webnovel

Bab 16 - Pejuang Pohon

Pagi Hari Pada Hari ke-17 Bulan Ke Enam, Tahun ke-1000 Ulfun Ain - Luft yang ditugaskan berjumpa dengan Laviant tiba dirumah Myla tempatnya berkumpul para Pejuang Pohon bersama dengan Sofea. Di rumah itu, mereka berdua dapat melihat Isac yang dikatakan sebagai penasihat di raja itu sedang menghadap ke dinding berbicara sesuatu yang tidak tersusun dikelilingi dengan Laviant, Alim dan Myla.

"Khianat... Kaum... Penawar... Khianat... Kaum... Penawar..." Ucap Isac dengan wajahnya yang ditundukkan.

"Laviant." Panggil Luft.

Laviant, Myla dan Alim memandang ke arah Luft dan Sofea.

"Laviant?" Soal Sofea.

"Apa arahan Sufi?" Tanya Laviant.

Sofea mengerutkan dahinya. Kedua matanya keliru melihat tingkah Lokh yang berubah sepenuhnya itu.

"Pembelot?" Soal Luft.

"Mmm... Jawapan." Balas Laviant.

Luft bergerak mendekati mereka sambil mencapai salah sebuah kerusi yang ada dirumah itu. Sofea pula terus kaku melihat perubahan daripada tingkah Lokh tersebut.

"Sufi meminta kita semua untuk berkumpul pada malam ini di Kedai Khamar. Aku akan menyampaikan segala maklumat berdasarkan bukti-buktinya sekali." Terang Luft.

"Ehem. Aku masih tidak faham mengapa Lokh berubah secara tiba-tiba dan maklumat yang dirahsiakan Sufi. Tapi... Mengapa penasihat di raja ini seakan-akan gila?" Soal Sofea.

"Dia memang gila kak." Terang Myla sambil bergerak duduk disebelah Luft.

Alim dan Laviant mengikuti tingkah Myla duduk membentuk sebuah bulatan diantara mereka.

"Duduklah Sofea. Banyak yang Laviant berjaya bongkar bagi cerita yang aku bawa sebelum diselamatkan oleh Abang Rahman." Pelawa Alim.

Sofea menuruti arahan itu dengan persoalan yang berlari-lari pada mindanya.

"Dengar baik-baik. Aku malas mahu mengulang maklumat yang panjang banyak kali. Sewaktu aku dan Alim berjumpa dengan Myla dan Isac. Ada sesuatu yang menarik tentang fikiran penasihat di raja ini. Dia terus memikirkan bagaimana caranya membawa Raja Terakhir kepada Lufis. Gadis ini pula terus memikirkan tentang kebangkitan semula Negeri Zamrud Mulia." Terang Laviant.

"Laviant. Kau... Kau merungkai persoalan yang Sufi tidak mampu jawab. Persoalan bagaimana cerita sebenar yang dibawa oleh Raja Terakhir itu bertentangan dengan apa yang Esfarza katakan." Ucap Luft.

"Maksudnya?" Tanya Sofea.

"Aku bukannya merungkai. Aku menyokong apa yang Sufi katakan. Cerita itu sememangnya mengelirukan kerana Nephila membunuh Lily lalu mengutipnya semula tanpa sebarang sebab. Kekeliruan ini menunjukkan bahawa cerita daripada Tiga Segi Berdarah dan Raja Terakhir kedua-duanya dimanipulasi. Kamu semua cubalah berfikir sedalam mungkin. Mengapa bodoh sangat akal itu untuk mempercayai sebuah cerita tanpa sebuah bukti yang sebenar." Marah Laviant.

Tergamam mereka semua mendengar teguran daripada Laviant itu. Meski menyakitkan hati, tapi ucapan itu ada benarnya.

"Sewaktu aku meminta Alim dan Myla menyampaikan maklumat pada Hiyar Ayil, aku sudah mula membaca kisah silam pembelot ini. Dia hanyalah seorang penduduk kota yang dikutip oleh Lufis untuk dijadikan sebagai orang suruhan. Pembelot ini ditugaskan untuk memastikan cerita yang dimanipulasi oleh Lufis masih berpaut pada keturunan raja terakhir bersama cerita tambahan yang direka-reka dimana keturunan penasihat dan mata-mata sewaktu Raja Alaf memerintah pada masa dahulu juga berlangsung sehingga sekarang." Terang Laviant.

"Siapakah Lufis yang sebenarnya?" Tanya Sofea.

"Penasihat Di Raja sewaktu pemerintahan Raja Alaf. Lufis yang menyelamatkan keturunan di raja yang terakhir bersama cerita rekaan miliknya sewaktu Tiga Segi Berdarah merampas tahta Negeri Zamrud Mulia. Buktinya, Lufis sendiri yang menjelaskan kebenaran ini berdasarkan ingatan masa lalu Isac." Jawab Laviant.

