webnovel
avataravatar

Chapter 48 : Eavesdropping

Beberapa hari kemudian.

Sejak menerima bukti, Naera masih buat pertimbangan samaada hendak teruskan niatnya atau biarkan saja semuanya berlalu dan teruskan hidup seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia masih dalam dilemma.

Dan sementara itu hubungan Naera bersama Seth semakin hari semakin rapat. mereka berdua masih berhubung secara rahsia. Sementar Kade masih tidak mengetahui hal sebenar apa yang berlaku antara mereka berdua.

Ketika semua staf sudah keluar untuk makan tengah hari, Naera merancang untuk mengajak Kade untuk keluar makan bersama dia. Memandangkan dia masih janggal untuk keluar dengan sesiapa di dalam syarikat itu dan semua orang terlalu sibuk hendak berkepit dengan Seth sejak lelaki itu jadi bos besar dalam syarikat ini.

Buat panas hati je bila perhatikan staf wanita lain cuba menginding seperti lintah pada Seth. Tetapi Naera kawal emosinya untuk tidak kelihatan begitu cemburu!Yang mana amat sukar untuk dia lakukan!

Kalau ikut tujuan sebenarnya, dia nak bawa keretanya sendiri ke pejabat pada hari ini. Tetapi Kade bertegas untuk car pool dengan lelaki itu saja. Dan sekarang dia hendak keluar ke mana-mana perlu minta kunci kereta dari lelaki itu paling tidak Kade sendiri yang akan menghantar Naera sekiranya dia hendak ke mana-mana.

Isy!Apa la!Tahunya nak menyusahkan Kade saja, Kalau dia naik kereta sendiri tidaknya dia sering minta tolong lelaki itu. Kade sendiri yang mahukan. So...sendiri tanggung la.

Naera melangkah keluar dari ruangan cubiclesnya lalu di atur menuju ke tingkat dimana Kade berada iaitu dua tingkat di atas bangunan itu. Sesampai saja di depan pintu pejabat itu, Naera angkat tangan mahu memberi ketukan, tetapi tidak jadi apabila dia mendapati pintu itu tidak tertutup rapat dan suara orang berbicara kedengaran dari dalam.

Mulanya Naera mahu melangkah pergi dari situ semula, tetapi ada yang menarik perhatian untuk dia kekal di situ. Iaitu namanya disebut-sebut,

"Aku dengar kau bawa Naera ke sini?Apa kau fikir kau cuba lakukan?Kau dengan Seth dua kali lima!Lakukan hal yang boleh jejaskan reputasi sendiri!"

Naera dekatkan kepalanya ke pintu itu apabila tersentak mendengar dua nama itu di sebut dengan suara yang sangat familiar untuk pendengarannya,

"Cukup Teressa. Berapa kali aku beritahu kau. Jangan muncul depan aku melainkan kau mati atau sakit. Ini hal aku.Aku akan uruskannya sendiri. Perlu ke kau masuk campur?"

"Mana aku tak masuk campur...dua lelaki yang ada dalam hidup aku sekarang cuba musnahkan kehidupan yang mereka sendiri susah payah bina hanya gara-gara seorang perempuan bernama Naera Aleena tu!"

Mulut Naera terbuka sedikit kerana terlalu tergamam. Dia menahan nafas sebaik mendengarnya. Apa maksud semua ni?Teressa ada kaitan dengan Kade?Seth ada hubungan dengan mereka berdua?

"Susah payah bina hidup sendiri dengan musnahkan hidup orang lain itu maksud kau?"tambah Kade dengan nada jengkel.

"Kade...apa yang berlaku pada Nadeem Alec itu bukan salah kau. Renold sendiri yang buat keputusan untuk musnahkan Di Clove tu. Dia yang nak tengok Nadeem terseksa sebab Nadeem berhubungan dengan Ibu Seth..."tambah Teressa. "Jadi kau tak perlu susahkan diri untuk jaga anak Nadeem tu...Naera sendiri sudah dewasa. Dia boleh jaga dirinya sendiri. Berhenti libatkan diri kau dengan dia..."

"Salah aku jugak sebab tolong Renold musnahkan Nadeem Alec sampai dia nekad nak bunuh diri dan tinggalkan anak isteri dia...tanggungjawab aku untuk pastikan keselamatan Naera.."

"Tapi sampai bila?"

"Sampai bila-bila.Sampai dia tahu siapa aku yang sebenarnya"

"Ahahaha...Wah.mulianya kau...jadi tak hairan la kenapa abang aku sendiri sanggup kahwinkan aku dengan Abang Seth yang nazak tu dan kena lahirkan anak lelaki tu. Kau tahu sebab semua ni aku tak boleh nak terima Sylas dalam hidup aku?Sebab apa? Sebab aku tak nak dekat langsung dengan anak kepada lelaki berpenyakit tu. Semua tu buat aku jijik memikirkan cara kau gunakan aku untuk kekalkan kedudukan dalam syarikat ni dan dapatkan kepercayaan Renold!"dengking Teressa dengan bengang.

Chapitre suivant