webnovel

BAB 15:

"Korang! Jom pergi padang bola jap." Ajak Yaa.

"Buat ape kat sane? Malas la aku." Ujarku dengan malas.

"Geng seven berlatih petang ni. Irshad ajak aku." Jawab Yaa.

"Oh. Dah tu, kau pergi la." Ujarku.

"Oh! Memang tak la aku nak pergi, kalau korang tak pergi sekali." Ujar Yaa.

"GENG SEVEN BERLATIH?" Jerit yahh. Dia yang tengah elok duk menulis, terus datang ke arah kitorang.

"Jom la Eka!" Ajak Yahh.

"Jom la Eka!" Ajak Ecah.

"Jom la Eka!" Ajak Ash.

"Yerla yerla." Jawabku dengan malas. Kitorang pun pergi ke padang sekolah,

"Irshad!" Jerit Yaa dan terus berlari ke arah Irshad.

"Rykal." Jerit Ecah dan terus berlari ke arah Rykal.

Tinggallah aku, Ash and Yahh dekat situ.

"Yahh!" Panggil Delen.

"Awak datang nak tengok saya training ker?" Soal Delen tersimpul malu.

"Pembetulan, Geng Seven berlatih." Perliku. Yahh menyiku aku dan membuat muka tidak puas hati.

"Adrian ade kat sane." Ujar Delen dah meleret senyum.

Aku buat muka 'Oh yer ker?'🙄

"Ade aku tanya ker?" Soalku.

"Mana la tahu kalau kau nak jumpa cousin kau tu." Jawab Delen.

"Ireka!" Jerit Tengku Adrian.

Aku buat muka 🤨

"Datang sini!" Arahnya. Aku pun berjalan ke arahnya.

"Sit down." Arahnya. Aku pun duduk di bangku itu, bersebelahan dengan dia.

"Euwww!!! Peluh!!!" Ujarku dengan nada geli. Dengan rambut basahnya. Eeee! Tak selera aku. Nasib muka handsome.

"Aku exercise sikit tadi. Ni yang berpeluh ni." Terangnya.

"Ooo. Ade aku tanye?" Soalku dengan menyampah.

"Dah kenapa dengan kau ni buat perangai annoying? Takkan la berjangkit dengan aku kot." Soalnya dengan hairan.

"Haa, tahu pun perangai annoying." Balas ku dan tersenyum mengejek.

"What?" Marahnya.

"Takyah la jerit-jerit. Serabut la aku!" Marahku.

"Kenapa ni?" Soalnya dengan lembut.

"Kau kenal Idham?"Soalku.

Wajah dia yang tenang berubah menjadi bengang.

"Dia cousin angkat aku." Terang Tengku Adrian.

Ternganga luas mulut aku.

"Cousin?" Soalku dengan hairan.

"Macam ni, aku dengan dia rapat dulu, tapi ade satu hari ni-" Tengku Adrian menggantungkan ayatnya. Nampak riak wajah dia sedih.

"Tapi dia ape?" Soalku dengan lembut.

"Tapi dia penyebab abang aku mati." Jawab Tengku Adrian dengan luluh.

"Hah?!" Soalku dengan terkejut.

"Abang aku broken dengan girlfriend dia. Pastu Idham ajar abang aku buat benda pelik-pelik." Jawab Tengku Adrian dengan sedih.

"Pelik macamana tu?" Soalku dengan hairan.

"Dia bagi abang aku hisap dadah." Terang Tengku Adrian.

"Oh god! Sanggup dia buat macam tu!!" Bentakku.

Dia mengangguk kepala.

"So, aku nak kau careful sikit dengan dia! Jangan sesekali rapat dengan dia! Jangan buat gatal kau nak ber kiss kiss dengan dia!" Pesan Tengku Adrian dengan geram.

"Encik Annoying jealous ker?" Sakat ku.

"Aku? Nak jealous? Lambat lagi lerr!" Jawabnya.