Luft menghela nafas yang panjang mendengarkan kebenaran yang disampaikan oleh Laviant.

"Apa sebenarnya tujuan mereka." Keluh Myla.

"Mereka inginkan Tunggal Raja Rimba yang mampu mengawal raksasa-raksasa hutan." Balas Alim.

"Mmm... Semuanya kerana kuasa yang besar. Sepertimana mereka menginginkan Tunggal Ratu Ilmu Hitam. Tujuan sebenar mereka adalah kuasa." Sokong Laviant.

"Mereka bukan takutkan kekuatan Tunggal Raja Rimba. Tapi menginginkan kuasa yang Tunggal ini miliki." Sambung Luft.

"Bagaimana caranya mereka ingin mengawal Tunggal Raja Rimba?" Tanya Sofea.

"Tunggal Raja Rimba tidak akan menurut arahan manusia lain selain daripada arahan rajanya sendiri kerana dia itu insan yang ditakdirkan untuk menjaga Kaum Bydho'. Itulah sebab mengapa Tiga Segi Berdarah tidak membunuh keturunan raja yang terakhir. Mereka memerlukan raja itu untuk mengawal insan Tunggal Raja Rimba yang akan lahir suatu hari nanti dalam kalangan Kaum Bydho'." Jawab Laviant.

"Isac ada memberitahu kepada kami. Raja terakhir akan memunculkan diri pada usianya genap 23 tahun." Sambung Myla.

"Berapa usia kau Alim?" Tanya Luft.

Fikiran Raja Terakhir bermain seketika mendengarkan kebenaran terhadap wataknya.

"Mmm... 22 tahun... Kan. Itu yang dikatakan Lufis pada masa silam pembelot ini. Katanya, mereka perlu mengawal raja terakhir sebelum umurnya mencecah 23 tahun. Mereka membiarkan Abang Rahman menyimpan raja ini agar dirinya terpisah dengan penjaganya. Pada tahun lalu, mereka ingin merampas semula Raja Terakhir namun kehadiran Sufi ke tanah ini menghancurkan segala-galanya. Itulah punca mengapa Tiga Segi Berdarah menyerang Kampung Laila." Terang Laviant.

"Penawar..." Puji Sofea.

"Dan pembelot terbesar bagi kehancuran Kaum Bydho' adalah Lufis. Insan yang membunuh kaumnya sendiri sepertimana kaum Amarah menghancurkan Kaum Hu." Sambung Luft.

"Lufis jugalah yang membunuh ayah dan ibu... Kan..." Soal Alim bersama tangisan yang mula berjatuhan pada wajahnya.

Keheningan menerpa suasana. Persoalan itu membuatkan jiwa yang mendengar terkesan pada masa lalu yang mengukirkan kepahitan.

"Berat untuk aku katakan. Tapi itulah kenyataannya... Kehidupan keluarga Alim sudah dirancang bermula daripada kehidupan mereka di luar Tembok Gergasi. Apabila Tunggal Raja Rimba lahir, mereka hanya memerlukan seorang raja yang mudah untuk di kawal. Yang bebas daripada ikatan kasih sayang seorang ayah dan ibu." Terang Laviant.

Mendengar kebenaran itu, Myla menggenggam erat kedua tangannya bersama jiwa yang dipenuhi amarah.

"Kehidupan kami bersama Aslan juga sudah dirancang. Dibiarkan hidup untuk menjadi tentera boneka mereka." Marah Myla.

Kemarahan memaksa bicara untuk terhenti seketika dalam peredaran waktu. Memberikan ruang pada jiwa mereka untuk menenangkan diri.

"Jangan terlalu difikirkan perkara yang tidak mungkin akan berubah. Masa lalu itu hanyalah pengalaman dan pengajaran. Yang utama adalah hari dimana kita yang menentukan apa yang akan berlaku pada masa hadapan." Nasihat Laviant.

Alim dan Myla menyapu wajah mereka yang mula menitiskan air mata.

"Apa lagi yang kau ingin sampaikan Laviant?" Tanya Luft memecahkan suasana hening yang menerpa seketika.

"Ada suatu perkara yang menjadi tanda tanya terhadap Hikayat Sebenar yang dibawa oleh Raja Terakhir." Jawab Laviant.

Jiwa-jiwa yang mendengar mengarahkan pandangan mereka ke arah Laviant. Bagai ada suatu kejanggalan yang mereka dapat rasakan.

"Tanda tanya?" Soal Alim.

"Pap!!!" Sofea menepuk tangan seakan berjaya memahami apa yang Laviant ingin sampaikan.

"Kawan-kawan... Adakah kamu semua sedar yang Lufis tidak memanipulasi keseluruhan cerita yang sebenar." Soal Sofea.

Luft cuba untuk menafsir petunjuk yang diberikan oleh Sofea.

"Manipulasi?" Tanya Myla.

"Penawar dan Tunggal Hantu Salju." Jawab Luft.

