Darra. Selepas malam tersebut, keadaan sangat sibuk dan kerjanya begitu padat sampaikan hendak menyinggah ke kediaman keluarga Duke Elijah pun tidak sempat. Kalau ada masa pun, dia boleh lawat tapi waktu malam begitu.

Jadi dia memang tidak dapat bersua muka dengan Darra untuk minta maaf di atas ketelanjuran dia yang mana dia langsung tidak menyesal lakukannya. Kalau boleh dia hendak buat sekali lagi. Tapi nanti jadi pelik pula. Darra pasti akan curiga yang dia sudahpun mengetahui identiti sebenar sekiranya dia layan Darra dengan intim. Jadi Alfareeze kawal dirinya sebaik mungkin untuk tidak dari bertemu dengan Darra sekalipun dia sesibuk mana.

Selepas 15 minit tunggangan, pedati yang membawa Puteri Eiliana, Putera Eilian dan Ricardo pun sampai sebaik saja kenderaan tersebut berhenti tepat dihadapan pintu gerbang Utama Pekan Camellia.

Berjalan keluar Ricardo terlebih dahulu, diikuti Putera Eilian sebelum Puteri Eiliana dari pedati. Alfareeze yang paling ketara antara mereka kerana pakaian serba hitamnya buatkan beberapa mata dari pejalan kaki dan orang awam di situ melirik akannya tanpa disedari.

          "Wahhh!Cantiknya.."seru Puteri Eiliana sambil memegang sedikit kain dress supaya ia tidak menyapu lantai.

Mereka mula meneliti hiasan yang bergantungan dalam kawasan itu. Pasar yang didirikan juga sangat sibuk dengan penjaja serta orang jual beli. Membuatkan suasana senja itu begitu harmoni dan riuh rendah.

         "Ada bunga api dekat sini ke?"tanya Puteri   Eiliana apabila mereka mula jalan melintasi penggerai dan orang yang lalu lalang sekitar kawasan itu.

          "Tuan puteri mahukannya?"tanya Alfareeze di belakang Puteri Eilian waktu itu.

           "Tak adalah. Saya tanya aje. Lagipun saya nak   beli tanglung cahaya. Dengar cerita, sekiranya kita tulis permintaan kita atas tanglung tu dan terbangkannya, permintaan kita akan tertunai...boleh tuan dapatkan satu untuk saya nanti?"dengan girang Puteri Eiliana berpusing memandang Alfareeze.

Putera Eilian yang sedang berjalan paling hadapan sekali bersama Ricardo di sebelah dengarkan saja suara ceria adiknya bercakap sambil melihat-lihat orang sekitar sedang berjalan dan membeli belah di kedai-kedai yang ada.

Di sebelah kanan ada gerai dimana banyak topeng pelbagai bentuk dan jenis dipamerkan, sebelah gerai itu seorang penjaja sedang membuat gula-gula berbentuk haiwan dan bunga, sebelah kiri jalan pula terdapat pelbagai jenis kipas angin serta tanglung cahaya dan pelita di jual.

Kanak-kanak kecil sedang berkumpul depan gerai manisan seperti gula-gula kapas. Pasangan sedang berkongsi makanan sesama mereka.

Sekejap...sekejap!Macam kenal aje?

Langkah Putera Eilian terus berhenti apabila dia ternampak wajah yang amat dikenalinya tidak jauh dari tempat mereka sedang berada. Bukan ke itu-

          "Ada apa Eilian?"tanya Ricardo setelah dia terlanggar belakang lengan Putera Eilian kerana lelaki itu berhenti tiba-tiba.

Hal itu menarik perhatian Puteri Eiliana dan Alfareeze juga.

          "Macam kenal aje dia orang tu?"mata Putera Eilian mengecil kerana dia hendak pastikan dia tidak salah Nampak!Sekali tu memang betul siapa yang dia sangkakan itu. "Apa Pearl buat bersama dengan Marvin dekat sini?"soalnya sedikit jengkel melihatnya.

           "Mana?"tanya Ricardo ikut cuba mencari kelibat Pearl,entah kenapa dia rasa teruja sendiri kerana teringatkan seseorang pada pada yang sama.

           "Pearl?"Puteri Eiliana tersentak mendengar nama pelajar paling popular dalam akademinya itu. Dan ikut hendak mencari dimana seniornya itu.

