webnovel

Chapter 7

VILLIAM DAN RUTH

Kesibukan yang memanjang sepanjang minggu ini,Villiam dan Ruth berhubung melalui whatsap saja,kebetulan Villiam terpaksa mengambil alih tugas ketua chef yang bercuti selama dua minggu ke luar negara.Tugas Villiam di dapur agak serabut sikit pada mulanya untuk mengikuti rentak kerja ketua mereka yang selalu nak cepat dalam pekerjaan,berkerja sebagai tukang masak adalah kerja yang sangat mengejar masa untuk memenuhi perut pelanggan yang sedang lapar,mereka tidak mahu pelanggan menunggu lebih dari satu jam,sebab itu banyak pembantu chef yang menguruskan segala bahan masakan,tukang masak hanya perlu masak dengan cepat bermain dengan kuali dan api.

"cepat²!!jerit Villiam.

ada tiga orang tukang masak pada malam ini,jadi masa Villiam berada di restoran dari pagi hingga ke malam,cukup penat kerana dia perlu menguruskan dua shif untuk menberi arahan kepada tukang masak baru dan lama.Wajahnya pun dah sebiji Gordon Ramsay bila marah.Tapi Villiam lagi hemsem sebab ala k-pop lah konon.Di dapur yang panas dengan bunyi kipas dan pembantu chef yang sibuk memotong, menghiris dan mencuci bahan menlakukan kerja tampa henti.

"dah siap!bunyikan loceng."kata Villiam sambil lap peluh.

walaupun serabut,tetap masih nampak kacak di kalangan mereka yang berada di dapur,banyak juga peminatnya di restoran ini, samada pelayan,pelanggan setia mereka ialah auntie² yang sering menjamu di restoran ini.Bila auntie² tahu Villiam yang masak,selera mereka menjadi besar nak hidangan mewah dan istimewa hingga Villiam sendiri yang harus datang menlayan peminat setianya,auntie pun apa lagi lah dapat pegang sikit dan sentuh² tangan si Villiam mereka dah puas hati.Ada juga di antara mereka yang ingin memperkenalkan anak gadis mereka kepada Villiam,ialah siapa yang tidak mahu dapat menantu tukang masak,selain dapat makan percuma boleh juga jadi sebagai asset.

"hei...,macam mana ladies semua... masakan saya malam ini?"tanya Villiam dengan senyuman manisnya tu.

"sedap sangat,bagus²...duduk dulu,kita minum."kata salah seorang dari mereka.

Villiam pun tak berapa sibuk sangat sekarang, jadi dia pun menlayanlah pelanggan setia restoran mereka,berbual sebentar dan menemani ladies kaya minum wain.

TEMPAT KERJA RUTH

Di restoran tempat Ruth berkerja juga sibuk mendapat tempahan majlis kecil dan besar,majlis hari jadi dan perkawinan juga ada,waktu siang ada saja pelanggan lama dan rakan bisnis datang meeting di bilik vip.Ruth pun terlalu sibuk sampai apa yang terjadi di rumahnya pun dia tidak sedar.Quan macam pencuri keluar masuk senyap².Rumah Quan pun tak lama lagi akan siap,biasalah duit ada cakap saja nak berapa lama,sekelip mata siap.Quan biasa balik awal sebelum Ruth,Ruth pun tidak seperti orang lain akan sesuka hati nak masuk ke bilik abangnya,lagi pun apa yang dia nak buat masuk dalam bilik abangnya,takde benda pun yang di tinggalkan oleh Aboy dan Ate.Lagi fikiran Ruth bukan jenis yang selalu berwasangka,dia akan jadi takut bila terlebih fikir sebab seorang penakut adakalanya.

API CEMBURU

Hari ini Ruth ingin pergi menemui Villiam secara mengejut,kononnya nak bagi kejutan di tempat kerja Villiam,tapi dia tak sangka dia sendiri yang kaku,apa tidaknya secara tak sengaja melihat Villiam berbual dengan seorang gadis, gadis itu siap mengelap peluh yang ada di pipi Villiam,mereka berdua juga kelihatan mesra.Ruth hanya memerhatikan keduanya,bohong kalau Ruth tidak berasa cemburu,tak kisahlah kawan ke sepupu,kalau adik perempuan lain cerita, tapi Villiam sebatang kara,fikiran Ruth dah mula berfikir yang bukan².Lalu Ruth bersembunyi dulu sebelum menbuat panggilan kepada Villiam.

tut... tut...

"hello,Ruth...