Myla mengerutkan dahi mendengar penjelasan yang semakin rumit.

"Hikayat Sebenar mengatakan. Bahawa suatu hari nanti Penawar akan tiba di tanah ini. Dan terbukti. Sufi hadir sebagai Penawar dan menjadi ketua bagi Hiyar Ayil..." Balas Laviant.

"Penawar dan Hiyar Ayil adalah ancaman bagi Tiga Segi Berdarah. Tapi... Mereka tidak memanipulasi ramalan yang akan menjadi ancaman bagi mereka sendiri. Sepertinya, ada sesuatu yang mereka inginkan daripada Sufi." Sokong Alim.

"Mereka menginginkan Sufi kerana insan Penawar adalah pemilik Tunggal Hantu Salju." Sambung Laviant.

"Bagaimana mereka tahu yang Sufi adalah pemilik Tunggal Hantu Salju?" Tanya Alim lagi.

"Kemungkinan... Ada seseorang yang meramal kehadiran Tunggal Hantu Salju di tanah ini." Jawab Laviant.

"Siapa?" Tanya Sofea.

Laviant mengukir senyuman kecil.

"Entah... Itu hanya sangkaan. Manalah tahu ianya benar." Balas Laviant.

Mendengar jawapan daripada Laviant membuat Sofea tersenyum sinis. Ada masanya Jiwa Gelap mampu membuat suatu jenaka.

"Apa yang kita perlu buat seterusnya Laviant? " Tanya Alim.

"Apa arahan Sufi?" Tanya Laviant semula.

"Dia ingin ke semua anggota Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon berkumpul pada malam ini untuk mendengar setiap maklumat yang sudah disimpulkan. Dia kata, kau yang akan meneruskan arahan seterusnya." Jawab Luft.

"TakTak... TakTak..." Laviant mengetuk lantai menggunakan jari jemarinya dikala mindanyanya mulai ligat berfikir.

"Myla... Minta bantuan daripada Rai untuk membawa Aslan ke Kedai Khamar. Selesaikan sebelum perbincangan pada malam hari tiba. Alim dan aku akan mulakan puisi yang menyeru kepada peperangan penduduk kota. Tiada apa yang kita perlu risau sekarang. Kematian Livis menandakan Tentera Merah semakin berkurang dan kehancuran Pembelot ini menandakan Pejuang Pohon akan berkembang." Arah Laviant.

Para jiwa yang mendengar menepuk tangan membenarkan bicara pembantu Sufi itu. Sama bijak seperti ketuanya. Arahannya juga sama hebat sepertimana arahan ketuanya.

"Rupanya... Lokh dan Laviant adalah dua jiwa yang tersembunyi dalam satu tubuh." Terang Sofea.

"Kau akan tahu nanti." Balas Laviant.

"Myla..." Panggil Alim.

Mereka mengubah pandangan ke arah Alim.

"Ya Tuanku..." Sahut Myla.

"Mungkin keturunan penasihat dan mata-mata itu hanya rekaan. Hari ini aku ingin menjadikan ianya benar. Aku lantik kau menjadi penasihat aku. Boleh?" Pinta Alim.

Dalam putaran masa yang berlangsung beberapa detik, gadis itu terdiam untuk seketika kerana kejutan bicara yang diberikan oleh Rajanya. Alim dan Myla mulai terikat dalam suatu pandangan mata yang erat.

"Dia sudah setuju... Mari. Bahagian ini bukannya drama mahu berpandangan mata lama-lama lepas itu jatuh cinta." Saiko Laviant lalu bergerak keluar daripada rumah itu.

"Laviant... Kau mampu membaca minda?" Soal Alim.

"Min... Minda?" Sambung Myla.

"Tiada apa benda yang kau mampu selindungkan daripada dia. Jangan difikir. Nanti kau gila macam pembelot itu. Laviant... Pembelot ini macam mana?" Tanya Luft.

Laviant menghentikan langkah kakinya di pintu rumah.

"Hilangkan dia dari alam ini. Aku bukan seperti Sufi. Gaya pemikiran kami jauh berbeza." Arah Laviant.

"Luft... Gilanya abang kau. Dia boleh baca fikiran rupanya." Keluh Sofea.

"Mmm... Dia itu lebih daripada gila. Marilah." Ajak Luft.

Mereka bergerak sesuai dengan arahan Laviant. Luft menuruti arahan abangnya, menghapuskan Isac menggunakan harimau bayangan miliknya hingga tiada lagi bukti kewujudan manusia itu tersisa.

*****

Suatu suasana malam di Kedai Khamar pada bulan yang menunjukkan waktu berada pada pukul 9 malam. Anggota Hiyar Awil dan Pejuang Pohon sudah pun berkumpul meneruskan perbincangan seperti mana arahan Sufi. Hanya seorang yang tidak bersama dengan mereka masih meneruskan wataknya yang paling penting dalam rancangan perampasan itu. Nur.

