webnovel

BAB 27:

"Adrian tolong aku Adrian!" Jerit Ireka yang ingin terjatuh ke bawah bangunan yang tinggi. Tengku Adrian memegang tangannya.

"Kau bertahan Eka! Aku akan selamatkan kau!"Ujar Tengku Adrian dengan takut. Malah, semakin dia tarik, Genggaman dia semakin tidak kuat.

"Adrian! Berhenti Adrian!" Arah ireka.Tengku Adrian masih mencuba menarik aku.

"Aku akan selamatkan kau Eka!" Tengku Adrian masih gigih menarik ireka.

"Berhenti Adrian! Aku dah nak jatuh ni!!" Jerit Ireka.

Tengku Adrian tersentak and berhenti dari menarik ireka. Air matanya mengalir.

"Kenapa mesti macam ni eka?" Soal Tengku Adrian dengan sedih.

"Mungkin dah takdir aku, lenyap atas muka bumi ni." Ujar Ireka.

"Tak, Eka! Aku takkan tinggalkan kau!" Ujar Tengku Adrian and air matanya mengalir dengan laju.

"Kau dah buat macam tu pun kan?" Soal Ireka and tersenyum paksa. Tersentak Tengku Adrian mendengarnya.

"Kau sabar Eka! Aku akan cuba tarik kau!" Ujar Tengku Adrian.

"No! Aku dah tak dapat diselamatkan. Kau kena lepaskan aku Adrian! Terima kasih atas segalanya. Aku hargai setiap masa aku bersama dengan kau! Maafkan aku sebab aku tak mampu menjadi yang terbaik untuk kau." Ujar Ireka.

"Kau jangan cakap macam tu Eka!" Jerit Tengku Adrian.

Ireka pun melepaskan genggaman tangannya dan terus jatuh dari bangunan.

"EKA!!!" Jerit Tengku Adrian.

Dia pun mengelipkan matanya beberapa kali,

Kawan-kawannya memandang ke arahnya dengan simpati dan tersenyum puas. Padan muka!

"Ya tuhan! Mimpi rupanya." Bisik Tengku Adrian.

Adrian terlalu kecewa dengan diri sendiri, dalam mimpi pun dia tak dapat nak selamatkan ireka, apetah lagi di dunia nyata?

"Mimpi? Kesian!!" Perli Rykal dan tersenyum mengejek.

Tengku Adrian menjeling ke arahnya.

"Stop buat aku and delen macam tak wujud!" Marah Tengku Adrian.

"Kau nak tahu tak kenapa Eka kecewa dengan kau? Sebab ni la! Perangai kau yang annoying nak mampus ni! Kau ni lelaki jenis ape erh? Ke kau sajat?" Soal Rykal.

"Hahahahahah" Ketawa diorang satu dorm.

"Aku mintak maaf, aku pun tak tahu semua ni nak jadi. Aku mintak maaf. Aku betul-betul rasa bersalah dengan korang and Eka!" Rayu Tengku Adrian dan melutut kepada mereka.

"Ape ni? Bangun wei!" Arah Shawn, benar mereka marahkan Tengku Adrian, tapi diaorang tak sanggup tengok kawannya begini.

"Maafkan kitorang jugak. Kitorang just nak kau and delen sedar jer." Ujar Rykal dengan muka serba salah.

"Kau nak balik rumah dah kan?" Soal Zaff.

"Ha ah, kenapa Zaff?" Soal Tengku Adrian.

"Takde pape, aku wish goodluck!" Ujar Zaff and menepuk-nepuk bahu Tengku Adrian.

"Kau jangan lambat sangat, kang nanti aku kebas." Sakat Shawn.

"Betul, ireka tu boleh tahan jugak, nasib baik la aku fikirkan Adrian, kalau tak, dah lama aku kebas." Sakat Aizat juga.

"Erh! Korang Jangan!" Marah Tengku Adrian.

"Hahahahahhaah" Meletus ketawa diorang.

"Aku chaw dulu, apa-apa aku roger." Ujar Tengku Adrian.

"Ok, bro." Balas Rykal. Tengku Adrian pun berlalu pergi.

#DI RUMAH TENGKU ADRIAN

Krek!! (Pintu Rumah Dikuak)

"Mumm! Daddy!" Panggil Tengku Adrian.

"HAH?! NAK BATALKAN PERKAHWINAN DIORANG?" Soal Tengku Haris yang bercakap dengan seseorang di dalam panggilan.

Terkejut Tengku Adrian dibuatnya.

Tengku Haris pun mematikan panggilan.

"Adrian suka Eka?" Soal Tengku Haris kepada Adrian.

"Kenapa daddy tanya camtu?" Soal Tengku Adrian dengan curiga.

"Jawab jer la." Marah Tengku Haris.

"No, Adrian tak cintakan ireka, daddy pun tahu yang Adrian benci perempuan." Terang Tengku Adrian. Dia terpaksa tipu kerana egonya.

"Ok, good my son. Papa ireka nak batalkan perkahwinan korang atas ape yang terjadi." Terang Tengku Haris.

"HAH?!" Soal Tengku Adrian dengan terkejut.

"Kenapa Adrian nak terkejut sangat? You should being happy, my son." Ujar Tengku Haris.

"Tapi-daddy" Tengku Adrian cuba untuk membantah.

"You know what? Papa dia maki daddy disebabkan perangai kamu!" Marah Tengku Haris. Tengku Haris terus berlalu keluar dari rumah dengan wajah bengang.

" Mummy, tolong la pujuk daddy. Kalau mummy and daddy buat macam ni, macamana dengan hidup Adrian and Eka? Please Mummy! Adrian merayu!" Raung Tengku Adrian.

"Dah la Adrian, mummy dah malas nak layan semua ni. Mummy tahu kenapa anak mummy buat macam tu, sebab ireka bukan perempuan yang terbaik untuk Adrian kan? Mummy faham, disebabkan semua persiapan perkahwinan korang dah siap, mummy akan hantar rombongan ke rumah Isya. Adrian dah buat announcement kan? which isya is your future wife." Ujar mummy dengan lembut.

"NO! MUMMY! I SAID NO! I JUST WANT IREKA! I DON'T WANT ISYA!" Jerit Tengku Adrian.

"FOR WHAT? UNTUK ADRIAN SAKITKAN DIA LAGI? DAH LAH ADRIAN! MUMMY DAH MENYAMPAH DENGAN PERANGAI ADRIAN NI!" Jerit Mummy dengan bengang.

"MUMMY TAK FAHAM ADRIAN!" Jerit Tengku Adrian and terus menaiki lif naik ke biliknya.

Dooomm! (Pintu bilik dihempas kuat)

Dia menyandarkan belakangnya di pintu dan perlahan-lahan jatuh terduduk.

"Semua orang tak faham! Korang takde kat tempat aku!" Raung Tengku Adrian dengan air mata berjuraian.

"Kenapa kau buat aku macam ni Eka? Kau bagi cinta kat aku, pastu kau tinggalkan aku! Aku mintak maaf atas ape yang terjadi ireka!" Jerit Tengku Adrian seperti orang gila.

Perlahan-lahan dia membaringkan tubuhnya ke atas lantai.

"Aku rindu kau.Aku rindu senyuman kau, aku rindu segalanya." Bisik Tengku Adrian dengan mata yang terpejam rapat.

Chapitre suivant