webnovel

Bab 3

3 tahun kemudian...

Hari-hari Nabila berlalu dengan rutin yang biasa dilakukannya.

Nabila mengemas bilik stok setelah selesai membuat pengiraan stok. Setelah selesai mengemas, Nabila keluar dari bilik tersebut dan terus menuju ke arah Izzati yang sedang menyusun bunga-bunga atas rak. Sampai sahaja Nabila ke arah Izzati, Izzati pun mula bertanya, "Settle dah kemas bilik stok?"

Nabila senyum dan menjawab dengan lagak dan riak wajah yang berlagak, "Obviously. Aku kan."

Izzati yang mendengar jawapan Nabila, terus melihat Nabila yang sedang membuat muka berlagak. Izzati berasa geram, lalu terus mencucuk pinggang Nabila dan menggeletek Nabila, "Eh kau ni kan... Geram aku."

Pada masa yang sama.....

Zamir dating dengan kekasihnya di kedai makan pilihan Rias. Kekasih Zamir suka akan pemilihan tempat dan makanan kedai tersebut. Apabila Zamir melihat riak wajah kekasihnya yang bahagia dan suka akan tempat tersebut, hati Zamir berkata, "Nasib baik kau yang carikan Rias. Kalau aku yang pi cari, haih la memang takkan jumpa tempat ni. Hmmm terpaksalah aku belanja kau lepas ni Rias. Dia pun dah mention hari tu mintak aku belanja dia makan sebagai upah dia. Baiklah Rias, disebabkan kekasih aku happy dengan pilihan kau, aku dengan rela hati belanja kau."

Setelah selesai menjamu selera, Zamir dan kekasihnya keluar dari kedai tersebut dan terus berjalan menuju ke arah butik pilihan kekasih Zamir untuk membeli baju daripada pereka fesyen kegemarannya. Dalam perjalanan mereka ke arah butik tersebut, mereka berjalan di hadapan kedai bunga tempat Nabila bekerja.

Secara tidak sengaja, Zamir terpandang ke arah kedai bunga tersebut dan langkahnya terhenti apabila melihat seorang pekerja yang seakan Nabila, bekas kekasih Irman. Zamir memerhati gerak laku dan wajah pekerja tersebut dan yakin bahawa pekerja tersebut adalah Nabila.

Pelik akan tingkah Zamir, kekasihnya bertanya kepada Zamir, "Siapa tu?"

Zamir terkejut ditegur dan menjawab, "Ex kawan bie."

"I rasa je lah yang tu dia, sebab I sendiri tak pernah tengok dia depan-depan.", jelas Zamir lagi.

"Then, kenapa you tenung dia macam tu?", tanya kekasihnya lagi seperti tidak puas hati.

Zamir perasan akan aura cemburu kekasihnya, lalu mengusik kekasihnya dengan berkata, "Takde, saja je.", sambil membuat kerdipan mata kepada kekasihnya.

Apabila melihat reaksi Zamir, kekasihnya berasa geram dan membuat muka tidak berpuas hati.

Zamir tergelak dan berkata, "Dah jum. Kita ke butik. Tak payah nak buat muka tak puas hati gitu. I ada you je tau.", senyum Zamir.

Kekasih Zamir tersenyum apabila mendengar kata-kata dan melihat senyuman Zamir. Setelah itu, mereka berlalu dan Zamir sempat melihat nama kedai bunga tersebut.

Pada petang hari yang sama...

Zamir sampai ke perkarangan rumah Irman dengan motorsikal mewahnya setelah menghantar kekasihnya balik rumah. Zamir masuk ke rumah Irman seolah rumah itu sudah menjadi rumahnya juga. Apabila Zamir terdengar bunyi kocakkan air di luar rumah, Zamir menoleh ke arah bunyi tersebut dan melihat pergerakan air pada kolam renang rumah tersebut. Zamir terus menuju ke kolam renang dan lalu mengambil kain tuala dari atas kerusi santai di situ. Setelah itu, Zamir berdiri di tempat Irman akan berhenti renangnya sambil memegang kain tuala Irman.