"Bummm!!!" Rai tiba bersama dengan Aslan Tunggal si Raja Rimba.

Berkulit putih dengan tubuhnya yang sasa sama seperti Rai. Berambut panjang berwarna hitam dengan bentuk mata yang bulat dengan wajah tampan yang bengis. Itulah dia Aslan Si Raja Rimba.

"Mari." Ajak Rai.

Aslan menyahut ajakan itu begerak masuk ke kedai Khamar bersama dengan Rai. Apabila kedua mata Si Raja Rimba itu melihat rajanya, dengan pantas dia melutut.

"Tuanku..." Ucap Aslan dengan wajah yang ditundukkan.

"Aslan... Angkat wajahmu." Balas Alim.

"Penjaga bagi Kaum Bydho'." Ucap Abang Rahman.

"Mmm... Duduklah." Arah Luft.

Si Harimau Bayangan mula membuka bicaranya menyampaikan segala kebenaran. Cerita usulnya Kaum Hu dan Kaum Amarah, Usulnya Tiga Segi Berdarah hinggalah rancangan kehancuran Kaum Bydho' daripada cerita yang sudahpun dimanipulasi. Setiap telinga yang mendengar hanya diam tergamam, kejuatan jiwa bahkan akal yang tidak henti berpusing memikirkan setiap teori yang berubah menjadi logik. Bahkan ada daripada mereka yang bertepuk tangan terpukau dengan tafsiran dan kesimpulan yang dibuat oleh ketua mereka.

"Aku langsung tidak menyedari Isac itu adalah pembelot dalam kalangan Pejuang Pohon. Kalau aku tahu... Aku cincang tubuhnya." Marah Aslan.

"Mmm... Tanpa aku sedar, aku juga mengikuti rancangan keji mereka semua." Sambung Abang Rahman.

"Rancangan mereka terlalu halus. Tiada siapa yang dapat meneka Lufis adalah pembelot yang merancang semua ini." Sokong Alim.

"Nasiblah ada Abang Rahman yang berjaya melihat segala kekeliruan. Sekiranya dia tidak bertindak untuk menyelamatkan raja terakhir dan menyelamatkan anggota Hiyar Ayil yang lain. Pasti kita tidak semua tidak berdiri di sini untuk merampas semula negeri ini." Puji Sofea.

"Entah apa lagi yang mereka hapuskan tentang asal usul kaum Bydho'." Keluh Daem.

"Aku dengar... Kamu semua berjaya menyingkirkan Livis bersama dengan bawahannya. Izinkan kami semua untuk berjuang bersama demi tanah kami sendiri pula. Kami sedia mengubah apa yang sudah diputar belitkan." Pinta Aslan.

"Tenang..." Pujuk Alim.

"Sufi mana?" Tanya Lokh.

"Mancing Lokh... Dengan Nur." Sindir Daem.

"Dia cari otak kau." Sokong Luft.

Lokh tersenyum mendengar sindiran itu dengan tawa yang ditahan oleh sahabat-sahabatnya.

"Terima kasih Sufi... Kau memang baik. Sanggup kau carikan otak aku." Puji Lokh dengan seyuman gembira pada wajah yang ditundukkan.

Akhirnya, tawa yang ditahan pun pecah. Bahkan Aslan dan Myla turut terhibur dengan bicara Lokh itu.

"Dia ini lembab." Soal Aslan dengan gelak kecil dibibirnya.

"Ya saudara... Aku ini lembab. Itulah kehebatan aku. Kan Luft." Soal Lokh pula.

"Mmm... Kesian..." Balas Luft.

"Ehem... Tiada siapa yang dapat meneka pembelot yang sebenarnya adalah Lufis. Namun... Dengan kelebihan Laviant, satu per satu kebenaran akhirnya terbongkar." Terang Myla.

"Laviant?" Soal Ulya.

"Habislah." Bisik Hati Myla dengan riak wajahnya yang berubah.

Alim, Luft dan Sofea memandang wajah Myla. Kerisauan mula terbit pada jiwa mereka melanggar permintaan daripada Laviant.

"Siapa pula Laviant?" Tanya Aslan.

"Ehem... Sebenarnya..." Balas Alim.

"Sebenarnya... Laviant itu adalah otak Lokh yang bijak. Sebenarnya dia boleh berfikir dengan bijak sekiranya kepala dia dipukul dengan kuat. Kami menggelar otaknya yang bijak itu sebagai Laviant. Walaupun sebenarnya otak itu tetap milik Lokh." Sambung Sofea menyelindungkan rahsia yang hampir terbongkar.

"Haah... Betul. Laviant itu Lokh. Kalau dia bijak dia jadi Laviant. Sebab itu Sufi jadikan Lokh sebagai pembantu. Dia boleh berfikir dengan bijak. Itulah rahsia Lokh." Sokong Alim.

