Kok! Kok! Kok! Kok!
Ayam berkokok menyedarkan aku yang tengah tidur. Aku memusingkan badan ku mencari seseorang. Tapi takde. Aku melirik ke arah jam tangan aku, pukul 5.00 pagi. Kemana lah dia hilang pagi-pagi buta ni?
Aku pun keluar dari bilik and melihat Adrian and kawan-kawan ku tengah mengaji Al-Quran. Aku tersentak. Diorang pandai ngaji walaupun perangai macam tak pernah ngaji?
"Eh, sayang... Sebelum nak tunggu subuh, jom mengaji." Ajak Adrian. Aku menghampiri Adrian dengan perlahan-lahan. "Mengaji?" Soalku. Kawan-kawan ku memandang ku hairan.
"Yer, mengaji." Jawab Adrian. Aku memandang Adrian dengan hairan. "Abang pandai mengaji?" Soalku hairan.
"Yes, kenapa?" Soal Adrian, hairan. "Takde pape, emm, bang... Jom keluar jap, sayang nak cakap something." Ajakku.
Kawan-kawan ku memandang hairan. Aih! Rileks lah! Aku ambik suami aku jer pun, bukannya culik suami korang...
#DI LUAR RUMAH#
"Emm, sebenarnya... Kat rumah tu saya selalu mengelak dari mengaji sebab saya tak pandai." Ujarku berterus terang and menggaru belakang kepala ku yang tidak gatal.
"Takpe, abang ajarkan." Ujar Adrian.
"Sayang pergi la mandi dulu." Arah Adrian.
"Ok, eh jap! Nak tanya! Mimpi ape kawan-kawan kita tu bangun ngaji? Selalunya liat jer nak bangun, subuh pun tak selalunya sedar." Soalku hairan.
"Tok ayah acah-acah nak rotan sorang-sorang." Jawab Adrian.
"Oooo, patut lah. Padan muka diorang... Hahaha" Balasku and ketawa kecil.
"Eka..." Panggil nenek.
Aku memandang nenek dengan pandangan kosong... Nak ape lagi? Naik semak aku, setiap kali tengok muka dia.
"Emm... Nenek nak bagi telekung ni, cantik kalau Eka pakai kan?" Soal nenek dengan tersenyum manis.
"Sayang, ambik la.." Bisik Adrian.
"Ummm..." Balasku menyampah and mengambil telekung di tangan nenek dengan kasar.
"Eka! Say sorry!" Marah Adrian.
"Asal pulak? Ade apa-apa masalah ker?" Soal ku.
"Dah dah... Nanti kita pergi solat subuh kat masjid.." Aju nenek.
"Sejak bila kau pergi masjid? Bukanker dulu kau asyik duk membawang jer ker? Mengigau ape kau nak solat? Erh, lupa, esok lusa dah nak mamposs kann? Hahaha" Soalku and ketawa mengejek.
"IREKA!!!" Jerit Adrian mula bengang.
Aku memandang Adrian dengan menyampah and terus pergi ke bilik. Dasar suami annoying acah-acah baik!!! Erkk!!! Geramnyaaa!!!!
"Dah lah tu, Adrian.." Pujuk nenek.
"Semakin lama semakin melampau tu nek!" Marah Adrian.
"Biarkan dia, dia perlukan masa.." Celah tok ayah yang muncul daripada mana.
Selepas siap aku mandi manda, aku terus memakai pakaian and telekung pemberian nenek tadi aku memakainya and kainnya aku meletakkan di atas bahu ku.
"Eh Eka! Kau letak atas bahu macamana tu? Kalau kita pakai terus takleh ker?" Soal Yahh.
"Pastu takkan kau nak pakai? Kang melekat segala jenis najis kat kain baru tahu." Jawabku.
"Najis ape Kaa?" Soal Yahh.
"Taik ayam, Yahh... Tadi ayam kicik..." Jawabku.
Bukk!!!
Yahh menyiku perutku.
"Aduhh! Sakit siot!! Aku lempangkang!!" Marahku. Dia siku tu tahap taknak bagi aku hidup terus agaknya.
"Woi korang! Asal ni?" Soal yaa hairan.
"Dia ciku peyut titeww,, syakit wakss.." Rengekku dengan nada main-main.
"Korang ni kang, aku terajang dua dua baru tahu." Ujar Yaa seraya menggelengkan kepala.
"Asal Yahh siku? Mesti kau cari pasal kan?" Soal Yaa.
"Aku cakap ayam kicik ajer, dia marah." Jawabku.
"Hahhahahaah" Meletus ketawa dia.
"Kau boleh tak jangan sebut perkataan kicik tu? Aku takleh dengar wei! Aku tak tahu kenapa aku rasa cam nak ketawa ajer setiap kali kau sebut perkataan tu. Hahahaha" Ujar Yaa and mengilai macam puntianak.