"Kau nak tahu tak? Bibir dia kan, rasa strawberi." Ujarku dengan bersungguh.

"NUR IREKA! STOP IT!" Arahnya dengan suara kuat.

"Hahahahahah" Meletus ketawa aku.

"Kenapa? Tadi cakap tak jealous? Now jealous ker?" Soal ku dengan ketawa yang masih tersisa.

"Benda tu tak lawak okey?" Ujarnya dengan bengang.

"Baiklah bakal suami annoying ku." Ujarku.

"Good, minah sewel." Ucapnya dan meleret senyum.

"What??? Stop call me like that!" Marahku.

Tengku Adrian meleret senyum. Aku tersentak. Kami bertentangan mata. 'Kenapa kau handsome sangat ea bila senyum macam tu? Adekah pilihan aku tepat untuk menjadikan kau sebagai suami aku? Atau aku tersilap langkah? Tapi kenapa hati aku mengatakan bahawa kau pilihan terbaik untuk ku?' Bisikku didalam hati.

'Boleh tak aku nak moment ni takkan pernah berakhir? Boleh ker aku menatap wajah ini sehingga nafas ku terhenti?' Bisik hati Tengku Adrian.

"ADRIAN! JOM! DAHLAH DATING TU!" Teriak Irshad.

Merona merah muka kitorang. Malu-malu pulak sepasang merpati ni. Uhuk!!😜

"Kau pergi la dekat kawan-kawan kau tu. Aku nak start main bola dah ni. Aku pakar tau main bola ni." Ujarnya dengan bangga.

"Yer lah tu." Ujarku.

"Sepatutnya kau bangga! Dapat bakal suami yang handal main bola sepak!" Perlinya.

Aku menjeling dia dengan menyampah.

Aku pun terus pergi ke arah kawan-kawan aku. Dia pun berlari ke arah kawan-kawannya.

"Duduk sini Eka!" Arah Yahh. Aku pun duduk di atas rumput, bersama-sama kawan kawan ku.Kerusi ade jer, tapi kitorang jenis suka duduk atas rumput.Hahaha.

"Happy nampak baru lepas jumpa bakal suami, uhukk!!" Sakat Yaa.

"Memang tak la. Aku nak happy." Ujarku.

"Erh! aku tengok kan! Tengku Adrian ni jenis gentleman la jugak." Ujar Yahh.

"Kau jangan suka dia pulak yahh!" Aku memberi amaran.

"Eh engkau ni! Kesitu pulak! Takdenya aku nak kat bakal husband annoying kau tu." Jawab Yahh dengan meluat.

"Pastu kenapa kau cakap macam tu?" Soalku.

"Sebab, kau ingat tak kelmarin? Masa kiter cakap pasal dia gay tu!" Soal Yahh. Tak habis lagi dengan gay!🤦

"Haa! Kenapa?" Soalku.

"Aku tak rasa dia gay. Tangan dia sasa, pastu dia aktif. Takkan la gay kan?" Soal Yahh.

"Tak habis-habis lagi dengan gay korang ni! Ish Ish Ish!" Ujar Ecah dan menggeleng kepala. Penat layan perangai kawan-kawan dia ni.

"Aku rasa dia bukan gay." Ujarku.

"Kau dah cuba mengorat dia?" Soal Yahh.

"Tak, aku malas la. Setiap kali aku nak mengorat dia, ade jer masalah yang datang and membuatkan kitorang gaduh." Jawabku.

"Macam tu pulak!" Yahh menggeleng kepala. Aku pun memandang Tengku Adrian yang tengah bermain bola sepak.

Kebetulan, pada masa yang sama, dia memandang aku. Tiba-tiba

Pukk!

Bola naik ke atas kepalanya.

"Adrian! Ape ni! Tak concentrate la kau ni!" Marah Irshad.

Aku tersengih.

"Sorry sorry! Terpandang pari-pari turun dari langit tadi." Jawab Tengku Adrian dan meleret senyum. Aku terus tersengih mendengar kata-katanya.

Chapitre suivant