"Betul Luft?" Soal Daem.

Lokh ingin berbicara namun...

"Bukkk!" Daem menumbuk kuat bahagian kepala Lokh tanpa menghiraukan jawapan daripada Luft.

"Wuuu... Sakit." Ejek Aslan.

"Perlahan sikit Daem. Nanti pecah kepala budak itu. Tangan kau bukannya kecil." Tegur Abang Rahman.

"Sakit besi." Keluh Laviant yang mengambil kedudukan Lokh dengan suatu lakonan.

"Lokh... Kau tahu aku berunsurkan besi?" Tanya Daem.

"Diamlah... Bukan itu yang menjadi masalah pada masa sekarang." Marah Laviant.

"Waaa... Satu tumbukan merubah sepenuhnya tingkah Lokh." Puji Ulya.

"Hebat." Puji Aslan.

"Maklumat itu semua sudah jelas. Aku sebagai pembantu Sufi akan mengambil tempatnya sekiranya dia tiada di sini. Apa rancangan Sufi untuk menyelamatkan Esfarza?" Tanya Laviant.

"Wuuu... Sekali tumbuk dia faham yang dia itu adalah pembantu Sufi." Ejek Daem.

"Dia meminta Ulya dan Ezyr pergi ke Penjara Merah. Dia meminta Ulya menggunakan ilusinya untuk mengaburi fikiran dan mata tentera yang masih tersisa di sana. Selepas itu, arahan seterusnya akan berlangsung." Jawab Luft.

"Ish! Suka hati dia." Marah Ulya.

"Aku?" Soal Ezyr.

"Ulya... Mesti Sufi rindu Ulya. Pergilah... Jumpa Sufi untuk seketika." Pujuk Sofea.

"Rindu?" Soal para jiwa yang mendengar.

"Mmm...Si Hantu itu pasti rindu dengan musangnya." Sokong Rai.

Ulya merenung tajam kedua mata Rai bersama dahi yang dikerutkan.

"Ketua kumpulan ini bercinta dengan gadis cantik ini?" Soal Aslan.

"Kepala hotak kau." Marah Ulya.

Mereka menahan gelak dengan kemarahan Si Ratu Ilusi itu.

"Mmm... Teruskan. Ulya. Jangan lupa bagi tahu Sufi tentang Lufis yang menjadi gunting dalam selimut sewaktu pemerintahan Raja Alaf. Dan beritahu Sufi... Isac yang menjadi pembelot dalam kalangan Pejuang Pohon ada mempelajari suatu ilmu tentang kegelapan daripada kitab yang berwarna hitam. Kemungkinan kitab itu berasal daripada Lufis. Dan kemungkinan kitab itu adalah Serpihan Kitab Majnun yang ditulis sendiri oleh Si Laila." Arah laviant.

"Baik Lo... Eh... Laviant."Balas Ulya.

"Yang ini memang nampak lagi bijak." Puji Ezyr.

"Mmm... Kita macam mana Lokh?" Tanya Abang Rahman.

"Kita tunggu di sini sehingga Ezyr dan Ulya pulang membawa arahan daripada Sufi. Dan satu lagi aku mahu ingatkan. Tidak perlu memukul kuat bahagian kepala aku jika kamu semua memerlukan Laviant. Sakit... Aku akan muncul sendiri jika kamu memerlukan aku. " Arah Laviant.

"Mmm... Baik. Kalau Lokh yang ini aku akan ikut." Ejek Daem.

"Mesti ketua kamu semua ini seorang yang hebat. Sanggup kamu semua tunggu dia." Puji Aslan.

"Dia memang bijak Aslan." Sokong Alim dengan senyuman kecil.

*****

Ulya dan Ezyr bergerak sesuai dengan arahan pembantu Sufi itu. Setibanya mereka di Penjara Merah bulan sudahpun menunjukkan waktunya 12 tengah malam. Ulya yang berpakaian jubah berpenutup kepala berwarna hitam gelap itu mula menyebarkan auranya yang berubah menjadi kuntuman bunga sakura mengelilingi kawasan penjara itu. Setiap daripada tentera yang ada di luar dan di dalam penjara mulai berilusi bersama mata yang terus terbuka. Ulya dan Ezyr memasuki penjara itu sehinggalah mereka berjumpa dengan Sufi dalam sel miliknya seorang diri dihiasi dengan zikir yang terus dialun indah pada bibirnya.

"Abang Sufi...." Panggil Ulya.

Sufi menghentikan tingkahnya lalu memandang wajah Ulya.

"Mmm... Ulya..." Jawab Sufi lalu mendekati kedudukan Ezyr dan Ulya.

Secara tiba-tiba angin berhembus sayu menerpa ke wajah Ulya. Dalam beberapa detik, angin itu berpusar lembut disebelah Ulya lalu memunculkan Panjiey dengan tingkahnya yang sedang duduk bersila.

"Waaa... Sang Taufan." Puji Ezyr.