Irman yang baru sahaja selesai berenang, mengangkat kepalanya dan melihat Zamir berdiri sambil menghulurkan kain tualanya. Irman yang faham akan maksud tingkah Zamir, terus keluar daripada kolam renang tanpa membuat bising. Irman mengambil kain tuala yang dihulur oleh Zamir dan terus menuju ke arah kerusi santai.

Setelah keringkan muka, Irman terus bertanya, "So? Apa benda yang kau nak cerita?"

Zamir terkejut dan tersengih, "Memang tak dapat nak simpan apa-apa daripada kau. Tau-tau je kau kan, ada benda aku nak cerita."

Irman menjawab, "Ala biasalah. Aku kan kawan kau, mestilah aku tau. Dari muka kau, dari perbuatan kau. Sorry, kau tak dapat simpan apa-apa dari aku. Hehe", Irman tersengih.

Zamir berkata, "Yelah-yelah. Aku cerita.". Zamir menarik nafas dalam sebelum mula cerita pada Irman berkaitan dirinya ternampak akan Nabila bekerja di kedai bunga.

Setelah selesai bercerita, Zamir bertanya, "Kau taknak jumpa dia ke? Takdelah, sebabkan kau masih lagi ada rasa kat dia and aku tau dia pun masih ada rasa jugak kat kau lagi. Tak perlu gi report kat Papa kau, tak perlu tegur dia mula-mula. Cukup kau pergi tengok keadaan dia dulu. Nanti-nanti bila kau dah sedia, baru kau pergi tegur dia.", seolah Zamir tahu akan fikiran dan keinginan Irman untuk berjumpa Nabila.

Irman menjawab, "Aku bukan taknak jumpa dia, tapi aku tak sedia lagi. Aku takut nanti aku tersalah cakap ke apa. Ye, memang aku boleh je pergi depan kedai tu sekadar tengok dia je dari jauh. Tapi aku takut nanti bila dah sampai kat depan kedai tu, kaki aku bergerak sendiri masuk ke kedai tu dan mulut ni tiba-tiba tegur dia tanpa sengaja.", dengan nada yang kebingungan.

Zamir faham akan perasaan Irman, menepuk bahu Irman untuk memberi semangatnya pada Irman agar bertabah, sambil berkata, "Sabar je wei. Aku nak kata lebih pun tak dapat sebab yelah aku faham perasaan kau sekarang, tapi apa yang aku boleh nasihat, kau bawak banyak bersabar and kau doa je agar semua ni berakhir dengan baik.", dengan nada lembut supaya Irman tidak terlalu sedih.

Irman membalas, "Thanks, bro.", sambil memberi senyuman tawar.

Zamir berkata, "Dah. Kau pergi naik atas, kemas. Aku tunggu kau kat ruang tamu. Kita ke shopping mall.", apabila melihat senyuman tawar Irman.

Irman hairan dan bertanya, "Dah kenapa aku kena ikut kau? Shopping mall pulak tu….", sambil memberi jelingan tidak berpuas hati apabila diajak ke pusat membeli belah.

Zamir tergelak apabila melihat reaksi Irman dan berkata, "Aku nak jadikan kau girlfriend aku yang kedua.", sambil buat nada dan gelak jahat.

Irman geram dan menepuk dahi Zamir, lalu berkata, "Bengong lah kau ni. Taknak aku jadi girlfriend kedua kau. Jatuh saham aku nanti. Bagitau betullah kenapa aku kena ikut kau ke sana?".

Zamir tergelak kesakitan akibat dahinya ditepuk Irman dan berkata, "Uisshh sakitlah kau tepuk. Merah tak dahi aku? Kalau merah lagi sampai kau habis bersiap nanti, terpaksalah aku pakai topi untuk tutup merah-merah ni.", tanpa menjawab soalan Irman.

Irman geram akan jawapan Zamir dan berkata, "Ish kau ni. Soalan aku tak jawab pun. Kau rasa-rasa aku tepuk gitu tadi merah tak?", dengan nada geram.

