webnovel

Bab 8

Afif yang duduk di birai katil memandang isterinya di meja solek. Afif pandang isterinya lama, dia memanggil isterinya duduk di sebelahnya. Di tepuk tilam. Wanie jalan menghampiri suaminya dengan wajah yang mengantuk.

"Sayang.. Abang cakap ni.. Harap sayang setuju dengan cadangan abang." Afif memandang isterinya. Wanie cuba membuka luas matanya yang tengah tunggu untuk rehat.

"Apa?" Wanie pandang suaminya yang masih pandangnya.

"Abang nak.. Sayang berhenti belajar boleh?" Terus mata Wanie segar. Di lihat suaminya yang masih menatap wajahnya. Wanie memandang setiap wajah suaminya.

"Tapi kenapa?" Wanie pandang wajah Afif. Afif pegang kedua tangan Wanie, Wanie pandang tangan Afif yang pegang tangannya sebelum di pandang wajah suaminya semula.

"Sebab abang nak sayang duduk rumah.. Jaga makan minum abang. Abang nak rasa juga masakan dari seni tangan sayang sendiri." Afif senyum kepada isterinya. Wanie pandang Afif lama dan di pandang tangan Afif yang mengusap perlahan tangannya. Dia pejam matanya lama. Di buka matanya dan pandang wajah Afif. Wanie senyum kepada Afif dengan anggukan kepalanya.

"Kalau itu yang abang nak.. Sayang ikutkan aja. Lagipun tak akan sayang tak dengar cakap abang kan?" Wanie senyum nipis kepada Afif. Di genggam erat tangan Afif. Afid turut mengukir senyum kepada isterinya. Afif bawa tangannya di pipi Wanie dan di bawa pula di atas kepala isterinya. Di usap perlahan rambut Wanie.

"Terima kasih sayang." Afif senyum sekali lagi kepada isterinya.

"Abang.." Panggil Wanie dan di genggam erat tangan Kanan Afif dengan kedua tangannya.

"Erm?" Afif menurunkan tangan kirinya dan pegang tangan kanan isterinya.

"Dua hari lagi dah nak raya. Kita.." Wanie berhentikan kata-katanya. Dia hanya pandang tangan suaminya, takut pula nak cakap.. Takut-takut Afif kembali seperti dulu.

"Kita apa?" Afif memandang isterinya yang tundukkan kepalanya.

"Kita.. Belum beli baju raya lagi." Wanie pandang wajah suaminya. Afif senyum mendengar kata-kata isterinya.

"Itu yang sayang fikir?" Afif memandang Wanie yang menganggukkan kepalanya. Afif senyum sebelum bangun menuju ke almari pakaian dan keluar dua beg plastik warna hitam dan putih. Wanie mengerut dahi melihat barang yang di keluarkan oleh suaminya.

"Nah." Afif letak beg plastik di hadapan isterinya. Afif duduk di belakang Wanie sambil di peluk pinggang isterinya. Wanie buka beg plastik di hadapannya dia melihat kain dan dia pandang suaminya dengan muka terkejut. Afid senyum melihat wajah isterinya.

"Ab-abang bi-biar betul?" Wanie keluarkan kain di dalam beg plastik warna hitam. Di lihatnya baju yang sudah siap di jahit. Wanie menghampar baju kurung warna ungu gelap dengan bunga-bunga warna pink di bawah kain baju kurung di atas tilam begitu juga dengan kainnya. Wanie keluarkan baju Melayu warna ungu dan seluarnya sekali dan di hampar di atas baju kurung. Dia tersenyum dan pusingkan badannya menghadap suaminya. Di peluj leher Afif erat.

"Terima kasih abang. Terima kasih." Wanie bisik kepada Afif, Afif senyum gembira. Di balas pelukan isterinya.

"Sama-sama sayang." Afif merapatkan lagi pelukan mereka. Dia nak macam ni selalu.. Dia nak bersama dengan isterinya macam ni.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Afif bangun dari tidurnya selepas melihat isterinya tiada di sebelahnya. Terus Afif bangun dari baringnya, dia duduk di birai katil sambil mengurut kepalanya yang terasa pening. Wanie buka pintu bilik dan masuk ke dalam untuk gerak suaminya tapi semasa dia masuk dalam, dia melihat tubuh suaminya sedang duduk di birai katil.

"Eh. Abang ok tak ni? Awat nih?" Wanie duduk di sebelah suaminya sambil usap perlahan belakang suaminya.

"Abang ok.. Cuma pening kepala.. Mungkin terkejut jaga kot." Jelas Afif kepada Wanie yang masih usap belakangnya.