"you kat mana,i nak jumpa."

"i kat tempat kerja...

"sekejap lagi i sampai...

"ye ke,oke i tunggu you."jawap Villiam gembira.

"sapa?....Lili bertanya.

"girlfriend i."

terkejut Lili mendengar jawapan Villiam,tak menduga secepat ini Villiam ada kekasih,mengapa Lili selalu terlewat untuk menluahkan perasaannya kepada Villiam.

"girlfriend,berapa lama dah bercinta?"tanya Lili.

"rasanya dah setengah tahun."

"kalau begitu Lili balik dulu,ada kerja nak buat."Lili menberi alasan.

"tak nak kenal dulu tak,dia baik dan lucu,boleh jadi kawan nanti."

"lain kali lah."Lili pun cepat meninggalkan tempat itu untuk mengelak dari keadaan yang kekok nanti.

terasa sakit juga di hati Lili bila mengetahui orang yang dia suka dah ada girlfriend baru,Lili ingin bertenang dulu,lambat laun dia akan bertemu dengan kekasih baru Villiam,dia mengharapkan seorang yang baik juga walaupun rasa tak rela.

"hei...sapa Ruth kepada Villiam dengan wajah yang tenang,dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.

"sayang... rindulah lama tak jumpa."

Villiam memegang tangan Ruth berayun².Ruth menunggu dengan sabar bila saatnya Villiam akan bercerita soal yang dia nampak tadi,tapi Villiam mana menyedari kalau Ruth sendiri tidak bertanya,jenis orang lelaki kena terus ke intinya,tak makan bahasa kiasan menlainkan jenis yang memahami isi hati perempuan,tapi jenis ini lagi bahaya kalau buat curang.

"diam je,lapar?mari i masak sesuatu untuk you."

Ruth mengikut saja semasa tangannya di tarik oleh Villiam menbawanya ke dapur,banyak lah mata yang menliar kepada mereka berdua, hanya berapa teman dekat Villiam saja yang tahu mereka bercinta,hancur hati peminat Villiam kalau tahu Villiam sudah berpunya.

"sayang,duduk sini sekejap,nanti i datang."

"hmm...

terdengar bunyi api gas dan kuali bertembung di dapur,kebetulan waktu rehat,jadi ada masa berapa jam untuk mereka berehat,tidak sampai setengah jam Villiam menbawa dua mangkuk mihun tomyam kegemaran Ruth,tersenyum lah pujaan hatinya secara tidak sengaja hatinya terpujuk dengan makanan,kelemahan orang perempuan adalah makan,kalau bukan tanda keras kepala...

"dah senyum... cepat makan."

"terima kasih... i terharu."

"setakat mihun tomyam boleh terharu?"

"you bernasib baik hari ini,okey i lepaskan."

"apa maksud you?i kurang faham."

"tadi i lapar gila,sampai rasa nak cekik orang."jawap Ruth.

"ops...lucky i masak tomyam."masih bergurau tidak tahu hal sebenarnya.

mereka berdua merancang keluar berjalan malam nanti,Ruth nak berduaan dengan si Villiam melepaskan rindu yang menbeku,detak jantung dah hampir terhenti sebab tidak berjumpa selama seminggu,mereka berdua kebetulan sibuk memanjang,boleh tertekan dengan kerja seperti ini hari², tapi rezeki dan minat mereka masih bertahan.

MALL

Villiam dan Ruth berjalan berpegangan tangan dengan mesra melalui kedai² di mall,Villiam terlupa Lili berkerja di mall ini,mana nak ingat kalau hati berbunga².Ruth melihat sepasang baju pasangan di sebuah kedai lalu menarik tangan Villiam ke dalam untuk melihat,kebetulan itulah tempat kerja Lili,Ruth menyukai baju pasangan dan menbeli untuk dia dan Villiam.

"biar i bayarkan."

"takpe,i bayar."

"you my girlfriend,i pay."

semasa kedua saling bertekak,Lili baru saja terlihat mereka, dia baru pulang dari tandas,terkejut Lili melihat Villiam dan Ruth,yang pastinya itulah kekasih Villiam yang di katakan olehnya siang tadi,Lili seperti orang yang menlakukan kesalahan dia menyorok memerhati keduanya.Lili tidak tahan gemuruh tubuhnya lalu pergi mencari tempat untuk menenangkan diri seketika.

"sayang,i nak bayar...you ni."

"lain kali saja duit you i pakai."

"selepas kita kawin ke?"Kata Villiam.

