"LEYA!! Leya! ke sini kau!!" Suara garau Rasyid yang memekik di halaman perhimpunan di sekolah menengah Aleya, telah menarik perhatian ramai pelajar dan guru-guru di sekolah itu.
Jerit pekik Rashid yang memanggil nama anaknya itu, tidak berhenti sehinggalah petugas-petugas keselamatan sekolah dan guru selia telah datang mendapatkan Rasyid.
"Encik, di sini sekolah. Encik tak boleh buat bergini."
"Aku perduli apa!! mana anak aku?! mana dia?!!! Aleya!!!"
Rashid tidak mengendahkan kata-kata guru selia yang cuba melarangnya dari bertindak luar kawalan di kawasan sekolah. Selagi kelibat anaknya, tidak kelihatan di mata. Selagi itu, dia akan memekik, memanggil nama anaknya berulang kali.
Jika dia tidak pulang awal hari ini, pasti perbuatan anaknya itu tidak dia ketahui. Anaknya itu, sanggup menconteng arang di mukanya. Membuat malu pada nama keluarganya. Biar, buluh panjang ini mengajarnya cukup-cukup. Biar jadi manusia, bukan syaitan!
Meluap-luap perasaan marah, yang membakar di dadanya. Dia sememangnya pantang, berjumpa dengan orang yang membawa malu pada keluarga. Terutama, anaknya sendiri.
Segala keperluan asas keluarganya dipenuhi, mengikut kemampuannya. Makan, pakai dia sudah sediakan. Dah hantar sekolah belajar supaya jadi manusia berguna, tapi ini yang dia buat di belakang tanpa pengetahuannya.
Keluar dengan jantan, ke hulu ke hilir! Berpeluk atas motor!!
"Leya!!! selagi kau tak keluar. Selagi itu, aku tunggu kau ada disini. Kalau kau berani nak menyorok, aku kerjakan cukup-cukup kau dekat rumah!" panggilan terhormat, gelaran 'ayah' telah hilang dalam bicaranya. Marahnya, membara-bara.
"Ya Allah, Encik Rashid. Buat bertenang. Sabar! Jangan macam ini." Guru selia yang mendengar ungkapan bapa kepada salah seorang pelajar di sekolah itu mengeleng kepala. Dia juga, tidak merasa selamat apabila berada berhampiran dengan lelaki yang bersenjatakan buluh mati. Walaupun kecil tirus, sekali dilibas. Pedihnya, berminggu-minggu nak hilang.
Risaunya makin ketara, apabila Rasyid mula melibas anak-anak pokok yang berada berhampiran. Rentak gayanya, seperti melepaskan kemarahan pada makhluk yang tak bersalah.
Jika di abaikan, berkemungkinan Rashid akan bertindak lebih agresif. Takut-takut, ianya akan menjadi lebih teruk dan mungkin menjadi kes polis.
Sempat juga dia memesan pada petugas yang turut sama ada di situ untuk bersedia, sekiranya Rashid akan bertindak di luar kawalan. Siapa sahaja yang tidak kenal Rashid. Namanya sahaja, sudah terkenal hingga ke kampung sebelah.
Nama panggilannya sahaja, sudah melambangkan tahap kemarahannya. Si singa. Lelaki yang mempunyai baran yang amat sangat.
Aleya melangkah perlahan, keluar dari kerumunan pelajar yang berkumpul di luar kelas. Keadaan bising dan bingit menjadi senyap saat Aleya datang dan cuba menghampiri ayahnya.
Wajah Aleya, sudah cukup mengambarkan dirinya ketakutan. Raut wajahnya pucat lesi dengan badan dan tubuhnya mengigil. Dia juga akui, bahawa ayahnya lebih menakutkan sekiranya sedang marah.
"Encik Rashid! saya tak benarkan." pengetua sekolah yang baru tiba, mencelah. Tangannya segera meraih lengan Aleya, dan dibawa ke belakang badannya. Di halangnya tubuh pelajarnya itu, dengan tubuhnya.
"Kau siapa?!"
"Saya pengetua di sekolah ini. Saya tak benarkan, encik mendekati anak murid saya."
"Kau, siapa nak masuk campur hal anak beranak aku!!! Kau, siapa!!" Pekik Rasyid, dengan runcing buluh di hala pada wajah pengetua. Berang!
Pengetua perempuan itu, tidak berganjak dari langkahnya. "Jangan sampai saya bawa encik ke balai."
"Encik, boleh berikan saya buluh ini." pinta guru selia yang masih berada di situ. Buluh runcing itu, mampu menjadi alat untuk membunuh.
"Kau, jangan ganggu! Aleya!! Mari sini!!" Sempat buluh itu, di hala pada guru selia sebelum dia memanggil anaknya.
"Pengawal, sila bawa Encik Rashid keluar dari sini!" arahan tegas, telah diminta oleh pengetua wanita itu, namun pengawal yang berada di situ kelihatan teragak-agak.