"Ish... Suka hati kau duduk sebelah aku." Marah Ulya.

Panjiey tidak menghiraukan teguran Ulya.

"Maklumat." Soal Panjiey.

Ulya mula membuka bicaranya menerangkan Sufi dan Panjiey tentang Lufis dan Isac yang menjadi pembelot dalam Kaum Bydho'. Setiap daripada maklumat yang diperolehi daripada Laviant diterangkan secara terperinci tanpa ada gangguan daripada Sufi dan Panjiey.

"Dan. Laviant kata... Isac ada mempelajari suatu ilmu daripada kitab berwarna hitam milik Lufis. Dia berpendapat kitab itu adalah Serpihan Kitab Majnun." Terang Ulya menghabiskan penyampaian maklumat daripada bicaranya.

"Tidak sangka. Mereka lakukan perkara yang sama seperti mana mereka menghancurkan Kaum Hu." Keluh Panjiey.

Sufi mula menyilang jari di balik pintu sel miliknya. Panjiey, Ulya dan Ezyr yang berada di luar sel itu memandang erat wajah pemuda itu. Mereka tahu, bicara yang mengasyikkan akan tiba tidak lama lagi.

"Mmm.... Lufis hidup pada zaman Raja Alaf hingga ke saat ini. Pembunuhan Raja Alaf pula berlangsung pada tahun 800 Ulfun Ain. Berlaku 300 tahun selepas kemusnahan Kaum Hu." Terang Sufi.

"Biar betul... Nephila, Lily dan Lufis sudah hidup selama 200 tahun." Soal Ezyr.

"Kan... Logik bagi Lily yang hidup abadi kerana mantera yang digunakan oleh Si Majnun merantai tubuhnya. Bagi Nephila, dia mempunyai Benang Hantu yang mampu menjahit semula tubuhnya hingga dia mampu untuk kekal hidup abadi. Tapi Lufis, ianya kurang logik. Kecualilah... Dia memperolehi hidup abadi sepertimana yang berlaku pada Esfarza. Laviant kata... Ada sesuatu yang Lufis inginkan daripada Hantu Salju." Balas Sufi.

"Maksudnya... Pembelot itu ingin diselamatkan." Soal Ulya.

Panjiey mengurut lembut bahunya.

"Bukan." Nafi Panjiey.

"Ish... Apa yang bukan." Marah Ulya.

"Haah. Lufis bukannya minta untuk diselamatkan... Dia memerlukan Hantu Salju. Atau lebih jelas lagi. Jantung Hantu Salju. Ulya lupa, sekarang ini Lichesiss sudahpun dirantai dengan tujuan untuk melakukan pemujaan bersama dengan jantung kedua milik Sufi. Pasti ada sesuatu yang dia inginkan pada jantung Hantu Salju." Sokong Ezyr.

"Mmm... Seperti kata pemuda ini. Pasti ada sesuatu yang dia inginkan dengan Hantu Salju. Kamu semua sendiri yang jelaskan, mereka tidak lagi mencari Wujud Gadis Teratai Putih hanya kerana mendapat jantung Hantu Salju. Maksudnya... Jantung Hantu Salju itu sangat berharga bagi mereka." Sokong Panjiey pula.

"Abang Sufi... Ulya tidak faham la." Keluh Ulya.

"Tenang... Seperti yang mereka jelaskan. Lufis bukannya meminta untuk diselamatkan. Dia sudah hanyut didalam gelap. Kemungkinan Laila dan Nephila menjanjikan dia suatu kuasa yang sangat hebat hingga dia sanggup membunuh kaumnya sendiri. Bayaran pertama bagi itu semua adalah kehidupan abadi yang diberikan oleh Si Laila sendiri. Kedua... Adalah ramalan tentang Hantu Salju yang akan tiba di tanah ini dan cara untuk mendapatkan jantung Hantu Salju adalah mengikuti ramalan dari Si Pemberi Pesan. Dan ramalan itu berlangsung pada zaman ini. Atau..." Jawab Sufi.

"Atau?" Soal Ulya.

"Ataupun ramalan itu bukan daripada Si Pemberi Pesan kerana Si Pemberi Pesan hanya mengatakan tentang Penawar. Bukannya Hantu Salju." Jawab Panjiey.

"Mmm... Aku tidak yakin insan itu adalah dia kerana tiada bukti. Hanya Lufis sendiri yang mampu menjawab persoalan ini." Sokong Sufi.

"Siapa Sufi?" Soal Ezyr.

Sufi menghembus nafas sedalam-dalamnya.

"Insan kedua yang membuat ramalan bahawa penawar itu adalah Tunggal Hantu Salju. Kemungkinan... Si Pembawa Pesan itu sendiri." Jawab Sufi.

"Si Majnun!" Teriak Ulya.

"Biar betul." Balas Ezyr.