"Ash mane?" Soalku.
"Hey, I'm here." Sapa Ash.
"Oh! Ingatkan kena culik dah tadi." Sakatku.
"Banyak lah kau punya kena culik. Hati aku jer yang Irshad culik." Ujar Ash.
"Euwww!!! Pagi-pagi buta bagi pickupline buat tekak aku loya... Werkk!!" Ujarku acah-acah nak muntah.
Yaa membuat muka menyampah. 'Dah lah rampas aku punya.' Desis hati Yaa.
"Jom!" Ajak Adrian, Shawn, Rykal and Delen yang tiba-tiba muncul.
Terbeliak mata kitorang. Tengok diorang berkain pelikat, baju melayu and bersongkok. Macam lelaki melayu terakhir gituwww... Alahai handsomenya imam muda ku!!! Aaaa!! Eh over pulak kau ni Eka...
"Irshad mane?" Soal Ash.
"Takde, dia cakap dia sakit kepala, so dia solat kat rumah aje." Jawab Adrian.
"Wei Adrian! Asal kain pelikat macam ni? Aku pakai asyik nak tercabut ajer, nasib ade seluar kat dalam, kalau tak-" Terus putus kata-kata Delen apabila tersedar dia hampir terlanjur kata-katanya. Wajah Aku, Yaa and Ash merona merah.
"Ehem." Delen berdehem, buat-buat tak tahu.
"Kalau tak ape? Nampak something berharga ker?" Sakat Rykal.
"Amende kau siot?!" Marah Delen, wajahnya merona merah.
"Em, aku pergi tunggu kat luar dulu." Ujar Yaa and Ash serentak. Diorang pun meluru keluar meninggalkan Aku and Yahh. Dasar kawan! Bukannya nak ajak kitorang sekali! Aku luku kepala baru tau!!!
"Em, jom lah... Lambat pulak nak solat subuh nanti.." Ajak Yahh...
"Betul ker lambat sebab nak solat subuh? Ker malu dengar pasal kepunyaan Delen?" Sakat Rykal and ketawa terbahak-bahak.
Bukk!!!
Delen menumbuk perut Rykal.
"Sekali lagi kau cakap bukan-bukan, aku tumbuk hidung kau yang putih melepak tu jadi merah cam bontot beruk." Pesan Delen.
"Hahahahahahahahaa" Meletus ketawa kitorang... Adeker bontot beruk tu termasuk dalam hal ni? Kesian kat beruk tu... Hahahaha
"Dah lah korang! Merapu ajer!" Adrian terus menarik tangan ku and keluar dari rumah. kawan-kawan ku mengekori Adrian.
#DALAM PERJALANAN#
Aku berjalan beriringan dengan Adrian and Yaa kat sebelah aku, Tok ayah dengan nenek, Delen dengan Yahh, Ash dengan Shawn. Actually Shawn saje jer nak berjalan dengan Ash sebab ade something dia nak berbual.
"Kau happy dengan Irshad?" Soal Shawn kepada Ash.
"Asal kau tanya camtu?" Soal Ash hairan.
"Saje, kau bahagia ker dengan dia?" Soal Shawn.
"Happy, why?" Soal Ash.
"Kau tak rasa serba salah?" Soal Shawn.
"Serba salah kenapa pulak?" Soal Ash.
"Sebab jadi perampas." Jawab Shawn Selamba badak.
"Hah?! Perampas? Aku?" Soal Ash dengan bengang.
"Yes, kau tak malu ker rampas bf kawan baik sendiri?" Soal Shawn.
"Bila masa aku rampas?! Irshad yang tergila-gilakan aku!" Marah Ash.
"Kau sure? Kau ni bodoh ker ape? Kenapa kau bengap sangat?!" Soal Shawn.
"Asal aku bodoh pulak? Yang bodoh tu kau!" Marah Ash.
"YES! AKU BODOH! AKU BODOH SEBAB CINTAKAN SESEORANG YANG TAK PERNAH NAMPAK CINTA AKU!!!" Jerit Shawn dengan bengang. Kitorang yang dah ade kat depan, buat-buat tak dengar, taknak dipanggil penyibuk pulak... Cehh!
"Kau tak nampak lagi ke?! Kau tak nampak yang Irshad masih cintakan Yaa?! Kau nampak tak Ash? Masa dalam kereta kelmarin, dia marah aku bila aku rapat dengan Yaa! Kau tak nampak ker yang diorang masih sayangkan satu sama lain? And kau jadi penghadang antara diorang!!" Marah Shawn.
Ash terus kaku disitu. 'Shawn suka aku?' Soal Ash didalam hati.