Dari riaksi yang sepintas lalu. Mereka kenal rapat dengan Rashid. Dia seperti bom jangka. Sekali tersentuh, boleh meletup.
Oleh kerana itu, mereka teragak-agak untuk membawa Rashid keliar dari kawasan sekolah.
"Jangan sampai saya call polis." Pengetua mula mengeluarkan ugutan. Jika tiada cara lain, hanya dengan ini sahaja cara yang ada. Dia tidak berbohong. Dia akan hubungi pengawai polis sekiranya perlu.
Selagi pelajar di bawah penjagaan sekolah. Dia akan bertangungjawab melindunginya. Dia juga punya anak sendiri, dan dia tidak teragak-agak untuk melindungi anaknya jika berlaku hal seperti ini.
"Ke tepi!! Aleya!! balik!!"
"Maaf!" Pengetua masih bertegas.
Aleya yang berada di belakang pengetua, sudah menangis teresak-esak. Ayahnya, memang menakutkan apabila sedang marah.
Berang dengan tindakkan pengetua yang tidak gentar dengan kemarahannya, Rashid maju ke hadapan. Dia terus mendapatkan anaknya yang berada di belakang pengetua.
"Ayah!!! ayah!!! huuu...ayah!! sakit! sakittt!!!" Aleya meraung dan meronta. Pengetua telah ditolak kasar oleh Rashid sehingga terundur beberapa jarak dan hampir sahaha jatuh terjelepuk.
"Kau sini, kau!!"
Ragutan ayahnya, menarik tudung Aleya hingga tercabut dari kepala. Ianya tidak berhenti di situ sahaja, apabila Rashid menarik rambut Aleya dengan kasar.
"Encik!!" Pengetua mula masuk campur.
"Ini anak saya!!" Rashid marah!
"Ayah!! sakit!! ayah!!" raungan Aleya, tidak diperdulikan. Diseret anaknya, ke luar sekolah.
"Cikgu, call polis! cepat!!" Pengetua yang sedang memengang tangan Rashid, cuba melepaskan tarikkan rambut Aleya yang menangis kesakitan.
"Ya Allah!!! angah!!" suara Pak Long, yang menerpa tiba-tiba membuatkan masing-masing mengalihkan perhatian pada lelaki berusia yang datang dengan langkah laju. "Angah..lepaskan. Apa semua ini!!"
Rashid berhenti apabila abang sulungnya mulai menghampirinya.
"Along, jangan masuk campur hal keluarga saya. Tahulah saya menguruskan." Agak keras, intonasi suara Rashid walau tindakkannya tidak sekasar tadi. Tarikkan rambut Aleya juga, sudah dilepaskan.
Aleya terus mendapatkan pengetua, yang memeluk tubuhnya. Rambut yang kusut, diluruskan sekadarnya.
"Apa kamu buat dekat sini!" marah Pak Long.
"Dia buat malu pada keluarga kita!" unjuknya pada Aleya, yang mula menghindari dari ayahnya.
"Habis, yang kau buat ini. Tak beri malu pada keluarga kita?!!"
Bagai anak kecil yang dimarah, Rashid mula terdiam. Dia sememangnya, tak mampu membantah apa yang dikatakan oleh abang sulungnya itu. Ada benar juga, kata abangnya.
"Angah, kita dah tua. Jaga sikit, baran kamu. Jangan asyik melenting tak tentu pasal. Siasat dulu."
"Macam mana nak siasat kalau semua orang kampung dah tahu perangai dia, Long!" rungut Rashid. Marahnya masih tersisa.
"Betul ke Leya??"
Aleya yang disoal, terpaja-paja.
"Betul ke kamu keluar, naik motor dengan laki ke hulu ke hilir??" soal Pak Long.
Agak terkejut, Aleya mendengar soalan Pak Long. Aleya lekas mengeleng. Mana ada masa nak keluar dengan lelaki. Lelaki mana pun, dia tak kenal.
"Ya Allah..mana kamu dapat cerita ini?!" Pak Long, mulai menyoal adiknya. Dia tahu anak saudaranya itu tidak berbohong. Dia kenal anak buahnya itu.
"Dari Tam, masa ada dekat rumah."
"Dia cerita sendiri dekat kamu?!"
"Tak, aku terdengar."
"Allah..." Pak Long, menepuk dahi. "Bini aku ada sana tadi. Depa cerita pasal orang kampung jiran sebelah. Allahu..." mengeleng Pak Long.
Terdiam Rashid.
"Kamu balik!" nada suara Pak Long, meninggi. Kesal dan marahnya, bersulam. Malunya juga menebal.
"Cikgu, saya pulang dulu. Maaf ya." suara Pak Long, kedengaran kesal. Mereka beredar, sejurus meminta maaf pada yang terlibat. Rashid hanya akur, pada arahan abangnya.
Bersambung...