"malas nak layan you."

siap menbeli,mereka berdua keluar dari kedai pakaian itu dan menuju ke panggung wayang,Lili masih berlawan dengan fikirannya sendiri,andai dia masih menbiarkan Villiam,Villiam akan menjadi milik orang lain selamanya.Lili nekad untuk menluahkan perasaannya terhadap Villiam.

sedang seronok mereka menonton wayang,Lili menghantar pesan kepada Villiam,dia ingin menemui Villiam sebentar.Villiam memberitahu kepada Ruth temannya ingin bertemu sekejap,Ruth menbenarkan Villiam pergi.Di luar panggung wayang Lili menanti.

"Lili,you buat apa kat sini?"

"saya kerja di sini, tadi saya ada nampak awak."

"saya dan girlfriend saya,kita orang sedang tengok wayang sekarang."

"Villiam...

"kenapa ni,awak lain macam?"

"sa... sa... saya suka awak Villiam,saya tunggu awak sudah lama,saya tak sangka awak ada kekasih baru,saya kecewa sangat,hati saya rasa sakit bila dengar awak ada girlfriend,tapi hati saya lagi sakit bila tengok awak berdua sangat mesra,hati saya...sakit...

Lili bercangkung di atas lantai,dia hanya mampu menunduk kepalanya setelah menluahkan perasaan yang terpendam,manakala Villiam kaku mendengar pengakuan insan yang selama ini pendiam bergitu berani menbuat pengakuan.Di sebalik dinding Ruth mendengar semuanya,untung tiada sesiapa yang lalu atau menonton live drama lima minit.Villiam menarik nafas panjang dan cuba menbantu Lili bangun.

"Lili,saya sayang awak seperti seorang adik dan teman,kita tiada saudara...

"tapi saya hanya ada awak Vil,saya tak sanggup awak menjadi milik orang lain."

"hati saya milik Ruth."

lalu Lili memeluk Villiam dan menangis,Villiam tidak terfikir kalau mereka berdua di perhatikan oleh Ruth,bayangan Ruth bersembunyi di balik dinding kelihatan jelas oleh Lili,Villiam tak mampu menolak tangisan insan lemah yang di anggap saudara olehnya,tidak menyedari niat tersembunyi di hati Lili.

"dah jangan nangis lagi, tak comellah."

"maaf,saya cemburu."

"cemburu apa?...lain kali jangan macam ini."Villiam menyapu air mata Lili.

panas hati Ruth,dia muncul di depan mereka berdua.Ruth cuba bertahan,tapi apakah sifat Villiam terlalu lemah dengan tangisan.Ruth ingin mendengar apa penjelasan dari mulut Villiam.

"Villiam."Ruth bersuara.

"Ruth...

Villiam dengan cepat menlepaskan pelukannya,dia sedikit terkejut apa bila melihat air muka Ruth yang berubah.

"Ruth,ini teman i."kata Villiam.

"teman?...jawap Ruth.

"saya Lili...

"apa semua ini?...tanya Ruth.

"nanti i ceritakan,Lili balik dulu,kami nak tengok wayang."kata Villiam.

"teman you sedih,i balik dulu."Ruth marah dan meninggalkan mereka.

"Ruth,tunggu!Lili balik dulu,saya cari Ruth."

"Vil,maaf."pandangan matanya jauh tenggelam ke dalam kepuasan,bibit² untuk merosakkan hubungan Villiam dan Ruth.

QUAN MENJELMA

biar pun Ruth tidak menaiki kereta Viliam pulang ke rumah,Villiam sampai tepat pada saat dia tiba,Villiam masih ingin menjelaskan hal yang terjadi tadi.

"kenapa you nak ikut i lagi? teman you sedih."

"Ruth,biar i ceritakan dulu."

"nak cerita lagi,seronok berpeluk sampai lupa?"

"Ruth,i tak salah."

sampai depan rumah Ruth,mereka berdua bertengkar.Villiam cuba untuk menjelaskan segalanya,tapi Ruth tidak mahu mendengar lagi, sebab terlalu marah sangat.

"keluar!i tak mahu dengar penjelasan malam ini."

"Ruth! mengapa you tak beri i peluang untuk menjelaskan keadaannya."

"nak jelas apa lagi,i dengar semuanya dari awal hingga waktu berpeluk."

"you... sayang, i tak buat salah pun."

"yes, you tak salah,i yang salah sebab kecil hati dan cemburu!"

"Ruth, jangan macam ni...