"Dah lah wei! Mulai hari ni, aku dah tutup pintu hati aku untuk kau! Aku akan cari orang yang terbaik untuk aku!" Ujar Shawn and terus melangkah ke hadapan sekali, macam dia tahu pulak masjid tu kat mane. Ish ish ish... Jangan jadi macam Shawn yer semua...
*Pukul 12.00 Tengahari*
"Haih! Sedapnya nenek masak!" Puji Delen kepada nenek. Aku rasa dah masuk tiga pinggan dia tibai... Sedap bebenor tu!
"Tulah kan, sedaplah nek!!" Sokong Yahh.
"Untung kau ade nenek macam nenek kau ni Eka..." Ujar Rykal dengan bangganya. Kepala hotak kau! Bangga? Huh! Kalau kau tau macamana terseksanya aku dulu, confirm korang takkan cakap macam ni..
"Puan Eka oii! Taknak makan ker? Ke kenyang makan handphone tu?" Sakat Rykal.
"Ha ah, kenyang, kenyang sangat." Balas ku.
Actually makanan yang nenek buat aku tak sentuh langsung, kalau dia santau aku macamana? Huh...
"Eka, meh lah makan.." Ajak nenek.
Aku membuat muka menyampah. Nak acah baik la tuww..
"Takpe, Adrian masak untuk Eka nanti..." Balas Adrian.
"Mengada Eka tu! Cakap jerla nak makan air tangan suami! Nak merengek ngan suami lah tu... Senang nak goda suami malam ni kan?" Sakat Shawn. Aku membalingkan tin minuman tepat ke kepala Shawn. Geram betul aku dengan dia ni, asal asyik sakat pasal benda sensitif ea? Kang aku terajang baru tahu.
"Sakit sial!" Marah Shawn.
"Kau bernasib baik tau aku baling tin minuman, nasib baik takde parang kat sini, kalau tak dah bersepai kepala kau!" Marahku..
"Rileks arr, gurau jer..." Shawn memuncungkan bibir.
Aku memandang Shawn menyampah.
"Lepas siap makan tolong nenek gali ubi kayu ea?" Soal Nenek.
"Ade ubi kayu ker kat sini?" Soal ku hairan. Tanpa aku sedar, aku dah bercakap dengan nenek. Nenek tersenyum..
"Ade, kat belakang rumah." Jawab nenek.
Aku mengangguk tanda faham. Entah kenapa aku rasa macam ade something wrong bila aku pandang wajah Nenek. Aku rasa macam aku dah takkan boleh tengok wajah tu lagi lepasni. Aku teringatkan mimpi aku semalam, aku nampak dalam mimpi tu aku and nenek meninggal.
"Nenek.." Panggilku.
Semua orang tersentak. "Nenek, Eka nak rasa ubi kayu yang nenek buat boleh tak?" Soal ku.
"Boleh, boleh..." Jawab nenek dengan riang.
"Eka dah tak marah nenek ker?" Soal nenek.
"Emm, Eka akan cuba slow slow." Jawabku.
Nenek mengangguk tanda faham.
"Eh abang nak buat ape ni?" Soalku apabila melihat Adrian mengambil kuali.
"Abang nak memasak untuk sayang la.." Balas Adrian.
"Eh takyah.. Eka makan yang nenek masak aje." Ujarku. Kawan kawan ku tersentak. 'Kenapa aku rase macam tak sedap hati?' Bisik hati kawan-kawan ku and Adrian serentak. Aku pun pergi duduk makan sekali dengan mereka.
"Kau try ni, Eka... Sedapp!" Cadang Shawn.
"Hum, bak sini... Aku try.." Pintaku. Shawn pun menghulurkan ikan bakar and air asam kepada ku.
"Thanks Shawn. Tapi kalau kau cakap macam macam lagi, ikan ni terbang atas kepala kau pulak nanti." Aku memberi amaran.
"Hahaha, tak tak... Aku dah insaf." Ujar Shawn.
"Ehh, rindu lah aku kat Ecah..." Keluh Rykal.
"Takpe, aku ade... Jom lah kita menjadi gay.." Ujar Shawn.
"Ha, cun... Kita jadi kekasih sementara yer sayang..." Pinta Rykal.
"Wei! Geli siot!" Ujar Aku and Yaa serentak.
"Hahahhaaha" Meletus ketawa kitorang.
"Shawn, tolong hulurkan sayur kangkung tu." Pinta Ash. Shawn buat-buat tak dengar... Wajah Shawn terus jadi dingin. Aku melihat Ash rasa kesian lah pulak. Aku pun menghulurkan sayur itu.
"Thanks." Ucap Ash. Aku membalas dengan senyuman.
"Em, aku masuk dulu, dah kenyang..." Pamit Shawn.