"Mimpi buruk ka?" Tanya Wanie lagi. Tangannya beralih pula kepada kepala Afif di urut perlahan di tepi mata Afif. Afif membiarkan urutan isterinya ke atasnya. Lagipun dia selesa dengna urutan isterinya.

"Tak.. Abang terjaga sebab sayang tak ada di sebelah abang." Wanie tersenyum kecil, Afif turut senyum dengar kata-katanya.

"Apa lah abang ni." Wanie sengeh. Afif memandang wajah Wanie. Wanie turut memandang suaminya.

"Dah.. Jom sahur. Ummi, baba dengan Ira dah ada." Wanie cubit perlahan pipi Afif. Afif mengangguk dan pegang erat tangan isterinya.

"Afif bila nak bawa Wanie pergi Honeymoon?" Puan Fatimah tanya kepada Afif yang sedang suap makanan dalam mulutnya. Wanie senyum mendengar pertanyaan Puan Fatimah.

"Fif sibuk ummi." Jawab Afif sambil terus makan nasi goreng yang di buat oleh Pua Fatimah. Senyuman Wanie mula mengendur.

"Ambil lah cuti untuk beberapa minggu. Ala tak jauh pun tak apa. Tak akan tak nak duduk berduaan dengan isteri kamu?" Tanya Puan Fatimah lagi. Afif berhenti makan, di renung lama nasi goreng dalam pinggannya. Wanie pandang Afif yang di sebelahnya. Afif beralih mukanya melihat wajah isterinya. Tiada senyuman di bibir Afif.

"Sayang nak pergi Honeymoon?" Tanya Afif serius, di pandang wajah tajam isterinya. Wanie melarikan sedikit anak matanya dan menelan air liurnya. Dia menggeleng kecil kepalanya.

"Tak." Wanie kembali fokus kepada suapannya. Afif pandang wajah Puan Fatimah turut dengan senyumannya. Puan Fatimah, Ira dan Tuan Shariz memandang Afif lama.

"Ummi dengarkan? Isteri Fif pun tak nak.. Nanti kalau Fif ada masa. Fif bawalah isteri Fif pergi Honeymoon, kan sayang?" Afif pandang pula ke arah Wanie. Dia melihat anggukan dari kepala isterinya. Afif usap perlahan kepala Wanie perlahan. Puan Fatimah dan Tuan Shariz memandang sesama sendiri, sebelum di pandang semula ke arah Wanie dengan Afif.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Afif duduk di sebelah isterinya yang menangis di tepi dinding.

"Maaf sayang.. Abang tak sengaja." Afif usap kepala Wanie. Wanie menepis perlahan tangan Afif.

"Abang ti-tipu.. Abang cakap nak berubah.." Afif pandang isterinya yang terlindung dengan rambut panjangnya. Afif mengeluh perlahan.

"Kan abang cakap.. Abang tak sengaja. Jangan macam ni sayang.." Afif mengusap lembut kepala isterinya. Wanie hanya biarkan.

"Wanie nak solat subuh." Wanie cuba bangun tapi Afif cepat menariknya duduk semula.

"Kejap!" Afif meninggi suaranya. Wanie masih dengan tanggisannya, dia takut kalau Afif akan pukulnya lagi.

"Awal lagi sayang.. Apa kata kita cakap sikit." Afif menarik isterinya duduk di hadapannya, di peluk pinggang isterinya dan mengusap perlahan rambut Wanie.

"Ab-abang.. Wanie na-nak so-solat." tergagap-gagap dia menuturkan ayatnya. Takut Afif jadi seperti tadi.

"Sekejap ja.." Afif masih dengan posisi tadi. Di rapatkan mukanya dengan pipi Wanie. Di tolak rambut Wanie ke belakang yang menghalang wajah isterinya.

"Sayang maafkan abang tak?" Tanya Afif sambil merapatkan pelukannya dengan Wanie. Wanie mengangguk laju kepalanya. Afif memandang wajah Wanie.

"Abang tak dengar." Suaranya di keraskan.

"Maaf.. Sayang maafkan abang." Jawab Wanie laju dengan tanggisan masih ada.

"Abang nak cakap sikit ni." Afif mengusap kepala isterinya. Wanie masih lagi dengan tanggisannya.

"Lepas solat.. Sayang keluar ok. Abang ada hadiah." Wanie diam, di pandang wajah Afif yang senyum kepadanya. Afif tolak perlahan tubuh Wanie darinya dan dia berdiri di hadapan Wanie.

"Mari.. Abang bawa sayang masuk tandas." Afif menghulurkan tangannya. Wanie pandang lama tangan Afif, dengan terpaksa dia capai juga tangan Afif.

Chapitre suivant