webnovel

Bab 3 - Khabar Angin

"Ding!... Ding!..Ding!" bunyi gemerincing loceng bersahutan dipelusuk Kota Enigma, pagi telah menjelang tiba, burung-burung mula berkicau memeriahkan suasana pagi. Warga Kota mula keluar dari rumah mereka untuk menjalankan aktiviti seperti biasa.

Ryo telah bersiap berseragam kelabu seperti Ryota namun terdapat lencana segi tiga merah kecil di bahagian bawah sulaman lambang Akademi Zieshi. Ryo berjalan meninggalkan rumah, menyusuri jalan kearah tengah ibu kota. Rumah Tok Awarna terletak sedikit kearah barat mendekati hutan kayu dikaki gunung Ur.

Ryo berjalan bersendirian menuju ke Akademi Zeishia, abangnya Ryota telah lama pergi meninggalkannya tidak ingin berjalan dengan adiknya itu, mungkin kerana masih tidak menerima kenyataan peristiwa semalam.

Setibanya di sana, kelihatan sebuah gerbang besar dihadapnnya gerbang yang terbuka luas bagi para pengunjung untuk keluar dan masuk dari akademi itu, tembok batu berketinggian 3-meter terbentang mengelilingi Kawasan Akademi Zeishia memberikan sedikit perlindungan dan kesalamatan dari kemungkinan yang tidak diingini.

Ryo melangkah masuk melintasi garisan pintu gerbang akademi memberi sedikit tunduk hormat kepada kesatria dan guru yang bertugas mengawal pergerkkan keluar dan masuk ke dalam akademi itu. Namun kehadiran Ryo seperti tidak dihargai. Guru yang bertugas disamping Kesatria itu menjeling kearah Ryo.

Melihat lencana segi tiga kecil itu guru itu memandang sinis dan menampilkan wajah tidak senang Ketika Ryo melintas dihadapanya.

"Heh sampah macam ni pun Akademi beri peluang masuk, nampaknnya akademi ni dah macam tiada maruah" bisik guru Wanita itu sambil sedikit melindungi mulutnya dengan buku nota yang dipegangnya.

Kesatria yang berdiri disampingnya hanya berdiam diri tidak beriaksi atas sindiran sinis yang dibisikkan oleh guru tersebut. Dia berdiri siaga tidak menghiraukan apa-apa perbualan kosong yang diluar tugasnya.

"Cis penyihir tak sedar diri" bisik hati Ryo menyedari dirinya dihina oleh guru Wanita tersebut, mengepalkan penumpuk menahan amarahnya sambil meneruskan langkah ke bangunan akademi dan menuju ke kelasnya.

Setibanya dikelas dia duduk dibahagian paling belakang seperti biasa tidak menghiraukan cakap-cakap orang disekitarnya.

"Hee betul ke mereka yang bergaduh semalam dekat taman tu?"

"Iye aku dengar dari kawan aku yang duduk kawasan situ"

"sape yang mulakan ?"

"tak pasti pulak yang pasti pengawal kota dapat hentikan mereka"

"Heh tak padan tiada manas pun ada hati nak bertarung dengan orang lain"

Khabar angin mengenai Ryo dan Ryota tersebar dengan begitu pantas sehingga menambahkan lagi imej buruk pada Ryo, namun dia masih tenang menahan diri dari beriaksi secara melulu. Ini perkara biasa yang dia lalui setiap hari sejak mula menghadiri kelas di Akademi Zeishia.

Chapitre suivant