Zamir mencebik dan berkata, "Hmmm…..takdelah bukan nak jadikan kau girlfriend aku pun. Cuma aku nak kau temankan aku beli hadiah untuk awek aku, sekali mana tau kau boleh buat rujukan untuk masa akan datang. Itu je."

Irman pelik dan bertanya, "Masa akan datang? Maksud kau?"

Zamir menepuk dahinya sendiri dan berkata, "Kau ni kan….haih. Masa akan datang tu maksudnya kau dengan girlfriend kau lah, takpun tunang ke, wife ke. Tapi aku tak maksudkan siapa-siapa. Secara general k."

Irman memberi jelingan kepada Zamir dan berkata, "Fine. Aku gi kemas jap."

Zamir menahan gelak apabila melihat reaksi Irman dan berkata dalam hati, "Kau memang tak boleh lupakan Nabila, kan? Kalau ada jodoh korang, in shaa Allah menjadi jugak korang nanti. Amin."

Setelah itu, Zamir menuju ke arah ruang tamu menunggu Irman selesai bersiap sambil melihat segala notifikasi dalam telefon miliknya. Manakala Irman di biliknya, segera bersihkan diri dan menukar baju. Sedang dirinya bersiap di hadapan cermin, terdetik hatinya nama Nabila, "Allah Nabila, rindu betul aku dekat kau."

Irman tersedar dari lamunannya apabila terdengar jeritan Zamir, "Hoi!! Lama lagi ke kau nak bersiap? Mengalahkan perempuan lah kau ni.", dengan nada geram.

Irman menjawab jeritan Zamir, "Kejaplah."

Irman menuju ke tingkat bawah dan ke arah ruang tamu, lalu berkata pada Zamir, "Dah jum."

Zamir hanya menggeleng kepalanya dan berdiri sambil berkata, "Jum"

Dalam perjalanan ke pusat beli belah...

Irman melihat di luar kereta dan memberi riak wajah yang hairan, lalu bertanya pada Zamir, "Laa, kat sini ke kau nak pergi beli hadiah tu?"

Zamir menjawab, "Ye lah kat sini. Kenapa? Salah ke aku nak beli hadiah tu kat sini?", dengan pelik.

Irman berkata, "Takdelah salah, cuma aku kan pernah jugak ke sini. Tapi takdelah something yang best. Biasa je. Kau dah ada idea ke nak beli apa as hadiah? Ke kau baru nak tengok-tengok?"

Zamir menjawab, "Ish kau ni, tak baik kata takde something yang best. Bagi kau je lah yang takde best, bagi orang lain best je. Idea tu ada tapi kalau boleh aku nak tengok-tengok lagi, mana tau jumpa yang best lagi."

Irman berkata, "Yelah yelah, aku je salah. Putus dengan Nabila pun aku jugak yang salah, semuanya aku salah."

Zamir terkedu dan berkata, "Ish kau ni, ke situ pulak. Aku cakap pasal mindset kau pasal tempat ni. Takde kaitan dengan Nabila or hal lain. Tak payah nak terasa or nak merajuk dengan aku. Kau belum lagi jadi girlfriend aku, so takyah nak merajuk sangat. Nanti aku bagi kau coklat, nak?", sambil tersengih dan keluar daripada kereta.

Irman yang mendengar jawapan Zamir, terus menjeling ke arah Zamir. Manakala Zamir yang perasan akan riak wajah Irman, tergelak puas hati. Irman keluar dari kereta dan terus berkata, "Jum lah. Nanti kau pulak yang merajuk dengan aku.", dengan nada tidak berpuas hati.

Zamir berkata, "Yelah yelah, baiklah sayang. Kita pergi jalan-jalan ye, sayang.", dengan nada mengusik dan memeluk Irman dari bahu.

Irman yang berasa rimas diusik begitu, berkata, "Ish kau ni. Bersayang-sayang bagai. Geli lah. Aku ni straight lagi la. Kau ni aku tumbuk kang baru tau."