"Ketua kau kan kata. Dia sendiri pun tidak yakin. Itu semua hanyalah teori. Yang mampu membuktikannya adalah Lufis sendiri." Tegur Panjiey.

"Mmm... Ada seorang lagi yang mampu membuktikannya. Esfarza." Sambung Sufi.

Panjiey memandang wajah Sufi bersama suatu senyuman.

"Sebab itu... Kau ingin selamatkan Esfarza telebih dahulu. Bagaimana kau yakin dia boleh membuktikannya?" Tanya Panjiey.

"Aku sendiri pun tidak pasti. Tapi aku dapat meneka, maklmat yang akan dia berikan pasti berkaitan dengan persoalan ini. Kita selamatkan dia bukan sebab bukti tentang teori ini. Aku pun baru tahu tentang maklumat ini. Kita selamatkan dia sebab dia ingin diselamatkan. Kalau setakat maklumat, aku sendiri pun boleh cari." Nasihat Sufi.

Tergamam seketika Panjiey mendengar keikhlasan Sufi itu untuk menyelamatkan isterinya.

"Ish! Berlakon baik." Ejek Ulya lalu menjeling wajah Sufi.

"Bukan Ulya... Aku mahu cakap apa lagi. Itu saja yang terlintas dalam fikiran ini." Keluh Sufi.

Ezyr menahan gelak melihat tingkah Ulya yang ingin bermanja dengan tuannya itu.

"Jadi Sufi.... Bagaimana kita ingin menyelamatkan Esfarza?" Tanya Ezyr.

"Ianya cukup senang. Kau akan mengubah wujudmu menjadi Panjiey dan kekal bersama aku di dalam penjara ini agar Tiga Segi Berdarah tidak curiga. Selepas itu Ulya, esok pagi minta Sofea hantarkan sepucuk surat kepada Esfarza. Katakan pada wanita itu yang Panjiey akan menyelamatkannya di pasar besar yang ada pada Jalan Bulan Indah pada hari ke 22. Minta ke semua Pejuang Pohon dan anggota Hiyar Ayil bersatu untuk mengawal jalan itu daripada kawalan Tentera Merah. Bunuh siapa yang mencurigakan dan selamatkan siapa yang perlu diselamatkan. Pertemuan antara Panjiey dan Esfarza menandakan Esfarza sudah pun diselamatkan. Dengarkan terlebih dahulu maklumat yang dia akan sampaikan kerana rancangan seterusnya adalah untuk menyelamatkan Lichesiss dan menyingkirkan Lufis." Arah Sufi.

Ezyr dan Panjiey menepuk tangan mendengar arahahan itu. Ulya pula tersenyum kecil menyelindungkan rasa dalam jiwanya yang sedang bergelora.

"Maksudnya Sufi, aku akan ikut Ulya pulang pada malam ini?" Soal Panjiey.

Sufi mengangguk membenarkan pertanyaan itu.

"Dan Ulya... Ada sesuatu yang aku inginkan dari kau. Kemungkinan ianya berat. Apa pun jawapan dari kau. Aku akan terima." Pinta Sufi dengan nada suara yang semakin perlahan.

Ulya mendiamkan diri tanpa membalas permintaan itu. Sepertinya, dia dapat meneka apa yang Sufi inginkan dari dirinya.

"Apa itu Sufi. Kedengaran seperti berat untuk kau katakan." Soal Panjiey.

"Bicara hati aku ada memberi petunjuk mengenai Air Mata Keinginan dan Rahsia Ekor Ketiga. Rahsia ekor ketiga boleh digunakan untuk mewujudkan Air Mata Keinginan. Aku sendiri juga sudah melihat Air Mata keinginan dengan kedua mata aku ini. Aku boleh membayangkannya lalu mewujudkan Air Mata Keinginan menggunakan Rahsia Ekor Ketiga milik Ulya. Tapi..." Jawab Sufi.

"Tapi apa Abang?" Tanya Ulya dengan nada yang semakin sayu.

"Ulya akan kehilangan Rahsia Ekor Ketiga buat selama-lamanya. Dan... Kita berdua tidak akan terikat lagi sebagai musang dan tuannya." Jawab Sufi.

"Untuk apa Air Mata Keinginan Sufi. Aku tahu Esfarza tidak inginkannya. Tidak usah kau membuat jalan cerita yang sedih seperti ini. Rahsia Ekor Ketiga itu lebih penting pada masa hadapan untuk Hiyar Ayil." Tegur Panjiey.

"Tenang Panjiey... Aku cuma memberi cadangan. Yang menentukan adalah gadis ini. Aku bukan hanya ingin menyelamatkan Esfarza. Ada ramai lagi yang perlu kita selamatkan. Kemungkinan Lily dan Lichesiss. Bahkan kemungkinan Nephila dan Lufis. Kita tidak tahu siapa sebenarnya memerlukan Air Mata Keinginan. Gadis Teratai Putih hanya mampu mengalirkan Air Mata Keinginan melalui keinginan dalam jiwanya sendiri. Inilah satu-satunya Air Mata Keinginan yang boleh kita hasilkan daripada keinginan kita semua." Pujuk Sufi.