Dan apabila mereka semua mengerling ke arah sebuah gerai menjual makanan skewer waktu itulah mereka melihat dua lelaki lampai berdiri rapat di hadapan dua orang gadis yang membelakangkan mereka.

Saat itu seorang dari gadis di situ berpusing. Menghadap rakan gadisnya sambil ketawa menunjukkan sesuatu di tepi bibir. Dan lelaki yang berdiri di depan menghulurkan sapu tangan.

Barulah Putera Eilian nampak dengan jelas. Memang Pearl!Gadis itu bersama dengan Marvin.

           "Apa yang seronok sangat tu??"getusnya dengan kening berkerut dan riak tidak puas hati. Tidak berlengah dia apalagi, memang terus bergerak ke arah mereka berempat juga la!Tidak Darrius...tidak Marvin! Kenapalah ramai sangat lelaki kacak berada dekat dengan Pearl!?

Mahu tak mahu Ricardo, Alfareeze dan Puteri Eiliana pun ikut sama ke arah dimana Putera Eilian menuju.

Apabila mereka berada dekat barulah suara mereka jelas dan perbualan mereka dapat didengar.

          "Macam mana makan tu Darra...tu ada sos sekali dekat hujung hidung kau?"Pearl beritahu sambil ketawa saat mengambil sapu tangan dari Marvin. Namun senyumannya memudar setelah dia nampak ada sekumpulan orang sedang berjalan menuju ke arahnya. "Huh?"terkejut dia bila nampak muka jejaka lampai depannya.

Waktu itulah Darra ambil keputusan untuk menoleh kerana melihat reaksi terkejut di wajah Pearl.

Seakan pergerakkan slow motion, semasa Darra berpaling Putera Eilian, Ricardo dan Alfareeze yang niat hendak memandang Pearl teralih perhatian pada gadis berambut hitam beralun di depan Pearl pula. Perkara pertama yang membuat mereka terpegun adalah sepasang mata yang terarah pada mereka ketika itu.

Mulut Alfareeze sudah ternganga sedikit dengan nafas tertahan tanpa sedar.

Riak wajah serius dan tiada mood Ricardo tadi kelihatan berseri tidak semena.

Putera Eilian pula pandang seakan dia baru melihat dua tanduk tumbuh di kepala.

Sementara Puteri Eiliana tersenyum kerana ternampak Marvin sedang memandang ke arahnya.

           "Putera Eilian...Puteri Eiliana...Master Alfareeze..dan siapa saudara dekat sebelah putera ni?"tegur Marvin dengan hairan melihat kehadiran mereka semua di situ.

            Pearl menjungkit kening dengan tinggi kerana terpandang Ricardo tidak bertopeng mulut.Dia ingat lelaki ni!Kalau lelaki ni selalu disamping Putera Eilian itu bermakna lelaki ni adalah- "Oh my god!Awak Ricardo?Awak yang saya jumpa dekat rumah Duke Elijah hari tu!"tundingnya ke lelaki kacak di sebelah Putera Eilian.

Ricardo dekat situ begitu terpempan apabila Pearl mengenali dirinya dengan mudah.

Marvin tersentak memandang ke lelaki tidak bertopeng di sebelah Putera Eilian dengan terkejut.

Sementara Darra lihat mereka di situ sudah terdiam dan menahan nafas dengan dalam. Lagi-lagi selepas bertentang mata dengan Alfareeze. Memang berbahang mukanya dibuatnya. Tapi apa yang Pearl cakapkan tadi?Ricardo?Perhatiannya terarah pada lelaki di sebelah Putera Eilian serta merta.

Alfareeze nampak perhatian Darra ke mana masa itu. Dia terus ikut pandang ke Ricardo. Serta merta rahangnya berketik dan kepalan penumbuk dikepal erat. Lupa terus rasa pegun dia dengan rupa paras sebenar Darra kerananya.

            Putera Eilian mengedipkan mata setelah sedar dari lamunnya. "Darrius?"sebutnya kerana wajah gadis di depannya itu sungguh familiar dengan budak lelaki yang dia musuhi selama ini. Terutama sekali mata bundar itu.

William dan Puteri Eiliana yang tidak tahu hendak katakan apa-apa pada masa itu hanya silih ganti memandang setiap orang di situ. Cuba hendak fahamkan kenapa mereka di situ begitu terkejut?

            "Ada Darrius ke dekat sini?"tanya William dan Putera Eiliana dengan serentak.

Chapitre suivant