perjalanan seorang mc menjadi ruler of the universe dengan berbekalkan semangat dan tekat semata-mata. cerita bermula apa bila terdapat bencana menimpa bum,i yang membuatkan ekosistem bumi berubah 100%. hampir 85% spesis haiwan dibumi mengalami mutasi dan berubah menjadi spesis yang baru. didalam kekacauan tersebut terdengar suara yang tidak dapat mengenal pasti siapa, namun ia memberikan peluang untuk manusia di bumi berubah dan mengembalikan kesejahteraannya.
"hai alice lama tak jumpa sudah 2 ribu tahun ehhhh senjak travel ke dimensi lain".
"aku sibuk cari penerus aku lion".
"hmmm, habis dah jumpa ke belom".
Alice hanya menundukkan kepalanya tanpa mengatakan satu kata.
"tengok dari reaksi macam belom".
"Leon apa kau tahu sebab apa Jean kumpulkan semua penguasa secara tiba-tiba ni".
"hentahlah tapi katanya ada hal yang penting jom cepat tak pasal-pasal kena marah pulak".
mereka berdua pun bergegas menuju ke ruang berkumpul. setibanya mereka tiba di ruang berkumpul terlihat kesemua penguasa lain sedang membincang antara satu sama lain.
"maaf kami terlambat. macam biasa aku dari dimensi lain dan Leon... aku tak tahu".
"Leon alasan apa kali ni yang akan kau bagi ha!!!!".
"alaa macam kau tak biasa lah jean, banyak hama yang perlu diuruskan kat luar sana, lagi pula kalau bukan aku siapa lagi yang nak bersihkan hama tu".
"haaa next time kau kena datang cepat sikit. kau Jangan ikut Alice dia tu dah banyak berkorban untuk kita semua sebelum ni".
"Yee aku tahu next time aku tak buat lagi ok puas".
"haaa" Jean hanya menghela nafas yang pendek seakan-akan dia tahu yang Leon tidak serius dengan kata-katanya.
"korang berdua silakan duduk dulu". pelawa Jean ke Alice dan Leon.
"ok mari kita mula pembincangannya, baru-baru ni aku mendapati akan ada ribuan meteor yang akan menghentam planet bernama bumi".
"sebelum ni pun ada kes macam ni tapi Hanya ratusan meteor je yang menghentam planet..... apatah tapi itupun hampir separuh bersih planet tu".
"memang benar kata Marks sebelum ni ada meteor menghentam planet lain tapi ukuran planet tu dengan bumi berbeza, lagi pula bumi 70 kali besar dari planet tu".
Tiba-tiba seorang yang duduk di hujung meja tiba-tiba menyampuk perbualan antara Jean dan Marks.
"aku datang kat sini untuk mendengar rancangan apa yang perlu di buat agar planet bernama bumi ini tidak terjadi seperti planet sebelum ni, bukannya dengar korang membebel".
"aku setuju dengan shadow lagi pula kita kesuntukan masa, kita kena rancang dengan cepat dan teliti".
"kita tak boleh membuat banyak tapi kita tak boleh biarkan kejadian sebelum ni berlaku lagi".
"ok aku arahkan kelima-lima penguasa bantulah sebaik mungkin agar kejadian sebelum ni tidak berulang lagi dan aku membenarkan korang memberikan kekuatan korang untuk merevolusikan mahkluk di bumi".
"ok apa ada bantahan lain kalau tak de aku tutup pembincangan ini . . . . . ok dengan ni pembincangan kita untuk menyelamatkan bumi dibubarkan".
setelah pembincangan di bubarkan Leon, Marks dan shadow terus berangkat menuju bumi dengan portal manakala diruang pembincangan hanya meninggalkan Jean dan Alice sahaja.
dikeranakan Jean melihat Alice sedang dalam kesedihan Jean terus menghampirinya dan menyandarkan kepala Alice ke dadanya sambil mengusap kepala Alice untuk menenangkannya.
"aku tahu kalau kau masih belum menemukan pewaris mu, aku harap kau dapat buka sedikit hati mu untuk menerima manusia di bumi tu".
"akan aku pertimbangkan kata mu Jean".
"aku faham Alice, kau kena cari orang tepat untuk memberikan kekuatan mu".
