webnovel

Warkah Rahsia

Sudah seminggu aku tak berjumpa bapa sebab terpaksa balik ke bandar untuk sambung praktikal di syarikat akhbar Warta Harian. Walau cuma kerja sambilan tetapi banyak yang aku belajar dari cara kerja wartawan hingga ke tugas seorang penyunting. Memang aku ingin jadi seorang penulis yang berjaya dan kisah hidup bapa bakal menjadi artikel aku yang pertama. Petang itu selepas waktu pejabat aku bergegas balik ke rumah, kemas barang dan balik kampung. Dalam bag sudah sedia buku nota dan perakam suara yang aku rancang untuk gunakan semasa buat temubual dengan bapa. 

Aku tahu bapa belum bagi keputusan samada mau menyumbang cerita hidupnya tetapi lebih baik bersedia sebab tak nak ketinggalan sebarang maklumat penting dalam cerita hebat semasa dalam penjara. Sebenarnya ada kandungan misteri yang terselit dalam surat-surat yang bapa kirim selama ini. Tetapi ada sekeping surat yang menarik perhatian. Tak pasti samada bapa memang tujukan surat tu untuk aku atau dia tersilap sebab walaupun sampul tertera alamat di kediaman kami tetapi di dalam surat yang ringkas itu tak ada sebarang nama. Aku pendamkan niat bertanya selama ini sebab elak bapa rasa serba salah. Bila aku tunjukkan surat itu pada penulis tetap di pejabat, dia tengok semacam. Dia pujuk agar dikenalkan dengan bapa untuk dapatkan skop cerita bagi artikel mingguan kami. Aku menolak atas alasan bapa masih belum sedia untuk kongsikan apa-apa. Dan ketika dalam bas balik ke kampung aku buka surat itu sekali lagi dan cuba cari apa maksud terkandung dalam warkah ringkas itu.

"Assalamualaikum. Aku nampak dia. Dia datang dari atas dari dalam lubang besi. Dia wujud. Dan dia kenal aku siapa. Bagaimana dia tahu? Dia sebut nama aku….. Bagaimana dia tahu? Bagaimana dia tahu? Bagaimana cara singkirkan dia? Kau mesti tolong aku..tolonglah."

Sejak aku dapat surat itu, soalan yang sama timbul dalam fikiran. Siapa yang bapa maksudkan. Siapa dia? Apa yang sebenarnya wujud dibalik tembok tebal penjara jika bukan banduan? Apa yang datang dari atas dari lubang besi? Adakah semua ini bahasa kod rahsia? Aku akan tanya bapa tentang surat itu sebaik sampai rumah nanti. Aku menghayati pemandangan yang semakin ditutupi kegelapan malam. Bayangkan tinggal bertahun lama menatap dinding konkrit setiap masa. Hati sayu bila terkenangkan pengorbanan bapa yang terpaksa memikul kesengsaraan itu. Kalau aku dapat gantikan masa itu, biar lah ia jadi tanggungan di bahu ini. Aku terlelap seketika dan apa yang dihajatkan mula terbentuk menjadi satu kenyataan. 

Chapitre suivant