Zamir tergelak melihat telatah Irman dan terus mengusik, "Laa nak sayang-sayang tak boleh ke? Girlfriend aku takde, kau lah jadi pengganti. Nak tumbuk, tumbuk lah.", sambil menjelir lidah untuk mengusik dan menjauh sedikit untuk mengelak kena tumbukkan Irman.

Masa rehat, tengah hari, di kedai bunga...

Sedang menikmati burger, Izzati teringat akan kejadian seminggu yang lalu dan terus menegur Nabila yang sedang makan, "Ha aku ada benda nak cerita kat kau ni."

Nabila terkejut ditegur begitu, terus minum sedikit airnya, dan menjawab setelah itu, "Kau nak cerita apa sampai macma tu sekali rupa? Macam takleh nak tunggu lepas habis makan.", dengan nada geram.

"hehe sorry-sorry. Aku tau kau tak suka nak bercakap masa makan, tapi aku takut kalau aku cerita nanti, aku lupa pulak apa aku nak cerita.", kata Izzati setelah sedar salah dirinya.

Nabila sukar untuk berkata tidak pada Izzati apabila diberi sebab begitu, lalu bertanya, "hmmm yelah. Apa?"

Izzati tersengih dan berkata, "hehe. Aku ada jumpa someone yang mungkin aku punya the one.", sambil memberi senyuman yang bahagia.

Nabila terkejut dan pelik, "Itu je kau nak cerita kat aku sampai tak boleh nak tunggu lepas habis makan? Ish kau ni, kalau nak cerita hal ni, baik lepas makan."

Setelah berkata begitu, Nabila terus menyambung makan. Izzati yang melihat Nabila menyambung makan, berasa geram lalu berkata, "Ish kau ni. Aku tak habis cerita lagi. Kejap lagi lah kau sambung makan. Dengar dulu cerita aku ni.", dengan nada merayu.

Nabila berkata, "Macam mana nak habis cerita kalau tak habis senyum dan tak boleh. Lepas makan baru kau cerita sebab masa rehat kita ni tak lama, tak ambik masa 2 or 3 jam. 1 jam je tau. Kalau berhenti makan, then dengar cerita kau, makanan ni takkan habis dimakan. Makan sambil bercakap ni tak elok. Okay?"

Izzati tidak dapat melawan kata Nabila kerana tahu apa yang dikatakan Nabila adalah betul, hanya berdiam dan terus sambung makan setelah berkata, "Baiklah mak."

Nabila hanya tersenyum mendengar balasan kata Izzati dan terus menyambung makan.

Setelah selesai makan, sambil menghabiskan air minuman mereka, Nabila melihat jam dinding kedai, masih ada baki 20 minit, dan berkata, "Hmm kau nak cerita apa tadi?"

Izzati minum seteguk airnya dan berkata, "Ok macam ni cerita dia. Minggu lepas aku terjumpa someone ni and kiteorang gi makan. Borak-borak, then kiteorang exchange number fon. Sejak balik dari makan-makan tu, aku selalu chatting dengan dia. Semalam pun aku ada keluar dengan dia."

Nabila bertanya pada Izzati, "Kau terjumpa dia dekat mana?"

Izzati menjawab, "Dekat supermarket yang kita selalu pergi tu."

Nabila bertanya, "Macam mana boleh terjumpa? Kau saja-saja ke lelaki tu ke?"