"lagi pula dalam kelima penguasa hanya kamu lah yang paling kuat dan kalau lah paling banyak pikul beban dibandingkan kita orang semua".
"ohh ye kita orang dah sepakat, kalau alice dah dapat penerus dan kalau Alice nk bagi penerus Alice guna kuasa penuh Alice termasuk kuasa kita orang sekali. kita orang ok je".
"lagi pula Alice penguasa akan hukum alam semesta ni, kuasa kita orang hanya sebilangan kecil je, kalau nak di bandingkan dengan kamu alice".
"tak apa ke, kan kita dan buat penjanjian sebelum ni".
"itu janji kita berjuta tahun yang lalu tak perlu ikut dah dan kalau Alice nak hidup sebagai manusia dan turun ke bumi kita orang ok je lagi pula kita orang berempat akan turun ke bumi untuk bantu dan sekali gus hidup di sana".
Jean mengangkat kedua tangannya lalu meletakkan ke kiri dan kanan pipi Alice yang lembut. lalu Jean menundukan badannya sedikit agar setinggi dengan Alice dan berkata.
"ok ehh Alice Jangan sedih-sedih. Jean ada di sisi Alice kita orang akan selalu ada di samping Alice"
"terima kasih Jean sebab dah semangat kan Alice".
"kalau cam tu Jean gerak dulu sampai jumpa lagi Alice jaga diri baik-baik"kata Jean sambil tersenyum.
melihat Alice dah kembali ceria Jean terus memberikan satu ciuman di dahi Alice dan bergerak menuju portal sambil melambaikan tangan dan meninggalkan Alice sendirian di ruangan itu.
"hmmm terima kasih Jean".
Alice hanya tersenyum kecil lalu meninggalkan ruangan itu dan bergerak menuju kearah portal.
setelah Alice keluar dari portal. Alice dikejutkan dengan pemandangan yang aneh di sekelilingnya. terlihat banggunan pencakar langit di sini sana.
"tak sangka planet bernama bumi mempunyai peradapan yang sedikit lebih maju dari kami".
dalam suasa yang takjub itu Alice dapat merasakan aliran mana yang samar-samar di kalangan para manusia.
"Aura ini kalau tak silap ini mana!!! dan ini sedikit samar apa ada seorang evolusi di bumi sebelum terjadi bencana? pelik aku kena siasat siap pemilik mana ni"
dengan perasan ingin tahu yang berkobar-kobar membuatkan Alice lebih bersemangat.
setelah mengikuti aliran mana tersebut. Alice akhirnya menemukan pemilik dari mana tersebut dan pemilik dari mana tersebut merupa seorang remaja lelaki.
"mari kita lihat status miliknya apa ada yang special".
setelah Alice membuka status milik pemuda itu. alangkah terkejutnya Alice apabila membaca status milik pemuda itu.
"ini tidak mungkin kan aku sudah travel dimensi selama beratus-ratus tahun dan aku masih belum menemukan seseorang yang mempunyai semua atribut dan skill rosak macam ni dan apa dengan title sebanyak ini apa manusia ini bukan monster. ahh sungguh menarik.."
skill yang dimiliki oleh pemuda itu ialah manipulasi waktu , kontrol ruang dan waktu dimensi dan pengetahuan sihir. selain skill title yang terdapat di status remaja tersebut ialah pakar senjata, pengguna dua senjata berlainan dan penjaga ruang dan waktu.
"mari kita lihat gadis kat sebelah remaja tu. ahhh Meraka adik beradik ahh ok mari kita Lihat skill dan title gadis ni ahhh.... apa!!".
Alangkah terkejutnya Alice apabila mendapati bahawa atribut gadis tersebut mempunyai 5 atribut iaitu api,air,tanah,angin dan cahaya. skill yang di miliki gadis tersebut adalah permuni, master sihir, peganda sihir dan buku sihir manakala title yang di miliki gadis tersebut ialah pakar senjata, penguna dua senjata berlainan, penguasa sihir dan takdir cahaya.
"sungguh menarik... akan aku ingat kedua adik beradik ini. jika ada kesempatan lain akan aku angkat kedua adik beradik ini menjadi penerus ku".
"akan aku menantikan kesempatan itu di lain waktu".
"sampai bertemua lagi manusia".
lalu Alice pun menghilang dengan sekelip mata.