Ulya terus menundukkan wajahnya dengan persoalan yang bermain pada akalnya. Sanggupkah dia mengorbankan bukti cintanya pada Sufi yang terikat pada Rahsia ekor ketiga demi menyelamatkan insan yang lain.

"Bukan kita yang menentukannya. Tapi Ulya." Terang Ezyr.

"Mmm... Ianya berat. Ambilah masa terlebih dahulu Ulya. Kita tidak memerlukannya sekarang. Meski masa kita memerlukannya itu telah tiba. Semuanya tetap bergantung pada jawapan Ulya. Sekiranya Ulya katakan tidak. Aku tidak akan membahas perkara ini lagi." Pujuk Sufi.

"Mmm... Sepertimana kata ketua. Aku menghormati apa yang dia fikirkan. Apa pun yang berlaku nanti. Aku akan menyokong keputusan Sufi." Pujuk Panjiey.

Ulya mendekati Sufi sambil memegang rod besi yang memisahkan mereka berdua.

"Abang... Abang mahukan Air Mata Keinginan. Atau... Abang tidak mahu Ulya berharap pada abang lagi. Sebab itu... Abang memberikan cadangan untuk memutuskan ikatan yang menjadi bukti." Soal Ulya dengan nada yang sangat perlahan.

Exyr dan Panjiey tergamam mendengar luahan itu. Mesti tidak jelas namun mereka tahu apa yang gadis cantik itu bicarakan.

"Beri Ulya masa untuk berfikir ya." Pinta Ulya lalu bergerak meninggalkan Sufi dan sahabat-sahabatnya yang lain.

"Ulya..." Panggil Ezyr.

"Huh..." Keluh Sufi untuk yang ke sekian kalinya.

"Panjiey... Tolong rahsiakan mengenai Rahsia Ekor Ketiga dan Air Mata Keinginan daripada yang lain. Minta Ulya turut merahsiakannya. Kita tidak ingin berlaku persoalan yang tidak jelas." Pinta Sufi.

"Mmm... Walaupun aku tidak tahu sebabnya. Aku sentiasa percaya pada kau." Balas Panjiey lalu bergerak meninggalkan Sufi dan Ezyr.

Exyr berubah wujudnya menjadi Panjiey dan meminta salah satu pengawal untuk memasukkan dia ke dalam sel milik Panjiey dengan suatu lakonan usai sahaja Panjiey dan Ulya hilang dari Penjara Merah.

*****

Setibanya Panjiey dan Ulya di kedai Khamar, Panjiey menjelaskan semua arahan Sufi manakala Ulya terus mendiamkan diri.

"Ulya..." Panggil Sofea.

Ulya memandang wajah Sofea lalu bergerak memeluk kakak kesayangannya itu.

"Cinta itu sakit ya kak." Soal Ulya dengan tangisan yang tidak ketara.

"Kakak pun tidak tahu Ulya. Cuma diri yang mengalami mampu menafsirkannya." Pujuk Sofea sambil menepuk halus belakang Ulya.

"Tiba masanya kita berkerjasama Hiyar Ayil." Seru Aslan.

"Ya... Mari kita tunjukkan pada mereka siapa yang berkuasa sekarang." Jawab Daem.

"Wuuu... Orang Tua." Panggil Rai sambil bergerak mendekati Panjiey.

"Orang tua?" Soal Alim.

"Mmm... Sahabatnya sendiri pun dia kurang ajar." Sindir Abang Rahman.

"Raja Gila... Syukurlah kau sudah ada rumah. Bertahun kau duduk merempat kata Sufi." Balas Panjiey.

Rai dan sahabatnya yang lain mengukir tawa dengan sindiran yang saling berbalas itu.

"Seperti kata Sufi. Sahabat yang ditakdirkan. Saling menyindir juga sudah ditakdirkan." Ejek Luft.

"Jadi... Rancangan Sufi adalah menyelamatkan Esfarza dengan bantuan Sofea. Pejuang Pohon sudah pun bersenjata. Pastikan pada hari Esfarza dan Panjiey bertemu, Tentera Merah tidak akan menjadi gangguan. Selepas itu kita akan menyingkirkan Lufis. Sementara menanti hari itu tiba. Semua daripada kita menyebarkan propaganda pada penduduk kota. Selamatkan penduduk ini sebanyak yang mungkin. Teruskan dengan penyamaran kita semua." Arah Laviant.

Pejuang Pohon dan Hiyar Ayil mengangguk membenarkan arahan itu. Mereka mula bergerak sesuai arahan daripada pembantu Sufi meneruskan rancangan mereka yang seterusnya. Misi untuk menyelamatkan Esfarza.

Chapitre suivant