Izzati menjawab, "Ish kau ni…takdelah aku nak saja-saja pergi ke lelaki tu. Kau kan tau aku mana sibuk nak menggatal kat mana-mana lelaki. Aku masa tu tengah sibuk pilih-pilih sayur, pastu laki tu sampai kat tempat sayur tu jugak. Pastu laki tu tanya lah aku, tak jumpa sayur yang bagus ke tilik-tilik macam tu? Pastu aku jawablah balik, haah tak jumpa lagi, banyak yang tak berapa elok. Pastu kiteorang sembanglah pasal macam mana nak pilih bahan-bahan yang elok. Kiranya dia temankan aku beli barang dapur kita masa tu. Disebabkan kiteorang leka sembang, and rasa macam nak borak lama lagi sebab rasa macam serasi gitu, kiteorang pergi lah ke kedai makan. Laa kedai mamak je. Masa borak dekat sana lah kiteorang exchange phone number. Dari yang aku perasan lah pasal laki tu, dia memang jenis yang pandai tackle perempuan, tapi aku tak nampak or rasa vibe casanova tu or sweet talker. Just cara dia tu memang macam yang pandai tackle perempuan."

Nabila bertanya, "So apa yang membuatkan kau rasa dia ni adalah kau punya the one?"

Izzati menjawab, "Yelah masa kiteorang lepak sama and chatting, pemikiran dia, ayat dia, cara dia layan aku, aku rasa selesa, rasa macam sesuai dengan cara aku. Tapi yelah aku taknak berharap sangat and takut gak itu semua hanya tanggapan aku sorang. So kalau boleh aku ingat nak bawak kau or dia berjumpa. Masa tu kau tengok sendiri perwatakan dia dan kau nilai dia sendiri."

Nabila berkata, "Ok, nanti kita cek jadual masing-masing."

Izzati berkata, "Ok, thank you sayang. Hehe"

Nabila menjeling dan berkata, "Sama-sama. Tak payahlah bersayang-sayang bagai."

Izzati tersengih dan Nabila menggeleng kepalanya apabila melihat sengihan Izzati sambil berkata, "Dah jum. Kemas meja pastu sambung kerja. Habiskan air kau tu."

Izzati berkata, "Baik mak.", sambil tersenyum.

Nabila berkata, "Banyaklah kau punya mak.", sambil mengemas meja makan mereka.

Nabila berlalu ke arah stesen mengubah bunga dan bertanya pada Izzati, "Pesanan customer yang satu tu kau dah buatkan ke? Yang hanya nak bunga dahlia je dalam jambangan tu.", sambil mengambil buku pesanan kedai untuk periksa pesanan yang belum dibuat.

Izzati yang selesai mengemas meja bahagian dia, pergi ke arah Nabila dan berkata, "Oh yang tu aku dah siap gubahkan. Yelah banyak mana je bunga dalam jambangan tu. Lagipun bunga dahlia je yang dia nak, sejenis tu je. Sekejap je aku siapkan. Kenapa kau tanya?"

Nabila menjawab, "Takde lah sebabkan customer tu lain macam sikit. Kalau kau tak buat lagi, aku buatkan. Takut lak bila dia datang, bunga dia tak siap lagi, haa masak kita. Dengan gaya dia gitu, mulut yang bising berlagak gitu. Eee meluat aku.", sambil membuat muka benci.

Izzati tergelak melihat wajah Nabila begitu, "Haa tau pun kau. Sebab tu aku dah siapkan awal order dia. Tau kau tak berkenan dengan dia tu, takut nanti dia perasan wajah kau yang gini benci gini kat dia, kau rasa apa dia akan kata? Kau tu dahla tak pandai nak simpan ekspresi muka kau."

Nabila menjawab, "Laa kau je yang tau aku punya ekspresi yang sebenar. Kalau orang lain mana nak tau. Kan?"

Izzati tersenyum dan menjawab, "Iyerr la. Sebab aku bestfriend kau yang terbaik sekali.", sambil membuat intonasi dan lagak gedik di hadapan Nabila.

Nabila meluat dan berkata, "Eee kau ni….gedik sangat ni kenapa?", sambil mencucuk pinggang Izzati bertubi sampai Izzati tidak tahan dan gelak. Nabila pun berlalu dari situ untuk mengambil beberapa batang bunga untuk membuat gubahan pelanggan.

Jujur dengan hatimu,

Besarkan hatimu,

Perwatakan sebenarmu akan muncul,

Rakan sebenar akan muncul.

ANA8544_creators' thoughts
Chapitre suivant