"i cakap keluar sekarang, i penat."

mengalir air mata Ruth tiba²,Villiam masih degil ingin memujuk lagi,dia hanya menambahkan sakit hati saja,tidak memahami keadaan.

"Ruth,maaf i buat you sakit hati,i benar² cinta pada you."

Quan tidak tahan mendengar drama lima minit, lalu keluar dari biliknya,Ruth dan Villiam pun terkejut.Ruth macam nampak hantu melihat Quan keluar dari bilik abangnya.Villiam pulak berfikir "siapa pulak ni"

"Quan... kenapa you ada kat sini?"tanya Ruth.

"Ate yang beri i tinggal sini."jawap Quan.

"Quan...Ruth,bukan ini bekas kekasih you ke?"tanya Villiam.

Ruth kelu nak menjawab,apa yang terjadi sekarang,mengapa muncul pula Quan di tengah masalah,malu betul fikir Ruth,bekas kekasih mendengar dan melihat dia dan pakwe baru bertengkar.

"Ruth!dia Quan kan?"Villiam bersuara kasar.

"ye,saya ex Ruth, puas hati?"jawap Quan.

"mengapa kamu tinggal di rumah Ruth, apa tidak ada tempat lain lagi ke?!"tanya Villiam.

"hanya sementara waktu,nanti rumah i siap i akan pindah."jawap Quan.

"Ruth, you dah tahu dan sembunyikan semua ini, kalau i tak datang malam ini,i pasti tak tahu."kata Villiam.

"you!"

Ruth malas nak bertekak lagi, dia masuk ke biliknya dan menutup pintu dengan kuat,Ruth sangat marah.

"lebih baik kamu balik dan bertenang dulu, Ruth tidak tahu i duduk sini, jangan salah faham."kata Quan.

"you dan dia dah tidak ada apa² lagi,Ruth is my girlfriend now."jelas Villiam.

"ok² i tahu."Quan senyum sinis.

Villiam pun pergi dengan kepanasan,memikirkan apa yang di lakukan oleh ex love Ruth di rumah nya.Villiam merasa jengkel dan mencari temannya,malam ini seperti biasa mereka akan keluar minum² setiap kali berpeluang.

"apa ni Vil,lain macam saja."kata temannya.

"iya Vil,gaduh dengan awek ka?"

"takdelah,saya mahu minum saja."jawap Villiam.

"ok, kita minum!"Kata temannya.

hampir empat pagi Villiam dan temannya baru pulang ke rumah,pada pukul tujuh pagi Villiam mendapat panggilan dari Lili,puan Anita di masukan ke hospital kerana deman malaria berdarah, agak serius hingga Villiam lupa apa yang berlaku semalam, dia dan Lili perlu menjaga puan Anita dan rumah anak yatim.Di rumah Ruth,Ruth masih tidak bangun pagi dia betul² merasa penat.Quan pula rajin memasak sedikit sarapan buat Ruth.Dah tengah hari Ruth masih tidak keluar bilik.Quan pun pergi mengetuk pintu Ruth mengajaknya pergi makan,tapi Ruth buat senyap tidak menjawap. Quan fikir mungkin Ruth tidak mahu melihatnya lalu dia pun pergi berkerja dan melihat proses rumah yang masih dalam pengubahsuaian.

DI HOSPITAL

Villiam menjaga puan Anita dengan baik,puan Anita juga masih lemah tidak berdaya demannya terlalu tinggi masih dalam pemerhatian doktor.Villiam juga sudah terlupa untuk menelefon Ruth untuk menjelaskan tentang puan Anita, sedangkan Ruth di serang deman panas dan tak sedarkan diri.Pada waktu petang Quan balik,tapi keadaan rumah gelap dan sarapan yang di sedia tidak terusik,kedengaran bunyi telefon Ruth asyik berbunyi berapa kali masih tiada bunyi jawapan.Quan mengetuk pintu bilik Ruth lagi tapi masih senyap.

"Ruth!kalau kamu masih tidak buka pintu ini, saya akan pecah masuk!"kata Quan.

tiada jawapan,lalu Quan menelefon Ate bertanya tempat letak kunci bilik rumah mereka,Ate beritahu ada di laci tempat simpan kunci,lalu Quan mengambil semua kunci pintu dan mencuba satu persatu,akhirnya terbuka...

"Ruth!...Ruth tertirap di atas lantai dekat tepi katilnya.

"Ruth... bangun, kamu deman panas ni."

Quan menangkat Ruth letak di atas katilnya,Quan menelefon Ate lagi menberitahu adiknya deman panas...