"Oh! Yaa... Nanti kita pergi jalan-jalan kat tepi pantai depan tu ea? Pastu saya ambil gambar awak banyak-banyak." Ujar Shawn and meleret senyum. Ash memandang Shawn dengan bengang. Manakala, Irshad sudah menjeling Shawn dengan tajam.
"Takyah! Yaa ikut aku!" Bentak Irshad.
"Asal pulak?" Soal Ash.
"KAU TAKYAH MENYIBUK!" Jerit Irshad seperti orang hilang akal.
"Awak ni dah kenapa?" Soal Ash dengan geram.
"Awak tak cintakan saya ker Irshad?" Soal Ash.
"AKU TAK PERNAH CINTAKAN KAU SIAL! TAK PERNAH! KAU YANG PAKSA AKU!" Jerit Irshad.
"What? So selamani ape makna semua ni?" Soal Ash dengan berjuraian air mata.
"AKU GUNAKAN KAU UNTUK NAK DAPATKAN YAA! AKU NAK JEALOUSKAN YAA! ITUPUN KAU TAK FAHAM BAHASA KER?!" Jerit Irshad dengan kuat. Aku memandang Adrian, Delen memandang Yahh. Rykal buat-buat tak tahu. Tok ayah and nenek buat-buat tak dengar.
Pangg!!! (Ash menampar Irshad dengan kuat)
"KAU KEJAM IRSHAD!!" Jerit Ash.
"APE? AKU YANG KEJAM?! WEI! KAU TU YANG MURAH LAH PEREMPUAN!" Jerit Irshad.
"IRSHAD! JANGAN MELAMPAU SANGAT!" Marahku sebab terasa seperti Irshad terlalu melampau.
"Kau backup perempuan ni Eka? Kau backup dia? Seriously? Kalau kau nak tahu! Perempuan ni la yang berpakat dengan Isya untuk retakkan hubungan aku dengan Yaa! Perempuan ni! Dia yang letak ubat tidur kat dalam minuman aku and at the same time! Yaa datang and tengok aku tak berbaju, Perempuan ni ape lagi?! Mulakan drama dia la!!" Terang Irshad dengan bengang.
"Ash_ka_kau..." Terus mati kata-kata Yaa.
"Kau sanggup buat aku macam ni Ash?" Soal Yaa dengan berjuraian air mata, Yaa mula berdiri, "Maaf Yaa, aku terpaksa.. Isya cabar aku untuk buktikan yang aku ni laku!" Terang Ash dengan berjuraian air mata.
"Aku tak sangka Ash... Aku ingatkan kau takkan buat aku macam ni, Ash... Kau sanggup buat aku macam ni Ash? Semata-mata untuk Isya?" Soal Yaa dengan hampa.
"Maaf Yaa, maaf..." Pinta Ash dengan berjuraian air mata and duduk memegang lutut yaa.
Yaa terus berlari keluar dari rumah, Irshad turut berlari mengikutinya di belakang.
"Kau sanggup Ash?" Soal Yahh dengan tidak percaya.
"Maafkan aku, Korang, maafkan aku..." Pinta Ash.
"Dah lah Ash! Aku malas dah nak ade kaitan dengan kau... Aku rasa mulai hari ni, persahabatan kita sampai setakat ni aje." Ujar Delen and mengheret tangan Yahh keluar dari rumah. Yahh hanya mengikuti Delen.
"Ash... Aku tak tahu ape yang kau fikir, tapi... Emm, aku sebenarnya kecewa dengan kau..." Ujar Rykal and terus keluar dari rumah.
"Eka! Adrian? Korang pun nak marahkan aku jugak ker?" Soal Ash dengan berjuraian air mata.
Adrian hanya mendiamkan diri, buat-buat tak dengar. "Emm... Aku nak pergi tengok pokok ubi kat belakang rumah kejap..Nek, jom..." Ajakku. Sebenarnya aku tak tahu nak cakap macamana, perbuatan Ash betul-betul buat aku rase kecewa... Mataku mula berkaca. Nenek mengangguk and terus mengikuti langkah ku keluar dari rumah. Adrian turut keluar dari rumah.
"Shawn... Shawn.. Kau maafkan aku kan? Shawn?" Soal Ash.
"Emm, aku... Aku tak tahu nak cakap macamana Ash, tapi aku betul-betul tak percaya semua ni... Kau buat kawan-kawan kita semua jadi pecah belah hanya kerana title 'laku'... It's hurt me Ash... Aku kecewa dengan diri aku sendiri sebab jatuh cinta dengan perempuan macam kau..." Ujar Shawn and keluar dari rumah dengan berjuraian air mata.
"Maafkan aku, korang..." Ucap Ash and menangis teresak esak.
"Maafkan aku Shawn, sebab aku tak pernah nampak cinta kau..." Ucap Ash and terbaring di lantai kayu and meraung semahu-mahunya.