"Ruth deman panas, saya jumpa dia pingsan di lantai biliknya."

"apa,macam mana keadaan dia sekarang?"

"tak tahu masih panas,saya akan bawa dia pergi hospital dulu."terang Quan kepada Ate.

"oke²,kami datang nanti."kata Ate.

Quan menbawa Ruth ke hospital swasta,Quan merasa cemas dan cuak,hati masih ada rasa sayang,takutlah kalau terjadi sesuatu.Tiga jam kemudian Ate dan papa mereka datang menemani Ruth pula di hospital.Ruth masih tidak sedar diri bukan setakat deman tapi lapar juga hingga perlu masuk air.Jadi ketiga lelaki ini melelapkan mata di sisi Ruth,pada pukul empat lebih pagi Ruth baru tersedar dan bersuara,dia memanggil Ate...

"Ate... suara lemah.

Quan tersedar dari lelapnya dan bertanya kepada Ruth.

"Ruth,dah sedar.. nak minum air tak?"

"mmm... angguk Ruth.

Quan menberi Ruth minum segelas air putih, dia menolong Ruth dengan lembut,terasa seperti dulu kala.

"terima kasih..

"nak makan tak,saya pergi bungkus?"

"takpelah,awak tidur dulu...saya pun masih ngantuk lagi."jawap Ruth.

"ok, tidurlah... menyelimuti Ruth dengan kain.

saat mereka semua masih tidur Quan keluar mencari makanan buat semua orang dan menbeli banyak makanan berkhasiat.Matahari memancar di dalam bilik terasa hangatnya pagi itu,tapi tubuh Ruth masih berasa sejuk,dah lama juga dia tidak deman.Bila Ruth deman pasti menrisaukan semua orang sakitnya memakan masa berhari².

"selamat pagi pesakit saya yang cantik"kata doktor kacak tinggi lampai.

"selamat pagi doktor."balas Ruth dengan senyuman.

"macam mana anak saya doktor?"tanya papa Ruth.

"masih deman tinggi lagi,kita tengok petang nanti macam,sekarang makan ubat deman seperti biasa dulu."kata doktor.

selepas doktor keluar dari bilik,Quan pula masuk dengan makanan di tangannya,dia tersenyum gembira melihat Ruth dah bangun tapi masih pucat lagi.

"ini bubur ayam,saya beli untuk awak."kata Quan Kepada Ruth.

"terima kasih."Ruth mengambil bubur dari tangan Quan,kedua orang di sisi mereka seolah penonton yang tidak disedari,Ate dan papanya saling memandang.

"Ruth,nanti saya dan papa balik ke rumah rehat dulu, nanti kami petang kami datang lagi."kata Ate.

"kamu pun masih belum boleh keluar lagi,kami balik sebentar dulu."kata papanya.

"makanan ini macam mana?"tanya Quan.

"ini kami bawa makan di rumah,itu kamu berdua makan."kata Ate.

"nanti bawa pakaian Ruth,Ate."

"iyalah... lalu menghilang dengan papa.

"Quan tidak ikut mereka balik?"

"takpe,lagi pun kat sini pun boleh mandi."jawap Quan selambe.

"Quan,terima kasih sebab tolong Ruth."

"Ruth pun satu dah tahu deman,makanlah ubat,ni sakit sampai pingsan,nasib saya ada kat rumah,awak buat orang risau."Quan menbebel.

"saya ingat sebab penat."jawap Ruth pelahan.

"macam mana,Ruth dah okay ke?"tanya Quan soal perasaan,tapi Ruth fikir soal deman.

"biasa saja...

"Ruth,cuba tengok phone awak,dari malam tadi berbunyi."

Ruth baru terfikir sepatutnya dia kena kerja awal,menolong rakannya yang bercuti sebab boyfriend sakit.

"Jessy,sori...i masuk hospital sebab deman panas."video call.

"itulah i heran you tak angkat call, kat hos rupanya,you sorang² macam mana sekarang?"

"masih deman lagi,papa dan Ate datang,so..takde masalah besar,besok boleh keluar."

"okay², you rehat dulu, nanti i beritahu bos you cuti sakit."

"thanks Jess...

selama tiga hari mereka tidak berhubung kerana masalah masing²,panas jugalah hati papa dan Ate bila tahu Ruth dan Villiam bertengkar,Ruth sakit pun Villiam tak muncul, call pun tidak ada, mereka fikir Villiam terlalu kecil hati,bergaduh sedikit dah merajuk konon.

Chapitre suivant